Anda di halaman 1dari 21

_____________________________________________________________________________________

KERJA KURSUS INDIVIDU

1. Bincangkan peranan zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan logam sebagai asas
ketamadunan negara bangsa.

_____________________________________________________________________________________

DISEDIAKAN UNTUK :

TUAN ABDULLAH BIN AWANG KECHIK

KOD SUBJEK :

(MPU 2112) PENGAJIAN MALAYSIA 2

DISEDIAKAN OLEH :

AHMAD FARHAN BIN MOHD AZLAN

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

17140200

990901-03-5231

Tarikh Penyerahan Tugasan :

21 OGOS 2018
ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

 PENGHARGAAN 2

 PENGENALAN 3

 ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA 4

 ZAMAN PALEOLITIK 7

 ZAMAN MESOLITIK 9

 ZAMAN NEOLITIK 11

 ZAMAN LOGAM 13

 PERANAN SEJARAH KEPADA KETAMADUNAN MANUSIA 15

 RUJUKAN 20

1
PENGHARGAAN

‫الر ِحيْم‬
َ ‫الرحْ َم ِن‬
َ ‫س ِم هللا‬
ْ ِ‫ب‬

َ‫س ِل ْين‬ ِ َ‫ف اْأل َ ْن ِبي‬


َ ‫اء َوا ْل ُم ْر‬ ِ ‫علَى أَش َْر‬ َّ ‫ب ا ْلعالَ ِم ْينَ َوال‬
َّ ‫صالَةُ َوال‬
َ ‫سالَ ُم‬ ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد ِهللِ َر‬

, ‫ َوالَ ح َْو َل َوالَ قُ َّوةَ إِالَّ بِاهلل ا ْلعَ ِلي ِ ا ْلعَ ِظي ِْم‬. َ‫علَى َءا ِل ِه َوصَحْ بِه أَجْ َم ِع ْين‬
َ ‫َو‬

‫ إِنَّكَ أ َ ْنتَ ا ْلعَ ِل ْي ُم ا ْل َح ِك ْي ُم‬, ‫علَ ْمتَنَا‬


َ ‫س ْبحَانَكَ الَ ِع ْل َم لَنَا إِالَّ َما‬
ُ

Segala pujian bagi Allah S.W.T. Pemilik sekalian Alam, serta selawat dan salam ke atas Nabi
Muhammad S.A.W., ahli keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.

Tiada Upaya dan Kuasa melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Maha Suci
Engkau , Wahai Tuhan ! Tiada ilmu bagiku melainkan apa yang Engkau ajariku. Sesungguhnya
Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan Taufiq dan Inayah-Nya, telah mengizinkan pengkaji
menyiapkan kajian ini bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk memperolehi
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAM . Di kesempatan ini,
pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada TUAN
ABDULLAH BIN AWANG KECHIK, di atas kesudian dan komitmen yang begitu ikhlas dalam
memberi bimbingan, panduan serta tunjuk ajar kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan
tugasan ini. Dan tak lupa juga keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu dan bersabar
serta memberi sokongan dan dorongan dalam menyiapkan tugasan ini.

2
PENGENALAN

Prasejarah adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada masa di saat catatan
sejarah yang tertulis belum tersedia. Zaman prasejarah dapat dikatakan permulaan terbentuknya
alam semesta, namun umumnya digunakan untuk mengacu kepada masa di saat kehidupan
manusia di Bumi yg belum mengenal tulisan. Batas antara zaman prasejarah dengan zaman
sejarah adalah mulai adanya tulisan. Hal ini menimbulkan suatu pengertian bahawa prasejarah
adalah zaman sebelum ditemukannya tulisan, sedangkan sejarah adalah zaman setelah adanya
tulisan. Berakhirnya zaman prasejarah atau bermulanya zaman sejarah untuk setiap bangsa di
dunia tidak sama tergantung dari peradaban bangsa tersebut. Salah satu contoh iaitu bangsa
Mesir sekitar tahun 4000 SM masyarakatnya sudah mengenal tulisan, sehingga pada saat itu,
bangsa Mesir sudah memasuki zaman sejarah.

Zaman prasejarah merupakan zaman yang melihat tahap perubahan pencapaian dan
kemajuan manusia. Perbincangan tentang zaman ini dimulakan dengan Zaman Prasejarah dan
lokasi zaman tersebut.perbincangan merangkumi aspek ciri kehidupan manusia Zaman
Prasejarah. Seterusnya, perbincangan akan memfokuskan sumbangan zaman ini kepada
kemajuan kehidupan manusia. Malaysia juga tidak ketinggalan, kerana adanya tinggalan manusia
Zaman Prasejarah di Malaysia. Pemahaman terhadap Zaman Prasejarah menyedarkan kita
bahawa tamadun dan sejarah manusia sentiasan mengalami perubahan.

Secara kesimpulannya, disetiap zaman tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan
menunjukkan kemahiran serta kepakaran manusia yang tersendiri. Kemodenan pemikiran
berlaku dari setiap zaman serta nilai peradaban dan kebudayaan menunjukkan kehidupan
manusia yang terawal didunia ini.

3
ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA

Zaman prasejarah awal merujuk kepada dua zaman iaitu Zaman Paleolitik danZaman
Mesolitik . Zaman Paleolitik dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Paleolitik Awal dan
Paleolitik Akhir. Zaman Paleolitik Awal menyaksikan kemunculan spesies manusia yang
keempat yang dikenali sebagai Homo Neanderthalensis yang ditemui dilembah Neander yang
terletak di barat laut Jerman pada tahun 1856m. Dalam perkembagan pula, gambaran yang jelas
mengenai zaman ini tidak dapat diketahui. Menurut ahli kaji purba, Pithecanthropus dan
generasinya mempunyai keupayaan bertutur. Ini membolehkan mereka berinteraksi dengan
kumpulan ataupun rakan serta menurunkan ilmu yang dipelajari dari satu generasi ke generasi
yang lain. Manusia zaman ini pada zaman ini juga mempunyai kemahiran membuat pelbagai
jenis alatan batu yang digunakan sebagai senjata ataupun barang-barang perhiasan. Alat batu
yangdigunakan adalah lebih kasar dari segi pembuatannya. Mereka juga tidak tahu menternek
binatang dan bercucuk tanam tetapi kegiatan ekonomi mereka bergantungdkepada aktiviti
memburu binatang, menangkap ikan, dan mengumpul hasil hutan seperti buah-buahan. Dalam
bidang kerohanian pula, amalan ritual diperaktikkan senmasa upacara pengebumian berdasarkan
penemuan barang-barang pengebumian yang menunjukkan bahawa wujud kepercayaan
kehidupan selepas mati.

Pada peringkat zaman Paleolitik Akhir, spisies manusia yang mendiami dunia iniadalah
manusia Cro-Magnon. Tulang manusia ini telah ditemui di Gua Cro-Magnon yangterletak di
Dordogne, Perancis. Kebudayaan Zaman Paleolitik Akhir adalah lebih superior berbanding
Zaman Paleolitik Awal. Alat-alat batu yang digunakan terdiri dari banyak jenis dan mutu yang
baik. Di antara alat yang paling komplikated adalah jarum yang diperbuat daripada tulang,kail
ikan, tempuling, lembing dan anak panah. Terdapat juga barang perhiasan seperti subang dan
rantai yang diperbuat dari gigi binatang dan cengkerang. Manusia Cro-Magnon hidup secara
berkelompok kecil dan mempunyai stuktur sosial yang teratur. Mereka juga memburu dalam
kumpulan dan hasil buruan di kongsi bersama serta menikmati hasil buruan beramai-ramai dalam
pesta atau perayaan.Terdapat kemajuan dalam keseniaan. Hasil dari perkembangan dan
kemajuan ini, lahir golongan artis yang profesional dan tukang-tukang kraf yang mahir.
Golongan tersebutmenjalani latihan yang berterusan bagi memperoleh kemahiran yang tertentu.
Manusia pada zaman ini mempunyai kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib. Mereka

