Anda di halaman 1dari 8

PAMERAN

Pameran merupakan satu aktiviti yang melibatkan satu ruang (galeri


atau dewan) dan mempamerkan hasil karya seni dan karya yang siap
(finished artwork).
Myers,B,(1985),How to Look at Art

Hasil-hasil karya secara umumnya akan dipamerkan untuk tontonan dan
dihayati oleh orang ramai.Aktiviti pameran biasanya dilakukan pada
masa tertentu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak
penganjur serta mereka yang mengambil bahagian dalam pameran
tersebut.Aktiviti pameran bersifat sementara

Walaubagaimanapun,sekiranya pameran tersebut dicatatkan sebagai
Pameran Tetap (Permanent Exhibition),maka pameran itu akan
berterusan tanpa had waktu pengakhirannya.
Di Amerika,pameran dikenali sebagai exhibit (pamer).
Preble,S dan Duane (1996)

Di Perancis,pameran dikenali sebagai exposition atau show.
Preble,S dan Duane (1996)

Berbeza di United Kingdom,pameran dinamakan sebagai exhibition
manakala individu yang terlibat di dalam pameran dikenali sebagai
exhibit.
Preble,S dan Duane (1996)

Secara amnya,pameran merujuk kepada satu tempat yang
mempamerkan hasil-hasil karya seni yang melibatkan individu yang
tertentu ataupun kumpulan yang tertentu di dalamnya.Tempat pameran
pula mempunyai kemudahan dan senang untuk dikunjungi oleh
masyarakat setempat bagi melihat hasil karya yang dipamerkan

Objektif pameran.
Untuk menghargai hasil-hasil seni yang telah pun dihasilkan oleh para
pelukis dan pereka.
Mendekatkan masyarakat dengan hasil karya-kaya seni.
Mengajak dan mengajar masyarakat tempatan untuk menghayati
keindahan hasil seni itu.

Jenis-jenis pameran
Pameran solo
Pameran berkumpulan
Pameran berbentuk retrospektif
Pameran koleksi tetap
Pameran berbentuk jelajah
Pameran hasil daripada pertandingan
Pameran solo
hanya melibatkan karya seseorang individu sahaja.
Tempat : galeri seni komersial , galeri awam atau tempat yang telah
dipersetujui.

Pameran berkumpulan
melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu.
Tempat : galeri seni komersial , galeri awam atau tempat yang telah
dipersetujui.

Pameran bentuk retrospektif
melibatkan hasil karya yang dihasilkan dari awal penglibatan sehingga
ke hari ini. Selalunya melibatkan inidividu atau organisasi.
Tempat : galeri seni komersial , galeri awam atau tempat yang telah
dipersetujui.

Pameran koleksi tetap
melibatkan hasil karya yang telah dibeli ataupun dipunyai oleh sesuatu
organisasi. . Selalunya melibatkan individu atau organisasi.
Tempat : galeri seni komersial , galeri awam atau tempat yang telah
dipersetujui.

Pameran bentuk jelajah
melibatkan hasil karya lebih daripa seorang individu. Pameran ini akan
berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain setelah tamat tarikh
yang ditetapkan.
Tempat : galeri seni komersial , galeri awam atau tempat yang telah
dipersetujui.

Pameran hasil daripada pertandingan
melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu. Karya-karya
yang dipamerkan adalah karya-karya yang telah dipilih sebagai
pemenang dan karya yang layak mengikut kategori yang telah
ditentukan oleh pihak penganjur pertandingan.
Tempat : galeri seni komersial , galeri awam atau tempat yang telah
dipersetujui




Proses Pameran
Perancangan projek pameran.
Perlantikan ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal.
Perbincangan bersama Bahagian Penyelidikan untuk penyediaan kertas
konsep, jalan cerita, kos pameran dan sasaran pengunjung/pelanggan.
Merangka reka bentuk dalaman pameran dan persembahan pameran
(susunatur, peti pameran, panel informasi, pencahayaan, penggunaan
multimedia dan sebagainya)
Perbincangan bersama Bahagian penyedilikan untuk pengumpulan
gambar dan penyediaan teks serta kapsyen pameran dan seterusnya
mengaplikasikan teks untuk persembahan poster grafik serta kapsyen
untuk persembahan artifak
Menentukan koleksi untuk pameran dan seterusnya memperagakan
artifak dan pemasangan pameran
Merancang aktiviti pengembangan yang berkaitan dengan pameran
Penilaian pameran
Pendokumentasian bahan-bahan pameran.














