Anda di halaman 1dari 7

Batu Bersurat Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dantulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

[sunting]Sejarah
Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisanjawi bertarikh 702 Hijrah. Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan keKuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura. Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

[sunting]Kandungan
Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala

kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

[sunting]Muka

pertama

1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka 2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam 3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya 4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja. 5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam 6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda. 7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar. 8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka. 9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada. 10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala. 11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

[sunting]Muka

kedua

1. Keluarga di Benua jauh kan 2. Datang berikan.keempat orang berpiutang. 3. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas. 4. Kelima derma barang orang....(mar)dika. 5. Jangan mengmbil tugas buat temasnya. 6. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang. 7. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah. 8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu. 9. Seratus ratun jika merdeka beristeri. 10. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan. 11. Pinggang dihambalang dengan batu matikan. 12. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....

[sunting]Muka

ketiga

1. Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia......... 2. Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha).... 3. Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil.... 4. Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang)..... 5. Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........

6. Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............

[sunting]Muka

keempat

1. ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma. 2. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya. 3. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak. 4. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya. 5. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

[sunting]Tarikh

tepat

Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat. Teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua". Namun begitu, mesej teks ini agak kabur dan menimbulkan keraguan dalam kalangan sejarawan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303 M.[1]

Batu bersurat Singapura


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gambar hitam putih serpihan batu bersurat Singapura asal yang kini terdapat di Muzium Kebangsaan Singapura, menunjukkan tulisannya.

Gambaran artis ukiran pada serpihan batu bersurat Singapura dari rencana 1848 oleh J.W. Laidlay diterbitkan dalam Journal of the Asiatic Society of Bengal.

Batu bersurat Singapura merujuk kepada satu batu bersurat yang dijumpai ketika Sir Stamford Raffles membuka Singapura. Jumpaan batu bersurat tersebut terdapat di dalam karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Batu bersurat tersebut berbentuk empat segi, selebar sedepa (1.7 meter) dan mempunyai tulisan dipahat. Batu bersurat tersebut dijumpai di hujung tanjung semasa pembukaan Singapura, dan kekal sehingga semasa Bonham menjadi gabenor bagi Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Ketika itu seorang jurutera Inggeris bernama Coleman telah memecahkan batu tersebut. Beberapa usaha mengenalpasti jenis tulisan telah dilakukan semasa itu, tetapi ia masih tidak dapat dikenal pasti. Malah salinan tulisan tersebut telah di hantar ke London bagi mengenal pasti asal tulisan tersebut tetapi masih gagal. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi sendiri menyatakan ia kelihatan seperti tulisan arab, tetapi akhirnya ia telah diputuskan oleh Raffles sebagai tulisan Hindi (Sanskrit) memandangkan usia batu bersurat tersebut yang begitu lama. Yang amat menarik bagi batu bersurat Singapura ni adalah terdapat cerita yang selari mengenai batu bersurat ini yang terdapat di dalam Sulalatus Salatin. Di dalam karya tersebut telah dinyatakan dengan jelas mengenai seorang raja yang bergelar Raja Suran yang telah menakluk seluruh Tanah Melayu sehingga sampai ke Temasik. Di Temasik beliau telah membuat suatu monkor (peti kaca) dan masuk kelaut. Setelah itu, Raja Suran, dikatakan telah mendirikan satu batu bersurat yang menceritakan segala kisah penaklukannya, termasuk peristiwa baginda masuk ke dalam laut dalam bahasa Hindustani. Ternyata batu bersurat ini mempunyai persamaan dengan batu bersurat Singapura, berdasarkan fakta berikut:-

1. Kedua-dua batu bersurat tersebut didirikan di Temasik (Singapura). 2. Kedua-dua batu bersurat tersebut dibina berhampiran laut. Batu bersurat Singapura dijumpai dihujung tanjung, sementara batu bersurat Raja Suran Batu dibina bagi memperingati kisah baginda masuk ke laut, pastinya dibina berhampiran dengan kawasan pantai, dan bukannya di kawasan berbukit. 3. Kedua-duanya ditulis menggunakan abjad Hindustani.(Menurut pendapat Raffles). 4. Kedua-duanya dibina pada zaman silam. (Sukar dipercayai terdapat dua batu bersurat dibina dalam tempoh yang dekat di tempat yang sama (Temasik) memandangkan batu bersurat amat jarang dijumpai.) 5. Hanya raja yang berkuasa sahaja mempunyai pengaruh dan wang yang cukup bagi mendirikan batu bersurat. Tidak terdapat rekod mengenai raja yang kuat yang terdapat di Singapura selain rekod di dalam Sulalatus Salatin mengenai raja Suran.