4
memberikan penghormatan kepada si mati dengan melukis dan mewarnakan mayat,meletakkan
tangan diatas dada dan menyertakan barang berharga didalam kubur. Zaman ini juga
menyaksikan perkembangan dalam bidang intelektual. Manusia pada zaman ini juga mempunyai
kemahiran dalam mengira. Rekod-rekod matematik yang pertama dalam sejarah manusia mincul
pada zaman ini, contahnya rantai yang diperbuat daripada gigi rusa disusun secara horizontal
dengan alat-alat yang tajam merupakan rekod-rekodmengenai jumlah binatang yang dibunuh
semasa pemburuan. Kesenian dalam zaman ini meliputi semuacabang material seperti lukisan
dan ukiran. Dalam konteks ini, yang paling menakjubkan adalah kemahiran merekadalam
melukis pergerakan sesuatu objek.

Zaman Mesolitik pula merupakan zaman peralihan antara Zaman Paleolitik danZaman
mesolitik. Zamann batu pertengahan tidak mendapat perhatian para pengkaji.Manusia pada
zaman ini tinggal didalam gua, kawasan pesisiran pantai dan sungai. Alat-alat yang diperbuat
daripada tulang dan tanduk serta gading. Mereka menyara kehidupan dengan memburu,
menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Selain itu, masyarakat mesolitik juga menanam
tanaman makanan untuk digunakan sebagai sumber makanan.Sementara itu, dari aspek
kerohanian pula, mereka mempunyai kepercayaan tersendiri umpamanya mereka menanam
mayat bersama-sama dengan barang pengebumian. Ia dilakukaan sebagai persiapan selepas mati.

Negara Malaysia juga tidak terkecuali melalui Zaman Prasejarah. Penemuan tinggalan
manusia Zaman Prasejarah menunjukkan sejak 40,000 tahun yang lalu, manusia telah menetap di
negara ini. Tempoh itu dikenali sebagai Zaman Paleolitik. Setelah zaman itu, manusia melalui
keidupan pada Zaman Mesolitik dikenali sebagai Zaman Hoabinhian. Hal ini demikian kerana
unsur-unsur Zaman Mesolitik sebagaimana yang ditemukan di Eropah tidak ditemukan di Asia
Tenggara. Sebaliknya, penggunaan alatan kerikil repih yang digunakan pada Zaman Paleolitik
lebih banyak ditemukan. Zaman ini juga dikenali sebagai Zaman Epi Paleolitik. Zaman ini
diikuti dengan Zaman Neolitik.

Kewujudan Zaman Prasejarah di negara ini dibuktikan melalui penemuan lokasi-lokasi


tinggalan manusia ketika itu. Lokasi tersebut wujud dalam dua keadaan, iaitu di kawasan guan
dan kawasan terbuka. Kewujudan Zaman Prasejarah di negara ini dapat dilihat melalui pelbagai
bukti, seperti peralatan batu dan logam, lukisan gua dan ukiran batu.

5
ZAMAN TAPAK
 Tinakayu, Sabah
40,000 SM  Gua Niah, Sarawak
PALEOLITIK  Kota Tampan, Perak
 Lembah Mansuli, Sabah
 Jenderam Hilir, Selangor
12,000 SM – 2,800 SM  Gua Madai, Sabah
MESOLITIK (Haobinhian)  Gua Cha, Ulu Kelantan
 Bukit Tegun Lembu, Perlis
 Gua Kecil, Pahang
 Sungai Tembeling, Pahang
2,800 SM – 500 SM
 Lubang Angina, Sarawak
NEOLITIK
 Gua Tapadong, Sabah
 Jenderam Hilir, Selangor
500 SM – 500 SM  Sungai Tembeling, Pahang
LOGAM  Lembah Bernam, Selangir
 Peta Lokasi Zaman Prasejarah Di Malaysia

6
ZAMAN PALEOLITIK

Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Alat
batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik ialah alat repihan seperti alat batu penetak.

Rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia adalah rangka orang Perak yang telah
dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, Lenggong
pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

Ciri-ciri penempatan.

Biasanya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan juga
mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam Pada zaman Prasejarah,orang Perak atau
dikenali sebagai Perak Man dijumpai di Gua Gunung Runtuh,Bukit Kepala
Gajah,Lenggong,Perak dalam posisi foetal(kedua-dua kakinya terlipat ke atas dada).Perak Man
hidup kira-kira 10 000-11 000 tahun dahulu.Perak Man di percayai meninggal ketika berusia 40-
45 tahun.Ketinggian Perak Man dianggarkan ialah 154-160cm.

Kegiatan dan peralatan.

Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti
rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian.

Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta
memungut hasil hutan seperti rotan. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri.

Selain itu, mereka menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.

Antara penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia ialah :

 Kapak Genggam

 Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong

 Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging

 Manusia Perak, iaitu rangka manusia yang dikebumikan dengan kaki terlipat

7
Kepercayaan

Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud


kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang
mati. Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat
Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan barang - barang seperti makanan dan alat-alat
batu.Mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit
kayu.Selain itu,mereka meghias diri mereka bagi wanita dengan anting-anting dan gelang.

Lokasi di Malaysia.

 Kota Tampan, Perak - 1989

 Bukit Jawa, Perak - 1996

 Bukit Bunuh, Perak - 1987

 Gua Niah, Sarawak - 1975

 Tingkayu, Sabah - 1992

8
ZAMAN MESOLITIK

Zaman Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan. Zaman ini berlangsung di
antara 10,000 SM sehingga 5,000 SM. Manusia Zaman Mesolitik ini mengamalkan zara hidup
yang berlainan sedikit kalau dibandingkan dengan Zaman Paleolitik. Di Asia Tenggara, Zaman
Mesolitik juga dikenali sebagai Zaman Haobinhian.

Ciri-ciri

Tempat Kediaman

Tempat kediaman orang Mesolitik masih di gua, bawah ranting kayu dan lubang bawah tanah.
Yang berbeza sikit ialah sekarang mereka tinggal di tepi sungai dan laut. Sebab utama mereka
tinggal di sini ialah tempat ini akan membekalkan air dan makanan laut yang diperlukan oleh
mereka. Air ini diperlukan untuk minum, mencuci, mambasuh badan dan sebagainya. Sekiranya
mereka tinggal di dalam hutan, adalah sangat payah bagi mereka untuk mengangkat air ke
tempat kediaman mereka.

Kegiatan Seharian

Manusia Zaman Mesolitik mengamalkan kegiatan yang sama seperti orang Paleolitik, Mereka
menjalankan kegiatan memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Semua kegiatan ini
dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan. Pada zaman ini juga, mereka
sudah mula belajar untuk bercucuk tanam. Tanaman utama yang ditanam adalah makanan bijirin
dan buah-buahan. Orang Mesolitik mula belajar bercucuk tanam kerana mereka mendapati
adalah sangat susah untuk mendapatkan makanan secara memburu, menangkap ikan dan
memungut hasil hutan. Apabila mereka tidak memperolehi buruan, maka mereka akan kelaparan.

9
Peralatan

Peralatan yang digunakan oleh manusia Mesolitik masih dibuat daripada kayu, batu, dan tulang.
Walau bagaimanapun, peralatan yang dibuat adalah lebih halus dan kemas kalau dibandingkan
dengan peralatan yang digunakan oleh manusia Paleolitik. Mereka sanggup menciptakan senjata
dan alat yang lebih kecil. Alat yang kecil ini juga dikenali sebagai mikrolit. Kini mereka sudah
tahu menggunakan panah dan anak panah semasa memburu binatang dan menggunakan jaring
dan perangkap untuk menangkap ikan.

10
ZAMAN NEOLITIK

Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar,
mula bercucuk tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Zaman Neolitik di
Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun dahulu. Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja
menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar. Manusia pada
zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat dan juga menjalankan perdagangan
secara tukar barang atau sistem barter (sistem bertukar barang) zaman neolitik juga terdapat di
gua harimau,perak.

Ciri-Ciri Penempatan

Pada zaman ini telah mula wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat
pembahagian kerja.

Mereka tinggal di dalam gua dan kawasan yang berhampiran dengan sungai.

Kegiatan Dan Peralatan

Pada Zaman Neolitik, mereka mula mencipta peralatan tembikar, seperti bekas air, periuk, dan
juga belanga. Mereka juga mencipta alat seperti beliung yang digunakan untuk menggali tanah
dan alat untuk mengetam kayu. Selain itu mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk
meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.

Pada zaman ini mereka mula bercucuk tanam, menangkap ikan, serta menternak binatang
ternakan.Selain itu mereka juga memburu haiwan liar dan memungut hasil hutan. Mereka turut
berdagang secara tukar barang atau sistem barter.

Mereka juga mencipta barang-barang kemas seperti anting-anting, kalung dan gelang sebagai
perhiasan mereka.

Kepercayaan

Mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud menyembah batu, matahari


dan lain-lain lagi kerana mereka mempercayai adanya semangat (roh dan jiwa) orang mati.

11
Lokasi Di Malaysia

 Gua Cha di Kelantan

 Bukit Tengkorak di Sabah

12
ZAMAN LOGAM

Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah


teknologi logam.Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.Pada zaman
ini manusia telah mencipta alat gangsa dan besi.

Ciri-Ciri Penempatan

Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu
tempat ke suatu tempat yang lain.Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai,di atas
pokok,kawasan tanah tinggi dan ada yang masih tinggal di dalam gua.Bahan binaan rumah pada
zaman ini ialah batu,tanah liat dan juga kayu.

Pada masa ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.

Kegiatan Dan Peralatan

Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.Mereka juga bercucuk tanam ,
menangkap ikan , berburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan
perniagaan secara tukar barang.

Di antara alat-alat yang digunakan ialah kapak, sabit, pisau, dan mata lembing.Mereka juga
menggunakan tulang mawas sebagai salah satu daripada alat yang mereka gunakan.

Kepercayaan

Sepanjang Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang
tertentu.Mereka turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.Mereka
juga pandai menghasilkan keranda yang berbentuk perahu.

13
Lokasi Di Malaysia

 Sungai Tembeling, Pahang

 Gua Harimau, Perak

 Changkat Menteri, Perak

 Lembah Bernam, Selangor

 Sungai Muar, Johor

 Sungai Langat, Selangor

14
PERANAN SEJARAH KEPADA KETAMADUNAN MANUSIA

Sejarah adalah suatu unsur yang penting terhadap manusia, apatah lagi seluruh manusia
mempunyai sejarah masing-masing, atau dalam kata lain sejarah adalah masa lalu seseorang
manusia, tidak kira ia menerangkan kebaikan seseorang atau keburukan manusia itu. Semenjak
kecil lagi kita diperkenalkan akan pelajaran sejarah, sama ada sejarah yang berkaitan dengan
negara, agama, mahupun keturunan dan keluarga. Namun kita tidak dapat memastikan, apakah
peranan sejarah terhadap menusia itu sendiri. Artikel ini menerangkan segala-galanya tentang
sejarah, marilah kita menelusuri jalan-jalan ini kearah memahami tentang sejarah itu sendiri,
kerana ia memainkan peranan yang tersendiri dalam proses pergerakan sejarah manusia itu
sendiri. Apa yang peliknya, manusia itu memang mempunyai minat yang tersendiri untuk
menyelami sejarah, terutama tentang dirinya sendiri, kerana pasti ada sesuatu yang berguna
kepada diri mereka selepas banyak pengalaman ditempuh sepanjang hidupnya, lalu berbangga
dengan merasakan hidupnya penuh dengan harga diri. Selain itu, manusia cenderung untuk
mengenal dirinya selepas menempuh kehidupan yang penuh pancaroba sama ada dipenuhi
kenangan pahit atau kenangan manis. Malahan, dengan meneliti sejarah hidupnya, timbul
kepuasan emosi yang dapat memacu masa depannya agar lebih gemilang. Ini berlaku kerana
sejarah adalah suatu proses yang bersambung dan mempengaruhi satu sama lain, sama ada masa
lalu, masa kini dan masa depannya..Semua ini adalah hasil usaha yang berterusan lalu menjadi
pendorong kejayaan seseorang itu, atau natijah kejahatannya yang berterusan, menjadikannya
menjalani hidup yang sengsara seperti hari ini.

Kepentingan sejarah kepada manusia yang lain adalah sebagai sumber abstrak dan
nyata, apa yang dikatakan sebagai abstrak itu kerana, adalah mustahil bagi manusia itu untuk
menghidupkan kembali sejarah yang telah berlaku itu secara jasadnya. Maksudnya, manusia itu
pernah melihat sesuatu peristiwa dan apabila mengingatkannya kembali, ia tidak dapat mengngat
dan menghidupkan kembali keseluruhan peristiwa, bahkan adakalanya manusia itu gagal
memahami peristiwa itu sewaktu mereka memerlukannya. Juga dikatakan sebagai sumber nyata
bagi manusia itu, kerana manusia itu mampu membentuk dan menggambar kembali sesuatu
peristiwa itu, walaupun bukan secara keseluruhannya. Ini bermaksud peristiwa itu pernah
berlaku dan boleh digambarkan semula secara sekadar yang diingatinya.

15
Natijah dari kajian sejarah sebagai sumber abstrak dan sumber nyata, dapatlah kita
simpulkan bahawa tiada manusia yang tidak mempunyai masa lalunya dan adalah mustahil bagi
manusia itu untuk melupakan sejarah yang telah dilaluinya, kecuali manusia itu hilang
ingatan. Proses menyimpan dan mengingat ini tidak akan terputus, bahkan jika ia terputus
seperti kejadian hilang ingatan, akan mewujudkan kepincangan terhadap manusia sekitar dan
individu itu sendiri. Kepentingan sejarah terhadap manusia itu juga dapat dilihat pada hubungan
sejarah dengan manusia itu sendiri. Hubungan sejarah dan manusia itu adalah keduanya saling
perlu memerlukan, kerana kesedaran manusia itu tentang kepentingan pengalamannya yang lalu.
Sejarah yang berkaitan dengan manusia juga berkait dengan agama dan ahli-ahli agama.

Contohnya, ahli agama Tsamawi (agama langit) berkonsepkan bahawa hidup manusia
ada permulaan dan pengakhiran yang terakhir, iaitu kiamat. Bahkan, kita juga sedar yang
perjalanan sejarah sama ada manusia, mahupun dunia sedang bergerak menuju kematian dan
kiamat, dan itu adalah pengakhiran sejarah selama ini. Kesannya, setiap manusia yang waras
akan memandang masa depan yang cemerlang dengan merujuk sejarah lalunya, sama ada
menebus kembali kehidupan yang lalu ke tempat yang lebih baik, atau mengekalkan kejayaannya
dahulu.Namun, bukan mudah untuk menebus atau mengekalkan kejayaan kerana ia berdasarkan
kesedaran insan, ditambah pengalaman dan kewarasan serta kekuatan azam dan citacitanya.
Sejarah juga membuktikan bahawa ada yang gagal menebus kembali, bahkan menjadi gila dan
bunuh diri atas kekesalan yang dihadapi.

Hubungan manusia dan sejarah juga dapat dijadikan sebagai petunjuk dengan
melihat masa lalu, untuk melangkahi masa depan dengan penuh keyakinan dan kekuatan.
Kesimpulan yang dapat diperhatikan ialah sejarah amat penting kerana ketiadaan masa lalu akan
menyebabkan tiadanya juga masa kini dan hasilnya tiada masa depan. Seterusnya, kita
melihat sejarah dan kepentingan dari sudut psikologi dan falsafah manusia itu sendiri.
Orang-orang Barat dan sekular sangat menyanjung sejarah, sehingga ada yang menganggapnya
sebagai falsafah dan agama. Tetapi, ini tidak dapat diterima oleh orang yang beragama Islam,
kerana agama Islam tidak terpisah dengan kehidupan penganutnya,sedang orang sekular itu
bukan sahaja memisahkan dirinya dengan agama, bahkan keyakinan terhadap Tuhannya sudah
musnah, dan hanya bergantung pada nilai-nilai murni yang boleh berubah-ubah mengikut akal
fikiran mereka sendiri. Kemudian, kita lihat sendiri tentang takrif sejarah iaitu, satu kumpulan

16
masa lalu dan ilmu pengetahuan yang menerangkan tentang keadaan yang sedang berlaku.
Sejarah bila dihayati, sama ada tentang diri, keluarga, masyarakat, dan negara serta dunia, akan
menyebabkan kita sedar akan perkembangan diri dan persekitaran, serta kesan pergerakan dunia
keatas kita.Orang barat juga menganggap sejarah sebagai suatu ilmu yang tidak boleh
dikaitkan dengan kegunaannya, seperti ilmu sains gunaan.

Maksudnya, pengkajian sejarah itu hanyalah untuk mencari atau mewujudkan kebenaran
tanpa mempunyai motif yang lain,contohnya kepentingan sesutau pihak. Namun, ada juga dari
kalangan orang barat sendiri yang menganggap ilmu sejarah itu sebagai omong kosong belaka,
kerana bagi mereka peristiwa didalam sejarah itu boleh disalahgunakan dan menmbulkan bahaya
didalam situasi politik dan struktur masyarakat. Asas anggapan mereka itu boleh diterima, kerana
sudah terdapat banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah itu telah
disalahgunakan,selewengkan dan dipalsukan, untuk mencapai tujuan tertentu bagi golongan yang
berkepentingan tertentu.

Akhirnya, dapat kita sedari bahawa sejarah bukan sahaja menyedarkan, menerang dan
mengajar sahaja tetapi ia adalah sesuatu yang sedang bergerak bersama-sama kita, dan
pelengkapnya, kita juga adalah manusia bersejarah dan bahan sejarah. Seterusnya, kita memasuki
bahagian mengenai peranan sejarah dan kaitannya dengan sesebuah negara. Sesebuah
negara memerlukan sejarah untuk melaksana, melengkap dan melancarkan lagi kegiatannya. Ini
kerana,Herodotus (Bapa Sejarah Dunia), mengatakan bahawa terdapat pengulangan atau
kitaran, diantara sejarah semua tamadun dan negara secara berganti-ganti, umpama roda. Setiap
tamadun mempunyai persamaan dari segi kelahiran dan kewujudan, lalu melalui perkembangan
dan zaman kemuncak kejayaan, yang akhirnya membawa kepada keruntuhan tamadun dan
negara itu.

Peristiwa yang berlaku berzaman-zaman dahulu, akan berlaku lagi pada zaman atau
generasi seterusnya, walaupun peristiwa yang berlaku adalah berbeza tetapi tahap-tahap
perkembangan diantara tamadun adalah sama. Ini dapat dijadikan sebagai petunjuk, dan
pengajaran serta iktibar bagi generasi seterusnya dalam memacu negara kearah yang lebih
gemilang. Oleh itu, manusia perlulah belajar tentang sesuatu peristiwa dengan merujuk
sejarah agar mendapat pengajaran. Ini kerana pertalian antara masa lalu dan kini adalah sangat
jelas. Masa kini adalah hasil atau kesan dari gejala sama ada dari segi sains, ekonomi mahupun

17
politik, yang akhirnya akan menjadi sebahagian dari sejarah negara itu. Jadi, tidak dapat tidak,
ahli ekonomi dan politik negara itu tidak akan dapat melihat, selain sejarah sebagai sumber
rujukan yang sangat berguna, untuk mencerminkan keadaan masa lalu, kini dan masa depan.
Ketiga-tiga elemen itu tidak akan terpisah dan mencerminkan antara satu sama lain.

Namun, tidak mustahil ia terpisah disebabkan revolusi dan pemberontakan, yang


bertujuan untuk menyingkirkan sistem negara itu dan berbeza dari yang lalu, atau dengan kata
lain, ingin mengubah sejarah negaranya. Tidak mustahil juga pemberontakan itu berlaku untuk
menegakkan sistem yang lama, setelah sekian lama diseleweng oleh golongan tertentu. Berbagai
pemberontakan dan revolusi telah berlaku didunia ini, Revolusi Perancis 1789, Revolusi Rusia
1917 dan Revolusi Iran 1980-an. Mereka memberontak untuk menegakkan apa yang dipandang
sebagai adil dan sesuai bagi mereka. Sampai suatu masa, ada revolusi yang diperjuangkan dahulu
hancur disebabkan ketidaksesuaian dengan rakyat, dan ada pula yang diterima hingga muncul
sistem yang lain, yang dipercayai mampu menyelamat dan membahagiakan manusia. Jadi
perhubungan diantara masa-masa itu, mampu membawa manfaat dengan menjadikan masa
kini adalah merujuk kepada masa lalu, untuk kepentingan masa depan. Sejarah juga amat penting
didalam proses memilih kepimpinan, dimana sejarah sesebuah organisasi, dan sejarah
kehidupan para pemimpinnya, serta sejarah kemampuan mereka membangun, mendidik, dan
berkhidmat kepada masyarakat, dijadikan sandaran didalam membuat pemilihan pemimpin, demi
memastikan negara selamat dan terpeliharadibawah naungan mereka.

Oleh itu, dalam ayat yang lain, sejarah adalah jalan yang menjadi landasan dalam
memeilih pemimpin yang jujur, berani, adil dan berkebolehan memimpin. Betapa besarnya
peranan sejarah itu dalam sesebuah negara dan masyarakat, tetapi ramai yang tidak sedar. Ini
kerana, pemimpin memaimkan peranan penting dalam memacu negara dan rakyat, agar tidak
membawa negara kearah kehancuran dan kebinasaan negara itu. Contoh yang dapat dilihat ialah,
negara Jerman dan pemimpinnya, Hitler yang membawa negara dan rakyat itu kearah perang dan
kemusnahan yang memberi kesan sehingga hari ini.

18
Kesalahan meletakkan pemimpin yang betul dan waras akan mengelakkan berlakunya
berbagai bagai perkara yang tidak sepatutnya terjadi dari berlaku, seperti kepimpinan Jepun yang
mengikut emosi tanpa pertimbangan, hingga negara itu diheret kepada perang dan
mengakibatkan dua bandar utamanya hancur sama sekali. Demikianlah betapa berperanannya
sejarah yang mempunyai berbagai kegunaan dan manfaat terhadap sesebuah negara dan bangsa,
termasuk individu itu sendiri.

Memang benarlah sejarah sebagai ilmu masa silam yang amat penting,
kerana kesejahteraan mampu lahir hasil manusia menjadikannya sebagai teladan dan
sempadan bagi individu, bangsa dan negara serta agama tercinta.

19
RUJUKAN

Buku Teks Sejarah Tingkatan 1

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Paleolitik_di_Malaysia

http://www.geocities.ws/cominglucky/mesolitik.htm

https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Neolitik_di_Malaysia

https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Logam_di_Malaysia

http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/kepentingan-sejarah-kepada-manusia-dan.html

http://cunsejarahsaya.blogspot.com/2012/05/bab-2-zaman-prasejarah-di-malaysia.html

http://akubisa-io.blogspot.com/2014/09/definisi-dan-pengertian-zaman-prasejarah.html

https://www.slideshare.net/medhech/sejarah-tingkatan-1-bab-2-zaman-pra-sejarah

https://www.scribd.com/doc/35993278/Zaman-Prasejarah-di-Malaysia

https://www.scribd.com/document/21055227/Bincangkan-Maksud-Prasejarah-Dan-Bincangkan-
Ciri

http://misslee16.blogspot.com/2016/01/nota-sejarah-bab-2-zaman-prasejarah-di.html

https://www.slideshare.net/suthan303/zaman-pra-sejarah

https://www.slideshare.net/IzatulHanim/zaman-prasejarah-di-malaysia-54616482

http://www.ideaberita.com/2016/07/nota-zaman-pra-sejarah-di-malaysia-bab-2.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Prasejarah_di_Malaysia

20

Anda mungkin juga menyukai