Anda di halaman 1dari 29

1.

0 Zaman Logam

Zaman prasejarah dibahagikan kepada tiga iaitu, zaman Paleolitik, zaman Mesolitik dan

zaman Neolitik (zaman logam). Zaman Logam bermaksud satu tempoh di mana

kebudayaan dalam masyarakat telah muncul objek – objek logam sebagai unsur – unsur

utama yang menggantikan alat – alat batu. Fungsi alat batu dalam kehidupan masyarakat

telah diambil alih oleh objek logam.Menurut Profesor Zuraina Majid, pengalaman yang

panjang dalam penghasilan tembikar bagi manusia zaman Neolitik yang memrlukan

pemerhatian saintifik pada sifat dan ciri bahan serta kebolehan mereka menghasilkan api

dengan suhu yang tinggi menjadi asas kepada peringkat teknologi seterusnya membawa

kepada penghasilan logam.1 Walaubagaimanapun, kemunculan zaman Logam ini tidak

bermakna berakhirnya zaman Batu secara mendadak. Alat – alat batu masih terus

digunakan walaupun disaingi oleh alat - alat logam.

Zaman Logam ini merujuk lebih kepada penggunaan gangsa dan besi. Fungsi alat batu

pada zaman Logam masyarakat telah melakukan banyak inovasi logam besi dan gangsa

dalam peralatan. Manusia telah mampu mencipta peralatan yang diperbuat daripada

logam. Pembuatan peralatan ini berlaku sering dengan pengetahuan manusia tentang

teknologi peleburan dan pembuatan acuan. Di kebanyakan tempat kedua – dua jenis alat

ini muncul dalam zaman yang sama. Selepas munculnya zaman logam, tidak bermaksud

secara mendadak berakhirnya zaman Batu (Zaman Neolitik) kerana dalam zaman Logam

masih lagi terdapat penggunaan alat – alat batu oleh masyarakat ketika itu.

1
Zuraina Majid, Archeology In Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Pusat Penyelidikan Arkeologi
Malaysia,2003,hlm.170.

1
Selain daripada itu, sejak dari 1,500 sehingga 1,000 SM, masyarakat petani di Asia

Tenggara telah mula mengenali sifat – sifat logam dan cara perlombongan untuk

mendapatkan bahan mentah tersebut. Pada zaman Logam penemuan bahan baru oleh

masyarakat iaitu bahan logam sebagai bahan asas untuk dijadikan peralatan secara tidak

langsung trurut mendesak cara bekerja yang baru. Ini kerana sifat asas logam yang kuat

bukannya senag untuk dibentuk sama ada dipukul atau dipecah – pecahkan

sebagaimana alat – alat batu di zaman Paleolitik.

Pada zaman Logam masyarakat sudah dapat membuat beberapa jenis peralatan yang

diperbuat dari logam yang ternyata lebih kuat dan lebih mudah dikerjakan berbanding

dengan artifak yang diperbuat daripada batu. Oleh kerana logam harus dileburkan

terlebih dahulu sebelum dapat dihasilkan atau digunakan sebagai peralatan, maka pada

zaman tersebut jelas menunjukkan bahawa masyarakat sudah mencapai kemajuan yang

lebih jauh berbanding dengan masyarakat yang hidup di zaman Batu.

2.0 Kebudayaan zaman Logam

Kebudayaan zaman Logam terbahagi kepada zaman Gangsa dan zaman Besi. Zaman

Gangsa adalah berasaskan penemuan beberapa alat yang diperbuat daripada gangsa

seperti gendang,loceng dan mangkuk gangsa. Artifak yang paling popular di zaman ini

ialah gendang gangsa.Komposisi artifak gangsa yang dihasilkan adalah terdiri daripada

beberapa komponen – komponen logam seperti Kuprum (Cu), timah (Sn)

dan Plumbum (Pb).2 Walaubagaimanapun, berdasarkan hasil daripada beberapa

2
Syiqah Sapian, Zaman Logam , https://www.scribd.com/presentation/183027581/2-Zaman-Logam-ppt
(tarikh diakses 12 Oktober 2019).

2
penyelidikan didapati logam kuprum merupakan unsur utama yang terdapat pada alat –

alat ciptaan pada tahap Kebudayaan Gangsa.

Tahap zaman Gangsa terbahagi kepada kedua – dua iaitu Zaman Gangsa Awal dan

Zaman Gangsa akhir. Zaman Gangsa awal dikatakan wujud sebelum terdapat

pengetahuan berkaitan pertukangan besi.Secara Umumnya, majoriti ahli arkeologi

berpendapat bahawa pada peringkat permulaan zaman Gangsa awal (zaman awal) yang

bermula kira – kira 2500 tahun dahulu hanya alat - alat kecil sahaja yang dihasilkan

kerana logam gangsa ketika itu sukar diperolehi.3 Objek yang dihasilkan pada peringkat

awal ini terdiri daripada peralatan yang tajam seperti mata beliung,mata kapak dan mata

lembing serta barang – barang perhiasan diri seperti gelang.

Zaman Gangsa akhir pula merujuk kepada zaman yang wujud kepada hasil kreativiti

serta mental dan fizikal masyarakat yang kian maju. Zaman ini, dapat dilihat menerusi

tahap pencapaian hasil daripada pertukangan tangan masyarakat yang telah

menunjukkan satu kemajuan yang ketara. Pada peringkat ini objek yang dihasilkan

adalah bersaiz besar berbading dengan zaman awal gangsa. Di antara hasil kreativiti

yang utama ialah penciptaan gendang dan loceng gangsa yang banyak ditemui di

beberapa tapak arkeologi zaman Logam di bahagian Asia Tenggara seperti

Vietnam,China dan sebagainya. Di antara objek zaman Gangsa yang paling popular ialah

gendang gangsa dari jenis Heger I atau gendang Dongson.

3
Zuraina Majid, Archeology In Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Pusat Penyelidikan Arkeologi
Malaysia,2003,hlm.170.

