Anda di halaman 1dari 9

PENGASASAN KESULTANAN MELAYU

MELAKA
• Dalam penulisan-penulisan terdahulu, sarjana
membahagikan tahap-tahap perkembangan kesultanan
Melaka seperti berikut;
1. Tahap pembukaan (1400-1424)
2. Tahap pengukuhan (1424-1446)
3. Tahap kegemilangan (1446-1488)
4. Tahap kemerosotan (1488-1511)

• Namun begitu, tahap-tahap ini tidak bersifat rigid kerana


lazimnya berlaku pertindihan antara setiap tahap tersebut.
• Tahun-tahun yang diterima pakai selama ini juga semakin
dicabar dan lahir pandangan-pandangan terbaru.
■ Isu Pertama: Siapakah pengasas Melaka;
- Suma Oriental oleh Tome Pires - putera raja dari
Palembang bernama Parameswara (Paramjcura).
- Rekod China (Dinasti Ming) - seperti di dalam Yung Lo
Shih Lu dan Huang Ti Shih Tu, pengasas Melaka disebut
Pai-li-su-la atau Pai-li-mi-sula.
- Sejarah Melayu/Sulalatus Salatin - menyebut Melaka
diasaskan oleh raja bernama Iskandar Shah.
- Para sarjana bersetuju bahawa pengasas Kerajaan
Melaka adalah Parameswara yang juga dikenali sebagai
Raja Iskandar.
■ Isu Kedua: Bilakah Kerajaan Melaka diasaskan;
Memandangkan tiada dokumen yang mencatat dengan pasti
tahun pengasasannya, maka para sarjana terdahulu
mengandaikan Kesultanan Melayu Melaka ini diasaskan pada
tahun 1400. Namun dengan beberapa pendapat;
- Wang Gungwu - Parameswara yang juga dikenali sebagai
Iskandar Shah itu memerintah dari tahun 1390 hingga
1413/1414.
- Wolters - menyebut, Iskandar Shah mengasaskan Melaka
antara 1399 hingga selewat-lewatnya 1400.
- Zainal Abidin Abdul Wahid - merujuk kepada hubungan awal
Melaka – China berpendapat, jika Melaka telahpun didatangi
wakil China (Yin Ching) pada tahun 1403, bermakna Melaka
telahpun diasaskan jauh lebih awal dari tahun 1400,
berkemungkinan hujung abad ke-14 lagi.
Proses pengasasan Kerajaan Melayu Melaka dari pelbagai sumber;
 Wolters – Parameswara di Palembang selama tiga tahun (1388/89 – 1390/91),
kemudian di Singapura selama enam tahun (1391/92 – 1396/97), mengambil masa
lebih kurang setahun dalam proses pengunduran dari Singapura ke Melaka seperti
pertapakan sementara di Muar (1397/98 – 1398/99) dan akhirnya bertapak dan
mendirikan kerajaan di Melaka selama hayatnya kira-kira empat belas tahun (1399/1400
– 1412/1413).
 Suma Oriental - Parameswara berundur dari Palembang dan bertapak di Singapura
selepas diserang Majapahit. Setelah 5 tahun, baginda diserang pula oleh Siam kerana
menduduki Singapura secara perebutan dengan Siam. Parameswara diiringi oleh para
menteri dan pengikut seramai seribu orang yang dikawal oleh Orang Laut (kira-kira tiga
puluh orang) menuju ke Muar kemudian bertapak di Melaka.
 Sulalatus Salatin – Raja Iskandar menduduki Temasik (dinamakan Singapura) namun
kemudian berundur kerana diserang Majapahit. Seorang pembesarnya, Sang Rajuna
Tapa belot dengan membuka pintu kota kepada askar Jawa kerana tidak berpuas hati
apabila puterinya (gundik raja) dibunuh akibat fitnah tanpa usul periksa. Pengasasan
Melaka juga dikaitkan dengan episod Iskandar Shah menyaksikan anjing perburuan
baginda ditendang oleh seekor pelanduk putih.
■ Pandangan Mutakhir
■ Dakwaan sarjana terdahulu bahawa Kerajaan Melayu
Melaka bermula sekitar 1400 adalah tidak selaras dengan
beberapa sumber yang masih belum dirujuk dengan
meluas (yang telah diteliti oleh beberapa orang sarjana
pada tahun 2012).
■ Pendapat dan dapatan terkini yang dikemukakan oleh
sekumpulan sarjana;
1. Catatan pengkaji barat seperti de Barros (1240) dan
Francois Valentijn (1252/1253)
2. Naskhah Ini Dari Sejarah Melayu Asal Raja-raja (Maxwell
9) – menyebut Melaka diasaskan pada tahun 666 Hijrah
(1268M)
3. Naskhah Ceritera Asal Raja-Raja Melayu Punya
Keturunan – menyamai catatan sumber di atas.
4. Naskhah-naskhah lain seperti Salailah Singkep
(Lingga), Salasilah Pulau Penyengat dan Salasilah
Bintan (Tengku Husin) – dengan andaian tahun
pengasasan sama ada tahun 1249, 1251 atau
1254.
■ Pendapat dan dapatan terkini yang diterima dan
diguna pakai;
 Berasaskan pengamatan (kiraan tahun ke
belakang /mengundur) terhadap naskhah
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) edisi Raja
Bongsu – Kerajaan Melaka diasaskan pada
1262.
(Iaitu bersandarkan tarikh muktamad pendudukan Portugis
1511 ditolak dengan tempoh pemerintahan setiap 9 orang
Sultan yang dicatatkan di dalam naskhah tersebut. Kiraan
berdasarkan sistem takwim Qamariah. Justeru bagi
mendapat tempoh dan tarikh yang tepat berdasarkan
tahun masihi, maka para penyelidik menghitung-tukar
tempoh-tempoh tersebut kepada sistem tahun Syamsiah)
Pandangan Terbaru
• Dakwaan sarjana terdahulu bahawa Kerajaan Melayu Melaka
bermula sekitar 1400 adalah tidak selaras dengan beberapa
sumber yang masih belum dirujuk dengan meluas (yang telah
diteliti oleh beberapa orang sarjana pada tahun 2012).
■ Pendapat dan dapatan terkini yang dikemukakan oleh
sekumpulan sarjana;
- Berasaskan pengamatan (kiraan tahun ke belakang
/mengundur) terhadap naskhah Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu) versi Raja Bongsu – Kerajaan Melaka
diasaskan pada 1262.

Anda mungkin juga menyukai