Anda di halaman 1dari 4

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan

Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403.

Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri
Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Srivijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama
dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira
Diraja (1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 –
1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari Tumasik
setelah mendapat penyerangan dari Majapahit.

Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri ini kemudian
diserang oleh Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronikal Dinasti Ming
mencatat Parameswara telah tinggal di ibukota baru di Melaka pada 1403, tempat armada Ming yang
dikirim ke selatan menemuinya. Sebagai balasan ufti yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk
memberikan perlindungan pada kerajaan baru tersebut.

Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah menikahi seorang puteri dari Pasai. Laporan dari
kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan bahawa pada saat itu Parameswara masih
berkuasa, dan raja dan rakyat Melaka sudah menjadi Muslim. Pada 1414 Parameswara digantikan
puteranya, Megat Iskandar Shah.

Megat Iskandar Shah memerintah selama 10 tahun, dan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah.
Putera Sultan Muhammad Shah yang kemudian menggantikannya, Raja Ibrahim, dilihat tidak menganut
agama Islam, dan mengambil gelaran Seri Parameswara Dewa Shah. Namun masa pemerintahannya
hanya 17 bulan, dan dia mangkat kerana terbunuh pada 1445, masyarakat Melaka menggelarnya Sultan
Abu Syahid. Saudara seayahnya, Raja Kasim, kemudian menggantikannya dengan gelaran Sultan
Muzaffar Syah.

Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka melakukan ekspansi di Semenanjung Tanah
Melayu dan pantai timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri). Ini memancing kemarahan Siam yang
menganggap Melaka sebagai bawahan Kedah, yang pada saat itu menjadi vassal Siam. Namun serangan
Siam pada 1455 dan 1456 dapat dipatahkan oleh Melaka.
Di bawah pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah, Melaka
menyerbu Kedah dan Pahang, dan menjadikannya negara vassal. Di bawah sultan yang sama Johor,
Jambi dan Siak juga takluk. Dengan demikian Melaka mengendalikan sepenuhnya kedua pesisir yang
mengapit Selat Malaka.

Sultan Mansur Shah berkuasa sehingga baginda mangkat pada 1477. Baginda digantikan oleh puteranya
Sultan Alauddin Riayat Shah. Sultan ini memerintah selama 11 tahun, saat baginda meninggal dan
digantikan oleh putranya Sultan Mahmud Shah.

Sultan Mahmud Shah memerintah Melaka sehingga tahun 1511, saat ibu kota kerajaan tersebut
diserang tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan dimulai pada 10 Ogos
1511 dan berjaya ditawan pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Bentan dan
mendirikan ibukota baru di sana. Pada tahun 1526 Portugis telah menghancurkan Bentan, dan Sultan
kemudian melarikan diri ke Kampar, Sumatera, tempat dia meninggal dunia dua tahun kemudian.
Puteranya Sultan Mudzaffar Shah I, Perak kemudian menjadi Sultan Perak yang pertama, sedangkan
puteranya yang lain Sultan Alauddin Riayat Shah II mendirikan kerajaan baru iaitu Johor.

Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada
tahun 1511. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Melaka#Pemerintahan_Belanda

Pengasas dan Pengasasan Melaka

Rencana utama: Parameswara

Menurut Sejarah Melayu, Parameswara dari Palembang yang berasal daripada keturunan Srivijaya. Pada
tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek
dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai
Raja Singapura oleh satu utusan daripada Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi
bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana. Batara Sri Tri Buana yang
bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang,
Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja daripada keturunan baginda yang memerintah
Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 –
1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 – 1401). Pada 1401, kerajaan
Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa.
Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu untuk
membuka ibu negeri yang baru.[3][4]
Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan
ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau
menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri
ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Temagi) di Singapura, Parameswara
menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau
oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat
Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, angkatan Parameswara
melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat
yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang cuba didirikan mereka runtuh dengan
serta merta. Kemudian, Parameswara berpindah ke Sening Ujong (nama lama bagi Sungai Ujong).
Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau
tiba di muara Sungai Bertam (nama lama bagi Sungai Melaka). Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami
kawasan itu dan mereka meminta Parameswara menjadi Raja.[5] Parameswara merasakan kedudukan
tempat itu amat baik untuk didirikan kerajaan. Tempat itu berhampiran dengan laut yang menjadi laluan
kapal dagang. Bekalan air bersih juga mudah diperoleh. Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-
bukau boleh menjadi petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka. Pokok
Bakau dan Api-api boleh dijadikan benteng semula jadi. Angin Monsun pula tidak mengganggu kegiatan
perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.

Semasa Parameswara sedang berehat di bawah pohon Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa
anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk. Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana seekor
pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor anjing. Oleh itu, Parameswara memilih untuk mendirikan
sebuah kerajaan. Parameswara menamakan tempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok beliau
berteduh.

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar
Syah. Baginda telah berkahwin dengan seorang puteri [[Pasai. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng
Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia.[perlu rujukan] Pada
1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring
sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga
mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka.[perlu rujukan]

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di
Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat
perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan
rempah mereka. Keadaan ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata :

Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan


duniahttps://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka

Anda mungkin juga menyukai