Anda di halaman 1dari 1

Rumusan membincangkan punca masalah pengangguran di negara kita

dan usaha untuk mengurangkan masalah pengangguran.

Punca masalah pengangguran termasuklah sikap terlalu memilih


pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan. Selain itu, kelulusan yang
tidak bersesuaian dengan keperluan industri juga menjadi punca
pengangguran. Seterusnya, tidak berusaha memantapkan kemahiran-
kemahiran diri secara berkala. Selanjutnya, tidak dapat
berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris semasa temu duga.

Usaha untuk mengurangkan masalah pengangguran termasuklah


kerajaan telah melaksanakan Program MyStep. Selain itu, kerajaan
juga telah mewujudkan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran
kepada para graduan. Seterusnya, kerajaan juga menyediakan
insentif kewangan kepada majikan bagi menyediakan peluang
pekerjaan baharu. Selanjutnya, kerajaan turut mengadakan program
pemantapan bahasa Inggeris.

Kesimpulannya, isu pengangguran haruslah diselesaikan oleh


pihak kerajaan agar masalah ini dapat ditangani dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai