Anda di halaman 1dari 7

Menurut Abdul Halim Nasir dalam bukunya Dari Kampung Sekolah ke Menara Gading yang diterbitkan oleh Universiti

Kebangsaan Malaysia pada akhir tahun 1997 bahawa Lenggong terletak di Hulu Perak . Kawasan di daerah Lenggong agak luas . Oleh itu Lenggong dijadikan sebuah daerah kecil di dalam daerah Hulu Perak . Daerah di Utara negeri Perak ini adalah salah satu daripada sembilan daerah di negeri Perak . Daerah lain di negeri ini ialah daerah Hilir Perak , daerah Perak Tengah , daerah Manjong , daerah Kinta , daerah Batang Padang , daerah Kuala Kangsar , daerah Larut dan Matang dan daerah Kerian . Lenggong juga dikelilingi oleh banjaran gunung yang indah permandangannya . Sesekali dapat melihat kabus tebal menutup puncak banjarannya . Jika menaiki kereta dari Kuala Kangsar , satu-satunya jalan raya dari bahagian selatan akan kelihatan disebelah kiri jalan Banjaran Gunung Bintang iaitu puncak tertinggi di banjaran tersebut . Tinggi puncak gunung tersebut melebihi 1,860 meter . Di sebelah kanan , terdapat pula banjaran Gunung Titiwangsa yang agak jauh ke Timur letaknya . Dari banjaran ini mengalir Sungai Perak . Daerah kecil yang dilingkungi oleh banjaran gunung dinamakan Lenggung yang berasal daripada perkataan Lengkung. Lengkung bermakna kawasan yang dilingkungi oleh banjaran gunung . Akhirnya , perkataan itu disebut Lenggong oleh orang luar terutamanya orang siam yang datang dari Utara . Berdasarkan petikan yang dipamerkan di Muzium Arkeologi Lenggong , Warisan Arkeologi Lembah Lenggong satu-satunya signifikan bagi pentarikhan kewujudan awal yang pernah diketahui manusia prasejarah di Asia Tenggara . Tapak Arkeologi yang tidak rosak di Warisan Arkeologi Lembah Lenggong begitu istimewa kerana tapak ini mengekalkan in-situ rekod penting envolusi daya taakul manusia yang kompleks yang dibuktikan oleh perkembangan tradisi litik dan teknologi alat-alat batu dalam jangka tempoh rentetan budaya yang panjang dari 1.83 juta tahun dahulu hingga budaya Holosen . Penemuan arkeologi ini di lokasi-lokasi hanya di satu lembah yang mempunyai persekitaran yang kekal stabil di sepanjang 2 juta tahun yang lalu menjadi batu tanda penting bagi pentarikhan kewujudan manusia prasejarah . Lembah ini mempunyai impak atau dampak bagi teori tentang perkembangan hominid seluruh Australasia dan evolusi budaya alat-alat batunya . Jesteru , Warisan Arkeologi Lembah Lenggong menjadi lanskap budaya unik nilai luar biasa sejagat bagi kajian dan pemahaman terhadap prasejarah dunia . Menurut edaran yang diterbitkan oleh Jabatan Warisan Negara Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang bertajuk Warisan

Arkeologi Lembah Lenggong tapak Arkeologi di Lembah Lenggong telah berjaya diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNIESCO semasa mensyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia ke 36 di Saint Petersburg , Rusia pada 30 Jun 2012 . Penyenaraian Warisan Arkeologi Lembah Lenggong oleh UNESCO menjadikan kawasan ini tapak ke 953 yang termasuk dalam senarai Tapak Warisan Dunia . Ia juga merupakan tapak ke 4 yang menerima pengiktirafan UNESCO selepas Bandaraya Bersejarah Melaka dan George Town , Taman Negara Kinabalu dan Taman Negara Mulu . Lembah Lenggong di Ulu Perak adalah salah satu kawasan di Semenanjung Malaysia yang paling penting untuk kegiatan arkeologi . Menurut penceritaan Encik Mohd Syahrin bin Abdullah , Ketua Zon Tengah Jabatan Warisan Negara Zon Tengah ( Galeri Arkeologi Lenggong ) Lembah Lenggong merupakan tinggalan kebudayaan Paleolitik yang terawal ditemui di tapak-tapak terbuka seperti di Kota Tampan , Gua Teluk Kelawar , Gua Harimau dan Gua Gunung Runtuh . Kebanyakkan tapak-tapak ini berdekatan dengan tasik lama . Sehingga kini juga , hampir semua tapak yang ditemui merupakan tapak pembuatan alat batu atau bengkel . Tapak- tapak ini mengandungi variasi himpunan batu yang terdiri daripada anvil besar, teras, pemukul batu, repihan dan serpihan. Kebanyakan peralatan-peralatan siap pula terdiri daripada alat penetak dan alat repihan yang dibuat daripada kuarzit dan kuarza . Ahli-ahli arkeologi menggunakan alat seperti theodelite , auger , kayu pengukur , alat purata , tripod dan meja pian untuk membantu mereka menjalankan aktiviti cari gali . Aktiviti penggalian ini bertujuan untuk mendedahkan kesan prasejarah yang berlaku di Malaysia . Encik Mohd Syahrin bin Abdullah , Ketua Zon Tengah Jabatan Warisan Negara Zon Tengah ( Galeri Arkeologi Lenggong ) berkata kegiatan arkeologi di Lenggong bermula pada tahun 1938 dan 1954 apabila dua orang pegawai Ingeris yang sangat berminat dengan arkeologi , Collings dan Sleveking telah menemui tapak Kota Tampan . Walau bagaimanapun , kedudukan sebenar belum masih dapat dikenal pasti . Tambahan pula , interpretasi yang dibuat oleh mereka terhadap tapak yang ditemui dipertikaikan . Pada tahun 1987 , Puan Zuraina Majid daripada Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang telah datang dan membuat kajian di Hulu Perak . Tapak pertama yang dijumpai di Kota Tampan yang asalnya di tepi tasik . Tapak ini telah dibubarkan kira-kira 75.000 tahun yang lalu akibat letusan gunung berapi di Lake Toba di Sumatera, kirakira 250 kilometer jauhnya . Puan Zuraina Majid telah berbincang dengan ahli

arkeologi , Dato Dr Adi Taha mengenai penemuan tapak terbaru ini . . Penemuan alat batu yang tersembunyi lebih 70,000 tahun dahulu di tapak pertama pada 22 Mac 1987 telah membuka Lembah Lenggong sebagai kawasan terawal yang dihuni oleh manusia sehingga kegiatan arkeologi ini mendapat pengiktirafan dunia . Hasil perkongsian ilmu bersama Puan Nur Aida binti Pirus , Penolong Pegawai Warisan ekskavasi seterusnya oleh Universiti Sains Malaysia di Gua Teluk Kelawar yang terletak di Bukit Kepala Gajah , kira-kira 1 km dari pekan Lenggong , Perak . Kajian arkeologi di Gua Teluk Kelawar oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia telah dimulakan semenjak 1990 hingga hari ini . Pelindung gua kapur ini telah digunakan oleh manusia seawal 10,000 tahun dahulu sebagai kem persinggahan dan tempat kediaman . Ekskavasi arkeologi di Gua Teluk Kelawar telah menemui banyak alat batu , kepingan tembikar , sisa makanan yang terdiri dari tulang haiwan dan cengkerang . Alat batu yang ditemui termasuklah alat pebel unifas dan bifas , pemukul batu , batu pelandas , batu teras dan sisa repihan . Alat-alat batu ini mempunyai persamaan teknologi penghasilan dengan alat batu Kota Tampan dan Gua Gunung Runtuh . Ekskavasi arkeologi di Gua Teluk Kelawar juga menemui serpihan tembikar bertanda tali yang awal sekitar 6,000 tahun dahulu . Sisa-sisa fauna tulang dan cengkerang yang dikenalpasti termasuk cengkerang sungai jenis spesis Brotia costula dan Brotia spinosa dan haiwan seperti monyet (Macaca sp) , kijang (Muntiacus munjak) , babi hutan (Sus sp) dan reptilia . Berdasarkan petikan yang dipamerkan di Muzium Arkeologi lenggong penyelidikan ini diteruskan di Gua Harimau terletak berdekatan kompleks batu kapur Bukit Gua Harimau , Lenggong Perak . Ekskavasi arkeologi oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia pada tahun 1987 , 1988 dan 1995 telah menemui tapak pengkebumian manusia berusia 2,000 hingga 4,000 tahun dahulu . Sebanyak 11 rangka manusia telah ditemui dengan barangan kiriman yang terdiri daripada bekas tembikar , alat batu , kapak gangsa , perhiasan badan dan sisa makanan . Gua Harimau merupakan tapak yang penting kerana mendedahkan bukti pengkebumian zaman Neolitik-Logam dengan kapak gangsa dan acuannya terawal sekali di Malaysia iaitu sekitar 4,000 tahun dahulu . Penemuan ini menggambarkan penghasilan alat gangsa di kawasan Lenggong serta membuktikan bahawa kawasan pembuatan alat gangsa bukan sahaja terhad di kawasan utara dan tengah Thailand , bahkan kemungkinan besar ia juga dibuat di Malaysia .

Pendapat yang sama diutarakan oleh Encik Mohd Syahrin bin Abdullah dan Puan Nur Aida binti Pirus ialah penyelidikan yang paling terkenal ialah di Gua Gunung Runtuh yang telah dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia USM dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti dalam tahun 1990 . Penemuan terpenting di gua ini ialah rangka manusia yang dinamakan Perak Man oleh Prof. Emiritius Dato Zuraina Majid . Perak Man merupakan rangka manusia yang terlengkap sekali di Asia Tenggara untuk Zaman Paleolitik . Beliau dilahirkan dengan kecacatan genetik (Brachymesophalangia) . Perak Man telah dikebumikan dengan satu upacara amal dan keadaan berlipat iaitu kedua-dua kakinya dilipatkan ke bahagian badan dan tangannya diletakkan di atas dada dan bahu . Perak Man juga dikirimkan dengan alat-alat batu, daging dan beribu siput sedut yang ditaburkan di sekeliling badannya . Salah satu faktor utama Lenggong sangat terkenal sehingga dikenali sebagai Tapak Warisan Dunia ialah penemuan Perak Man di Gua Gunung Runtuh . Dalam perbincangan bersama Encik Syahrin bin Abdullah bersama Puan Zuraini Bt Zamri dan Puan Nur Aida binti Pirus selaku Penolong Pegawai Warisan , rangka Perak Man yang ditemui merupakan salah satu rangka tertua yang paling terlengkap di Asia Tenggara walaupun terdapat rangka lain yang ditemui di Lengong contohnya Gua Teluk Kelawar , Gua Kajang dan Gua Harimau . Hasil daripada penceritaan Encik Ahmad Syihan Bin Ahmad Suhaimi , Penolong Pegawai Tadbir / Penghulu Pegawai Daerah Lenggong yang pernah mengikuti Krusus Pemandu Pelancong anjuran Universiti Sains Malaysia mengatakan bahawa faktor-faktor rangka Perak Man yang ditemui lengkap sepenuhnya kerana Perak Man dijumpai di dalam gua malah di tingkat atas Gua Gunung Runtuh . Terdapat pelbagai kemungkinan sebagai contoh tanah di dalam Gua Gunung Runtuh itu kurang berasid ataupun tulang Perak Man itu tidak diganggu oleh binatang ataupun manusia yang masuk ke dalam gua untuk mencari tahik kelawar . Menurut Ahli Parlimen Lenggong , Dato Syamsul Anuar Nasarah berkata rangka Perak Man yang hidup kira-kira 11,000 tahun dahulu itu ditempatkan di Muzium Negara sejak tahun 2006 lagi . Namun kini , sudah tiba masanya rangka Perak Man atau Orang Perak itu dikembalikan semua ke tempat asalnya dan ditempatkan di Galeri Arkeologi di sini . Jabatan Warisan Negara diminta mempertimbangkan hasrat kerajaan negeri untuk membawa pulang rangka sebenar manusia pertama di Asia Tenggara, Perak Man ke daerah ini . Beliau mengatakan juga bahawa , ''Pelancong sebenarnya teruja untuk melihat sendiri

penemuan dan artifak yang menyebabkan lokasi itu diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). ''Bagaimanapun rata-rata mereka termasuk pelancong asing agak kecewa kerana rangka sebenar Perak Man yang dijumpai penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1991 itu tidak dipamerkan di sini, sebaliknya ditempatkan di Muzium Negara,". Encik Syahrin bin Abdullah juga menceritakan bahawa sebelum Lenggong dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO beliau telah menghadiri beberapa mensyurat penting seperti Mensyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyediaan Dossier , Pulau Pinang pada 7 Januari 2011 hingga 27 Januari 2011 , Mensyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyediaan Dossier , Pulau Pinang pada 13 Mac 2011 . Mensyuarat ini bertujuan untuk menyenarai dan menyediakan tentatif-tentatif penting sebelum penyerahan dossier pencalonan oleh UNESCO . Selepas itu , Badan Penasihat ICOMOS di Lenggong , Perak melakukan penilaian melalui lawatan tapak yang mula dijalankan pada 11 Sept 2011 hingga 15 Sept 2011 . Penyerahan maklumat tambahan dan maklumat maklum balas Laporan ICOMOS kepada pihak UNESCO boleh dilakukan semasa sesi penilaian dibuat . Apa yang menariknya , apabila beliau sendiri menceritakan bahawa semasa lawatan tapak dijalankan oleh Badan Penasihat ICOMOS di Lenggong , pelbagai reaksi positif yang diterima . Pada 30 Jun 2012 , Encik Syahrin bin Abdullah mengatakan beliau serta beberapa orang wakil daripada Malaysia telah pergi ke Rusia untuk menyertai pembentangan ICOMOS bagi pencalonan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong kepada Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO . Semasa perbentangan pencalonan Warisan Arkeologi Lembah Lenaggong , sesi soal jawab diadakan untuk menyakinkan ahli Jawatankuasa Warisan Dunia bahawa Lembah Lenggong merupakan tempat kewujudan awal manusia Prasejarah . Perbincangan turut dilakukan bersama Pengurusi Jawatankuasa Warisan Dunia , Her Excellency Madam Eleonora Valentinovna . Pesuruhjaya Warisan Malaysia juga telah memberi takimat kepada perwakilan di Colombia tentang Lembah Lenggong . Akhirnya dengan bangganya Encik Syahrin bin Abdullah menyatakan bahawa Warisan Lembah Lenggong diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia yang ke 4 selepas Bandaraya Bersejarah Melaka dan George Town , Taman Negara Kinabalu dan Taman Negara Mulu oleh UNESCO pada hari yang bersejarah itu .

Selepas dinyatakan sebagai Tapak Warisan Dunia yang ke 4 , terdapat pelbagai kesan yang boleh diambil . Menurut Encik Muhsin Hanis bin Shaharuddin , Penolong Pegawai Daerah Lenggong , Lembah Lenggong kini telah mendapat perhatian lebih dari aspek politik daripada masyarakat setempat , kerajaan negeri malah mendapat sokongan padu daripada kerajaan persekutuan untuk berganding bahu melindungi dan memelihara tapak warisan ini . Tidak ada siapa boleh penceroboh kawasan Lembah Lenggong ini tanpa kebenaran Jabatan Warisan Dunia . Penyataan ini telah dipersetujuai oleh Encik Syahrin bin Abdullah selaku Ketua Zon Tengah Jabatan Warisan Negara Zon Tengah ( Galeri Arkeologi Lenggong ) . Oleh itu , keselamatan Tapak Warisan Lembah Lenggong ini terjamin . Menurut Puan Zuraini Bt Zamri , Penolong Pegawai Warisan , antara akta yang melindungi Tapak Warisan ini ialah Akta Warisan Kebangsaan 2005 iaitu di bawah Jabatan Warisan Negara , Akta Parancang Bandar dan Desa di bawah Rancangan Kawasan Khas (RKK) dan Plan Struktur . Dibawah akta yang dikemukan datangnya garis panduan dan perwataan kawasan sebagai langkah berjaga-jaga supaya kawasan Tapak Warisan ini tidak dicerobohi sewenang-wenangnya . Kesan seterusnya daripada aspek ekonomi . Sejak diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia , ekonomi masyarakat Lembah Lenggong kian meningkat hari demi hari . Berdasarkan data yang diberikan oleh Puan Nur Aida binti Pirus , jumlah pelawat luar negara yang datang ke Lenggong meningkat hampir 70% pada tahun 2012 selepas diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia . Peningkatan yang mendadak ini amat membanggakan Ahli Parlimen Lenggong , Datuk Syamsul Anuar Nasarah semasa ditemui . Oleh itu , tidak hairanlah apabila Encik Noor Ekhsan bin Baharudddin , Setiausaha Majlis Daerah Lenggong menyatakan bahawa jumlah penginap di Resort Tasik Raban Lenggong amat memberansangkan terutamanya pada musim cuti sekolah malah kadangkala bilik yang disediakan tidak mencukupi . Inesiatif baru diambil oleh masyarakat Lenggong apabila mereka mula menyediakan perkhidmatan homestay untuk meningkatkan pendapatan bulanan sebagai contoh Homestay Yati di Kampung Banggol Belimbing . Kesan terakhir dari aspek sosial . Menurut Dato Syamsul Anuar Nasarah selepas diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia , Lembah Lenggong telah menerima peruntukkan sebanyak RM 30 Juta daripada kerajaan pusat bagi menyediakan pelbagai infrastruktur bagi membawa artifak bersejarah Perak Man kembali ke Lenggong . Penyataan ini dipersetujui oleh Encik Noor

Ekhsan bin Baharudddin dan Encik Syahrin bin Abdullah . Dato Syamsul Anuar Nasarah juga menceritakan , semasa ucapan yang berhormat Datuk Seri Rais Yatim , Menteri Penerangan , Komunikasi dan Kebudayaan semasa Majlis Meraikan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia pada 10 November 2012 bahawa kerja-kerja membina infrastruktur ini akan bermula pada Januari 2013 dengan kerjasama daripada beberapa pihak . Beliau juga yakin dengan usaha keras , Lembah Lenggong dapat menjadi institusi perlancongan turulung di Asia kelak . Kelengkapan infrastruktur yang akan dijalankan ini adalah garis panduan daripada UNESCO dan ianya wajib dipatuhi . Pihak Unesco juga akan mengadakan sistem lawatan ke kawasan Lembah Lenggong bagi memastikan semua kerja yang dilakukan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh mereka , tambah Dato Syamsul Anuar Nasarah lagi . Kesimpulannya , Lembah Lenggong merupakan penempatan manusia prasejarah telah dapat terbukti . Ianya telah dipersetujui oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Mokhtar Saidin di dalam keratan akhbar sumber internet pada hari Khamis 1 November 2012 di bawah tajuk Cerita-Cerita Lembah Lenggong . Lembah Lenggong di Hulu Perak yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 30 Jun 2012 kerana bahan-bahan prasejarah dan nilai arkeologi yang ada di seperti rangka manusia Perak Man yang ditemui di Gua Gunung Runtuh , penemuan alat batu , kepingan tembikar , sisa makanan yang terdiri dari tulang haiwan dan cengkerang di Gua Teluk Kelawar dan peralatan-peralatan siap di Kota Tampan . Segala artifak yang ditemui kini berada di Muzium Arkeologi Lenggong yang telah dibuka sepenuhnya pada tahun 2001 dan merupakan muzium prasejarah pertama di Malaysia .

Anda mungkin juga menyukai