Batu Bersurat Kota Kapur


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Batu Bersurat Kota Kapur

Batu Bersurat Kota Kapur. Pada Batu Bersurat Kota Kapur perkataan/bahasa Melayu telah lebih banyak ditemui dan unsur bahasa Sanskrit semakin berkurang. Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti: abai, aku, batu, banyak, benua, beri, buat, bulan, bunuh, datu, dengan, di dalam, dosanya, durhaka, gelar, hamba, jahat, jangan, kait, kasihan, kedatuan, keliwat, kita, lawan, maka, mati, merdeka, mula, orang, pahat, persumpahan, pulang, roga, sakit, suruh, tapik, tambal, tatkalanya, tetapi, tida, tuba, ujar, ulang, ulu, dan yang. Imbuhan awalan ialah: ni-, di-, mar-, par-, ka-. Imbuhan akhiran pula ialah: -i dan -an. Batu bersurat ini ditemukan oleh J.K. van der Meulen di Kota Kapur, sebuah pekan di Pulau Bangka, pada tahun 1892. Berbeza daripada Batu Bersurat Kedukan Bukit dan Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat Kota Kapur dijumpai jauh dari Palembang. Batu bersurat ini dipercayai dibawa ke Pulau Bangka kerana tidak ada batu lain seperti itu di pulau tersebut. Batu Bersurat ini bertarikh 608 tahun Saka (686 Masihi) dan mengandungi 10 baris ayat. Secara ringkasnya, kandungan Batu Bersurat Kota Kapur berkisah tentang sumpahan raja Sriwijaya terhadap kerajaan di Pulau Jawa sebelum Sriwijaya menyerang kerajaan tersebut.

[sunting]Terjemahan

teks Batu Bersurat Kota Kapur:

Bahagia...(diikuti perkataan jampi) hai kamu sekalian dewa yang mulia yang hadir menjaga kedatuan(kerajaan) Sriwijaya, dan kamu juga sekalian dewa yang menjadi permulaan segala sumpah. Apabila ada orang di bumi di bawah kedatuan ini berpakat dengan orang jahat, menegur orang jahat, mendengar kata orang jahat,mengenali orang jahat, tidak menghormati, tidak tunduk, tidak setia akan daku

dan akan dia, yang kuberi kedudukan (menjadi) datu, sangat (busuklah) perbuatan orang itu, biarlah mereka ini dibunuh sumpah. Rombongan di bawah perintah datu Sriwijaya akan dihantar ke padang untuk menghukum mereka, sanak saudara mereka dan keluarga mereka. Begitu juga sekalian orang yang berbuat jahat, seperti mengganggu (merosakkan) fikiran orang, membuat orang sakit, membuat orang menjadi gila, menggunakan mantera guna-guna dan racun, upas, tuba, sirih setangkai (yang telah dibubuh guna-guna), pengasih, paksaan dan lain-lain lagi. Semoga perbuatannya yang keji (jahat) itu gagal dan pulang kembali kepada yang berdosa berbuat jahat itu. Tambahan lagi, biar mereka yang menyuruh berbuat jahat itu dibunuh sumpah. Sesiapa yang menyuruh orang memusnahkan batu yang dipasang ini, maka mudah-mudahan mereka pula dibunuh sumpah dan dihukum segera. Mereka yang membunuh, memberontak, tidak setia akan daku, sangat (busuklah) perbuatan mereka. Semoga mereka dibunuh sumpah ini! Tetapi jika mereka tunduk, setia akan daku dan akan dia yang kuberi kedudukan menjadi datu, perbuatan mereka, sanak saudara mereka dan keluarga mereka direstui. Untunglah mereka, selamatlah mereka! Mereka tidak akan ditimpa penyakit dan bencana, makmur pula seluruh negeri mereka. Pada tahun Saka 608 hari pertama bulan terang bulan Waisaka sumpah ini telah diumumkan dan telah dipahat di perbatasan sewaktu tentera Sriwijaya dihantar untuk menakluk bumi Jawa yang tidak tunduk kepada Sriwijaya.

[sunting]Kesimpulannya:
Batu Bersurat Kota Kapur menyeru dewa-dewa dan makhluk-makhluk tinggi yang lain supaya melindungi kerajaan Sriwijaya dan memberikan kebahagian kepada sesiapa yang mengabdikan diri kepada kerajaan itu dan mengutuk mereka yang tidak setia. Menurut Chhabra dan Slametmuljana, batu bersurat ini merupakan piagam persumpahan daripada permerintah Sriwijaya terhadap kerajaan di Pulau Jawa sebelum Sriwijaya melakukan operasi serangan ke atas kerajaan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai