Anda di halaman 1dari 13

SJH 1054:

KETAMADUNAN
MANUSIA
OLEH: MOHD ASYRAF AH
& JASON MG

ASPEK
TEMPAT

PALEOLITIK (BUKIT BUNUH,


PERAK)
Penemuan bukti di Bukit Bunuh
menjadikannya salah sebuah tapak
Paleolitik terpenting di dunia kerana
mendedahkan sebuah kompleks
Paleolitik seluas 4 km persegi dengan
pentarikhan lebih 1.83 juta tahun,
40,000 dan 30,000 tahun dahulu
Ini meletakkan Bukit Bunuh sebagai
tapak tertua dunia yang berada di
luar Afrika, dan mempunyai

Bukit Bunuh menjadi pilihan kawasan


petempatan awal kerana ia
menyediakan sumber alam yang
diperlukan untuk menyediakan
peralatan batu serta mempunyai
persekitaran kuno yang mempunyai
sumber air dari tasik kuno, flora dan
fauna yang diperlukan mereka
Penemuan bukti penggunaan kapak
genggam yang diumumkan pada
tahun 2009 menunjukkan bahawa
kawasan ini adalah satu-satunya tapak
Paleolitik dunia yang berfungsi sebagai

NEOLITIK (BUKIT TENGKORAK,


SABAH)
Hasil kajian arkeologi yang diperolehi
menunjukkan bahawa Bukit Tengkorak
merupakan sebuah tapak pembuatan
tembikar prasejarah yang terbesar di
Asia Tenggara.
Antara bukti arkeologi yang telah
ditemui terdiri daripada ribuan
serpihan tembikar prasejarah dan
tanah liat yang digunakan untuk
pembuatan tembikar. Selain itu, kajian
etnoarkeologi menunjukkan bahawa

Ekskavasi arkeologi di Bukit Tengkorak juga


menunjukkan ia kaya dengan pelbagai artifak
arkeologi seperti alat batu mikrolit (kecil),
batu pemukul kulit kayu, beliung sisa-sisa
tulang haiwan serta cengkerang dan tulang
ikan laut. Asosiasi arifak-arifak berkenaan
yang ditemui semasa ekskavasi menunjukkan
bukti kewujudan aktiviti sibsisten seperti
pemburuan haiwan dan penangkapan ikan
serta pengumpulan cengkarang di laut.
Kajian perbandingan jumpaan artifak seperti
tembikar dan alat batu yang ditemui di Bukit
Tengkorak menunjukkan banyak persamaan
dengan artifak yang ditemui di tapak-tapak
sezaman yang lain di Asia Tenggara dan

LOGAM ( SUNGAI LANG,


SELANGOR)
Petempatan-petempatan awal zaman
logam di sekitar Selangor telah dibuktikan
dengan data-data arkeologi yang merujuk
kepada jumpaan-jumpaan artifak
kebanyakannya daripada gangsa dan besi.
Antara artifak yang ditemui dan dikaitkan
dengan masyarakat Zaman Logam adalah
seperti gendang gangsa, loceng gangsa,
mangkuk gangsa dan besi bersoket. Artifak
gangsa yang ditemui lebih kepada barang
dagangan kerana jumpaan artifak gangsa
ini tidak banyak manakala artifak besi

Kebanyakan petempatan masyarakat


zaman logam di Selangor adalah
berdekatan dengan sungai dan ini
menunjukkan betapa pentingnya peranan
sungai kepada masyarakat ketika itu yang
menjadi asas perkembangan budaya
manusia .
Pada tahun 1964, penduduk Kampung
Sungai Lang telah menemui dua gendang
gangsa yang bersebelahan antara satu
sama lain dalam keadaan terbalik semasa
pembersihan tanah untuk tujuan tanaman
kopi. Keadaan fizikal tapak ini yang
berbukit menjadi petunjuk bahawa artifak
yang ditemui mempunyai fungsi utama

Hal ini dibuktikan berdasarkan


stratigrafi tanah yang menunjukkan
lapisan atas merupakan tanah yang
dikambus atau ditambak dan diikuti
oleh lapisan tanah lumpur bakau.
Kedua-dua gendang gangsa ini
berkedudukan di atas kepingan kayu
cengal yang dipercayai merupakan
kepingan perahu (Peacock 1964,
1965; Leong Sau Heng 1989)

Anda mungkin juga menyukai