PERKEMBANGAN IDEA

KREATIVITI
Dalam meningkatkan potensi kreativiti pelajar, ciri-ciri kreativiti yang
digunakan merujuk kepada Avril (2002) yang menekankan konsep
kreativiti dalam penghasilan karya adalah seperti berikut:-
a. Perkembangan idea - menggalakkan membuat andaian dan
imaginasi, meneroka dan mempersembahkan berbagai idea.
b. Mewujudkan perhubungan - menggalakkan persaingan dalam
membangunkan idea dan projek melalui perhubungan yang sempurna
dengan maklumat, sumber dan masyarakat.
Penciptaan dan penghasilan - membuat penumpuan terhadap
penghasilan yang bermakna dan bergaya dengan memanipulasi
pelbagai media.
d. Bekerjasama - bekerjasama dengan cara yang dinamik dalam
pelbagai peringkat untuk membina dan berkongsi pengetahuan bagi
mendapatkan hasil kerja yang sempurna.
e. Komunikasi dan penilaian - mempamerkan hasill kerja dengan
tujuan untuk aktiviti apresiasi dan dinilai oleh peminat seni atau
masyarakat.

Contoh: Perkembangan idea dalam penghasilan seramik
Seni Seramik memerlukan daya kreativiti dalam penghasilan karya atau
produk yang kreatif.
Produk atau karya yang dihasilkan oleh individu kreatif akan melahirkan
karya yang bermutu.
Setiap pereka dan pengkarya memerlukan cetusan idea yang kreatif
serta bagus untuk menghasilkan karya atau produk yang mempunyai
ciri-ciri estetika dan unik.

Cara-cara untuk menjana idea atau memperkembangkan idea.
1. Membaca

2. Menonton Filem/ TV

3. Melancong (banyak berjalan luas pandangan)

4. Catatkan apa sahaja yang terlintas di minda

5. Berbincang dengan teman seperjuangan atau sesiapa sahaja yang
berpengalaman


Membaca
perkara pokok kepada sesuatu idea.
memperkaya dan meluaskan tatabahasa serta menolong
memperkembangkan gaya bahasa kita.
Membaca juga memudahkan kita untuk mengolah dengan lebih baik
sesuatu jalan cerita..

Menonton Filem/ TV
salah satu cara yang berkesan untuk menjana idea atau
memperkembangkan idea kita.
Didalam sesebuah filem, baik atau sebaliknya banyak mempunyai idea
dan idea itu sebenarnya kalau diperkembangkan akan dapat melahirkan
idea yang lebih baik.
Filem yang kurang baik sebenarnya ada idea yang tersembunyi.

Melancong
Melancong boleh membantu kita membuka minda kita.

Banyak berjalan luas pandangan kita akan sesuatu perkara.
Misalnya suasana kampung. Apa yang patut ada dan patut tiada di
sebuah kampung. Logik dan tidaknya sesuatu kampung untuk kita
ceritakan kembali didalam sesuatu jalan cerita.
Kita juga dapat mempelajari sesatu budaya di sesetengah kampung.
Mungkin tidak banyak bezanya tetapi sekurang-kurangnya, kita dapat
belajar.


Catatkan apa sahaja yang terlintas di minda
merupakan satu kelebihan kepada orang-orang kreatif.
Idea ada di mana-mana dan ketika itulah masa yang paling baik untuk
mencatatkan apa yang terlintas di minda kita.
Dalam keadaan begini buku nota poket amat penting dibawa ke mana
sahaja, samada di dalam poket atau beg.
Dan yang lebih baik adalah buku yang lebih besar kerana idea yang
spontan kemungkinan perlu dikembangkan ideanya untuk mendapatkan
impak yang maksimum

Berbincang dengan teman seperjuangan atau sesiapa sahaja yang
berpengalaman
Berbincang dengan sesiapa sahaja juga boleh menambahkan perisa dan
keseronokan cerita yang ingin kita reka. Lebih-lebih lagi dengan orang
yang berpengalaman dalam bidang berkaitan.
Jika kita ingin menulis suasana, kita perlu berbincang dengan pelukis
atau mungkin juga seorang jurukamera yang biasa dengan sesetengah
keadaan.
Melukis dan menulis adalah dua benda yang berlainan tetapi kita boleh
mengambarkan suasana kita dengan menerangkan secara jelas apa
yang kita kehendaki dan seterusnya diterjemahkan oleh pelukis untuk
tulisan kita.


