Anda di halaman 1dari 2

Sugoneswary a/p Subramaniam,

No 12, Jalan Anggerik Eria 31/108,

Kota Kemuning, 40460 Shah Alam,

Selangor.

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau,

Seksyen 32,40460 Shah Alam ,

Selangor. 20 Mei 2020

Puan,

Permohonan Untuk Pulang Awal ke Kampung


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya Sugoneswary a/p Subramaniam (Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau) ingin memohon pulang
awal ke kampung ( Teluk Intan, Perak) pada 21 Mei 2020 (Khamis) sempena cuti Hari Raya.

3. Untuk makluman puan, saya akan pulang awal ke kampung pada 21 Mei 2020 kerana tidak dapat
tiket untuk pengangkutan awam iaitu bas ekspres dan juga keteta api pada 22 Mei 2020 (Jumaat).
Tetapi, tiket masih ada dan boleh dibeli sehingga 21 Mei 2020.

4. Saya berharap agar permohonan saya ini diluluskan oleh pihak puan. Segala kerjasama yang puan
berikan sangat hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
(SUGONESWARY A/P SUBRAMANIAM)

Anda mungkin juga menyukai