Anda di halaman 1dari 11

MAKTAB RENDAH SAINS MARA KEPALA BATAS

JALAN TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR


13200 PULAU PINANG

SEJARAH :

ZAMAN PRASEJARAH

DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :

MUHAMMAD FAKHRURRAZI BIN RIDUAN


PK 170263
KELAS 103

DISEDIAKAN UNTUK :

EN AZMI AZUAN
GURU SEJARAH
PENGENALAN

Negara Malaysia merupakan antara negara yang pernah menjadi tapak


zaman prasejarah. Penemuan tinggalan manusia Zaman Prasejarah
menunjukkan sejak 40,000 tahun yang dahulu, manusia telah menetap
di tapak negara ini. Tempoh itu dikenali sebagai Zaman Paleolitik.
Setelah zaman itu, manusia mula melalui kehidupan pada zaman yang
dikenali sebagai Zaman Mesolitik. Di Asia Tenggara, Zaman Mesolitik
dikenali sebagai Zaman Hoabinhian. Ini adalah kerana ciri-ciri Zaman
Mesolitik di Eropah tidak dapat dijumpai di Asia Tenggara. Sebaliknya,
lebih banyak alatan kerikil repih yang digunakan pada Zaman Paleolitik
ditemui. Disebabkan itu, zaman ini juga dikenali sebagai Zaman Epi-
Paleolitik. Untuk pengetahuan anda, Madeleine Colani merupakan ahli
arkeologi Perancis yang telah memperkenalkan istilah Hoabinhian yang
diambil sempena nama suatu tempat di Vietnam iaitu Hoa-binh.

1
CIRI-CIRI KEHIDUPAN MASYARAKAT ZAMAN PRASEJARAH DI
MALAYSIA

Terdapat tujuh ciri-ciri kehidupan masyarakat Zaman Prasejarah di


Malaysia iaitu tempat kediaman, peralatan, pengumpulan makanan,
kegiatan ekonomi, organisasi sosial, kepercayaan dan kesenian dan
kebudayaan. Kesemua ciri-ciri in maju secara berperingkat mengikut
peredaran zaman.Bagi ciri yang pertama, iaitu tempat kediaman,
masyarakat Zaman Paleolitik berpetempatan di gua atau di bawah
pokok. Antara tapak kediaman pada zaman ini ialah Gua Niah,
Sarawak. Pada Zaman Mesolitik, masyarakat zaman ini mula
bertempat di lubang bawah tanah, pinggir sungai dan persisiran pantai
bagi memudahkan mereka mendapatkan sumber untuk terus hidup.
Pada Zaman Neolitik dan Zaman Logam, manusia sudah mula
membina rumah daripada batu, tanah liat, dan kayu. Bagi ciri yang
kedua iaitu peralatan di mana manusia pada Zaman Paleolitik dan
Mesolitik membuat peralatan yang diperbuat daripada batu, kayu dan
tulang haiwan yang lebih dikenali sebagai alatan kerikil repih. Pada
Zaman Neolitik alatan yang lebih canggih dan halus buatannya seperti
alatan menggali dan roda dihasilkan. Pada Zaman Logam pula,
manusia di negara ini mula mencipta alatan daripada logam dengan
menggunakan teknologi peleburan. Seterusnya, pengumpulan
makanan pada Zaman Paleolitik merupakan aktiviti yang paling
penting untuk mendapatkan makanan. Kegiatan ini diteruskan lagi
pada Zaman Mesolitik. Pada Zaman Neolitik, kegiatan pengumpulan
2
makanan berkurangan apabila manusia sudah berkebolehan
menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Kegiatan ini
diteruskan sehingga Zaman Logam menyebabkan aktiviti
pengumpulan makanan amat sedikit. Ini juga menyebabkan
tercetusnya sistem perdagangan dan pertukaran barang. Kemudian
ciri yang keempat iaitu kegiatan ekonomi. Pada Zaman Paleolitik dan
Mesolitik, manusia bergantung sepenuhnya pada sumber alam.
Kegiatan ekonomi ini mulai berubah apabila manusia tidak lagi
menjadi pengguna sumber alam pada Zaman Neolitik dan Logam.
Sebaliknya mereka melakukan kegiatan pertanian dan penternakan.
Ini menyebabkan wujudnya sistem barter dan pengkhususan
pekerjaan. Selain itu, organisasi sosial juga berubah dari masa ke
semasa. Pada zaman Paleolitik, manusia hidup dalam kelompok kecil
seperti keluarga dalam keadaan nomad. Begitu juga pada Zaman
Mesolitik. Pada Zaman Neolitik telah wujudnya sistem sosial dan
petempatan yang lebih tersusun dan baik. Telah wujudnya pelantikan
ketua dalam sesebuah organisasi. Organisasi ini kemudian berevolusi
kepada sistem pentadbiran pada Zaman Logam. Kemudian,
kepercayaan masyarakat Zaman Paleolitik dan Mesolitik berasaskan
kepercayaan animisme di mana mereka percaya kepada kuasa alam.
Pada Zaman Neolitik dan Logam manusia mula melakukan ritual
perdamaian dengan alam dan penyembahan mula berlaku. Manusia
juga mula menguruskan mayat dengan lebih teliti kerana percaya akan
kehidupan selepas mati. Akhir sekali, kesenian dan kebudayaan.
3
Manusia pada Zaman Paleolitik dan Mesolitik menghasilkan lukisan
gua yang bersifat realisme. Pada zaman Neolitik, manusia mula
menghasilkan tembikar yang berasaskan pola geometri yang dikenali
sebagai simbolisme. Pada Zaman Logam pula, manusia amat
mementingkan nilai-nilai estetika dan mempunyai pola hiasan yang
menarik pada hasil seni mereka.

4
TAPAK-TAPAK ARKEOLOGI ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA

Terdapat banyak tapak arkeologi Zaman Prasejarah di Malaysia.


Antara tapak-tapak arkeologi adalah jumpaan pada tapak ini, terdiri
daripada sekurang-kurangnya 12 rangka manusia yang ditemui dalam
posisi lunjur dengan barangan kiriman yang terdiri daripada kapak
gangsa dan acuannya, tembikar tanah, alat batu dan pemukul kulit
kayu, barangan kemas seperti gelang cengkerang dan batu, anting
dan kalong cengkerang, manik kaca, dan sisa makanan tulang haiwan
dan siput sungai. Tapak ini berfungsi sebagai tapak pengkebumian
Zaman Neolitik dan Logam. Gua Harimau merupakan sebuah tapak
prasejarah yang penting iaitu penemuan kebudayaan Zaman Logam
yang terawal sekali di Malaysia. Kajian saintifik yang dijalankan atas
rangka manusia dan tembikar mencadangkan bahawa masyarakat
prasejarah Gua Harimau mempunyai persamaan dan hubungan
dengan populasi manusia zaman Neolitik yang mendiami tapak Gua
Cha di Kelantan dan Ban Kao di Thailand. Selain itu, terdapat juga
tapak arkeologi yang lain seperti Gua Niah. Bahagian barat Gua Niah
adalah kawasan yang sungguh kaya dengan kesan sejarah yang bukan
sahaja amat penting kepada sejarah Borneo tetapi juga terhadap
tamadun manusia sejagat. Pada kedalaman 90 inci, satu daripada
tengkorak manusia tertua di dunia telah dijumpai dan dikelilingi oleh
arang yang berusia 40, 000 tahun menurut pakar. Ia merupakan
penemuan terawal dan merupakan homo sapiens pertama dijumpai
di Selatan Asia. Jauh di bahagian dalam mulut gua tersebut adalah
5
tempat pengebumian Neolitik yang menempatkan 166 tapak
pengebumian. Pada bahagian lain batu kapur yang berdekatan
dengan Gua Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki juga telah
dijumpai. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan
menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang
menari. Selain daripada dua tapak arkeologi ini, terdapat banyak lagi
tapak arkeologi yang terletak di serata negara kita.

IKTIBAR YANG DIPEROLEH DARIPADA PENINGGALAN ZAMAN


PRASEJARAH DI MALAYSIA

Bukti penemuan prasejarah seprti yang dibincangkan menunjukkan


kewujudan Zaman Prasejarah di negara kita. Sejak 40,000 tahun yang
lalu, negara kita telah melalui pelbagai tahap Zaman Prasejarah
sebelum menempuh Zaman Sejarah. Pelbagai inovasi dan perubahan
telah berlaku dari masa ke semasa menyebabkan kehidupan yang
lebih selesa pada masa kini. Ini adalah kerana, tanpa penciptaan atau
penemuan yang dilakukan oleh masyarakat Zaman Prasejarah, tidak
akan wujudlah teknologi pada masa kini. Hal ini menunjukkan
kepentingan negara kita dalam perkembangan sejarah dan tamadun
manusia.

6
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMELIHARA DAN MEMULIHARA
TAPAK ARKEOLOGI DI NEGARA KITA

Pemeliharaan dan pemuliharaan tapak arkeologi perlulah dilakukan


oleh semua pihak. Panduan dan iktibar kepada generasi muda dan
bahan penyelidikan, rujukan dan kajian tentang evolusi sejarah yang
berlaku dapat dijadikan menerusi kewujudan dan peninggalan tapak
arkeologi ini. Rata-rata pengunjung dan pelancong yang bertandang
sangat tertarik akan keunikan tapak arkeologi contohnya seperti
Lembah Bernam, Gua Cha, Gua Niah, Gua Harimau dan Gua Gunung
Runtuh. Oleh itu, sebagai tarikan dan tatapan pelancong asing, tapak
arkeologi mesti dipelihara dan dipulihara. Tapak bersejarah ini
mempunyai daya penarik yang kuat kerana ia berkaitan dengan
evolusi manusia dan sejarah yang berlaku di tanah air kita. Antara
langkah memelihara tapak arkeologi ialah mewartakan tapak
tersebut sebagai tapak warisan atau tapak warisan kebangsaan.
Selain itu, menjalankan ekskavasi pada suatu tapak arkeologi itu juga
dapat membantu dalam pemeliharaan tapak tersebut. Ekskavasi
dapat dilakukan sekiranya individu yang menjumpai tinggalan Zaman
Prasejarah melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
Langkah pemuliharaan tapak arkeologi pula ialah menyelidik tapak
arkeologi khususnya di gua batu kapur. Antara tapak arkeologi
tersebut ialah Gua Niah, Gua Cha, Gua Peraling, Kota Gelanggi,

7
Gunung Senyum, Gua Bewah, Gua Taat, Gua Tok Bidan, Gua Gunung
Runtuh, Gua Harimau, Gua Kelawar,

RUMUSAN

Pelaporan ini telah menjelaskan mengenai Zaman Prasejarah di


Malaysia. Perubahan yang berlaku sejak Zaman Paleolitik hingga
Zaman Logam di negara kita menunjukkan kemampuan manusia
meneruskan kelangsungan mereka dalam pelbagai keadaan.
Pengalaman serta keupayaan manusia melakukan inovasi serta
menyesuaikan diri dengan alam sekeliling menjadi asas penting yang
membolehkan mereka meneruskan kehidupan. Kemahiran dan
kebolehan dalam menggunakan sumber semula jadi ciptaan Tuhan
membolehkan peralatan yang digunakan semakin baik dari semasa
ke semasa. Tapak prasejarah boleh ditemukan di pelbagai lokasi di
negara kita. Kepentingan zaman ini wajar dikekalkan melalui usaha
pemeliharaan dan pemuliharaan.

8
LAMPIRAN

9
RUJUKAN

Buku ilmiah

1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM, m/s 45, 52-58, 64, 66-70
Laman sesawang
1. http://heritageborneo.blogspot.my/2016/11/gua-niah-
sarawak.html
2. http://www.heritage.gov.my/ms/utama/keratan-akhbar/item/624-
tapak-arkeologi-kampung-chohong-berpotensi-jadi-produk-
pelancongan
3. https://www.researchgate.net/publication/312494931_Melestarika
n_Tapak_Warisan_Arkeologi_Monumen_dan_Bangunan_Bersejarah
_Dalam_Konteks_Arkeopelancongan_di_Malaysia

Temubual

1. Encik Azmi Azuan, Guru Sejarah Kelas 103, 21/8/2017

10

Anda mungkin juga menyukai