3
Zaman besi pula adalah merujuk kepada kewujudan objek – objek yang diperbuat

daripada besi seperti beliung dan cangkul.Pada zaman masyarakat telah dapat melebur

besi dari bijihnya untuk dituang menjadi alat – alat yang diperlukan. Teknik peleburan

besi lebih sulit dari Teknik peleburan tembaga .Ini kerana, untul melebur besi memerlukan

panas yang sangat tinggi. Di antara komposisi logam yang penting dan digunakan dalam

penghasilan alat – alat pada tahap kebudayaan ini ialah Ferum (Fe)

dan Manganese (Mn). Kemajuan yang didapati adalah daripada eksperimen dan

interaksi antara masyarakat tempatan dengan dunia luar yang wujud ketika itu. Dari segi

sejarah penggunaan besi bermula sekitar 3,000 SM dan digunakan secara meluas pada

2,000 SM. Berdasarkan penyelidikan yang telah diakukan oleh beberapa orang

penyelidik,menunjukkan bahawa terdapat pelbagai peralatan yang telah dihasilkan

seperti kapak bersoket yang berbagai saiz dan tulang mawas. Mata pisau,mata

pisau.mata sabit,mata pedang dan cangkul juga dihasilkan.Alat – alat tersebut ditemukan

di Gunung Kidul (Yogyakarta), Bogor (Jawa Barat), Besuki dan Punung (Jawa

Timur).Peninggalan sejarah pada zaman sangat bermutu tinggi. Sejenis artifak yang

ditemui juga dikatakan mewakili zaman Besi iaitu ‘Pisau Tembeling’ yang satu - satunya

jenis artifak yang ditemui di rantau ini. Di antara tapak kebudayaan besi di Malaysia ialah

di kawasan Hulu Tembeling, Pahang (Kampung Bantal, Jeram Koi dan Bukit Komil). Alat

- alat besi yang diguna ialah Gua Harimau di mana alat - alat besi ditemui berada di atas

lapisan alat - alat gangsa.

4
3.0 Kehidupan masyarakat zaman Logam

Manusia pada zaman Logam hidup secara menetap,ada yang tinggal di Kawasan gua

dan ada juga tinggal di berhampiran sungai. Petempatan - petempatan awal di Zaman

Logam sekitar 2500 tahun dahulu di negeri Selangor telah dibuktikan dengan penemuan

artifak logam yang melalui kaedah arkeologi. Kebanyakannya petempatan atau lokasi

terletak berhampiran dengan sungai dan berkembang daripada sistem kehidupan serta

kebudayaan masyarakat zaman Neolitik. Antara sungai - sungai yang penting yang

digunakan sebagai kawasan petempatan masyarakat zaman Logam ini adalah seperti

Sungai Bernam, Sungai Langat, Sungai Sedu, Sungai Kelang dan Sungai Semenyih. 4

Kawasan sungai - sungai diguna sebagai tempat masyarakat tempatan yang utama untuk

mencari sumber makanan serta digunakan sebagai jalan perhubungan utama antara

masyarakat di tanah pamah dengan masyarakat di pedalaman. Kekayaan lembah -

lembah sungai di Selangor dengan sumber logam timah menggalakan masyarakat

tempatan menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat luar terutamanya

dengan masyarakat di utara Semenanjung.Ini adalah kerana logam timah diperlukan

untuk menghasilkan barangan gangsa. sistem pertukaran barangan telah dijalankan

untuk mendapatkan logam timah ini, iaitu timah telah ditukarkan dengan barangan

daripada gangsa seperti gendang dan loceng yang diperbuat daripada gangsa.

Antara tapak - tapak di mana artifak gangsa ditemui adalah di Kampung Sungai Lang,

Jenderam Hilir, Sidu dan Lembah Sungai Klang. Tapak - tapak ini menjadi bukti bahawa

4
Zuliskandar Ramli, Petempatan Masyarakat Zaman Logam di Selangor Berdasarkan Data Arkeologi,
Jil.1,2010,hlm.41.

5
perkembangan masyarakat setempat, daripada sistem sosio - budaya zaman Neolitik

kepada perkembangan zaman Logam adalah kerana tujuan hubungan jalinan

perdagangan dengan luar.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, penemuan artifak ini merupakan bukti -

bukti yang penting untuk menunjukkan suatu masyarakat atau petempatan itu wujud

dengan benar. Oleh itu dengan adanya bukti ini, ia dapat memperkukuhkan lagi fakta -

fakta yang dikemukakan.Alatan besi tulang mawas dan alatan besi bersoket di Klang

dapat dibahagikan kepada 5 kategori utama berdasarkan kepada bentuk fizikalnya, iaitu

bentuk kapak bersoket (socketed axes), kapak panjang bersoket (long shafted axes),

sabit bersoket (socketed sickles), pisau bersoket (socketed knives) dan mata lembing

bersoket (socketed spearhead). Pembahagian ini telah dilakukan oleh Sieveking

berdasarkan jumpaan alatan besi yang terkumpul di Malaya pada ketika itu (Sieveking

1956). Pada masa yang sama, menurut N.A Halim tulang mawas yang diperbuat

daripada besi, dijumpai di Changkat Menteri, Sabak Bernam. Terdapat juga tulang

mawas dijumpai juga di Raub, Pahang. Jumpaan Gendang Gangsa di Batu Buruk

(Terengganu), Kampung Gaung (Terengganu) dan Kampung Batu Pasir Garam di

Pahang (Linehan 1951;Coedes 1964;Hall 1977 dan Leong Sau Heng 1993).Jumpaan

Artifak Loceng Gangsa pula direkodkan di Kampung Pencu Muar di mana Sungai Muar

memainkan peranan sebagai Pelabuhan Feeder Port (Nik Hassan Suhaimi 1998,2002).

Jumpaan Artifak Besi Bersoket direkodkan di Lembangan Sungai Tembeling, Bukit Jong,

Kampung Nyiong,Teluk Lubuk Puai dan Tersang di Pahang;Changkat Menteri,Sungkai

dan Sungai Plus Di Perak (Lowenstein 1956;Leong Sau Heng 1991).Tapak – tapak ini

kebanyakannya terletak berhampiran dengan sungai secara tidak langsung menunjukkan

6
penempatan masyarakat di zaman Logam kebanyakannya terletak berhampiran sungai

ataupun persisiran pantai. Sungai Bernam, Sungai Kelantan, Sungai Perak,Sungai

Pahang,Sungai Tembeling dan Sungai Johor ialah antara sungai yang telah memberi

sumbangan pada zaman logam dan gangsa.Jumpaan yang paling banyak dicatatkan di

Kawasan Klang sengan jumpaan artifak besi dan juga gangsa.Temuan di Sungai Langat

pula melibatkan jumpaan artifak gangsa manakala di Jenderam Hilir melibatkan jumpaan

mangkuk gangsa.

4.0 Ciri – ciri masyarakat zaman Logam

Manusia pada zaman Logam ini sebahagian besar terlibat dalam aktiviti bercucuk

tanam,memburu,menangkap ikan dan juga terlibat dalam aktiviti penternakan binatang

serta terlibat dalam aktiviti perdagangan tukar barang. Aktiviti pembuatan dan

pertukangan juga turut berkembang. Dari segi organisasi sosial, kehidupan manusia

zaman Logam lebih tersusun.Pemimpin bertanggungjawab menyelesaikan masalah

yang timbul dan membentuk aturan kehidupan agar diikuti oleh setiap anggota

masyarakat. Keadaan ini membawa kepada pembentukan sistem pentadbiran. Dari

segi kepercayaan pula, amalan penyembahan manusia terhadap kuasa alam semakin

jelas.Binaan khusus telah diwujudkan bagi upacara ritual dan menyempurnakan

kepercayaan mereka. Manusia pada zaman Logam mempunyai kepercayaan dan

pegangan hidup tertentu. Selain itu, manusia zaman ini amat mementingkan nilai estetika

yang ditemukan pada peralatan mereka seperti gendang gangsa yang mempunyai pola

hiasan yang mempunyai pola hiasan yang menarik.

7
5.0 Ciri – ciri kemajuan pada zaman Logam

5.1 Teknologi

Pada zaman Logam, terdapat kemajuan teknologi dalam pembuatan logam. Ia

menggunakan teknik melebur dan mengaloi. Ia jelas dalam catatan kaji purba bahawa

terdapat alat - alat yang diperbuat daripada logam dan perkembangan masyarakat

tentang kaji logam dan kerja - kerja logam.Pembuatan alat – alat daripada logam

memerlukan kemahiran pengkhususan yang cukup tinggi dan luas. Bijih pada amnya

tidak menyerupai logam yang didapati daripadanya. Oleh itu, kegiatan mencari dan

menggali timbunan bijih itu adalah memerlukan cara yang khas dan pengetahuan yang

tinggi.Demikian juga,dengan melebur bijih dan mengaloikannya mengikut kadar yang

betul supaya ia dapat menghasilkan kekerasan serta kekuhan yang diperlukan.Selain itu,

pembuatan acuan - acuan, penuangan serta kerja - kerja penglicinan alat - alat buatan

itu adalah proses teknologi yang rumit. Adalah sukar hendak dibayangkan bahawa teknik

- teknik tersebut tidak dijumpai kesan - kesannya .Dengan itu, kenyataan - kenyataan

yang ada sekarang menyatakan bahawa aktiviti seperti pertanian, kerja logam di Asia

Tenggara adalah berasal daripada idea - idea dan rangsangan daripada sumber - sumber

luar.5 Hubungan di antara Malaysia dengan Tanah Besar Asia Tenggara yang terjalin

pada zaman Neolitik akhir terus berkembang.Beberapa alat gangsa seperti gendang

gangsa,loceng gangsa dan mangkuk gangsa dijumpai di beberapa tempat di Malaysia.

Alat - alat itu dipercayai dibawa masuk dari luar. Tempat asal alat - alat itu ialah dari tanah

besar Asia Tenggara. Gendang gangsa dijumpai di Kampung Sungai Lang (Selangor),

5
Wan Abdul Rahman Latif et.al, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka ,2001,hlm.9.

8
Batu Buruk (Terengganu), Sungai Tembeling (Pahang) dan Tempasuk (Sabah).

Manakala loceng gangsa dijumpai di Kelang (Selangor) dan di Kampung Pencu (Muar,

Johor). Mangkuk gangsa pula dijumpai di beberapa tempat seperti di tebing sungai di

Perak, Selangor dan Pahang. Mata kapak gangsa juga dijumpai di beberapa tempat

seperti di tebing sungai di Perak, Selangor, Pahang, Gua Harimau (Perak) dan juga di

Sabah.

Hiasan pada gendang dan loceng gangsa itu mempunyai beberapa persamaan dengan

hiasan pada gendang dan loceng gangsa yang dibuat di Dong Son (Vietnam).Justeru

itu,kedua – dua alat itu dipercayai dibawa dari Dong Son. Barangan tersebut merupakan

barang – barang mewah yang dibawa ke Malaysia pada zaman Gangsa.Masyarakat yang

memiliki barang-barang tersebut telah mencapai taraf kehidupan yang tinggi dan

tersusun. Hanya individu atau keluarga yang kaya atau terkemuka sahaja dapat memiliki

alat-alat itu yang melambangkan status pemiliknya. Buktinya,terdapat beberapa jumpaan

acuan – acuan untuk membuat mata kapak gangsa di beberapa tempat di Malaysia. 6

Dengan adanya teknologi pembuatan alatan logam pada Zaman Logam Awal ini, maka

ia telah menunjukkan bahawa masyarakat di Asia Tenggara pada masa tersebut

mempunyai kepakaran dalam bidang seni dan pertukangan. Hal ini jelas dibuktikan

dengan terhasilnya gendang-gendang tertua yang diusahakan di Dong Son iaitu Heger I,

II, III dan IV. Menurut ahli-ahli arkeologi, ia adalah alatan logam yang terbaik pada tempoh

tersebut. Contohnya gendang Heger, ia mempunyai diameter 65cm dan dihiasi dengan

corak manusia, haiwan dan geometri. Ia telah ditemui di kawasan perkuburan di Dong

6
Nik Hasssan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman, Malaysia, Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm .8.

9
Son yang berdekatan Thanh Hoa. Manakala gendang Heger IV yang kebanyakkannya

dijumpai di Yunan dan mempunyai ciri-ciri kecinaan. Gendang ini lebih dikenali sebagai

jenis China.

Pada umumnya, gendang Dong Son mempunyai permukaan yang rata,rangka yang

lebar,dinding yang lurus dan kaki yang lebar. Menurut Heger, gendang ini mempunyai

lima bahagian iaitu pukul, bahu, pinggang, kaki dan pemegang.Malahan kemahiran yang

kreatif masyarakat pada masa ini telah menghasilkan tiga jenis ukiran pada gendang

Dong Son iaitu corak naturalistik, zoomorfik dan geometri. Gendang corak zoomorfik

mempunyai gambar satu bulatan dikelilingi tangen, pola duri dan mata gergaji. 7 Selain

berdagang,masyarakat dari tanah besar Asia Tenggara datang ke Semenanjung

Malaysia mungkin juga kerana hendak mencari logam mentah. Logam timah dan

tembaga merupakan dua jenis logam yang utama dalam pembuatan alat gangsa. Sejak

Zaman Neolitik, Semenanjung Malaysia memang terkenal sebagai kawasan yang kaya

dengan bijih timah dan emas. Ini dapat dibuktikan melalui jumpaan alat - alat tertentu di

kawasan yang terdapat bijih timah. Alat – alat tertentu seperti alat tembikar berkaki tiga

dijumpai di kawasan yang kaya dengan bijih timah merupakan alat – alat yang ada laitan

dengan pengaruh dari tanah besar Asia Tenggara.Jumpaan alat untuk membuat untuk

membuat kain kulit kayu serta jumpaan gelang tangan batu di kawasan bijih timah itu juga

menunjukkan adanya hubungan dengan tanah besar Asia Tenggara kerana kegiatan

mencari logam timah. Alat tembikar zaman Neolitik akhir dan zaman Gangsa awal di Ban

7
Peter Bellwood, (terj) T.W. Kamil,Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama,
2000, hlm.117.

10
Kao (Thailand) dan di beberapa tempat lain di selatan Thailand menunjukkan pada

asasnya wujud persamaan dari segi bentuk dan teknologi dengan alat tembikar dari Gua

Cha dan di beberapa buah tapak arkeologi lain di Malaysia juga menunjukkan wujud

perkaitan idea dan teknologi di antara kawasan – kawasan tersebut. Alat tembikar berkaki

yang dijumpai di Jenderam Hilir, Kodiang (Kedah) dan Bukit Cuping juga dipercayai lahir

daripada idea dan teknologi yang sama seperti yang terdapat di Ban Kao.

Bukti yang wujudnya alat tembikar berkaki di Jenderam Hilir menunjukan bahawa

masyarakat zaman Neolitik di semenanjung Tanah Melayu telah menjalin hubungan

dengan masyarakat lain di Asia Tenggara khususnya Tanah Besar Asia

Tenggara.Hubungan itu mungkin berkembang melalui perdagangan.Idea dan teknologi

membuat tembikar tanah serta alat – alat tembikar yang lain telah sampai kepada

masyarakat zaman Neolitik di semenanjung Tanah Melayu melalui aktiviti

perdagangan.Semasa masyarakat di Tanah Melayu berada pada tahap Zaman Neolitik

Akhir itu, ada masyarakat di Tanah Besar Asia Tenggara yang telah pun memasuki ke

Zaman Logam. Alat – alat yang digunakan oleh masyarakat di Tanah Besar Asia

Tenggara dibuat daripada gangsa sejak lebih kurang 4000 tahun dahulu.

5.2 Ekonomi

5.2.1 Aktiviti pertanian

Zaman logam masih menyaksikan aktiviti pertanian yang semakin berkembang melalui

peralatan – peralatannya yang lebih maju yang diperbuat daripada gangsa dan

besi.Zaman ini juga merupakan kesinambungan sistem ekonomi daripada zaman

Neolitik.Pertanian ini telah mengubah corak hidup daripada mengumpul makanan sendiri

11
kepada menghasilkan makanan.Pertanian merupakan kegiatan ekonomi yang terpenting

kepada masyarakat zaman itu. Contohnya di Bac Bo, masyarakatnya telah mempunyai

ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian. Mereka telah mengeluarkan makanan sendiri

dan tidak lagi mengumpul makanan seperti zaman-zaman sebelumnya. Masyarakat Bac

Bo telah mulai bercucuk tanam terutamanya padi. Buktinya dapat dilihat pada gendang

gangsa yang terdapat ukiran manusia sedang menumbuk padi. Masyarakat di sini juga

telah mempunyai kemahiran kerja-kerja pertanian seperti mencangkul atau menyabit dan

membajak tanah. Ini berdasarkan penemuan artifak dan alat pertanian seperti sabit

gangsa dan mata bajak. Penggunaan bajak telah menjadikan aktiviti pertanian dijalankan

secara intensif. Contohnya di Co Loa sebanyak 100 bilah mata tenggala yang dibuat

daripada gangsa ditemui dan di Kuala Selinsing, Perak juga telah ditemui kapak yang

berbatang panjang. Perkembangan ini membawa perubahan dalam kehidupan manusia.

Penggunaan logam memungkinkan penggunaan alat pertanian seperti bajak,beliung dan

cangkul yang diperbuat daripada logam yang mempergiatkan aktiviti pertanian seperti

memotong,menebas dan menggali.Peluasan aktiviti pertanian ini dapat menyara

kehidupan masyarakat yang besar.

5.2.2 Aktiviti penternakan

Selain menjalankan aktiviti pertanian,masyarakat pada zaman ini juga menjalankan

aktiviti menternak binatang sebagai sumber makanan sementara menunggu tanaman

mereka mengeluarkan hasil. Contohnya di Bac Bo, kerbau digunakan untuk membajak

tanah. Selain itu, telah ditemui tulang-tulang ayam, anjing dan babi di Kuala Selinsing

yang membuktikan wujudnya aktiviti penternakan binatang. Terdapat juga bukti yang

menunjukkan masyarakat pada zaman Logam awal menjalankan aktiviti penternakan

12
binatang di samping berburu di mana telah ditemui batu yang berbentuk telur dipahat

dalam bentuk gajah serta babi rusa dan orang lelaki di kedua – dua sisinya. Alat-alat

gangsa seperti lembing, kapak tangan yang soket, pisau gangsa dan mata kail telah

digunakan untuk memburu binatang di hutan dan juga sebagai senjata dan alat untuk

mempertahankan diri.Peralatan yang digunakan untuk memburu ini telah ditingkatkan

kemajuannya berbanding pada sebelumnya iaitu zaman Neolitik. Hal ini telah

menunjukkan bahawa masyarakat pada zaman Logam awal mempunyai aktiviti

pemburuan dan penternakan binatang secara tidak langsung.8

5.2.3 Perkapalan dan pelayaran

Apabila hubungan masyarakat semakin meluas,mereka memerlukan alat pengangkutan

untuk pergi ke tempat yang yang jauh.Antara faktor – faktor yang mengatakan bahawa

zaman Gangsa dan Besi di semenanjung di Tanah Melayu adalah sezaman kerana

wujudnya alat – alat daripada gangsa yang kecil bilangannya yang yang terdiri daripada

gendang gangsa, loceng gangsa dan mangkuk gangsa. Alat-alat gangsa itu dijumpai di

Sungai Lang (Selangor), Batu Buruk (Terengganu), Tembeling (Pahang) dan Paguh di

Muar (Johor). Kesemua alat gangsa itu dijumpai di kawasan sungai atau di pesisir pantai.

Keadaan ini menunjukkan bahawa kawasan itu merupakan tempat persinggahan kapal -

kapal yang berdagang di Asia Tenggara dan menjadi sumber pengumpul bahan - bahan

mentah yang diperlukan untuk perdagangan purba itu. Dengan kedudukan sedemikian,

besar kemungkinannya pembesar-pembesar di situ berupaya membeli barang - barang

8
Peter Bellwood, (terj) T.W. Kamil,Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama,
2000, hlm.228.

13
import seperti gendang gangsa dan loceng gangsa. Barang – barang itu dipercayai

diimport dari Dong Son,Vietnam berasaskan kepada hiasan dan bentuk alat – alat

itu.Petempatan – petempatan itu juga merupakan jalan keluar bagi barang – barang

hutan dan juga logam seperti bijih timah,emas dan lain – lain lagi yang terdapat di

kawasan pedalaman di Pahang,Terengganu dan Kelantan. Ada berpendapat yang

melihat zaman Logam itu sebagai zaman yang melibatkan kedatangan penduduk dari

Tanah Besar Asia Tenggara secara beramai – ramai ke Kepulauan Asia Tenggara kerana

mencari bahan – bahan logam mentah untuk industri logam.9 Tapak – tapak masyarakat

prasejarah di pesisir melahirkan masyarakat maritim di mana mereka berhubung melalui

jalan laut kerana mereka berkemahiran dalam membuat perahu dan kapal yang

membolehkan mereka dapat berlayar ke tempat – tempat yang lebih jauh. Keadaan ini

dapat menggalakan aktiviti perdagangan iaitu melaui penggunaan sistem barter dengan

kawasan – kawasan pedalaman dan juga menjalinkan hubungan dengan masyarakat lain

di Asia Tenggara. Ahli prasejarah mempunyai bukti yang menunjukkan kawasan

tumpuan zaman Logam yang sangat besar yang dikenali sebagai Dong Son. Oleh itu,

peringkat yang baru ini dikenali sebagai Kebudayaan Dong Son yang bermula kira – kira

pada abad ketiga sebelum Masihi. Daripada kebudayaan ini, terbinanya Empayar Funan

di mana wujud hubungan masyarakat Melayu dengan pedagang yang berulang alik di

antara Timur dengan Barat.Hubungan masyarakat zaman Logam awal ini sangat meluas

dan berkembang dari sudut perdagangan dan kebuadayaan melalui pelayaran kerana

mereka mempunyai kemahiran dalam perkapalan.10 Di Kuala Selinsing pula telah ditemui

9
Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al, Malaysia Kita, Institusi Tadbiran Awam (INTAN).Kuala
Lumpur,1991,hlm. 32.
10
Ibid., hlm.33.

14
tinggalan arkeologi berupa perahu yang dibuat dengan teknik pasak dan tali pancang

yang mungkin dipakai dalam perdagangan di mana dipercayai bahawa masyarakat

setempat terlibat dalam hubungan dagang yang menghubungkan India dan China yang

melalui Selat Melaka.11

6.0 Kesan kemajuan pada tahap awal zaman Logam

6.1 Kepercayaan

Unsur – unsur kepercayaan masyarakat zaman Logam adalah bersifat animisme.

Mereka telah melakukan pemujaan roh. Ini dapat dibuktikan dalam kebudayaan Dong

Son,gendang adalah unsur yang sangat penting dalam pemujaan roh.Selain daripada itu,

gendang juga berfungsi sebagai penghormatan kepada nenek moyang.Paluan gendang

juga dianggap sebagai bunyi keramat seruling atau bunyi lembu betina oleh sebahagian

masyarakat.Paluan gendang ini diintepretasikan untuk memanggil pilang roh – roh nenek

moyang mereka.

Gendang gangsa yang mempunyai bentuk istimewa digunakan pada waktu tertentu

sebagai alat upacara. Selain itu juga, mereka mempercayai terhadap unsur kekuatan

persekitaran (natural of enviroment). Ini dapat dibuktikan dengan fungsi gendang di

zaman kebudayaan Dong Son untuk memohon hujan untuk mengelakan daripada

malapeteka dan banjir.Terdapat juga ukiran katak pada gendang gangsa adalah

ditafsirkan untuk memanggil hujan.Dengan ini jelaslah kepada kita penduduk pada

11
Peter Bellwood, (terj) T.W. Kamil,Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama,
2000, hlm.413.

15
zaman Logam masih lagi mempercayai kehidupan selepas kematian sebagaimana

penduduk di zaman Neolitik.12

6.2 Perdagangan

Pada zaman Logam awal ini,interaksi antara masyarakat di semenanjung Tanah Melayu

dengan masyarakat luar telah berkembang luas terutama dari sudut kebudayaan.Oleh

itu,kehidupan juga bertambah maju.Di zaman ini muncul petempatan dan pelabuhan

yang mengumpulkan bahan – bahan untuk diperdagangkan kepada pedagang –

pedagang luar.Ada diantara petempatan dan pelabuhan yang menjadi kaya serta maju

sebagai akibat daripada kedudukan yang strategik.Petempatan dan pelabuhan itu

menjadi kerajaan awal pelabuhan dan pemerintahnya mungkin menjadi pengasas

kepada sistem beraja dan negeri awal yang muncul kemudian dan ada kalanya menjadi

kerajaan dan pelabuhan pada abad sebelum 1,000 Masihi di Malaysia. Ada petempatan

dan pelabuhan itu yang menjadi taraf entrepot dan menerima pengaruh India seperti yang

berlaku di Lembah Bujang,Kedah.

Pada zaman ini, hubungan masyarakat Maritim itu terjalin dengan masyarakat yang

begitu jauh seperti Vietnam.Ini dapat dilihat melalui tinggalan gendang gangsa dan

loceng gangsa jenis Dong – son. Artifak – artifak itu dipercayai dibawa dari luar melalui

perdagangan.Misalnya,penemuan gendang Dong Son di Batu Buruk, Terengganu.

Kawasan interaksi masyarakat pesisiran adalah lebih luas dan jauh.Hal ini

memungkinkan lahirnya idea – idea dengan lebih cepat dan membawa perubahan

12
A.J. Bernet, The Kettledrums of Southeast Asia: A Bronze Age World and Its Aftermath, Rotterdam:
A.A.Balkema,1988, hlm.76.

16
kepada cara hidup masyarakat.Perkembangan kebudayaan yang dicapai oleh

masyarakat pesisir adalah lebih cepat dan besar daripada yang dicapai oleh masyarakat

pedalaman.13

Perubahan – perubahan yang berlaku dalam kebudayaan masyarakat prasejarah di

pesisiran memperlihatkan perubahan kepada status sesetengah petempatan itu.Ada

antara petempatan di pesisir itu yang mencapai taraf pelabuhan dan kerajaan selewat –

lewatnya pada kurun kelima Masihi.Ada pula yang berperanan sebagai pelabuhan

pengumpul bahan untuk pelabuhan entrepot.Contohnya, Lembah Bujang telah menjadi

pelabuhan kerajaan dan seterusnya berkembang menjadi pelabuhan pengumpul bahan

untuk pelabuhan entrepot.Munkin juga petempatan – petempatan yang lain seperti

Kelang, Kuala Terengganu,Muar,Santubong dan beberapa tempat yang lain telah juga

mengalami perubahan – perubahan yang sama.Perubahan cara hidup masyarakat

Maritim itu membawa perubahan kebudayaan juga.14

Pusat kaji logam yang terbesar dan yang pertama disiasat dari segi kaji purba di Asia

Tenggara ialah tapak Dong Son di tebing Sungai Song Ma di Vietnam Utara.Di sini ahli –

ahli kaji purba menjumpai kesan – kesan sebuah perkampungan purba,setengahnya

dibina bertiang di atas air yang sangat sesuai kedudukannya untuk mengawal perjalanan

perdagangan yang penting melalui darat dan sungai.

13
Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al, Malaysia Kita, Institusi Tadbiran Awam (INTAN).Kuala
Lumpur,1991,hlm.18.
14
Ibid.,hlm.19.

17
Penduduk Dong Son purba itu hidup bukan sahaja dengan bertani tetapi juga dengan

berniaga. Hal ini dibuktikan dengan adanya beberapa alat gangsa yang indah yang

diimport dari negeri China.15 Tempat – tempat alat gangsa yang dijumpai merupakan

tempat yang terkenal pada zamannya.Masyarakat di petempatan tersebut telah

menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar.Petempatan itu dipercayai menjadi jalan

keluar untuk membawa bahan logam dari kawasan pedalaman seperti petempatan Batu

Buruk di Kuala Terengganu yang berkemungkinkan menjadi pusat mengumpul bahan

dari pedalaman negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang. Kelang pula menjadi pusat

pengedaran barang – barang logam dari pedalaman di sekitar Selangor dan Perak.

Hubungan perdagangan telah wujud sejak zaman Neolitik lagi iaitu “Inter Regional” yang

berasaskan sistem barter. Mereka telah menjadikan gendang mini Dong Son sebagai alat

pertukaran dan sebagai buktinya terdapat penemuan gendang mini di rantau Asia

Tenggara seperti Ban Chiang, Non Nok Tha, Ban Na di Thailand, Klang, Kuala Tembeling

di Malaysia dan Pulau Sangeang di Indonesia.Perdagangan jarak jauh telah dijalankan

iaitu dengan negara China dan India bagi mendapatkan bahan – bahan seperti

timah,tembaga merah dan plumbum yang sukar didapati dan harganya mahal di Asia

Tenggara.Buktinya jelas dengan penemuan manik kaca dari batu carnelian dari India

ditemui di Bac Bo.Bukti lain ialah penemuan loket dua kepala di Thailand dan juga

Palawan.Menurut Peter,gendang gangsa yang sama dari Heger I telah ditemui telah

ditemui di Vietnam Utara, Loas, Thailand, Cambodia dan Malaysia. Ini menunjukkan

gendang gangsa ini telah digunakan sebagai alat perdagangan.

15
Peter Bellwood, (terj) T.W. Kamil,Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama,
2000, hlm.74.

18
Antara alat – alat gangsa yang ditemui termasuk gendang gangsa,loceng gangsa,mata

kapak gangsa dan mangkuk gangsa.Alat – alat besi yang ditemui adalah seperti manik

besi,kepala panah besi dan pisau.Kebanyakan alat gangsa yang ditemui adalah di

kawasan sungai dan pesisiran pantai yang merupakan tapak perdagangan kerana

kawasan – kawasan tersebut menjadi tempat pengumpulan bahan – bahan mentah. Oleh

itu,zaman Logam ini dilihat sebagai Kepulauan Asia Tenggara terutamanya untuk

mendapatkan bahan – bahan mentah.Zaman Logam ini memperlihatkan tahap kemajuan

peradaban manusia iaitu masyarakat telah menggunakan hasil pengumpulan mereka

untuk ditukarkan dengan bahan – bahan lain.

Cara hidup masyarakat pada zaman Gangsa Besi ini menunjukkan satu lagi tahap

kemajuan yang dicapai dalam sejarah hidup manusia. Selain menyara diri dengan cara

hidup lama semasa tahap Neolitik iaitu memburu,menangkap ikan,bercucuk taman dan

berdagang.Bagi mereka yang tinggal di kawasan pesisir pantai,masyarakat pada zaman

Logam itu terlibat jjuga dengan pengeluaran hasil daripada bahan hutan,sumber laut dan

juga bahan – bahan mentah yang diimport seperti batu permata untuk dijadikan

manik.Misalnya,masyarakat di Kuala Selinsing.16

Pelbagai – bagai jenis alat yang dicipta oleh masyarakat tempatan daripada bahan

mentah dari dalam dan luar dapat dilihat pada hasil penyelidikan arkeologi di Pulau

Kalumpang,Perak.Petempatan di Pulau Kalumpang itu adalah petempatan di kawasan

hutan bakau.Maka masyarakat yang tinggal di situ meneroka sumber hutan paya bakau

di Sungai Selising serta Selat Melaka.Penduduknya menghasilkan berbagai – bagai jenis

16
Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al, Malaysia Kita, Institusi Tadbiran Awam (INTAN). Kuala
Lumpur,1991,hlm.8.

19
manik daripada siput,tulang dan batu permata yang diimport.Melalui perdagangan

ini,kawasan masyarakat pesisir menjadi semakin berkembang dan luas kerana wujudnya

hubungan dengan masyarakat luar.

6.3 Kepelbagaian status masyarakat

6.3.1 Zaman Logam awal

Pada zaman Logam Awal ini telah berlaku pengkhususan dalam masyarakat kerana

wujudnya organisasi sosial yang kompleks dan petempatan menjadi lebih maju dan

besar.Terdapat kecenderungan ke arah hidup yang menetap dan penggunaan tenaga

buruh dalam kerja – kerja pengairan serta petempatan.Masyarakat pada zaman Logam

ini mempunyai beberapa golongan individu dan telah wujud satu susun lapis masyarakat

teratur.Masyarakat itu tidak lagi menjalankan kegiatan yang berbentuk sara diri

sahaja,tetapi menjalankan yang lebih luas.Maka, wujud pelbagai golongan yang terdiri

daripada pemimpin, petani, tentera, tukang, golongan agama, peniaga dan lain –

lain.Daripada situ, wujudnya petempatan – petempatan kecil di Asia Tenggara.17

Pada zaman Logam juga telah wujud pengkelasan masyarakat.Pada masa ini telah

terdapat golongan yang dikenali sebagai Chiefdom” atau ketua.Orang yang mempunyai

gendang Dong Son adalah golongan yang berkuasa dan kaya. Ini telah mewujudkan

pemusatan kuasa.Para pengkaji arkeologi telah mengesan kerajaan yang wujud,

contohnya Co Loa yang dikelilingi parit besar berukuran 2000 kali ganda daripada

kampung Neolitik di Phong Nguyen sebagai benteng pertahanan.Ini telah mewujudkan

17
Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.al, Malaysia Kita, Institusi Tadbiran Awam (INTAN). Kuala
Lumpur,1991,hlm.9.

20
satu sistem pemerintahan di Co Loa di kawasan delta Sungai Merah pada 257 cm hingga

208 cm.18

Ahli arkeologi menjelaskan peralatan gangsa yang ditemui di kubur – kubur

melambangkan status sosial mayat tersebut.Golongan raja atau ketua akan mempunyai

saiz gendang yang lebih besar berbanding golongan rakyat yang memiliki gendang

gangsa yang lebih kecil dan rendah nilainya.Ini membuktikan wujud organisasi soasial

yang membahagikan golongan kaya dan miskin.Ia juga dijadikan sebagai mas kahwin

dalam upacara perkahwinan seperti diamalkan oleh masyarakat Lamet di Utara Laos.

Di sini jelas bahawa, masyarakat zaman Logam Awal mempunyai petempatan yang

lebih kompleks dan telah ada perbezaan status.Ini telah dibuktikan dengan penemuan

artifak – artifak yang ditinggalkan dalam kubur mereka. Sebahagian daripada petempatan

zaman Logam awal ini didapati berkembang sebagai pelabuhan dan kemudian mencapai

taraf entrepot yang menjadi pembuka tirai kepada zaman agung dengan terdiri kerajaan

– kerajaan baru. Antara kerajaan - kerajaan awal tersebut adalah Gangga Negara di

Perak, Langkasuka berhampiran Patani, Tan-Tan di Terengganu, Chih-Tu di Kelantan

dan Kedah Tua di Kedah.

6.3.2 Zaman Logam akhir

Kebudayaan Dong Son atau Von Moa berasal dari nama sebuah kampung di Vietnam

iaitu Thanh – Hoa di Utara Vietnam di mana tinggalan kebudayaan yang dijumpai dibawa

masuk ke Asia Tenggara dari negara China.Kebudayaan ini merupakan hasil gabungan

tahap kebudayaan Dong Dau.Gendang Dong Son dipercayai berasai dari Vietnam,Yunan

18
Higham Charles, The Archaelogy of Mainland Southeast Asia, New York: Cambridge University Press,1989,
hlm.60.

21
dan selatan China, tetapi turut dijumpai di Malaysia,Indo – China dan Iran

Jaya.Kebudayaan Dong Son dianggap sebagai objek istimewa dalam kalangan

masyarakat Dong Son kerana ia menggambarkan dari segi budaya hidup dan amalan

tradisi masyarakat di kawasan Bac Bo yang memuja semangat dan roh nenek moyang

melalui penemuan gendang gangsa di Ngo Lut Huang Ho yang mempunyai ilustrasi kapal

dan terdapat tentera yang menggambarkan perjalanan ke akhirat.Malah ia juga dianggap

sebagai lambang ketua suku,status dan kuasa serta kewujudan dalam kedudukan sosial

di mana ianya hanyalah mampu dimiliki oleh golongan atas sahaja.19

Selain itu, lukisan Dong Son mempunyai daya cipta yang menyerupai lukisan – lukisan

di negara China dalam abad keempat dan ketiga SM.Hasil kebudayaan Dong Son ialah

gendang gangsa yang dihiasi dengan lukisan.Malah adat menanam buyong dan

tempayang juga bermula pada zaman Dong Son.Motif lukisan yang lazim didapati di atas

perkakas gangsa dan batu Dong Son ialah sulor batang berlapis,corak garis berlorek

yang berjalin dan lebih bebas serta rumit perbuatanya dari corak megalithic. Lukisan yang

dijumpai pada dinding sebelah dalam kubur di Sumatera, Semenanjung dan Gugusan

Pulau Melayu yang ditekap dengan cermin dan manik yang mana ianya adalah buatan

tempatan tetapi kebanyakannya dibawa dari kawasan-kawasan Mediterranian yang juga

menunjukkan bahawa telah wujud hubungan perdagangan antara Eropah, India dan Asia

Tenggara pada masa itu. Corak tradisional Dong Son masih dijumpai dikalangan orang-

orang China Selatan, Batak, Dayak dan kumpulan Melayu Proto.

19
A.J. Bernet, The Kettledrums of Southeast Asia: A Bronze Age World and Its Aftermath, Rotterdam:
A.A.Balkema,1988, hlm.40.

22
Alatan gangsa ditemui secara meluas di Dataran Asia Tenggara dan China bahagian

selatan tetapi kesamaan corak dan bahan – bahan terutamanya yang menunjukkan

pengaruh sanagat kuat bengkel – bengkel Dong Son di Vietnam utara.Gendang gangsa

merupakan satu artifak yang memperlihatkan kekayaan,kebudayaan serta mempunyai

nilai seni yang tinggi,lukisan yang menarik dan unik serta kandungan utamanya ialah aloi

atau campuran dua atau lebih galian logam seperti timah dan plumbum serta tembaga

merah (copper).

Gendang Dong Son terbahagi kepada dua yang pertama iaitu style di mana ianya

dijumpai di kebanyakan tempat di Thailand, IndoChina dan Kepulauan Indonesia. Ianya

diperbuat dari logam dan besi tanpa berukir dan berfungsi sebagai alat kegunaan harian.

Manakala yang kedua ialah culture yang hanya terdapat di Vietnam Utara khususnya di

Lembah Sungai Merah dah Thanh Hoa. Ianya berbentuk dan berukiran serta mewakili

menifestasi roh nenek moyang. Besi pula mula digunakan diperingkat akhir Dong Son

dan secara meluas apabila orang-orang India datang membuka petempatan baru di Asia

Tenggara.

7.0 Contoh – contoh jumpaan artifak pada zaman Logam

Sebagaimana yang kita sedia maklum, jumpaan artifak ini merupakan bukti – bukti yang

penting untuk menunjukkan suatu masyarakat atau petempatan itu benar – benar

wujud.Oleh itu, dengan adanya buti ini ia dapat memperkukuhkan lagi fakta – fakta yang

dikemukakan.Menurut kajian karbon budaya Dong Son dan zaman awal protosejarah,

Vietnam mula muncul antara 500 dengan 300 SM.Artifak logam yang paling awal

dijumpai di kepulauan Asia Tenggara pada zaman Logam adalah bercorak Dong Son.

Terdapat pelbagai artifak gangsa jenis Dong Son yang dijumpai di tapak – tapak

23
petempatan Dong Son sendiri dan kubur di Vietnam Khe,Lang Ca dan Lang Vac.Antara

jumpaan yang ditemui di situ ialah mangkuk dan bekas kecil,kapak corong dengan bentuk

tajam disisi,cangkul bercorong,mata anak panah dan mata tombak bertangkai atau

bercorong, belati dengan tangkai berbentuk antropomosis, gelang, kepala tali pinggang

dan lain-lain.

Di samping itu juga dijumpai beberapa mata tombak dan sekurang – kurangnya serta

cangkul besi yang dibuat dengan teknik cetak yang mirip buatan China. Semasa

pengaruh kerajaan China ke atas Vietnam utara kebudayanya bertindan lapis dengan

tahap kebudayaan Dong Son.Terdapat juga barang yang mirip buatan China dijumpai di

sana. Corak dasar artifak Dong Son dan Yunan tidak banyak bertindan lapis dengan

corak artifak logam yang dihasilkan dari China.Ia juga berbeza dengan industri gangsa

dan zaman besi serta zaman India yang menghasilkan peralatan tangkai dan

bercorong.Selain itu, artifak logam juga ditemui di pelabuhan Oc – Eo di Vietnam selatan.

Barang dagangan yang ditemui ialah patung Buddha bercorak Gandhara,teraan

(seals),cincin,barangan gangsa,manik – manik carnelian dan agate.Ditemui juga mata

wang kerajaan Roman abad kedua Masihi dan beberapa pecahan cermin perunggu

Dinasti Han akhir di China.Jumpaan itu terdiri daripada manik – manik bercorak India dari

batu dan kaca dengan menggunakan bahan yang elok yang diperoleh setempat

mahupun daripada India.Temuan ini juga ditemui di Malaysia seperti Khlong Thom,Krabi

dan Kuala Selinsing di Perak.Oc – Eo juga memiliki sejumlah perhiasan timah yang

dipercayai dibawa dari Thailand,Laos dan Malaysia.Terdapat beberapa dari negeri yang

awal di semenanjung Melaka dan khususnya di bahagian Thailand yang pada mulannya

lebih sempit telah berkembang besar antara lainya disebabkan hasil eksport timah,hasil

24
hutan serta rempah – rempah yang semakin meningkat jumlahnya seperti yang

ditunjukkan oleh bukti – bukti sejarah. (Wolters 1967, Dunn 1975: Hall 1985).20

Sementara itu, di Indonesia pula,artifak ang dijumpai ialah kapak corong dan gendang

(nekara).Melalui mengkaji lukisan orang Tartar di gendang tersebut,dapat dipastikan

bahawa ia mempunyai hubungan dengan negara China. Manakala, di Malaysia iaitu di

Sungai Lang (Selangor),Batu Buruk (Terengganu),Sungai Tembeling (Pahang) dan

Pagoh,Muar (Johor) ditemui alat – alat gangsa seperti gendang gangsa,loceng gangsa

dan mangkuk gangsa.Memandangkan yang hiasan – hiasan binatang dan manusia yang

terdapat pada alat – alat ini,ia mempunyai persamaan dengan alat – alat buatan Dong

Son,lalu ia dianggap dianggap dibawa dari Indonesia.

Terdapat juga alat – alat besi yang dipanggil “tulang mawas” yang dijumpai di Cangkat

Menteri, Sungai Bernam,Perak. Tetapi alat – alat jenis kapak berbatang panjang ini lebih

banyak dijumpai dalam penggalian di Kuala Selinsing Perak. Walaupun industri besi tidak

terdapat dalam kebudayaan Dong Son,sebaliknya terdapat dalam kebudayaan Tien

yang berdekatan dengan Yunan,namun industri di Tanah Melayu seolah – olah menjadi

kesinambungan tradisi asalnya di Vietnam.21 Selain daripada “tulang mawas”, di Cangkat

Menteri ,Perak juga dijumpai tapak kubur batu kepingan.Pada zaman Logam ini,selain

daripada artifak gangsa terdapat juga jumpaan artifak besi.Artifak besi ini dibawa dari

budaya Sa Huynh yang terlibat dalam penyebaran teknik – teknik pembuatan logam

20
Peter Bellwood, (terj) T.W. Kamil,Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama,
2000, hlm.399- 400.
21
Abdul Rahman Abdullah, Sejarah & Tamadun Asia Tenggara Sebelum & Sesudah Pengaruh Islam, Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.,2000, hlm. 23-24.

25
khususnya besi ke kepulauan Asia Tenggara.Ia bermula di Vietnam selatan dan

diamalkan oleh orang – orang Cham yang menuturkan bahasa Austronesia. Sebelum

kewujudan budaya Sa Huynh,Vietnam bahagian selatan dikelilingi oleh penduduk yang

bertutur dalam bahasa Austronesia. Secara umumnya, artifak yang dijumpai ialah seperti

alat yang bertangkai corong seperti skop, lembing, kapak dan alat tidak bercorong (sabit),

pisau bertangkai, cincin dan gelang batu spiral.Ditemui juga sebuah pedang yang

mungkin buatan Cina di Hang Gon (Saurin 1973) yang berkemungkinan besar bahawa

teknologi pembuatan peralatan besi yang diperkenalkan ke daerah ini bersumberkan dari

Cina.Di tapak – tapak Sa Huynh menunjukkan bahawa wujudnya penggunaan peralatan

besi yang lebih banyak berbanding dengan Dong Son. Di Malaysia telah dijumpai alat

besi jenis bersoket di Kampung Sungai Lang iaitu sebilah mata lembing besi berlubang

dan terdapat jumpaan kubur tempayan dan tinggalan tembikar yang bercorak goresan

kulit kerang agak sama dengan penemuan pada kubur tempayan zaman Logam awal di

Filiphina, Borneo Utara dan di Laut Sulawesi Indonesia.Di Malaysia telah dijumpai alat

besi jenis bersoket di Kampung Sungai Lang iaitu sebilah mata lembing besi berlubang

dan terdapat jumpaan kubur tempayan dan tinggalan tembikar yang bercorak goresan

kulit kerang agak sama dengan penemuan pada kubur tempayan zaman logam awal di

Filiphina, Borneo Utara dan di Laut Sulawesi Indonesia. Manakala di Thailand pula

penggunaan alat-alat besi berlaku di Ban Na Di, Ban Chiang, dan juga di Chiang Hian

dalam kegiatan pertanian.

26
8.0 Kesimpulan

Kajian yang dilakukan oleh ahli arkeologi terhadap tempat – tempat awal di Asia

Tenggara menunjukkan pada zaman ini merupakan titik permulaan kehidupan manusia

yang mempunyai budaya hidup yang lebih maju dan moden pada zamannya. Jumpaan

– jumpaan serta kesan – kesan yang dijumpai membuktikan masyarakat memiliki aspek

yang tinggi dari segi kehidupan mereka.Kita dapat melihatnya melalui penemuan

gendang Dong Son.Zaman Logam merupakan zaman terakhir dalam prasejarah.

Walaupun, masyarakat pada masa itu telah mencapai taraf kemajuan, tetapi mereka

masih mewarisi sedikit sebanyak cara hidup masyarakat sebelumnya seperti pertanian,

perdagangan dan pembuatan perahu.

Masyarakat pada Zaman Logam dikatakan lebih maju kerana mereka tidak lagi terikat

kepada corak kehidupan yang primitif malahan dapatlah dikatakan Zaman Logam adalah

titik awal kepada kehidupan yang manusia yang lebih moden dan maju.Ia juga

menunjukkan bahawa tahap teknologi yang diperkenalkan adalah agak tinggi nilainya

iaitu melalui penggunaan logam.Faktor – faktor yang telah dinyatakan telah banyak

membawa perubahan serta kemajuan kepada masyarakat zaman Logam awal yang

merangkumi bidang sosial,ekonomi,politik dan kepercayaan.

Seni ukiran telah berkembang di kalangan masyarakat pada zaman tersebut

menunjukkan wujudnya ciri kekreatifan di dalam masyarakat yang mampu menghasilkan

ukiran pada sesuatu peralatan seperti gendang Dong Son.

27
Dunia menyaksikan sebahagian daripada petempatan awal pada zaman Logam

tersebut kesan daripada petempatan awal pada zaman Logam tersebut kesan daripada

kemajuan yang terjadi telah berkembang menjadi sebuah pelabuhan seterusnya menjadi

pembuka tirai kepada zaman – zaman agung yang terdiri daripada kerajaan – kerajaan

awal di Asia Tenggara iaitu protosejarah yang mempunyai sistem ekonomi,politik dan

sosial yang lebih teratur.

28
29

Anda mungkin juga menyukai