Anda di halaman 1dari 15

Zaman Prasejarah di Malaysia

By AELYN TENG LI WEN & CHLOE KAEY YU HOR

·Negara kita juga tidak terkecuali melalui Zaman Prasejarah. Penemuan tinggalan manusia
Zaman Prasejarah menunjukkan sejak 40,000 tahun yang lalu, sebagai Zaman Paleolitik.
Setelah zaman itu, manusia melalui kehidupan pada Zaman Mesolitik. Di Asia Tenggara,
Zaman Mesolitik dikenali sebagai Zaman Hoabinhian. Hal ini demikian kerana unsur-unsur
Zaman Mesolitik sebagaimana yang ditemukan di Eropah tidak ditemukan di Asia Tenggara.
Sebaliknya, penggunaan alatan kerikil repih yang digunakan pada Zaman Paleolitik lebih banyak
ditemukan. Zaman ini juga dikenali sebagai Zaman Epi-Paleolitik. Zaman ini diikuti dengan Zaman Neolitik.

Topic :
· Lokasi Zaman Prasejarah
· Teknologi
· Tembikar dan Manik
· Lukisan Gua dan Ukiran Batu
· Ekonomi
· Kepercayaan
Topic 1: Lokasi Zaman Prasejarah
·Kewujudan Zaman Prasejarah di negara ini dibuktikan melalui penemuanlokasi-lokasi tinggalan
manusia ketika itu. Lokasi tersebut wujud dalam dua keadaan, iaitu di kawasan gua dan di kawasan
terbuka.
Kewujudan Zaman Prasejarah di negara ini dapat dilihat melalui pelbagai bukti, seperti peralatan
batu dan logam, tembikar dan manik, lukisan gua dan ukiran batu.
You guys can see here clearly. < Peta lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia >
You
Topic 2: Teknologi

· Selain lokasi, bukti penting yang menunjukkan kewujudan Zaman Prasejarah di


Malaysia ialah penemuan pelbagai jenis peralatan. Penemuan ini menunjukkan
manusia prasejarah di negara ini mempunyai kemahiran menghasilkan peralatan
batu dan logam. Peralatan ini digunakan dalam kehidupan harian mereka untuk
memotong, menetak atau memecahkan tulang. Penemuan di Kota Tampan, Perak
dan Tingkayu, Sabah menunjukkan wujud bengkel membuat peralatan batu.
Peralatan batu Zaman Neolitik di Hulu Perak menunjukkan manusia telah mampu
menggilap alatan tersebut. Peralatan logam yang ditemukan di Klang, Selangor
membuktikan kewujudan Zaman Logam di negara ini.
< Peralatan-peralatan teknologi >
Topic 3: Tembikar dan Manik

· Kewujudan Zaman Prasejarah di Malaysia seterusnya dibuktikan dengan


kemahiran pembuatan tembikar dan manik. Penemuan pelbagai jenis tembikar
seperti yang ditemukan di Gua Niah, Sarawak menunjukkan manusia prasejarah
di negara ini telah melakukan inovasi yang hebat. Tembikar ini mempunyai
pelbagai bentuk, saiz dan corak hiasan. Selain tembikar, pelbagai jenis manik telah
ditemukan, seperti di Kuala Selinsing, Perak dan di Lembah Bernam, Selangor.
Topic4:Lukisan Gua dan Ukiran Batu
Bukti paling ketara tentang kewujudan mausia Zaman Prasejarah di Malaysia
ialah penemuan lukisan gua dan ukiran batu..Lukisan dan ukiran
menggambarkan kehidupan harian manusia ,seperti aktiviti memburu dan
amalan ritual .

Ukiran Batu
Ukiran batu banyak ditemukan di Sabah dan Sarawak, sementara di
Semenanjung Malaysia ,hanya ditemukan di Pengkalan Kempas ,Negeri Sembilan
.Kewujudkan ukiran batu mempunyai kaitan dengan budaya megalit.
Topic 5: Ekonomi

Bukti-bukti tinggalan yang dotemukan di tapak-tapak Zaman Prasejarah diMalaysia


menunjukkan terdapat tiga bentuk aktiviti masyarakayt ini dalam bidang ekonomi.

Aktiviti memburu dan memungut hasil hutan merupakan aktiviti paling penting
yang dijalankan oleh masyarakat Zaman Paleolitik hingga Zaman Haobinian.

Kegiatan perdagangan melalui sistem pertukaran barang berlaku

Sama ada melalui laluan daratan atau maritim. Antara barang

Dagangan yang penting termaksuklah loceng dan gendang

gangsa.
Aktiviti penanaman padi dijalankan oleh manusia Zaman
Neolitik.Antara tapak prasejarah yang penting
termaksuklah di pinggir sungai dan lembah yang
subur,seperti di Hulu Tembeling,Pahang termaksuklah di
pinggir sungai dan Lembah Nenggiri,Ulu Kelantan.
Terdapat juga peralatan yang dikaitan dengan aktiviti
penanaman padi.
Peta kawasan penanaman padi pada Zaman Prasejarah di Malaysia
Topic 6: Kepercayaan
Bukti tinggalan masyarakat Zaman Prasejarah di negara kita juga
ditemukan melalui penemuan ideofak di beberapa tapak
perkuburan.Masyarakat zaman tersebut mengamalkan
kepercayaan dan memberikan penghormatan kepada orang
mati.Mukti penemuan ideofak ini menjelaskan cara hidup
masyarakat ketika itu.
🌸 🌸

Terima Kasih Cikgu dan semua. Kerana memberi perhatian di


presentation kita.

Kami harap semua boleh memahami topic ini dengan jelas.

🌸 🌸

Anda mungkin juga menyukai