Anda di halaman 1dari 18

Penghargaan

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan


keizinan dari-Nya, maka saya telah dapat menyiapkan folio “Zaman
Prasejarah” ini dengan jayanya. In Sha Allah, tugasan ini akan memberikan
banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman
semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada guru Sejarah saya iaitu Puan Anisuwani kerana
tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara –cara
membuat kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
ayahanda Encik Mohd Noh Ahmad Ijazi dan bonda Aznida Abu Seman yang
turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka
mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana
kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha,
buah fikiran dan wang ringgit.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada rakan-rakan sekelas saya yang sangat setia dengan
kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang
utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, serta cadangan. Akhir
kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.

1
Pendahuluan

Zaman Prasejarah merupakan satu tajuk yang penting dalam


matapelajaran sejarah. Ini kerana tajuk ini dapat mendedahkan pelajar
tentang tamadun awal manusia. Mereka dapat mengenal kehidupan
zaman yang berbeza daripada zaman mereka.
Terdapat beberapa kepentingan menghargai tinggalan sejarah:
- mengenal kebudayaan dari masa ke semasa sebagai peradaban manusia.
- mengembangkan budaya sekarang dan belajar dari budaya masa lampau.
- manusia dapat bertindak arif dan bijaksana.
- menghargai dan melestarikan dari berbagai peninggalan sejarah.
Manfaat melestarikan peninggalan sejarah ialah kita dapat melihat
bukti kejadian dari peristiwa masa lalu. Kita juga dapat menimbulkan
semangat untuk melanjutkan perjuangan para tokoh bangsa untuk
kemajuan bangsa masa sekarang. Selain itu,ia juga boleh dijadikan sebagai
objek penelitian dan sumber pengetahuan.

2
Objektif

Objektif bagi tugasan ini antaranya adalah:


- memahami maksud zaman prasejarah dan mengenali lokasi zaman
prasejarah.
- memahami ciri-ciri kehidupan zaman prasejarah.
- memahami kesinambungan sumbangan zaman prasejarah terhadap
kemajuan kehidupan manusia.

3
Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan dalam menyiapkan folio ini adalah:


- berbincang tajuk tugasan bersama guru.
- berbincang dalam kumpulan.
- merujuk buku teks dan buku rujukan di perpustakaan.
- mencari bahan dari internet.
- menyusun bahan dan menyiapkan folio.

Hasil Kajian

4
Terdapat 4 pembahagian zaman prasejarah iaitu zaman Paleolitik,
Mesolitik, Neolitik dan Logam. Perubahan dalam setiap zaman dapat
diperhatikan pada lokasi penempatan, alatan yang digunakan, kediaman
dan makanan. Manusia berevolusi dengan sangat perlahan pada masa
lampau. Dapat diperhatikan tiada perubahan yang ketara di antara
keempat-empat zaman.

Pengenalan

5
Prasejarah ialah zaman manusia belum mempunyai tulisan. Kewujudan
manusia prasejarah dapat diketahui melalui kajian arkeologi dengan
menggunakan kaedah gali cari. Prasejarah dibahagikan kepada empat
zaman iatu:

1 - Zaman Paleolitik
40,000 ribu tahun dahulu

2 - Zaman Mesolitik
10,000 ribu tahun dahulu

3 - Zaman Neolitik
5,000 ribu tahun dahulu

4 - Zaman Logam
2,500 tahun dahulu

Petempatan Prasejarah di Malaysia

6
Logam :
- Sungai Tembeling, Pahang
- Lembah Bernam, Selangor
- Gua Harimau, Perak

Neolitik :
- Bukit Tengorak, Sabah
- Gua Cha, Kelantan
- Gua Badak, Perak

Mesolitik:
-Jenderam Hilir, Selangor
-Gua Madai, Sabah
-Guar Kepah, Seberang Perai

Paleolitik:
-Kota Tampan, Perak
-Tingkayu, Sabah
-Gua Niah, Sarawak

Zaman Paleolitik

7
Manusia pada Zaman Paleolitk berusaha menyesuaikan kehidupan
dengan alam sekeliling meraka. Faktor ini penting kerana alam sekeliling
merupakan sumber utama bagi mereka
mendapatkan makanan. Manusia pada Zaman Paleolitik tinggal di dalam
dan di sekitar gua
yang berhampiran. Mereka hidup berpindah- randah, memburu binatang
dan mengumpulkan
hasil hutan. Pada masa ini, mereka sudah tahu menggunakan api untuk
memanaskan badan
dan melindungi diri daripada binatang buas. Mereka juga tahu
mengebumikan mayat.

8
Gambaran Zaman Paleolitik (sumber internet)
Zaman Mesolitik
Zaman Mesolitik berlaku antara Zaman Paleolitik dengan Zaman
Neolitik. Manusia Zaman Mesolitik tinggal dalam kelompok, masih
memburu dan mencari hasil hutan dan sungai. Senjata
yang digunakan untuk memburu juga lebih halus sedikit buatannya
berbanding dengan Zaman
Paleolitik. Mereka juga telah pandai mengebumikan mayat. Mayat
tersebut akan dibengkokkan
semasa dikebumikan.

9
Gambaran Zaman Mesolitik (sumber internet)
Zaman Neolitik
Zaman Neolitik merupakan zaman batu akhir yang menunjukkan
peningkatan dalam kehidupan manusia. Alatan batu mereka lebih halus
buatannya. Mereka masih berburu dan mencari hasil hutan dan
sungai.Mereka telah pandai menggunakan api untuk memasak. Mereka
juga telah mempunyai ketua dan ada pembahagian kerja.
Manusia Zaman Neolitik seperti yang tinggal di Gua Cha telah
pandai membuat tembikar tanah. Mereka memasukkan tembikar tanah
semas mengebumikan mayat. Mereka juga telah menjalankan
perdagangan sistem barter.
Pada Zaman Neolitik juga telah ada petempatan di kawasan
lapang. Mereka tidak lagi tinggal di dalam gua. Mereka telah pandai
membuat rumah untuk tempat tinggal.

10
Gambaran Zaman Neolitik (sumber internet)
Zaman Logam
Zaman Logam ialah zaman manusia telah mencipta alat- alat
menggunakan logam. Manusia Zaman Logam masih tinggal di dalam gua
dan ada yang tinggal di kawasan lapang. Rumah yang mereka bina lebih
baik berbanding dengan Zaman Neolitik. Walau bagaimanapun, di
sesetengah tempat, masyarakat pada zaman ini masih lagi menggunakan
alatan yang diperbuat daripada batu.
Manusia Zaman Logam masih menggunakan sistem barter. Manusia
Zaman Logam juga telah pandai menjinakkan binatang. Pada Zaman
Logam, mayat dikebumikan menggunakan kubur batu kepingan.

11
Gambaran Zaman Logam (sumber internet)
Alatan-alatan Yang digunakan Pada Zaman
Prasejarah

Zaman Paleolitik :
*Alatan batu yang digunakan kasar buatannya.
*Repihan batu dijadikan alat untuk meraut dan memotong.
*Kapak digunakan untuk memburu.

Zaman Mesolitik:
*Alatan batu yang digunakan lebih licin buatannya.
*Repihan batu dijadikan alat untuk meraut dan memotong.
*Kapak digunakan untuk memotong kayu.

Zaman Neolitik:
*Mencipta tembikar tanah.
*Alatan batu yang lebih licin buatannya dan mempunyai pelbagai fungsi.
*Menggunakan alatan batu seperti beliung untuk membuat perahu.
*Pemukul diperbuat daripada batu untuk meleper dan menghaluskan kulit
kayu dan kulit binatang untuk membuat pakaian.

Zaman Logam:
*Menghasilkan alatan daripada logamuntuk kegunaan
pertukangan,pertanian dan perdagangan.
*Alatan yang dicipta seperti loceng,kapak,sabit,mata pisau dan mata
lembing.
*Telah pandai membuat perhiasan daripada manik.

12
Rumusan

Dapat dirumuskan di sini, pelajar boleh menzahirkan idea yang rasional


bagi merancang masa depan negara. Pelajar juga perlu berfikir secara
kreatif,kritis dan inovatif agar mampu untuk menghadapi perubahan dalam
persekitaran. Penerokaan lebih banyak sumber sejarah untuk mengambil
pelajaran dari sumber tersebut.
Di antara sikap manusia zaman Prasejarah yang perlu dicontohi ialah:
1) Berdikari
2)Pandai meneroka sumber alam
3)Meneroka sesuatu yang baru
4) Melakukan inovasi logam
5)Hidup dalam masyarakat yang bersatu- padu.

13
Lampiran

Laporan akhbar Utusan, 6-Jun 2017

14
Laporan akhbar Utusan, 23-Dec 2018

15
Artifak peninggalan prasejarah di Muzium Negara. Sumber
http://www.muziumnegara.gov.my

16
Senarai
Rujukan

17
1. Akashah bin Ismail, Jayakumary a/p Marimuthu (2013). Sejarah Tahun 4.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Laman web Muzium Negara http://www.muziumnegara.gov.my

3. Utuisan Malaysia https://www.utusan.com.my/

4. Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM https://arkeologi.usm.my

18

Anda mungkin juga menyukai