Lakaran Perkembangan Idea Thumbnail
Setelah lukisan analitikal sudah siap sepenuhnya dan diterima oleh
pensyarah, proses menghasilkan perkembangan idea perlu dilakukan.
Tip untuk mendapatkan perkembangan idea dengan cepat, cuba
gunakan kaedah lakaran thumbnail (thumbnail sketch).
Lakaran sebesar ibu jari secara pantas akan mempercepatkan proses
mendapatkan idea dengan jelas berbanding menggunakan kaedah
lukisan bersaiz sederhana.
Proses lakaran ini hanya dilakukan dengan memberikan tumpuan
kepada reka bentuk asas produk sebelum memasuki fasa dekorasi
permukaan.

Reka bentuk asas produk merupakan proses utama yang perlu
dihasilkan oleh pelajar untuk mendapatkan percambahan idea.
Proses ini mungkin akan menghasilkan jumlah lakaran yang banyak dan
pelbagai.
Satu peringkat lakaran yang dihasilkan akan dipilih sebagai saringan.
Beberapa lakaran idea yang dipilih ini diolah dan dikembangkan semula
supaya penambahbaikan dapat dihasilkan.
Proses ini memerlukan kesabaran jika ingin melihat hasil karya atau
produk yang baik.

Mock-Up Perkembangan Idea
Perkembangan idea selalunya melibatkan lakaran atau lukisan secara 2
dimensi.
Perkembangan idea ini juga boleh dihasilkan dengan menggunakan
kaedah pembuatan mock-up atau model berskala kecil secara 3
dimensi.
Walaupun penghasilan mock-up ini bersaiz yang kecil berbanding saiz
sebenar, teknik pembuatan yang digunakan mestilah sama dengan yang
sebenar.
Ini kerana anda akan mengalami pengalaman menghasilkan produk
tersebut dan mengetahui sedikit sebanyak teknikal pembuatan
berdasarkan mock-up ini.
Pengalaman ini akan memudahkan anda membuat penambahbaikan
terhadap produk atau karya akhir.
Ini kerana anda akan mengalami pengalaman menghasilkan produk
tersebut dan mengetahui sedikit sebanyak teknikal pembuatan
berdasarkan mock-up ini.
Pengalaman ini akan memudahkan anda membuat penambahbaikan
terhadap produk atau karya akhir.
Walaupun demikian, mock-up juga boleh dijadikan sebagai sampel
ujikaji untuk mendapatkan warna gerlis.
mock-up bukanlah karya atau produk akhir anda. Tetapi ianya boleh
diberi markah penilaian untuk proses perkembangan idea dan kreativiti.
Maka, pembuatan mock-up bukanlah satu kerja yang sia-sia serta ia
mempermudahkan anda di dalam proses perbincangan tentang teknikal
bersama pensyarah berdasarkan sampel mock-up yang sedia ada.

Lukisan Idea Terperinci
Sebelum menghasilkan produk akhir, lukisan idea secara terperinci perlu
dilakukan untuk memperlihatkan reka bentuk, dekorasi serta warna.
Peringkat ini anda akan memasukkan beberapa elemen warna dan
dekorasi seperti yang dicadangkan.
Lukisan perincian ini akan menampakkan kesesuaian serta pilihan
sebelum ianya dihasilkan ke dalam karya atau produk yang sebenar.
Kegagalan menghasilkan lukisan ini akan banyak memberi impak
terhadap kerja-kerja penghasilan karya atau produk.
Pastikan segala lukisan idea ini sentiasa dirujuk semasa proses
pembuatan sebagai satu komunikasi idea dengan karya untuk
memastikan produk atau karya akhir yang dihasilkan adalah seperti
yang dirancangkan.








PROSES APRESIASI SENI
Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti
apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual
melalui 4 tahap :
(a) Menggambarkan (description)
(b) Menganalisa (analysis)
(c) Tafsiran (interpretation)
(d) Penilaian (evaluation)

MENGGAMBARKAN
Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti
warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu
prinsip dan struktur.

MENGANALISA
Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni,
prinsip dan struktur.
Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.
Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi
(persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

TAFSIRAN
Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti
subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.

PENILAIAN
Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian
seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi.
Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (significance)
dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta
keseniannya.

Anda mungkin juga menyukai