Anda di halaman 1dari 2

SJKT AMPANG

D/A Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat,


KM 22, Jalan Cheras, Saujana Impian,
43000, Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

KETUA UNIT SEKOLAH RENDAH


Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
Jalan Jambu Bol 4/3E,
Seksyen 4, 40604 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Melalui dan Salinan,


Guru Besar
SJKT AMPANG,
Jalan Ampang,
68000, Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,
RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN ATAS ANCAMAN KESELAMATAN

Dengan segala hormatnya, saya ingin membuat rayuan pertukaran sekolah


disebabkan ancaman keselamatan.

2. Untuk makluman pihak tuan, butiran peribadi saya adalah seperti berikut:

Nama : ARASU A/L SEKAR


No K/P : 900204105271
No Fail Peribadi : A80558
Jawatan : PPPS
Gred : DG 41
Tarikh Lantikan : 30 JANUARI 2015
Opsyen : MATEMATIK / BAHASA TAMIL

3. Saya telah meroton seorang murid perempuan pada bahagian kaki pada 22
Januari 2018. Tujuan saya meroton adalah kerana murid tersebut membuat
bising dan bercakap semasa Ujian Diagnostik UPSR dijalankan. Tanpa disedari
kaki murid tersebut mempunyai kesan rotan.

4. Selepas kejadian itu, ibu murid tersebut telah datang ke sekolah untuk
berbincang tentang masalah ini. Beliau sangat tidak berpuas hati dan mengugut
saya bahawa beliau mempunyai latar belakang yang besar serta adik-adiknya
juga menunggu untuk mengancam saya.

5. Pada 24 Januari 2018, ibu murid tersebut telah sekali lagi datang ke sekolah
untuk berjumpa dengan saya tetapi saya tidak hadir ke sekolah kerana cuti sakit.
Beliau bertengking di sekolah kerana tidak berpuas hati dengan saya.

6. Saya berasa sangat stress untuk hadir ke sekolah ini. Lebih-lebih lagi, saya
terpaksa berjalan kaki dari sekolah ke stesen LRT Ampang setiap pagi untuk
hadir ke sekolah dan tengah hari untuk balik dari sekolah.

7. Saya risau dan bimbang atas keselamatan saya di sekolah ini dan berasa trauma
untuk hadir ke sekolah. Saya berasa terancam dan keselamatan saya tidak
terjamin di sekolah ini. Ramai ibu bapa di sekolah ini sudah mengetahui isu ini.

8. Oleh hal yang demikian, saya merayu jasa baik pihak Jabatan Pendidikan
Selangor untuk memberi pertukaran ke mana – mana sekolah di Daerah Klang
agar saya dapat bekerja dengan tenang serta tanpa ancaman.

9. Saya amat berharap agar permohonan pertukaran saya ini mendapat


pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan. Segala jasa baik, perhatian
dan pertimbangan dari pihak tuan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Yang benar,

_________________
(ARASU A/L SEKAR)
SJKT AMPANG,
0182832300

Anda mungkin juga menyukai