Anda di halaman 1dari 6

ASAL USUL MELAKA Mengikut Sejarah Melayu, Parameswara yang telah membuka Negeri Melaka adalah putera dari

Palembang Beliau berketurunan daripada Raja-raja Sailendra yang pernah memerintah Kerajaan Srivijaya. Pada tahun 1377, kerajaan Srivijaya telah ditawan oleh Kerajaan Majapahit dimana Pulau Jawa dan Sumatra tunduk di bawah kuasa Kerajaan Majapahit. Pada waktu itu, Parameswara telah berkahwin dengan seorang puteri raja dari Jawa Timur. Namun demikian, Parameswara enggan tunduk di bawah kuasa Kerajaan Majapahit. Beliau mengisytiharkan kemerdekaan secara tersendiri. Ini menimbulkan kemarahan Kerajaan Majapahit dan telah menyerang Palembang dan Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik (Singapura). Pada waktu itu, Temasik berada di bawah kuasa Raja Siam dan raja yang memerintah Temasik adalah Raja Temagi. Parameswara telah membunuh Raja Temagi dan mengambil alih memerintah Temasik selama lima tahun. Kematian Raja Temagi menimbulkan kemarahan Kerajaan Ayuthya di Siam dengan mengutuskan bala tenteranya untuk menyerang Parameswara. Paramswara melarikan diri ke Muar dan menetap di situ selama enam tahun. Parameswara berpindah ke Sungai Bertam, Melaka setelah mendapati Muar tidak sesuai untuk membina petempatan yang baru. Sejarah Melayu meriwayatkan Parameswara telah membuka Negeri Melaka pada tahun 1400 dan nama Melaka itu berasal daripada nama sejenis pokok. Parameswara dan pengikut-pengikutnya sedang berehat di bawah sbatang pokok selepas berburu. Beliau melihat anjingnya ditendang oleh seekor kancil (pelanduk) hingga terjatuh ke dalam sungai. Parameswara menganggap peristiwa itu sebagai satu peristiwa yang ganjil lalu memilih tempat itu untuk dijadikan kerajaan yang baru. Baginda menamakan tempat itu sebagai Melaka sempen nama pohon tempat baginda berehat. Parameswara mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Melaka dengan gelaran Raja Iskandar Shah dan melaksanakan pemerintahan negeri baru ini berasaskan sistem pemerintahan Kerajaan Srivijaya. Bertitik tolak dari peristiwa ini Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan dan pusat persinggahan pedagang-pedagang China, India dan Arab. Dan di sinilah bermulanya Kesultanan Melayu dan keagungan Empayar Melaka. PERKEMBANGAN EMPAYAR MELAKA Bermula dari sebuah perkampungan nelayan yang kecil, Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkenal di gugusan Kepulauan Melayu. Kegemilangan Melaka banyak bergantung kepada faktor lokasinya yang strategik. Pelabuhan Melaka terletak pada laluan perdagangan antara Negara India dan China. Pedagang-pedagang dari Negara India dan China menjadikan Melaka tempat persinggahan bagi mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang paling penting di Asia Tenggara iaitu, Melaka merupakan sebuah pelabuhan semulajadi yang terselamat dari ancaman angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Di samping itu, pelabuhan Melaka juga

terletak berhampiran dengan kawasan pengeluaran bijih timah dan rempah ratus. Bahanbahan ini merupakan bahan dagangan yang amat penting pada zaman itu. Parameswara telah menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot, iaitu pusat membeli dan menjual barang dagangan. Untuk menjamin keselamatan Melaka, Parameswara telah membina kediaman baginda di atas bukit yang berdekatan dengan muara Sungai Bertam. Ini memudahkan baginda mengawasi kegiatan perdagangan di Selat Melaka. Parameswara telah menubuhkan sebuah angkatan laut yang terdiri daripada orang-orang laut untuk mengawasi keselamatan para pedagang yang singgah di Melaka. Bagi menjamin keselamatan Negeri Melaka, Parameswara telah mengambil langkah menjalinkan persahabatan dengan kuasa-kuasa luar seperti Kerajaan Siam. Bagi mengelakkan serangan Siam terhadap Melaka, Parameswara telah menghantar ufti tahunan ke Siam. Selain dari Kerajaan Siam, Parameswara menjalin hubungan persahabatan dengan Negara China. Langkah-langkah ini menjadikan Kerajaan Melaka sebagai pusat perdagangan yang semakin makmur. Pada abad ke 15, Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Ia menjadi tumpuan dan minat pedagang-pedagang dari timur dan barat. Kemampuan Melaka menjadi sebuah pelabuhan yang penting di dunia pada zaman ini berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu : a. Kedudukan yang strategik. b. Perairan yang dalam dan sesuai bagi kemudahan berlabuh untuk kapal-kapal besar. c. Pentadbiran yang cekap dan tersusun. d. Pelaksanaan undang-undang yang kemas iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. e. Pelaksanaan sistem cukai yang teratur iaitu sistem cukai berkeutamaan. f. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan. g. Perluasan Empayar Melaka meningkatkan lagi kemajuan perdagangan. h. Penggunaan matawang dalam hal ehwal perdagangan. SISTEM PENTADBIRAN KESULTANAN MELAKA Sistem pentadbiran kerajaan Melaka dibentuk oleh anggota-anggota sebuah Majlis Tertinggi. Anggota-anggota majlis ini mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri bagi mentadbirkan Negeri Melaka. Di bawah Majlis Tertinggi ini, terdapat 8 orang pembesar negeri yang bergelar Seri. Di bawah peringkat ini pula, terdapat 16 orang pembesar rendah yang bergelar raja. Peringkat akhir dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dianggotai oleh 32 orang pembesar kerajaan. Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka ini dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.

Sultan Majlis Tertinggi Bendahara Temenggung Laksamana Penghulu Bendahari Pembesar-pembesar Negeri yang bergelar Seri (8 orang) termasuk Syahbandar Pembesar-pembesar Rendah yang bergelar raja (16 orang) Pembesar peringkat rendah (32 orang)

HUBUNGAN KESULTANAN MELAKA DENGAN CHINA Pada zaman pemerintahannya, Parameswara telah menjalin hubungan persahabatan dengan Kerajaan China sebagai langkah keselamatan negeri itu. Kerajaan Ming di bawah pemerintahan Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka. Pada tahun 1403, Maharaja China itu mengutuskan Laksamana Yin Ching ke Melaka. Hubungan erat antara Melaka dan China menyebabkan Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Siam tidak berani mengancam Kerajaan Melaka. Maharaja China telah mengurniakan alat-alat kebesaran seperti cap mohor, satu persalinan pakaian daripada sutera dan payung kuning kepada Parameswara sebagai tanda bahawa Kerajaan China bersedia melindungi Kerajaan Melaka dari ancaman musuh. Pada tahun 1409, Maharaja China telah mengutuskan laksamana Cheng Ho ke Melaka bagi mengeratkan lagi perhubungan Melaka-China dan juga bagi memperluaskan kawasan perdagangan China di Asia Tenggara. Parameswara juga turut mengantar rombongan persahabatan ke Negara China. Pada tahun 1414, Parameswara telah mangkat dan pemerintahan Melaka diambil alih oleh putera baginda Sultan Mahkota Iskandar Syah. Selepas kemangkatan

Parameswara, hubungan Melaka-China terus dijalin demi kepentingan dan kemajuan perdagangan Melaka. Hubungan antara Melaka-China bertambah erat apabila Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, anak Maharaja China. Di sinilah bermulanya kehadiran masyarakat imigrans di Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun persahabatan Melaka-China bertambah erat, namun di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Kerajaan Melaka bertambah kuat dan Melaka berjaya menewaskan serangan tentera Siam di Muar dan Batu Pahat tanpa bantuan Kerajaan China. Pada abad ke 15, hubungan Melaka dan China terus renggang apabila Kerajaan China mengamalkan dasar tutup pintu. SULTAN-SULTAN MELAKA Kesultanan Melayu Melaka wujud pada tahun 1400 dan berakhir pada tahun 1511 selepas Kerajaan Melaka ditawan oleh Portugis. Nama Sultan 1. Parameswara (Iskandar Syah) 2. Sultan Mahkota Iskandar Syah 3. Seri Maharaja (Sultan Muhammad Syah ) 4. Parameswara Dewa Syah (Raja Ibrahim) 5. Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) 6. Sultan Mansur Syah 7. Sultan Alauddin Riayat Syah 8. Sultan Mahmud Syah 9. Sultan Ahmad Syah (mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah ) Tahun pemerintahan 1400 1414 1414 1424 1414 1444 1444 1445 1445 1459 1459 1477 1477 1488 1488 1511 1511

BENDAHARA MELAKA Pada zaman keagungan, Kerajaan Melaka mempunyai beberapa orang Bendahara yang berwibawa. Di bawah adalah senarai Bendahara yang telah mentadbir Empayar Melaka. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Seriwa Raja (bapa Tun Perak) Tun Ali Tun Perak Tun Puteh Tun Mutahir Paduka Tuan ------1445 1445 1456 1456 1498 1498 1500 1500 1510 1510 1511

Bendahara merupakan satu jawatan yang amat penting dalam pentadbiran Empayar Melaka. Di antara Bendahara-bendahara Melaka yang paling terkenal adalah Tun Perak. Tun Perak merupakan pembina empayar Melaka. Beliau telah merancang dasar perluasan Empayar Melaka hingga ke Sumatra. Kuasa Kesultanan Melayu Melaka bertambah kuat apabila Tun Perak berjaya menawan Pahang, Terengganu, Selangor, Johor, Kedah, Perak, Patani dan Kepulauan Riau-Lingga. Empayar Melaka terus diperluaskan oleh Tun Perak sehingga ke Pasai, Aru, Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi di timur Sumatra. Menjelang abad ke-15, Melaka menjadi sebuah kuasa terunggul dan pusat perdagangan yang terbesar di seluruh Kepulauan Melayu, di bawah kepimpinan Bendahara Tun Perak. KEJATUHAN EMPAYAR MELAKA Empayar Melaka berada di puncak keagungan dan kegemilangannya semasa Tun Perak menjadi Bendahara Melaka. Namun, keagungan dan kegemilangan empayar ini merosot selepas kematian Tun Perak. Kematian Tun Perak pada tahun 1498 meninggalkan ruang kosong dalam pentadbiran Empayar Melaka. Jawatan Bendahara telah diganti oleh Tun Puteh, yang sudah lanjut usia. Beliau tidak berupaya mentadbir Melaka dimana hanya sempat menjadi Bendahara Melaka selama 2 tahun (1498 1500). Jawatan Bendahara dipegang oleh Tun Mutahir, bapa saudara Sultan Mahmud Syah sementara Tun Mutahir merupakan pemimpin golongan Tamil-Islam yang terkenal pada masa itu dan beliau mengamalkan sikap pilih kasih dalam mentadbirkan negeri. Tetapi pada akhirnya Tun Mutahir dan keluarganya telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah. Pada tahun 1510, Paduka Tuan dilantik sebagai Bendahara Melaka, bagi menggantikan Tun Mutahir manakala Bendahara Paduka Tuan terlalu tua untuk mentadbir kerajaan kerajaan Melaka yang terlalu lemah dan kucar-kacir akibat perpecahan dan huru-hara yang kerap berlaku. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kejatuhan Empayar Melaka, antaranya ialah :

1. 2. 3. 4. 5.

Pemerintahan Sultan Mahmud yang tidak cekap. Permusuhan Melayu-Islam dengan Tamil-Islam. Perdagangan yang kian merosot. Sikap ketidakjujuran pedagang asing. Penaklukan Melaka oleh Portugis.

Anda mungkin juga menyukai