Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan

Kajian arkeologi adalah meliputi tinggalan artifak, ekofak


dan fitur.
Istilah artifak bermaksud sebarang benda yang dibuat atau
diubahsuai oleh manusia misaln ya tembikar tanah, arca,
manik, pecahan porselin, pecahan tembikar, damar, anak
panah, alat batu, gendang dan gangsa.
Istilah ekofak pula bermaksud hasil tinggalan aktiviti manusia
yang dapat dilihat dalam bentuk kulit siput, sisa tulang binatang,
flora dan fauna, dan bekas pembakaran.
Fitur pula bermaksud objek atau mana-mana data yang tidak boleh
dipindahkan dan berada kekal ditempatnya seperti bekas saluran air,
struktur candi, struktur bangunan, dan makam. Kebiasaannya bukti
fitur yang ada hanya dilukiskan semula ataupun diambil gambarnya
sahaja
Istilah ekofak pula bermaksud hasil tinggalan aktiviti
manusia yang dapat dilihat dalam bentuk kulit siput,
sisa tulang binatang, flora dan fauna, dan bekas
pembakaran.
Fitur pula bermaksud objek atau mana-mana data
yang tidak boleh dipindahkan dan berada kekal
ditempatnya seperti bekas saluran air,
struktur candi, struktur bangunan, dan makam.
Kebiasaannya bukti fitur yang ada hanya dilukiskan
semula ataupun diambil gambarnya sahaja

Kawasan-kawasan penting yang memiliki data
artifak, ekofak dan fitur ini misalnya di Perak
yang terdapat di gua Gunung Runtuh di
Lembah Lengong dan Kota Tampan. Manakala
di Terengganu terdapat di gua Batu Tok Bidan
di gunung Bewah. Di Sarawak terdapat di
sekitar gua Niah dan gua Kain Hitam.
Manakala gua Cha di Kelantan
Dalam keadaan tidak ada rekod bertulis maka data artifak sangat penting
dapat membantu menentukan usia sesebuah masyarakat[3] dan
seterusnya membantu menjelaskan sejarah awal Malaysia. Walaupun
kebanyakan artifak yang ada adalah daripada batu dan gangsa tetapi ia
tidak bermaksud bahan buatan daripada material yang lain tidak wujud.
Misalnya daripada buluh, kayu dan rotan. Disebabkan cuaca di Malaysia
yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun, semua bahan organik
ini tidak dapat dikesan disebabkan telah mereput.
Di Semenanjung Malaysia jumpaan artifak menunjukkan bahawa manusia
telah menduduki seawal-awal 74,000 tahun yang lalu melalui jumpaan di
Gua Gunung Runtuh, Perak. Manakala jumpaan di Gua Niah pula
membuktikan manusia telah menduduki kepulauan Borneo seawal-awal
40,000 tahun yang lalu.[4] Justeru, bermula daripada utara Semenanjung
Tanah Melayu hingga ke Sabah dan Sarawak telah ada bukti-bukti yang
menunjukkan aktiviti manusia zaman lampau. Mereka tinggal di gua-gua
dan memperoleh makanan melalui aktiviti berburu. Mereka memasak
makanan di dalam gua dan kadang-kadang mengkebumikan mayat di
tempat yang sama.[5] Pada zaman neolitik antara artifak yang dijumpai
ialah alat pemotong makanan, pemukul batu, cincin atau gelang,
mangkuk, pot dan kapak
Sejarah Malaysia bermula seawal-awal pada zaman penglasieran
yang kedua apabila terdapat jumpaan wujudnya bukti artifak di Kota
Tampan, Perak.[7] Artifak yang dikesan merupakan tinggalan-
tinggalan berupa alat-alat yang menunjukkan mereka bergantung
hidup kepada hasil pemburuan dan mengamalkan budaya
berpindah randah dan tinggal di gua-gua. Kesan tinggalan di gua-
gua, bukit dan lembah sungai yang menunjukkan ia adalah budaya
zaman paleolitik. Artifak yang dijumpai di sini meliputi alat-alat
pemotong yang digunakan dalam kehidupan harian manusia purba
yang dianggarkan sejak zaman manusia homosapien
lagi.[8]Jumpaan lain misalnya alat pengetuk batu (Nut Craker) yang
digunakan memotong makanan. Selain itu artifak zaman mesolitik
turut dijumpai misalnya batu yang pipih dan simetri pada kedua-
dua sisinya untuk kegunaan harian.[9] Batu kelikir ini dipercayai
untuk kegunaan harian misalnya memotong makanan oleh manusia
zaman awal.
Manakala penemuan yang hampir sama turut didapati di gua Cha,
Kelantan misalnya alat pemukul batu turut dijumpai di sini yang bertujuan
untuk melicinkan permukaan kulit kayu yang berkemungkinan digunakan
sebagai pakaian. Selain pemotong dan kapak beliung, batu berbentuk
bujur, cincin gelang, pinggan, mangkuk, kendi pelbagai bentuk, batu
penumbuk, periuk tanah dan batu pengasah, dan tembikar adalah antara
yang terpenting didapati di Gua Cha dan Bukit Tengku Lembu,
Perlis.[10] Penemuan tembikar ini menunjukkan bahawa mereka telah
mahir membuat sendiri tembikar berasaskan bahan-bahan tempatan.
Selain itu jumpaan yang agak menarik di Gua Cha meliputi artifak
berbentuk cincin atau gelang (bracelit) yang diperbuat daripada
batu.[11] Agak sukar untuk mengetahui kegunaan cincin dan gelang ini.
Walau bagaimanapun kita dapati kesedaran terhadap aspek kesenian
telah wujud pada waktu ini. Manakala di Gua Niah melalui ekpedisi Tom
Harrison, turut dijumpai banyak tingalan seramik yang dipercayai untuk
tujuan kehidupan harian.[12]
Pada zaman paleolitik, alat-alat utama yang digunakan untuk berburu,
memotong, atau memepertahankan diri diperbuat daripada batu.
Matlamat penciptaan alat-alat batu itu ialah untuk membantu mereka
meneroka sumber alam sekitar. Alat-alat itu dibentuk daripada alat-alat
batu sungai dan secara amnya alat-alat batu itu dikenali sebagai alat
pemotong kapak. Terdapat juga alatan yang memiliki pemegang ataupun
berulu. Alat batu zaman ini tidak menunjukkan tahap pencapaian yang
tinggi dalam kesenian. Peralatan yang digunakan lebih mengutamakan
fungsi untuk memenuhi keperluan hidup manusia semasa berburu.
Selain jumpaan di Perak dan Gua Cha, terdapat juga jumpaan lain yang
meliputi era Mesolitik seperti kepala kapak empat segi bujur, pisau di
sungai Tembeling; dan juga pinggan, piring, ketul batu pengasah dan
periuk tanah liat di Gua Cha dan di Perak. Jumpaan pisau tembeling
menunjukkan telah wujud daya pemikiran tinggi, misalnya rekacipta
barangan daripada tanah liat dan telah melapah daging menggunakan
pisau (pisau tembeling).
Sejarah awal Malaysia turut melalui zaman logam
yang meliputi kebudayaan Dongson iaitu sekitar
abad ke-3 SM. Terdapat beberapa jumpaan yang
menunjukkan telah ada bukti penggunaan gangsa
digunakan misalnya jumpaan di Kelang dan
sungai Tembeling. Di Kelang ahli arkeologi telah
menemui loceng gangsa, manakala di sungai
Tembeling ditemui cattle drum yang berupa
kawah yang besar.[13] Jumpaan ini membuktikan
telah wujud perhubungan perdagangan antara
empayar Funan, Lembah Mekong dan
Semenanjung Malaysia (Lembah Kelang).
Kesimpulan
Disebabkan sumber penulisan awal tentang sejarah Malaysia sangat
sedikit justeru tidak hairanlah seringkali sejarah awal Malaysia dikatakan
bermula sejak zaman kesultanan Melaka. Sejarah awal Malaysia sebelum
Melaka sangat kabur. Justeru, wujud persoalan bila dan bagaimana
manusia mula menduduki Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan
Sarawak. Maka dengan penemuan data artifak, ekofak dan fitur maka kita
dapat membuktikan bahawa sejarah awal Malaysia sebenarnya bermula
lebih awal lagi iaitu sejak 70,000 tahun yang lalu melalui jumpaan di Gua
Gunung Runtuh, Lenggong, Perak. Penemuan bahan-bahan artifak, ekofak
dan fitur dapat membantu kekurangan bukti-bukti catatan awal sejarah
awal Malaysia sekurang-kurangnya sebelum zaman protosejarah.
Pemahaman yang jelas terhadap budaya masyarakat awal dapat
membantu memahami taburan dan serakan penduduk seperti yang ada
pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai