Anda di halaman 1dari 3

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

Masalah obesiti dalam kalangan kanak – kanak di negara ini, semakin serius. Masalah obesiti
atau kegemukan berpunca daripada sikap ibu bapa yang gemar membiasakan anak – anak
mereka makan makanan segera. Selain itu, gaya hidup kini yang dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan menyebabkan anak - anak selalu bersenang – lenang dengan bermain permainan
video, menonton televisyen dan bermain komputer menyumbang kepada masalah obesiti
juga. Hal ini berlaku demikian kerana kurang melakukan senaman atau aktiviti lasak.

Kanak – kanak yang mengalami obesiti biasanya membesar sebagai orang dewasa
yang obes juga. Mereka akan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi,
kencing manis, masalah jantung dan barah. Hal ini menunjukkan bahawa masalah obesiti
haruslah ditangani dengan serius bermula sejak kanak – kanak lagi. Dalam hal ini, peranan
ibu bapa dalam mengawal gaya pemakanan anak – anak amatlah penting.

Masalah obesiti dalam kalangan kanak – kanak dapat diatasi dengan menjalani gaya
hidup sihat. Ibu bapa hendaklah menyediakan dan menggalakkan anak – anak makan
makanan seimbang sahaja. Anak – anak perlu dilarang daripada makan makanan segera dan
makanan ringan. Makanan – makanan tersebut tidak berkhasihat dan membahayakan
kesihatan. Di samping itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak – anak supaya bersenam secara
konsisten supaya mereka dapat menjadi model terbaik kepada anak – anak.

Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu peka terhadap kesihatan dan kecergasan anak
– anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana anak – anak yang sihat dan cergas dapat
membesar dengan baik dan bebas daripada jangkitan penyakit.

1. Gaya hidup yang serba moden dan lengkap dapat menyumbang kepada masalah
obesiti dalam kalangan kanak – kanak kerana mereka

A. dapat membeli makanan segera dengan mudah


B. terpengaruh oleh gaya hidup moden yang tidak sihat
C. leka dengan pelbagai permainan dan peralatan yang berteknologi
D. kurang melakukan senaman atau aktiviti lasak
2. Mengapakah ibu bapa perlu bersenam secara konsisten?

A. Kesihatan mereka sentiasa dalam keadaan baik


B. Mereka dapat menjalani kehidupan harian dengan lancarnya.
C. Apa – apa tang diimpikan oleh mereka akan tercapai
D. Tindakan mereka akan menjadi ikutan anak -anak.

3. Orang ramai yang menghadapi masalah obesiti mudah diserang oleh pelbagai
penyakit kecuali

A. semput
B. sakit jantung
C. kencing manis
D. darah tinggi

4. Pilih penyataan yang betul berdasarkan petikan di atas.

A. Orang tua sering mengalami masalah obesiti


B. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal masalah obesiti anak -
anak.
C. Ibu bapa harus menyediakan sarapan pagi untuk anak – anak.
D. Kanak – kanak harus diberikan ceramah kesedaran tentang bahayanya masalah
obesiti.

5. Rangkai kata makanan seimbang dalam petikan bermaksud

A. Makanan yang dimasak di rumah sahaja.


B. Makana yang bersih, sedap dan tidak mengandungi perisa.
C. Makanan yang dapat disediakan dalam masa yang singkat.
D. Makanan yang mempunyai semua khasihat yang diperlukan oleh badan.

Anda mungkin juga menyukai