Anda di halaman 1dari 5

Obesiti di Kalangan Kanak-kanak Dr.

Alya
Hamzah
April 18, 2014 0 Comments

Sumber: www.theguardian.com
Pengenalan
Masalah obesiti di Malaysia masih berterusan. Kita bukan sahaja melebihi seantero Asia
Tenggara, malahan kanak-kanak kita juga sama seperti mereka di mana setiap lima orang-yangbersekolah akan mengalami berat badan berlebihan ataupun obes.
Di kalangan dewasa, Indeks Jisim Badan (BMI) dikira berdasarkan ketinggian dan berat badan
seseorang, dan ia merupakan indikator lemak badan yang boleh dipercayai. Di kalangan kanakkanak pula, ia tidak semudah yang difikirkan kerana peratusan lemak badan kanak-kanak
berbeza mengikut jantina, umur dan juga tahap kedewasaan (akil baligh) mereka. American
Academy of Paediatricsmenyarankan agar penggunaan BMI (Indeks Jisim Badan) bermula dari
usia dua tahun ke atas. Penggunaan Indeks Jisim Badan mengikut peratusan umur digunakan
untuk mentafsir angka,di mana jantina dan umur kanak-kanak tersebut telah diambil kira. Walau
bagaimanapun, untuk menentukan sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami masalah berat
badan berlebihan, suatu penilaian lebih lanjut perlu dilakukan, seperti mengukur ketebalan kulit
yang berlipat-lipat dan juga mendapatkan sejarah pemakanan kanak-kanak, aktiviti fizikal
malahan sejarah keluarga.
Faktor-faktor risiko
Antara factor-faktor yang dikenalpasti sebagai penyumbang kepada masalah ini termasuklah
gaya hidup, pemilihan pemakanan, genetik, dan juga kekurangan kesedaran tentang obesiti di
kalangan kanak-kanak oleh penjaganya. Selalunya, kedua ibubapa dan penjaga bekerja sepenuh

masa, di mana terdapat kekangan masa dalam pemilihan dan penyediaan makanan yang sihat
kepada anak-anak. Pelbagai rangkaian makanan segera yang banyak,menawarkan makanan
mudah capai di mana mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi tetapi bernutrisi rendah ,
menyebabkanmereka yang obes terjebak ke dalam perangkap pemakanan tidak sihat ini dengan
lebih mudah. Kanak-kanak di kawasan bandar terutamanya, juga kurang ke arah gaya hidup
lebih aktif seperti berjalan ke sekolah, bermain kejar-kejar, bermain kasut roda dan menunggang
basikal berbanding dengan menonton televisyen, bermain dengan tablet dan PlayStation.
Ketidakstabilan dalam pengambilan berlebihan dan juga penggunaan tenaga yang agak minimal
akan menyebabkan kepada ketidakseimbangan kalori atau lebihan kalori secara spesifik.
Apabila kanak-kanak mengalami kalori yang berlebihan, kandungan kalori yang berlebihan dan
tidak digunakan oleh tubuh akan disimpan sebagai lemak.
Genetik juga memainkan peranan dalam menentukan jika kanak-kanak akan mengalami berat
badan berlebihan atau obes. Satu kajian menunjukkan bahawa jika kedua ibu bapa obes,
terdapat 70% peluang untuk anak-anak mereka juga menjadi obes. Jika hanya ibu adalah obes,
kebarangkaliannya adalah 50%. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai berat badan yang normal,
masih terdapat peluang sebanyak 10% untuk kanak-kanak untuk menjadi obesiti. Sebelum kita
menyalahkan gen kita, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa ia bukan disebabkan
oleh DNA sahaja, tetapi juga pemerhatian dan kelakuan dipelajari oleh kaum keluarga.
Komplikasi
Mengapakah hal tentang obesiti kanak-kanak ini hangat diperkatakan? Bukankah lebih bagus
jika mereka berkembang dan membesar? Malangnya, pembesaran yang tidak normal bukanlah
selalunya baik. Banyak kajian menunjukkan kesan-kesan buruk tentang berat badan berlebihan di
kalangan kanak-kanak untuk jangka masa panjang dan juga pendek. Membenarkan anak-anak
kita menjadi obes samalah seperti mengundang pelbagai komplikasi termasuklah komplikasi
hati, penyakit jantung, masalah pernafasan, kerosakan sendi, asma, Diabetes Jenis 2 dan
berkemungkinan akan meletakkan mereka berisiko tinggi untuk mendapat beberapa jenis kanser
beberapa tahun mendatang. Kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan juga berisiko
tinggi terhadap stigmatisme sosial yang boleh membawa kepada perkembangan akademik dan
juga sosial yang lemah hingga ke alam dewasa kelak.

Sumber: www.nlm.nih.gov
Apakah tindakan wajar ibubapa?
Di sini terdapat beberapa cadangan yang praktikal agar ibubapa mahupun penjaga boleh
mengaplikasikan dalam mengekang atau membantu anak-anak yang mengalami berat badan
berlebihan/obes:

Membuat Pemilihan Pemakanan Yang Baik


Sedari awal, penyusuan badan dapat melindungi obesiti pada tahun-tahun akan datang
Galakkan kanak-kanak untuk memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin
Pilih ikan, ayam, daging tanpa lemak dan pejal sebagai sumber protein
Hadkan pengambilan lemak tepu, minuman manis dan lain-lain manisan
Pilih penyediaan makanan sihat iaitu mengukus, memanggang, membakar berbanding
dengan menggoreng
Berikan bahagian makanan yang bersesuaian dan jangan memaksa mereka untuk makan
sekiranya mereka telah kenyang (kebiasaannya,kanak-kanak tahu apabila mereka telah
pun kenyang)
Galakkan mereka untuk minum banyak air suam

Bantu kanak-kanak untuk kekal aktif

Galakkan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal sederhana berat sekurang-kurangnya


30 minit sehari melalui permainan seperti bermain kejar-kejar, menunggang basikal
ataupun lompat-tali.
Kurangkan masa yang dihabiskan di hadapan TV televisyen, bermain permainan atau
melayari web untuk tidak lebih daripada 2 jam sehari

Dapatkan lebih banyak informasi

Ibubapa boleh memperkasakan diri secara pro-aktif dengan mencari lebih informasi
tentang gaya hidup sihat melalui buku-buku atau tulisan-maya dan disediakan oleh
sumber-sumber yang telus

Kesimpulan
Jelas sekali, dalam mengekang atau menyelesaikan masalah ini, pelbagai agensi perlu
bekerjasama dengan masyarakat untuk memudahkan para keluarga untuk mengamalkan gaya
hidup sihat.
Walau bagaimanapun, perubahan boleh dilakukan dan bermula dari rumah kerana keluarga
adalah nukleus kepada masyarakat dan ibu bapa / penjaga perlu menunjukkan contoh yang baik.
Sekiranya anda merasakan bahawa anak anda mungkin mengalami berat badan berlebihan atau
obes, sila dapatkan nasihat professional daripada pengamal kesihatan professional setempat anda.
Terdapat pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak gemuk cenderung untuk
menjadi obes apabila dewasa nanti.
Adalah lebih baik untuk menangani isu ini ketika mereka masih muda untuk mengelakkan atau
mengurangkan komplikasi obesiti yang tidak diingini.
Artikel ini diterjemah dari http://www.mmgazette.com/childhood-obesity-dr-alya-hamzah/ oleh
Raja Myzatul Azzarya.
Dr Alya Hamzah ialah seorang pegawai perubatan pediatrik kini bertugas di Sabah dan sedang
dalam persediaan untuk peperiksaan pasca-ijazah akhir beliau dalam bidang pediatrik. Beliau
menegaskan bahawa perjalanan ke arah kesihatan yang baik adalah perlu diterajui bersama
antara doktor dan pesakit. Kenali beliau lebih lanjut dalam lama The Team.
Rujukan:

Balkish Mahadir Naidu BSc, Siti Zuraidah Mahmud MPH, Rashidah Ambak BSc,
Syafinaz Mohd Sallehuddin BSc, Hatta Abdul Mutalip BSc, Riyanti Saari
MSc,Norhafizah Sahril BSc, Hamizatul Akmal Abdul Hamid BSc. Overweight among
primary school age children in Malaysia, 2013. Asia Pac J Clin Nutr. 2013; 22(3):40815.
Ogden CL, Carroll MD, Curtin LR, McDowell MA, Tabak CJ, Flegal KM. Prevalence of
overweight and obesity in the United States, 1999-2004. JAMA 2006; 295(13):1549
1555
Mohd Ismail MN, Norimah AK, Poh BK, Nik Shanita S, Nik Mazlan M, Roslee R,
Nurrnnajiha N, Wong JE, Nur Zakiah MS, Raduan S. Prevalance and trends of
overweight and obesity in two cross-sectional studies of Malaysian children, 2002-2008.
MASO Scientific Conference on Obesity; 12-13 August; Kuala Lumpur, Malaysia 2009.

Anda mungkin juga menyukai