Anda di halaman 1dari 20

KURSUS:

HSA3053 - ASIA TENGGARA SEHINGGA ABAD KE-18

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ADNAN BIN JUSOH

TUGASAN 1
Group Kumpulan No. Soalan
A 1 1

A211 – Oktober 2021

Bincangkan kepentingan data arkeologi dalam konteks kemunculan zaman


prasejarah dan protosejarah di Asia Tenggara.

Ahli Kumpulan:

Bi
l Nama No Matrik

1 Wan Mohamad Hakim Bin Wan Isa D20202096781


2 Muhammad Hilmi Bin Mohamad Fadzil D20202096799
3 Adam Buqhari Bin Abdul Latiff D20202096778
4 Muhamad Fiddaudin B Arsat D20202096811
5 Nur Syahirah Binti Abdul Kadir D20202096805
6 Nur Farah Aida Bt Mokhtar D20202096806
7 Nurunnada Binti Mohd Hasrizal D20202096820

Jabatan Sejarah
Fakulti Sains Kemanusiaan
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kepentingan arkeologi dari aspek budaya, sosial dan seni
Data arkeologi memainkan peranan yang penting bagi masyarakat zaman kini untuk
mengetahui serta mengenali dengan lebih jelas tentang zaman prasejarah dan juga zaman
protosejarah. Antara aspek yang penting dapat dilihat adalah dari segi kebudayaan. Di Asia
Tenggara, artifak serta tinggalan zaman sebelum masih kekal utuh sehingga kini untuk
dijadikan sebagai panduan serta kajian yang dapat membantu pakar sejarah menghasilkan
karya yang bermutu. Terdapat banyak data-data arkeologi yang menunjukkan kewujudan
serta kemunculan zaman prasejarah dan protosejarah Dalam aspek kebudayaan, penyelidikan
terhadap data arkeologi mampu mendatangkan gambaran kepada penyelidik dan ahli sejarah
untuk mengembangkan lagi analisis mereka. Antara data arkeologi yang sering dijumpai dan
dijalankan penyelidikan adalah seperti fosil serta barangan tinggalan hasil buatan manusia
iaitu alat memasak, alat senjata, alat perkuburan, alat memotong dan juga bahan seramik. 1
Melalui data arkeologi ini, penyelidik dapat melihat cara kehidupan masyarakat pada
sesebuah tempat di sesuatu zaman.

Seperti yang kita ketahui, zaman utama yang telah dilalui oleh manusia adalah zaman
prasejarah dan juga zaman protosejarah. Kemajuan serta perkembangan gaya hidup manusia
terdahulu adalah berbeza dari segi peningkatan kemahiran serta pemikiran diantara satu
masyarakat dengan masyarakat lain dalam jangka waktu tertentu. Antara penemuan data
arkeologi yang dapat kita lihat adalah penemuan rangka yang diberi nama Perak Man.
Penemuan ini adalah daripada hasil aktiviti ekskavasi oleh Profesor Zuraina Majid serta
pasukannya di Gua Gunung Runtuh pada sekitar tahun 1990. Ekskavasi ini telah
mendatangkan hasil apabila berjaya menemukan rangka manusia yang berumur sekitar
10,000 ke 11,000 tahun.2

Penemuan ini telah menarik perhatian ramai kerana rangka yang dikenali sebagai
Perak Man itu adalah manusia prasejarah yang tidak sempurna kerana bahagian badan di
sebelah atas kiri memperlihatkan bukti kecacatan anggota badan yang berpanjangan,
mungkin sebahagiannya lumpuh dan juga pergelangan tangan kiri serta keseluruhan
tangannya tidak sempurna.3 Setelah penyelidikan dan analisis di buat, dikatakan bahawa

1
Nik Hassan Suhaimi, “Artifak Kebudayaan Melayu: Sumbangan Arkeologi dan Arkeologis”, Jurnal
Perspektif Jil. 2 Bil. 1ISSN 1985 - 496(X), hlm.141

2
Stephen Chia & Zuraina Majid, April 2002, The Conservation and Preservation of Perak Man, Centre
for Archaeological Research Malaysia, hlm.1

3
Ibid.[ CITATION Sit16 \l 17417 ][ CITATION RCe19 \l 17417 ][ CITATION Kon21 \l 17417 ]
Perak Man merupakan seorang yang penting di dalam puaknya samada dia seorang dukun
ataupun ketua puak. Di sini kita dapat lihat, telah wujud satu budaya di mana sesebuah puak
atau masyarakat kecil terdahulu telah pun mempunyai seorang ketua. Anggapan ini di buat
kerana cara pengebumian Perak Man amat teliti serta mempunyai unsur kehormatan
terhadapnya. Terdapat kulit kerang serta peralatan batu di sekeliling dan di atas jasadnya.4

Budaya pengebumian ini juga dapat dilihat daripada penemuan Teknik pengebumian
melentur di sekitar kawasan Hulu Kelantan iaitu Gua Cha dan Gua Peraling. Penemuan alat-
alat batu di Gua Kepah serta Gua Bewah juga memperlihatkan budaya pengebumian ini. 5
Walaupun terdapat kesukaran dalam menetapkan cara pengebumian tersebut, para penyelidik
bersependapat untuk membandingkan dengan penemuan alat batu di sekitar rangka tersebut.
Mayat selalunya diletakkan dalam keadaan mengiring dan lutut akan dibengkokkan. Alat-alat
juga akan turut dikebumikan bersama-sama mayat tersebut.

Selain dari Teknik pengebumian melentur, terdapat juga teknik pengebumian


tempayan. Pengebumian ini dilakukan dengan tempayan besar atau kotak tempat tulang
tembikar yang hampir sama dengan kebudayaan Sa Huynh.6 Bukan sahaja cara pengebumian
ini dilakukan di Sulawesi dan Borneo, tetapi juga ada di Malaysia terutamanya kawasan
berbatu kapur di sekitar Sabah dan Sarawak. Pengebumian ini amat unik kerana ianya
digunakan untuk menyimpan mayat atau rangka manusia. Tempayan akan disimpan dan
disorok di tempat terpencil seperti lantai gua dan celah-celah banir pokok. Ada juga objek
yang diletakkan bersama seperti barang perhiasan dan makanan.

Tidak terlepas juga kehebatan manusia zaman prasejarah dari segi teknologi dalam
pembuatan alatan. Ianya amat berkait rapat dengan evolusi budaya masyarakat ketika itu
dalam menghasilkan alatan. Manusia pada zaman prasejarah telah menggunakan sumber
daripada sekitar kawasan tempat tinggal mereka dalam menghasilkan alatan seperti alat
repehan. Data arkeologi yang telah ditemui memperlihatkan bahawa alat repeh di Asia
Tenggara dibahagikan kepada bentuk antaranya bergerigi dan bertirus seperti yang ditemui di

4
Stephen Chia & Zuraina Majid, April 2002, The Conservation and Preservation of Perak Man, Centre
for Archaeological Research Malaysia, hlm.2

5
Yunus Sauman, Adnan Jusoh & Zuliskandar Ramli, Jenis dan Teknik Pengkebumian Prasejarah
Malaysia, Arkeologi Terengganu, 2013, hlm. 180

6
Peter Bellwood, 2000, Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama,
hlm. 425.
Gua Nguom, Gua Moh Khiew dan Kota Tampan.7 Ada juga alatan yang cekung serta
cembung seperti yang ditemui di tapak Paleolitik yang lain. Walaupun begitu, fungsinya tetap
sama iaitu digunakan sebagai pisau atau pengikis. Kita dapat lihat bahawa kebudayaan awal
manusia prasejarah mempunyai pengetahuan dalam menghasilkan alat repehan menggunakan
sumber sekeliling.

Dalam aspek kesenian pula, penemuan seni lukisan gua juga telah membantu
penyelidik dengan bantuan arkeologis dalam melakukan analisis. Di Asia Tenggara, banyak
lukisan gua yang telah ditemui di Malaysia, Thailand serta Indonesia. Di wilayah Maluku
Tenggara Indonesia, terdapat beberapa lukisan gua yang ditemui. Ianya telah ditemui oleh A.
Langen sekitar tahun 1868 tetapi penelitian telah di buat oleh Tiechelman dan Grutyter pada
8
1994 dan disambung oleh C. Ballard pada tahun 1988. Berdasarkan penelitian dan
penyelidikan, lukisan di gua tersebut mencerminkan objek seperti manusia, binatang, senjata
dan juga tapak tangan. Lukisan yang ditemui ini mempunyai persamaan dengan lukisan di
Timor Leste dan ianya dikatakan perkara ini menyebar secara meluas sejak 3000 tahun
dahulu melalui aktiviti perdagangan.

Beralih kepada kepentingan data arkeologi dari segi budaya, kesenian serta sosial di
zaman protosejarah pula, munculnya budaya megalitik di Malaysia adalah pada akhir zaman
logam dan awal zaman protosejarah. Budaya Megalitik ini adalah satu budaya penyembahan
kepada satu batu besar dan salah mereka beranggapan ianya adalah satu cara untuk
berinteraksi dengan nenek moyang mereka. 9 Antara elemen yang mengukuhkan kebudayaan
ini ialah kepercayaan bahawa batuan yang bersaiz besar (batu megalitik) mempunyai elemen
‘roh’ yang menunjukkan seolah-olah ada kehidupan pada batu tersebut. Di Malaysia,
kewujudan megalitik ini dapat dilihat di negeri seperti Melaka, Perak serta Negeri Sembilan.
Ianya juga dikenali sebagai “kebudayaan batu hidup” khususnya melayu di sekitar Negeri
Sembilan dan melaka

Di kawasan Changkat Menteri Perak, jenis batu Megalitik yang dijumpai adalah jenis
menhir dan cist iaitu berbentuk kubur kepingan batu. Di Terachi Negeri Sembilan sahaja
7
Siti Khairani Jalil & Jeffrey Abdullah, April 2016, Alat Repeh Zaman Paleolitik: Isu dan Masalah Asia
Tenggara, Jurnal Arkeologi Malaysia, hlm. 13

8
R. Cecep Eka Permana, Oktober 2019, Menjejaki Budaya Serumpun Melalui Warisan Lukisan Gua,
Journal of Malaysian and Indonesian Studies, Volume 1(1), hlm. 12

9
Kong TecjkSieng & Oliver Eboy, Februari 2021, Kajian Taburan Batu Megalitik serta Penentuan
Sumbernya di Kampung Tobilung, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 6, Issue 2, hlm.
34
terdapat lebih 3500 batu Megalitik dengan pelbagai bentuk antaranya bentuk tanduk, segi
tiga, bulat dan rata.10 Tidak terlepas juga di Sabah dan Sarawak terutamanya jenis batu yang
diukir di kawasan Kelabit. Walaupun batu Megalitik di barat lebih besar dari di Asia
Tenggara, tetapi ianya merupakan penemuan yang penting dalam mengenal pasti evolusi
budaya pada awal kemunculan zaman protosejarah.

Dalam aspek kesenian pula, penemuan bersejarah terbaru di Gua Semadong Perlis
telah dipercayai dari zaman protosejarah. Lukisan yang dijumpai oleh kumpulan Pencinta
Hijau dan Hidupan Liar Perlis serta Persatuan Mendaki Negeri Perlis telah menarik perhatian
penyelidik arkeologi Perlis untuk menjalankan penelitian dan penyelidikan yang bagi
memperoleh lebih data arkeologi di kawasan tersebut. Lukisan di dinding gua tersebut
terdapat unsur pengaruh Hindu-Buddha kerana lukisan seperti Gajah, Lembu, Ular dan
Mawas yang selalu dikaitkan dengan agama dan kepercayaan Hindu-Budhha.

Akhir sekali, dari segi pembudayaan serta teknologi masyarakat protosejarah di


sekitar Sungai Mas yang mahir dalam pembuatan manik. Apabila projek pembinaan tali air
sekitar tahun 1980 dilakukan, ianya membawa kepada penemuan beribu-ribu artifak. Hal ini
telah menyebabkan penyelidik melakukan penyelidikan serta ekskavasi di kawasan tersebut.
Jumpaan Inskripsi Sungai Mas telah memperlihatkan wujudnya satu sistem sosial budaya
yang teratur dalam kalangan masyarakat di kawasan itu. 11 Dikatakan bahawa ujian serta
analisis dilakukan pada manik Indo-Pasifik yang dijumpai telah menunjukkan bahawa
masyarakat di Sungai Mas sudah pun menguasai ilmu pembuatan serta teknologi yang tinggi
dalam pembuatan manik. Selain daripada manik Indo-Pasifik, masyarakat di sekitar Sungai
Mas juga mempunyai kemahiran tinggi dalam menghasilkan seni ukiran-ukiran batu seperti
jumpaan padma, bendul pintu dan tempayan besar. Bata ini diguna pakai dalam pembuatan
Candi Sungai Mas dengan hanya menggunakan sumber mentah dari lembangan Sungai
Muda.12

Kepentingan arkeologi dari aspek agama dan kepercayaan

10
Kong TecjkSieng & Oliver Eboy, Februari 2021, Kajian Taburan Batu Megalitik serta Penentuan
Sumbernya di Kampung Tobilung, Malaysian Journal of Social Sciences dan Humanities, Volume 6, Issue 2, hlm.
35

11
Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Suhaimi, 2011, Penemuan Seramik China di Kampung Sungai Mas,
Sari-International Journal of the Malay World and Civilisation, hlm. 183.

12
Ibid.
Kepentingan data arkeologi yang seterusnya adalah dari aspek agama dan kepercayaan.
Kepercayaan animisme merupakan kepercayaan terawal sejak zaman prasejarah dan
berlanjutan hingga ke hari ini. Animisme merupakan kepercayaan terhadap sesuatu yang
hidup dan mempunyai kekuatan di sebalik sesuatu. Animisme merupakan bentuk pemikiran
yang paling tua yang dapat ditemukan dalam sejarah manusia. Agama dan kepercayaan
merupakan keyakinan terhadap sesuatu spiritual.13 Kepercayaan animisme berkembang
kepada kepercayaan dinamisme yang mana merupakan keyakinan terhadap kekuatan yang
berada dalam zat suatu benda dan mampu memberikan manfaat dan marabahaya. 14
Dinamisme merupakan kepercayaan bahawa kesaktian itu boleh berasal dari api, batu-batuan,
air, pokok-pokok besar, binatang, bahkan manusia. Unsur dinamisme lahir dari rasa
kebergantungan manusia terhadap daya dan kekuatan lain yang berada di luar dirinya.
Masyarakat di Kota Lhokseumawe, Acheh masih ada yang melaksanakan pemujaan pantai
yang mana penangkap ikan memberikan hadiah kepada penjaga laut untuk mendapat
perlindungan.15 Upacara-upacara tersebut masih diyakini dan dilaksanakan oleh masyarakat
Lhokseumawe dan Kabupaten Aceh Utara.

Bukti arkeologi tentang kepercayaan masyarakat zaman prasejarah adalah rangka


manusia yang dijumpai di Bukit Karang Pangkalan, Indonesia.16 Rangka manusia ini
dijumpai dalam keadaan terlipat, iaitu bahagian lutut mendekati dada. Rangka manusia juga
ditemui dengan diselaputi oleh hematit bewarna merah. 17 Hematit merupakan sejenis bahan
pewarna yang digunakan dalam upacara pemujaan dan berkait dengan kepercayaan. Warna
merah pada hematit juga dikaitkan juga dengan kepercayaan bahawa adanya kehidupan
selepas mati. Dalam pada itu kepercayaan masyarakat Indonesia juga menganggap bahawa
warna merah melambangkan kehidupan baharu. Selain itu, ditemui timbunan cangkerang
bersama-sama dengan rangka manusia yang dianggap oleh mereka sebagai bekal kepada si
mati di alam ghaib. Analisis karbon yang dilakukan pada kulit cangkerang menunjukkan

13
Pals, D.L., Seven Theories of Religion, IRCiSoD, 1996.

14
Ibid.

15
Ridwan Hasan, Kepercayaan Animisme dan Dinamisme dalam Kalangan Masyarakat Islam Aceh,
MIQOT: Jurnal Ilmu-Ilmu Keislaman, 36(2), 2012, hlm. 285.

16
Ketut Wiradnyana, Perkembangan Religi Prasejarah: Tradisi Masyarakat Gayo, Amerta (Jurnal
Penelitian Dan Pengembangan Arkeologi), 1-12, 2015, hlm. 4-5.

17
Ibid.
bertarikh pada 4000 BP.18 Jumpaan arkeologi ini menunjukkan masyarakat prasejarah
mempercayai bahawa adanya kehidupan selepas mati melalui jumpaan hematit dan
cangkerang sebagai bekal di alam ghaib.

Seterusnya, jumpaan arkeologi pada zaman protosejarah juga menunjukkan adanya


agama yang dianuti oleh masyarakat tempatan pada zaman dahulu. Kawasan di Kedah Tua
yang memiliki penemuan arkeologi dapat dikaitkan dengan pengaruh India iaitu merupakan
tapak Lembah Bujang, tempat terletaknya pelabuhan Kedah Tua. Perkembangan Kedah Tua
telah dibuktikan dengan pelbagai bentuk penemuan arkeologi seperti Candi Hindu-Buddha,
Prasasti, Seramik dagang, tembikar tanah dan manik.19 Salah satu aspek penting di Lembah
Bujang adalah penelitian terhadap arca-arca Hindu-Buddha yang ditemui. Penemuan arca
merupakan salah satu jumpaan penting di Lembah Bujang yang menyumbang dalam
memberi gambaran mengenai latar belakang agama sebahagian daripada masyarakat yang
wujud di Kedah Tua. Arca-arca yang ditemui di Lembah Bujang terdiri daripada imej dewa-
dewi seperti Ganesha, Durga, Buddha, serta para Bodhisatva seperti Hariti dan Bhrikuti. 20
Arca yang berhubungan dengan keagamaan yang terdapat di Lembah Bujang dapat
dibahagikan kepada dua kategori iaitu arca yang berpengaruh unsur keagamaan Hindu dan
arca yang mempunyai unsur Buddha. Candi yang mempunyai unsur Hindu dan Buddha dapat
dilihat berdasarkan kepada hiasan pada candi terutama di bahagian puncak sesebuah binaan.
Candi mengikut pengaruh Hindu mempunyai unsur hiasan Ratna manakala candi bagi
pengaruh Buddha pula mempunyai hiasan Stupa.21 Bahagian Stupa pula terbahagi kepada
lima struktur iaitu Yasti, Harmika, Gantha, Padmasana dan Upapita. 22 Antara beberapa arca
berunsurkan agama Hindu yang dijumpai di Lembah Bujang adalah Arca Ganesha. Arca ini
dianggap sebagai dewa yang menghapuskan segala penghalang dan antara dewa yang paling
banyak disembah dalam agama Hindu dan ditarikhkan dari kurun k-6 hingga ke-7 Masihi. 23
Arca Ganesha yang dijumpai merupakan dalam keadaan yang tidak lengkap. Bahagian kepala
18
Ibid.
19
Khaw, N. R., Ramli, Z., & Saidin, M., Tinjauan Umum Berkenaan Penemuan Arca Agama di Kedah
Tua, Jurnal Arkeologi Malaysia, 31(2), 2018, hlm. 63.

20
Ibid.

21
Mohd Supian bin Sabtu, Zaman Hindu-Buddha di Lembah Bujang: satu penilaian berdasarkan data
arkeologi, Doctoral dissertation, University of Malaya, 1998

22
Ibid.

23
Khaw, N. R., Ramli, Z., & Saidin, M., Tinjauan Umum Berkenaan Penemuan Arca Agama di Kedah
Tua, Jurnal Arkeologi Malaysia, 31(2), 2018, hlm. 65.
arca sahaja yang dijumpai dan bahagian tangan dan badan yang lain telah hilang. Seterusnya
adalah arca Dwarapala. Arca ini merupakan antara arca yang bersambung dengan bangunan
candi.24 Dwarapala merupakan tokoh penjaga pintu dan digambarkan dalam keadaan yang
amat menakutkan. Dwarapala tidak dikategorikan sebagai dewa tetapi lebih cenderung
sebagai pelengkap dan pengiring kepada arca para dewa. Jika sesebuah candi tersebut
dikhususkan untuk pemujaan terhadap dewi maka arca Dwarapala yang menjaga pintu candi
digambarkan sebagai tokoh wanita.25 Arca Kurma dan Nandi merupakan vahana iaitu
kenderaan atau tunggangan kepada Dewa Wisnu dan Dewa Siwa. Arca Nandi atau disebut
sebagai lembu jantan ditemui hanya bahagian kepala dan berperanan sebagai arca yang
diletakkan pada bahagian luar daripada ruangan di mana arca Siwa atau perwujudannya
sebagai lingga ditempatkan menghadap bahagian garbhagrha.26 Selanjutnya adalah arca-arca
yang berhubungan dengan agama Buddha yang dijumpai di Lembah Bujang iaitu arca
Boddhisatva atau dikenali sebagai Dewi berkerut dahi. Arca ini merupakan salah satu Dewi
yang disembah di Tibet. Kewujudan arca ini di Kedah Tua adalah tidak mengejutkan kerana
Atisa Dipamkara Srijana telah menyebarkan agama Buddha Vajrayana daripada Tibet ke
Srivijaya telah sampai ke Kedah Tua. 27 Arca ini mempunyai saiz yang kecil dan sukar untuk
menganalisisnya, terutama untuk mengamati alatan yang dipegang namun dipercayai arca
Boddhisatva memiliki gaya seni India Selatan. Arca yang dijumpai di Sungai Mas secara
tidak sengaja semasa kerja penggalian tali air ialah arca Hariti. Dalam tradisi agama Buddha,
Hariti merupakan semangat jahat yang berubah menjadi dewi disebabkan oleh ajaran Buddha.
Dewi ini memiliki peranan sebagai pelindung kepada kanak-kanak dan banyak disembah di
28
Tibet dan India Utara. Seterusnya arca Teraccota pula merupakan arca yang berposisi
duduk secara India Selatan iaitu kaki kanan dilipat ke atas kaki kiri dan duduk di atas takhta.
Muka arca bersifat bulat dan dipertarikhkan pada sekitar kurun ke-10 hingga ke-11 Masihi
berdasarkan dengan asosiasi penemuan seramik Sung di tapak yang sama. 29 Jumpaan
arkeologi tersebut menunjukkan bahawa masyarakat protosejarah mahupun prasejarah sudah
24
Mohd Supian bin Sabtu, Zaman Hindu-Buddha di Lembah Bujang: satu penilaian berdasarkan data
arkeologi, Doctoral dissertation, University of Malaya, 1998, hlm. 133.
25
Mohd Supian bin Sabtu, Zaman Hindu-Buddha di Lembah Bujang: satu penilaian berdasarkan data
arkeologi, Doctoral dissertation, University of Malaya, 1998, hlm. 133.

26
Ibid.

27
Khaw, N. R., Ramli, Z., & Saidin, M., Tinjauan Umum Berkenaan Penemuan Arca Agama di Kedah
Tua, Jurnal Arkeologi Malaysia, 31(2), 2018, hlm. 69.

28
Ibid.

29
Ibid.
pun mempunyai pegangan dan kepercayaan semasa kehidupan mereka. Pegangan terhadap
agama dan kepercayaan masing-masing memberi kebaikan kepada kehidupan seharian
mereka dan membolehkan manusia menyedari yang mana benar dan yang mana batil.
Dengan agama juga membolehkan manusia sentiasa hidup dalam harmoni, tenteram dan
berdisiplin. Tidak seperti haiwan yang hidup bebas tanpa peraturan.
Kepentingan data arkeologi dalam aspek penempatan

Kewujudan zaman prasejarah dan protosejarah dapat diketahui dengan jumpaan pelbagai
artifak yang dikenal pasti sebagai data arkeologi. Artifak-artifak ini kebiasaannya dijumpai
dengan tidak sengaja semasa melakukan kerja-kerja pembersihan tanah untuk tujuan tertentu
di pelbagai kawasan.30 Ahli arkeologi akan melakukan ekskavasi di tempat-tempat yang
dijumpai artifak ini bagi mengenal pasti asal kewujudannya serta usia artifak tersebut. Antara
tempat yang dapat kita ketahui tentang penempatan masyarakat berdasarkan kepada data
arkeologi bagi zaman prasejarah ialah di negeri Selangor, Johor dan juga Pulau Pinang
manakala bagi zaman protosejarah pula ialah di Kedah dan juga Vietnam.

Penempatan awal zaman prasejarah di Selangor dianggarkan telah wujud sekitar 2500
tahun dahulu berdasarkan kepada jumpaan artifak logam berhampiran dengan sungai yang
mana para arkeologi berpendapat telah wujudnya penempatan masyarakat prasejarah di
kawasan tersebut.31 Jumpaan artifak logam ini telah membawa kepada aktiviti ekskavasi di
Selangor dan tiga kawasan utama yang dikesan sebagai penempatan awal ialah Klang, Sungai
Langat dan Jenderam Hilir. Ketiga-tiga kawasan ini telah dijumpai pelbagai artifak yang
dipercayai digunakan semasa zaman logam.32 Pada tahun 1905, telah dilaporkan buat pertama
kalinya dijumpai tiga buah loceng gangsa, sebuah lembing besi bersoket dan juga tiga alatan
besi yang bersoket yang mana pada ketika itu dijumpai semasa kerja-kerja pembinaan jalan
keretapi dilakukan di Klang.33 Di sepanjang Sungai Langat pula didapati terletaknya lokasi
penempatan awal masyarakat prasejarah iaitu di Sidu, Kampung Sungai Lang dan Jenderam
Hilir. Leong Sau Heng telah merekodkan terdapat jumpaan artifak gangsa pada tahun 1996

30
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, “Sumbangan Arkeologi dan Arkeologis”, Artifak
Kebudayaan Melayu, Jurnal Perspektif, bil. 1, hlm. 141.

31
Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, “Petempatan Masyarakat Zaman Logam
Di Selangor Berdasarkan Data Arkeologi” International Journal of the Malay World and Civilisation, Bil.28,
2020, hlm. 41.

32
Ibid, hlm. 47.

33
Ibid.
iaitu serpihan gendang gangsa di Sidu.34 Manakala di Kampung Sungai Lang pula, penduduk
setempat telah menemui dua gendang gangsa yang bersebelahan antara satu sama lain dalam
keadaan terbalik semasa aktiviti pembersihan tanah dilakukan bagi tujuan penanaman kopi.35
Sepanjang tahun 1977 hingga 1979, artifak seperti alat batu, pecahan belanga, serpihan kayu,
mangkuk gangsa dan jongkong timah telah ditemui dengan tidak sengaja semasa aktiviti
perlombongan bijih di Jenderam Hilir.36 Penempatan awal masyarakat prasejarah di Johor
pula diketahui setelah dijumpai alat batu dari zaman Neolitik di sekitar pesisir pantai Tanjung
Bunga.37 Alat batu yang lebih kurang sifatnya juga telah dijumpai di Tanjung Karang dan
Pulau Ubin di Singapura yang mana pada masa dahulu sebahagian daripada Johor. Di
Kampung Pencu, Muar pula telah ditemui loceng gangsa yang mana penemuan ini
menunjukkan bahawa wujudnya penempatan masyarakat zaman logam di kawasan tersebut.
Penempatan awal di Pulau Pinang terletak di Guar Kepah yang mana ekskavasi telah
dilakukan dan menjumpai tinggalan-tinggalan daripada masyarakat Hoabinhian dan
Neolitik.38 Ekskavasi ini juga telah mendedahkan lebih daripada dua puluh tapak perkuburan
zaman prasejarah yang mana terdiri daripada kebudayaan Hoabhinian dan Neolitik. Data
arkeologi yang direkodkan di Gua Kepah ini telah membuktikan wujudnya penempatan awal
masyarakat prasejarah di kawasan terbuka dan juga di pesisiran pantai.39

Penempatan awal masyarakat protosejarah pula dapat dilihat di sekitar Kedah yang
mana dulunya dipercayai lokasi kerajaan Kedah Tua dan di Vietnam yang merupakan
kawasan kerajaan Champa suatu ketika dahulu. Kerja-kerja pembinaan tali air telah dilakukan
pada tahun 1979 di Kampung Sungai Mas telah membawa kepada penemuan penempatan
awal masyarakat protosejarah di Kedah.40 Dua lembah utama iaitu Lembah Merbok dan
34
Ibid.

35
Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, “Petempatan Masyarakat Zaman Logam
Di Selangor Berdasarkan Data Arkeologi” International Journal of the Malay World and Civilisation, Bil.28,
2020, hlm. 48.

36
Ibid, hlm. 50.

37
Zuliskandar Ramli, “Petempatan Masyarakat Pesisir Prasejarah: Tumpuan Terhadap Masayarakat
Prasejarah di Johor”, Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-3 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu,
Institut Alam dan Tamadun Melayu: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014, hlm. 12.

38
Ibid, hlm. 6.

39
Ibid.

40
Zuliskandar Ramli, “Sejarah, perkembangan ekonomi dan hubungan antarabangsa Kedah Tua dari
kurun ke-2 hingga ke-14 Masihi”, International Journal of Interdisciplinary & Strategic Studies, Intitusi Alam dan
Tamadun Melayu, 2020, hlm. 60.
Lembah Muda yang berhampiran dengan Kampung Sungai Mas telah membawa kepada
penemuan tinggalan candi yang mana kedua-dua sungai ini dihubungi dengan beberapa anak
sungai.41 Penempatan masyarakat protosejarah di Vietnam pula telah dikenal pasti
berdasarkan kepada tinggalan sejarah Champa iaitu monumen terdapat di seluruh wilayah
Vietnam pada ketika ini terutamanya di Tra Kieu, My Son dan Dong Duong (Quang Nam),
Vijaya (Binh Dinh), Kauthara (Nha Trang) dan Panduranga (Binh Thuan). 42 Selain daripada
monumen dan tempat-tempat suci, terdapat juga pelbagai inskripsi telah ditemui di pelbagai
tapak arkeologi dan penemuan ini telah dirakamkan dalam banyak penerbitan sejak zaman
penjajahan Perancis di Vietnam sehinggalah ke hari ini. Oleh disebabkan terlalu banyak
artifak seperti arca dan juga patung ditemui sehingga pada awal ke-20, pihak Perancis pada
ketika itu telah memutuskan untuk membina muzium khas bagi menyimpan artifak-artifak
tersebut dan muzium itu diberi nama Muzium Cam Danang yang mana dalam bahasa Cam
disebut sebagai Tourane.43 Muzium ini kini telah menjadi salah satu tarikan pelancong ke
Vietnam.

Kepentingan data arkeologi dalam aspek ekonomi

Ekonomi yang kita faham pada zaman sekarang tidaklah sama seperti ekonomi yang ada pada
zaman prasejarah dan protosejarah. Pada zaman prasejarah ekonomi yang dimaksudkan lebih
kepada aktiviti-aktiviti masyarakat pada waktu itu dalam memperoleh, menyebarkan,
menggunakan dan bukannya membeli, menjual dan menggunakan.44 Masyarakat prasejarah
tidak menggunakan apa-apa jenis nilai mata wang seperti yang kita ada pada zaman moden.
Aktiviti ekonomi masyarakat pada zaman prasejarah ialah seperti memburu, memancing,
memungut hasil hutan, bercucuk tanam dan sebagainya. Segala hasil yang mereka peroleh
sama ada peralatan, bahan mentah akan digunakan oleh diri sendiri dan ada kalanya mereka
membuat pertukaran dan saling memberi. Persoalannya bagaimanakah mereka mengeksploit
sumber-sumber alam dan teknologi yang pada ketika itu untuk membunuh sumber alam,
41
Zuliskandar Ramli, “Sejarah, perkembangan ekonomi dan hubungan antarabangsa Kedah Tua dari
kurun ke-2 hingga ke-14 Masihi”, International Journal of Interdisciplinary & Strategic Studies, Intitusi Alam dan
Tamadun Melayu, 2020, hlm. 62.

42
Mohamad Zain Musa, “Tinjauan Tamadun Cam: Suatu Tantangan Baru”, International Seminar on
Mathematics and Its Usage In Other Areas, Institut Alam dan Tamadun Melayu: Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2010, hlm. 204.

43
Ibid.

44
Frank Hole dan Robert F. Heizer, Prehistoric Archeology: A Brief Introduction, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 1977, hlm. 278.
menyembelihnya, menyediakannya dan menyebarkannya. Secara umumnya, ekonomi
masyarakat prasejarah adalah pelbagai serta meliputi kehidupan mereka iaitu dari segi
teknologi, persekitaran dan juga sosial.

Konsep ekonomi pada zaman protosejarah pula telah mula berkembang daripada
pelbagai aspek. Hal ini kerana telah wujud kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara yang
boleh dibahagikan kepada dua iaitu tanah besar Asia Tenggara dan kepulauan Asia Tenggara.
Melalui bentuk-bentuk kerajaan awal Asia Tenggara seperti kerajaan Agraria dan kerajaan
Maritim kita boleh mengenal pasti bahawa masyarakat protosejarah menjalankan kegiatan
ekonomi berasaskan pertanian dan kelautan. Dalam penyelidikan arkeologi protosejarah,
arkeologis telah menemui pelbagai sumber arkeologi yang berbentuk artifak, monumen dan
juga sumber bertulis. Data arkeologi yang ditemui seperti bahan seramik dan kadangkala
manik menyumbang kepada pengetahuan kita bagaimana ekonomi zaman protosejarah
bermula.

Semasa zaman prasejarah tumpuan utama manusia adalah untuk mendapatkan


makanan dan melindungi diri mereka dengan membina perlindungan. 45 Arkeologis telah
menemui data arkeologi berkaitan perkembangan ekonomi prasejarah melalui beberapa
kegiatan iaitu pemburuan, memungut hasil hutan, mengumpul hasil laut dan pertanian.
Penemuan data arkeologi seperti jumpaan alat batu mampu memberikan satu tafsiran
mengenai kebudayaan dan kegiatan masyarakat yang mendiami kawasan tersebut pada ketika
itu. Peralatan yang diperbuat daripada batu boleh dikategorikan kepada batu pemukul, batu
teras dan batu pelandas.46 Hasil kebudayaan Paleolitik banyak ditemukan di Jawa Timur,
Indonesia khususnya di daerah Pacitan dan Ngandong. Arkeologis telah menemukan alat
daripada tulang dan alat kapak genggam daripada batu di Ngandong, Indonesia. Bahan yang
digunakan untuk menghasilkan alat-alat tersebut ialah seperti tulang binatang dan juga tanduk
rusa. Alat-alat kebudayaan Ngandong ini telah ditemukan oleh Von Koenigswald pada tahun
1941. Alat-alat ini dipercayai digunakan untuk menggali ubi dan keladi dari dalam tanah.

Selain daripada itu Gua Cha, Kelantan juga telah dijumpai padi yang terawal di
Semenanjung Malaysia. Tapak ini telah menjadi daya tarikan penyelidik dari seluruh negara

45
Frank Hole dan Robert F. Heizer, Prehistoric Archeology: A Brief Introduction, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 1977, hlm 280.

46
Mohd Jeffrey Abdullah, 2015. Kebudayaan Paleolitik di Lembah Mansuli Semasa Pleistosen Tengah
Hingga Pleitosen Akhir (235000-11000 Tahun Dahulu). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, hlm 236.
oleh kerana ekskavasi yang dilakukan oleh Adi pada tahun 1979 telah menemui padi yang
telah terkabornisasi atau terbakar. Pada awalnya padi yang terkarbornisasi ini telah dijumpai
oleh Sieveking dahulu pada tahun 1954. Melalui bukti arkeologi ini, jelaslah masyarakat
prasejarah melakukan kegiatan pertanian dalam menjaga kelangsungan hidup mereka.
Manakala di Sungai Tembeling, Pahang turut dijumpai Pisa yang Bernama pisau Tembeling.
Justeru itu,beberapa ahli arkeologi berpandangan bahawa tapak yang terletak Sungai
Tembeling, Pahang merupakan tapak bermulanya pertanian awal. Pisau Tembeling tersebut
dikatakan kegunaannya ialah untuk menuai padi di beberapa tapak sepanjang Sungai
tembeling, Pahang.

Aktiviti seterusnya yang berkait rapat dengan kegiatan ekonomi masyarakat


prasejarah ialah memungut hasil hutan. Melalui ekskavasi yang dijalankan masyarakat
prasejarah turut menjalankan aktiviti memungut hasil hutan dan sebagainya untuk dijadikan
bekalan makanan bagi mereka meneruskan hidup. Antara hasil pungutan yang dapat ialah
seperti buah-buahan, pucuk-pucuk kayu, rotan, buluh serta pelbagai ubat-ubatan herba. Bukti
berkaitan kegiatan ini telah ditemui terhadap ujian gigi mayat di Gua Cha, Kelantan yang
telah dilakukan oleh Bullbeck (1982). Ujian ini telah membuktikan bahawa si mati banyak
memakan makanan manis seperti buah-buahan dan juga madu sepanjang hayatnya.

Berikutnya masyarakat prasejarah juga dipercayai menjalankan kegiatan mengumpul


hasil laut dan menangkap ikan bagi meneruskan hidup. Hal ini kerana kebanyakan
masyarakat prasejarah banyak tinggal di kawasan pesisir pantai dan lembah sungai. Bukti
kegiatan ini telah dijumpai di Guar Kepah, Seberang Prai, Pulau Pinang. Bukti ini merupakan
bukit sampah daripada kulit kerang. Laporan mengenai tapak ini telah dibuat oleh G.W. Earl
pada tahun 1851. Earl telah mendapati bahawa isi kerang telah diambil sebelum dicampakkan
hingga menjadi timbunan-timbunan kerang tersebut. Kesan timbunan yang sama juga telah
dijumpai di kawasan Seberang Perak berdekatan dengan Teluk Intan, Perak. Timbunan
kerang ini telah menjadi sebahagian daripada lapisan tanah di bahagian Pulau Kelumpang.
Diet yang diamalkan oleh masyarakat di kedua-dua kawasan pesisiran pantai ini
menunjukkan bahawa mengapa sesuatu kawasan itu dipilih sebagai tempat tinggal. Keadaan
Geografinya yang sesuai dan terdapatnya banyak sumber makanan menjadi sebab utama
mengapa kawasan di Guar Kepah dan juga Kuala Selinsing dipilih sebagai penempatan
masyarakat prasejarah.47
47
Zuliskandar Ramli & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, 2012. “Adaptasi Dan Evolusi
Masyarakat Maritim Di Guar Kepah, Seberang Prai, Pulau Pinang”, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 7.
Perkembangan ekonomi dalam zaman protosejarah Asia Tenggara kita boleh lihat dengan
kewujudan kerajaan-kerajaan awal yang boleh dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan Agraria
dan juga kerajaan Maritim. Telah berlaku ciri-ciri perkembangan inovasi dan perdagangan
dalam meningkatkan taraf sosial sesuatu masyarakat dalam setiap kerajaan-kerajaan awal di
Asia Tenggara. Penyelidikan oleh Kolonel James Low di Lembah Bujang telah membuktikan
bahawa kawasan tersebut merupakan salah satu tapak protosejarah. Lembah Bujang telah
berkembang sebagai pusat pelabuhan pembekal dan entrepot sejak awal abad Masihi lagi.
Lembah Bujang berpusat di Sungai Emas, Kedah. Persoalannya, apakah kegiatan yang
dilakukan oleh masyarakat protosejarah pada ketika itu di Lembah Bujang bagi
meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Quaritch-Wales telah melaporkan jumpaan manik
kaca di Merbok, Kedah pada tahun 1940. Hasil penyelidikan Alaistair Lamb, manik kaca
yang dijumpai merupakan tinggalan perdagangan entrepot terpenting. Kebanyakan manik
kaca yang dijumpai di Lembah Bujang boleh dikelaskan sebagai manik kaca monokrom
ataupun manik indo-pasifik. Berdasarkan beberapa penyelidikan Lamb berpendapat bahawa
manik yang dijumpai merupakan manik yang dihasilkan secara tempatan yang mana bahan
mentah yang digunakan ialah daripada pecahan kaca Ahichchhatra dan bahan kaca sekerap
yang terdapat di Pengkalan Bujang.

Data arkeologi seterusnya yang menyumbang kepada pengetahuan perkembangan


ekonomi protosejarah ialah jumpaan relau iaitu alat untuk melebur besi di Sungai Batu dan
Sungai Muda, Kedah. Jumpaan relau besi di Sungai Batu menunjukkan bahawa masyarakat
tempatan pada ketika itu sudah pun mahir dalam melebur dan menempa besi. Teknologi
peleburan besi ini menjelaskan kepada kita bagaimana tapak protosejarah di Sungai Batu
pada ketika itu berpotensi menjadi kawasan pengeluaran artifak yang berasaskan kepada besi.
Kawasan di Sungai Batu bukanlah sebuah pelabuhan perdagangan tetapi lebih kepada jeti
untuk membawa keluar besi mentah dan juga produk besi yang dihasilkan oleh masyarakat.

Faktor yang mempengaruhi ekonomi asia tenggara dalam konteks prasejarah dan
protosejarah.

Kawasan asia tenggara mempunyai nilai tempat yang strategik berbanding kawasan-
kawasan lain di dunia ini. Kita dapat lihat pengaruh perkembangan ekonomi di asia
tenggara berpotensi daripada sumber alam dan juga keadaan geografinya. Oleh itu kita
dapat lihat masyarakat prasejarah dan protosejarah berjaya meningkatkan kehidupan
ekonomi mereka berasaskan kekayaan hasil hutan seterusnya mengeksport lebihan bahan
mentah, hasil hutan seperti kayu, gaharu, dammar, logam dan bijih timah melalui
pelabuhan pembekal. Para pedagang akan singgah di pelabuhan pembekal ini untuk
mendapatkan bahan-bahan tersebut dan seterusnya daripada pelabuhan pembekal akan
berkembang menjadi pelabuhan kerajaan. Oleh hal yang demikian terbuktilah faktor
ekonomi asia tenggara berkembang melalui faktor kedudukan geografinya yang strategik
dan sumber alam yang kaya dengan bahan mentah, logam, emas, bijih timah dan banyak
lagi.

Kepentingan data arkeologi dalam aspek perdagangan

Kepentingan data arkeologi dalam konteks kemunculan zaman Prasejarah dan Protosejarah
turut menjadi bukti kepada perkembangan kerajaan awal terutama dalam aspek perdagangan.
Perdagangan dalam konteks masyarakat prasejarah telah bermula sejak zaman Neolitik lagi.
Perkembangan teknologi alatan batu yang sudah pun bermula dari zaman Paleolitik telah
membawa kepada peningkatan kemahiran menggunakan sumber alam, seperti mana pada
zaman logam masyarakat prasejarah pada masa itu telah mahir mencipta barangan atau alatan
yang diperbuat daripada unsur Logam. Antara barangan pada zaman Logam yang telah
menjadi barangan perdagangan ialah gendang gangsa. Gendang gangsa ini merupakan artifak
yang sangat penting di Asia Tenggara dan telah dijumpai di banyak negara di Asia Tenggara
seperti Vietnam (Kampung Dongson), Laos, Thailand, Myanmar, Indonesia, dan Malaysia
(Batu Buruk, Terengganu).48 Penemuan gendang gangsa di Terengganu membuktikan bahawa
berlakunya aktiviti perdagangan antara masyarakat Logam di Asia Tenggara. Gendang
gangsa yang ditemui di Terengganu mempunyai signifikannya yang tersendiri kerana dari
sudut lakaran motif yang terdapat di gendang gangsa tersebut mempunyai unsur yang berbeza
dengan masyarakat setempat dan menguatkan bukti bahawa ianya telah diimport dari luar.49

Sementara itu, selain penemuan gendang gangsa yang menjadi bukti wujudnya
aktiviti perdagangan pada zaman logam di Asia Tenggara terdapat juga penemuan artifak lain
yang turut menjadi bukti wujudnya perdagangan iaitu loceng gangsa. Loceng gangsa
diperbuat daripada beberapa campuran bahan logam yang sama seperti gendang gangsa iaitu
terdiri daripada campuran timah, tembaga, plumbum, kuprum dan sebagainya dengan kadar
yang tertentu. Loceng gangsa, Menurut Nik Hassan Suhaimi, terdapat 4 buah loceng gangsa

48
Adnan Jusoh, “Penemuan Gendang Gangsa di Terengganu dan Hubungkaitnya Dengan Aktiviti
Perdagangan”, 2011.

49
Ibid
yang telah ditemui di Malaysia dan sebuah lagi telah dijumpai di Kemboja. Hasil kajian dan
penelitian, loceng gangsa yang dijumpai di Klang, Selangor dan Kampung Penchu, Muar
mempunyai persamaan dari aspek rupa fizikal dan pola hiasan dengan loceng gangsa yang
ditemui di Kemboja.50 Hal ini telah menimbulkan suatu pendapat yang mana telah berlaku
hubungan perdagangan antara kedua-dua buah kerajaan itu pada suatu masa dahulu. Di
samping itu, aktiviti perdagangan yang berkembang di Asia Tenggara pada zaman itu turut
disokong oleh beberapa faktor seperti kemudahan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah
yang diperlukan oleh pedagang luar, kedudukan yang strategik, dan kekayaan hasil logam
yang menjadi keperluan bahan mentah yang diperlukan oleh China dan Vietnam untuk
menghasilkan peralatan Logam seperti Gendang Gangsa dan sebagainya.51

Seterusnya, kepentingan data arkeologi dari aspek perdagangan pada zaman


protosejarah pula dibuktikan melalui penemuan artifak seperti serpihan seramik dan tembikar
sewaktu zaman kegemilangan kerajaan Kedah Tua. Hasil penyelidikan di Kampung Sungai
Mas, Kedah telah menemui serpihan seramik asing yang dipercayai berasal dari China, Timur
Tengah, Thailand, Vietnam dan Eropah.52 Jumpaan seramik hasil perdagangan yang paling
banyak ditemui ialah berasal dari China yang mana ia telah mula diperdagangkan oleh China
sejak dari zaman dinasti Tang (618-906 A.D). Penemuan artifak ini telah membuktikan
bahawa Kampung Sungai Mas merupakan sebuah pelabuhan entrepot yang maju pada zaman
Kedah Tua dan menjadi persinggahan pedagang-pedagang dari Asia Tenggara hingga ke
Eropah. Selain penemuan seramik di Sungai Mas, Lembah Bujang juga telah merekodkan
penemuan tembikar yang dipercayai telah diperdagangkan dari negara China. China telah
memulakan hubungan perdagangannya dengan kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara sejak
zaman Han Barat lagi iaitu sekitar 25-220 Masihi 53. Pada waktu itu teknologi penghasilan
tembikar di China telah maju berbanding negara lain dan beberapa wilayah di China telah
menjalankan perusahaan seramik secara komersial. Penemuan serpihan seramik dan tembikar
yang banyak di Lembah Bujang telah membuktikan bahawa pada abad ke-10 Lembah Bujang

50
Adnan Jusoh, Arkeologi Sejarah dan Budaya, Perpustakaan Negara Malaysia, 2014, hlm 293.

51
Ibid.

52
Zuliskandar Ramli, Penemuan Seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah,
2011, hlm 189.

53
Zuliskandar Ramli, Penemuan Seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah,
2011, hlm 191.
merupakan sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dan menjadi tempat persinggahan
pedagang dari Timur dan Barat.

