Anda di halaman 1dari 5

Gua Niah

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar Gua Niah di Sarawak merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini. Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah menduduki kawasan seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun. Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia. Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.

[sunting] Jumpaan manusia prasejarah


Pada tahun 1958, satu cari gali yang diketuai oleh Tom Harrison telah membongkar satu tengkorak manusia disebelah barat pintu utama Gua Niah, yang dianggarkan berusia 40,000 tahun. Ia merupakan tengkorak manusia moden (Homo sapiens) yang terawal di Asia Tenggara. Tengkorak itu ditemui di aras dimana perkakasan batu telah dijumpai sebelumnya bersama arang yang memberikan tarikh radiokarbon sekitar 40,000 tahun dahulu. Ini merupakan bukti terawal pendudukan manusia di Borneo. Selain bukti kehadiran manusia zaman Palaeolithic pada tempoh Pleistocene Akhir, para cari gali turut menjumpai bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers, dan kemudiannya tapak pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu.

Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaeolithic (awal Zaman Batu). Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya era Holocene sekitar 10,000 dahulu. Taman Negara NIah Taman Negara Niah boleh dilawati oleh semua pelawat melalui jaringan jalanraya yang menghubungkan kawasan ini dengan Bandaraya Miri ataupun bandar Bintulu. JArak daripada Bandaraya Miri adalah kira-kira 90km melalui Lebuhraya Persisiran Pantai memakan masa 1 1/2 jam manakala daripada Bandar Bintulu adalah kira-kira 120km (2jam). Taman Negara Niah boleh didatangi dengan menggunakan kenderaan persendirian, teksi ataupun bas ekspress yang pergi dari Bandaraya Miri ke Bintulu ataupun dari Bintulu ke Bandaraya Miri dengan berhenti di Simpang Ngu. Dari simpang berkenaan, pelawat boleh menggunakan kenderaan yang disewa yang terdapat disekitar simpang berkenaan dengan harga yang tertentu. Sila maklumkan pemandu berkenaan supaya menghantar anda ke Pejabat Taman Negara Niah. Kemudahan Taman Negara Niah juga menyediakan kemudahan kediaman kepada pelancong iaitu tapak perkhemahan, hostel dan chalet dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Di sini juga terdapat Kafeteria untuk membolehkan pelancong mendapatkan bekalan makanan kerana semua kemudahan di Taman Negara Niah tidak dibenarkan memasak. Namun pelancong dibenarkan membuat barbeque di kawasan luar penginapan.

Muzium Sarawak (Bangunan Lama) didirikan dalam tahun 1891 dan diperbesarkan seperti bentuk yang sedia ada dalam tahun 1911. Pada asalnya bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Alfred Wallace, yang menjalankan kerja-kerja mengumpul spesimen-spesimen di Negeri Sarawak pada masa tersebut. Sejak ianya dibina, bangunan ini telah beberapa kali diubahsuai serta diperbaiki. Rekabentuknya yang membujur, 44' x 160', mempunyai dinding dan tiang yang diperbuat daripada batu bata dan beratapkan belian dan konkrit. Ianya dibina mengikut senibina Eropah dengan edifiknya mengikut stail Ratu Anne (Zaman Victoria). Galeri-galeri yang terdapat didalamnya diterangi melalui tingkap yang berbentuk kubah pada bumbung bangunan untuk memberi ruang dinding yang luas. Semasa Zaman pemerintahan Jepun, muzium ini telah diletak di bawah jagaan seorang Pegawai Jepun yang simpati terhadap muzium ini. Disebabkan itu, tidak banyak kerosakan atau kecurian berlaku. Pada masa ini, dengan perancangan yang teliti dan penjagaan yang rapi, bangunan ini telah dijadikan pusat pameran koleksi sejarah alam semulajadi di Sarawak. Pada tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi alam semulajadi dan spesimen fauna Sarawak -seperti reptilia , mamalia, burung dan lain-lain dipamerkan. Pada bahagian barat bangunan muzium ini terdapat pameran Shell - industri petroleum di Sarawak. Tingkat atas bangunan ini mempamerkan bahanbahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang pelbagai kaum etnik di Sarawak, alat-alat muzik, pelbagai jenis perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan lain-lain.

Masa Lawatan : Isnin hingga Ahad 9.00 a.m. hingga 4.30 p.m Masuk adalah Percuma

Gua Niah merupakan satu-satunya muzium di Sarawak semenjak penubuhannya dalam tahun 1891 sehinggalah tahun 1964. Oleh kerana ketiadaan kakitangan professional dalam kajian arkeologi, percarigalian pertama hanya dilakukan dalam tahun 1948. Hasil carigali memberikan pulangan yang besar dan mengkagumkan. Semenjak itu, kerja-kerja carigali intensif telah dijalankan lebih daripada 50 tapak di seluruh Sarawak. Hasil daripada carigali tersebut telah membongkar misteri sejarah, kekayaan seni dan warisan penduduk tempatan negeri Sarawak. Pelbagai artifak prasejarah telah dijumpai. Bahagian barat Gua Niah adalah kawasan yang sungguh kaya dengan kesan sejarah yang bukan sahaja amat penting kepada sejarah Borneo tetapi juga terhadap tamadun manusia sejagat. Pada kedalaman 90 inci, satu daripada tengkorak manusia tertua di dunia telah dijumpai dan dikelilingi oleh arang yang berusia 40,000 tahun menurut pakar! Ia merupakan penemuan terawal dan merupakan homo sapiens pertama dijumpai di Selatan Asia. Jauh di bahagian dalam mulut gua tersebut adalah tempat pengebumian Neolitik yang menempatkan 166 tapak pengkebumian.

Pada bahagian lain batu kapur yang berdekatan dengan Gua Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki juga telah dijumpai. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari. Turut dijumpai di gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama, tembikar China dan manik kaca..

Santubong merupakan kawasan arkeologi yang terbesar di Malaysia berbanding dengan Lembah Bujang di Semenanjung Malaysia. Kurator Tom Harrison (1947-1966) yang menyelia kerja-kerja carigali dalam tahun 1949, telah menjumpai beribu-ribu serpihan seramik. Selain daripada seramik China, lebih kurang 40,000 tan sanga besi telah ditemui dan merupakan penemuan yang begitu menonjol. Adalah dipercayai bahawa tempat ini dahulunya merupakan pusat penting untuk para pedagang dan juga lombong bijih besi di antara kurun ke 11 Masehi sehingga ke kurun 13 Masehi. Pada akhir tahun 1974 satu penemuan penting telah terjadi di mana 79 peralatan batu, manik purba dan barang tembikar diperolehi di kawasan pedalaman Ulu Baleh, Kapit. Ia merupakan kawasan purba terbuka pertama pernah dijumpai di Sarawak dan juga di kepulauan Borneo.

Anda mungkin juga menyukai