Kepentingan data arkeologi dari aspek perdagangan di Asia Tenggara yang seterusnya
ialah perdagangan Kerajaan Tambralingga. Kerajaan Tambralingga telah menggunakan emas
dan perak sebagai bahan pertukaran untuk perdagangan. Tambralingga merupakan sebuah
kerajaan Melayu yang dipercayai telah wujud di Segenting Kra sekitar abad ke-2, yang mana
ia sama dengan kemunculan kerajaan Kedah Tua dan Langkasuka 54. Kedudukan kerajaan
Tambralingga yang berada dekat dengan lautan menyebabkan pelabuhannya maju dan
menjadi persinggahan pedagang luar. Kerajaan Tambralingga menghasilkan timah yang
bermutu tinggi, mutiara, kapur barus, kulit penyu, sarang burung, kayu gaharu, dan juga lilin
lebah (lilin kuning)55. Tambralingga juga menghasilkan minyak wangi yang terbaik dan tiada
tandingannya, mereka juga menghasilkan kayu gaharu yang wangi, lilin kuning dan getah
kino. Perkara ini telah mempengaruhi politi-politi di Tambralingga dalam aspek perdagangan.
Kerajaan Tambralingga juga menghasilkan kayu laka, burung enggang dan mereka memasak
air laut untuk dijadikan garam dan menapai sekoi untuk dijadikan minuman keras.56

Akhir sekali kepentingan data arkeologi dari aspek perdagangan juga dapat
diperlihatkan melalui hasil kajian yang dilakukan oleh ahli sejarah terhadap pelabuhan Go-
Oc-Eo yang terletak di Lembah Sungai Mekong sewaktu pemerintahan kerajaan Funan.
Kerajaan Funan merupakan negara perniagaan laut (thallasocracy) yang terawal sekali di
Asia Tenggara yang mempelopori kemunculan Srivijaya kemudiannya. Ibu kotanya yang
mula ialah Vyadhapura dan Bandar pelabuhannya ialah Go-Oc-Eo yang terletak di lembah
sungai Mekong.57 Dengan itu pelabuhan Go-Oc-Eo telah menjadi tempat pertemuan utama
bagi pedagang-pedagang di mana barang-barang dagangan dapat ditukarkan dengan aman. 58
Kerajaan Funan telah sampai ke satu tahap tamadun yang tinggi, mengubah kawasan bakau di

54
Abdul Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara,Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd, 2000, hlm 34.

55
Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, 2008,
hlm 106.

56
ibid, hlm 107.

57
Abdul Rahman Hj Abdullah, Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Shah Alam: Karisma
Publications, 2008, hlm 19.

58
Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, 2008,
hlm 62.
delta Sungai Mekong menjadi kawasan tanaman, serta mengadakan hubungan yang mantap
dengan India, China, dan juga Barat.59 Kaji selidik yang dijalankan juga para pengkaji telah
menemui barang-barang buatan Rom abad ke-2 Masihi hingga abad ke-4 Masihi yang terdiri
daripada serpihan-serpihan kaca, syiling emas zaman Marcus Aurelius dan pinga emas
Antonius Pius.60 Selain itu, kerajaan Funan bukan sahaja menjalankan perdagangan
pertukaran barang timur dengan barat sahaja, malah ia juga menghasilkan barang-barangnya
sendiri untuk dijadikan eksport seperti manik-manik kaca dan lencana berukir yang diperbuat
daripada timah.61

59
P-B Lafont, Semenanjung Indochina (Suatu Pengenalan),Penterjemah Mohd Zain Musa, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1996, hlm 41.

60
Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, 2008,
hlm 63.

61
Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Dan Tamadun Bangsa Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, 2008,
hlm 63.
Bibliografi

Abdullah, A. R. (2000). Sejarah dan tamadun Asia Tenggara. Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
Abdullah, A. R. (2008). Sejarah dan kebudayaan Asia Tenggara tradisional. Shah Alam:
Karisma Publications.
Abdullah, A. R. (2008). Sejarah dan tamadun bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Abdullah, M. J. (2012). Kebudayaan paleolitik di Lembah Mansuli semasa pleistosen tengah
hingga pleistosen akhir (235000-11000 tahun dahulu). Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.
Adnan Jusoh, Y. S. (2011). Penemuan gendang gangsa di Terengganu dan hubungkaitnya
dengan aktiviti perdagangan, 21.
Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Zuliskandar Ramli. (2011). Penemuan Gendang Gangsa di
Terengganu dan Hubungkaitnya dengan Aktiviti Perdagangan. 21.
Bellwood, P. (2000). Prasejarah kepulauan Indo-Malaysia. Jakarta: PT Gramedia Pustaka
Utama.
Franke Hole, R. F. (1977). Prehistoric archeology: A brief introduction. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasan, R. (2021). Kepercayaan animisme dan dinamisme dalam masyarakat Islam Aceh.
MIQOT: Jurnal Ilmu-ilmu Islam.
Khaw, N. R. (2018). Tinjauan umum berkenanan penemuan arca agama di Kedah Tua.
Jurnal Arkeologi Malaysia.
Kong Tecik Sieng, o. E. (2021). Kajian taburan batu megalitik serta penentuan sumbernya di
Kampung Tobliung. Malaysian Journal of Sciences and Humanities.
Lafont, P.-B. (1996). Semenanjung Indochina (suatu pengenalan). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Musa, M. Z. (2010). Tinjauan tamadun Cam: Suatu tantangan baru. International Seminar on
Mathematics and Its Usage in Other Areas, 203-213.
Pals, D. L. (t.t). Seven theories of religion. IRCiSoD.
Permana, R. C. (2019). Menjejaki budaya serumpun melalui warisan lukisan gua. Journal of
Malaysian and Indonesian Studies.
Rahman, N. h. (t.t). Sumbangan arkeologi dan arkeologis. Artifak Kebudayaan Melayu, 140-
150.
Ramli, Z. (2014). Petempatan masyarakat pesisir prasejarah: tumpuan terhadap masyarakat
prasejarah di negeri Johor. Dalam Arkeologi, sejarah dan budaya (hlm. 3-24). Bangi:
Institut Alam dan Tamadun Melayu.
Ramli, Z. (2020). Sejarah, perkembangan ekonomi dan hubungan antarabangsa Kedah Tua
dari krun ke-2 hingga ke-14 Masihi. International Journal of Interdisciplinary &
Strategic Studies, 57-86.
Ramli, Z. A. (2011). Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas. 181-199.
Sabtu, M. (1998). Zaman Hindu-Buddha di Lembah Bujang: Satu penilaian berdasarkan
data arkeologi.
Siti Khairani Jalil, J. a. (2016). Jurnal Arkeologi Malaysia. Alat repeh zaman paleolitik: Isu
dan masalah Asia Tenggara.
Stephen Chia, Z. M. (2002). The conservation and preservation of Perak Man. Centre for
Archaeological Research Malaysia.
Wiradnyana, K. (2015). Perkembangan religi prasejarah: Tradisi masyarakat Gayo. Jurnal
Penelitian dan Pengembangan Arkeologi, 1-12.
Yunus Sauman, A. J. (2013). Jenis dan teknik pengekebumian prasejarah Malaysia.
Arkeologi Terengganu.
Zuliskandar Raml, Mohd Samsudin, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Ros Mahwati
Ahmad Zakaria, Mohd Rohaizat Abdul Wahab. (2014). Arkeologi, Sejarah, dan
Budaya. Kuala Lumpur: Perpustakaan negara Malaysia.
Zuliskandar Ramli, N. H. (2010). Petempatan masyarakat zaman logam di Selangor
berdasarkan data arkeologi. International Journal of the Malay World and
Civilisation, 41-55.
Zuliskandar Ramli, N. H. (2012). Adaptasi dan evolusi masyarakat maritim di Guar Kepah,
Seberang Prai, Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai