Anda di halaman 1dari 12

MADRASAH MODEN TERENGGANU BESUT

TAJUK : KESULTANAN MELAYU MELAKA


NAMA : HAMIZATUL NAJWA BINTI ZULKIFLI
NAMA GURU : WAN NUR SYAHIRAH BINTI WAN MOHD NOR
KELAS : 2 MINHAJABIDIN
Isi kandungan

Perkara Muka surat


1. Latar belakang pembukaan Melaka 1-2
2. Faktor pemilihan Melaka sebagai sebuah kerajaan 3
3. Pengasas Melaka untuk membangunkan Melaka 4
4. Alat kebesaran diraja 5
5. Kesultanan Melayu Melaka dalam bidang perdagangan 6
6. Pengajarankegemilangan kesultanan Melayu Melaka 7
7. Rumusan 8
8. Sumber rujukan 9
Latar belakang pembukaan Melaka
Melaka diasaskan pada tahaun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seoranag
putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Parameswara merupakan keturunan
ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila
Utama), seorang penerus raja Srivijaya. Singapura lama terdiri dan dikuasai oleh Sang
Nila Utama selama 48 tahaun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Pasuka Sri
Pekerma Wira Dirajadan kemudian dteruskanoleh cucunya, Paduka Seri Rana Kerma.
Pada tahun 1401, Parameswara puteri dari Seri Rana Wira Kerma . Parameswara
telah mencuba untukmembebaskan Palembang daripada Majapahit tapi gagal atas
sebab Palembang masih diatas naungan kerajaan Majapahit pada masa tersebut.
Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik, iaitu nama lama
Singapura bersama keluarga dan pengikutnya. Pada waktu itu, Gabenor Melayu dari
Petani yang dilantikoleh Raja Siam, beliau yang memerintah Singapura. Gabenor
Melayu itu telah dibunuh oleh Parameswara. Beberapa hari kemudian, Parameswara
telah mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dn pulau-pulau di
sekelilingnya. Setelah halpembunuhan Gabenor, Parameswara telahmelarikan diri ke
Muar atas sebab beliau ingin menjamin keselamatan dirinya kerana Siam
telahmengatur rancangan untuk menyerang Temasik.

Di Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melalui Sening


Ujang dan Bertam kemudian baginda tiba di Sungai Bertam yang nam lamanya
Sungai Melak. Sungai Bertam merupakan kawasan persisiranpantai yang terdiri
daripada nelayan dan perkampungan Orang Laut dai puak kaum Selatar. Pada masa
itu, orang Selatar yang menduduki dikawasantersebut telah meminta Parameswara
untuk menjadi raja mereka. Menurut catatan Sejarah Melayu, baginda melihat
seekor anjing ditendang oleh seekor kancil ketika baginda berehat di
bawahpokokMelaka. Parameswara kagum atas semangat rusa tersebut dan baginda
mengambil keputusan untuk mewujudkan sebuah kerajaan dan menamakan negeri
itu sebagai Melaka.

Baginda bijak menggunakan strategi yang sistematik dan teratur untuk mrnjadikan
Melaka sebagai bandar pelabuhan yang terkenal. Hubungan diplomatik serantau
antarabangsa telah diwujudkan padamasa yang sama. Parameswara parameswara
telah berjaya menbagunkan negeri Melaka bersama denganpembesar_pembesar,
orang Melayu, orang Asli dan bantuan orang Laut.

Selepas Parameswara memeluk agama Islam dengan berasaskan Sultan Iskandar


Syah pada tahun 1409, Melaka telah menjadi sebuah negara islam. Sehubungan
dengan ini, kegemilangan Melaka terus dilakukan oleh pemerintah selepas Sultan
Iskandar Syah terutamanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah. Kesultanan
Melayu Melaka ini telahberjaya mentadbirkan selama lebih satu abad sehingga
Melaka tewas kepada Portugis pada tahun 1511 semasa pemerintahan Sultan
Mahmud Shah.

Disebabkan Melaka diletakkan di lokasiyang strategik, ia menjadi sebuah pangkalan


luar yang penting bagi kapal-kapal terutamanya datang darinega luar. Maharaja
China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk
dikahwinkan dengan Sultan MansurShah di samping untuk mengukuhkan hubungan
diplomatik dengan Melaka. Seterusnya, bagi meraikan kedatangan Puteri Hang Li Po
pada tahun 1458, Sultan Mansur Shah telah menghantar Tun Perpatih Putih beserta
segolongan pengiring pihak ke negeri China untuk mengiringnya. Puteri Hang Li Po
datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satuimpak mengenai kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah
kewujudan kumpulan kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di
antara pendatang China denganpenduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga
dikenali sebagaiorang Baba dan Nyonya. Kebanyakan mereka hidup di Melaka.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah dari Empayar Melaka mencapai
kemuncak kuasanya yang terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura dan
sebahagian besar Sumatera. Melaka memainkan peranan sebagaike pesaing utama
di Siam yang beradadi Utara dan Majapahit yang berada di Selatan. Kemudian,
Majapahit turut runtuh pada abad ke 15. Pada masa itu, Siam telah menyerang
Melaka sebanyak tiga kali manakala semua percubaan serangan tersebut mengalami
kegagalan.

Faktor pemilihan Melaka sebagai sebuah


kerajaan

Parameswara memilih lokasi yang strategik untukmembentuk kerajaan, iaitu du


muara Sungai Bertam yang juga dikenali sebagai Sungai Melaka. Pada asalnya, muara
sungai ini merupakan sbuah perkampungan nelayan dan tempat berjual beli serta
pertukaran barang dagangan. Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama
antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang. Melaka
mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit bukau dan api-api yang terdapat
dipesisiran pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan dan pelindung
semula jadi yang sukar ditembusi oleh musuh. Muara sungai yang terletak di Selat
Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun. Keadaan ini membolehkan kapal
dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat.

Parameswara bijak memanfaatkan lokasi yang strategik dan alam semula jadi
sebuah perkampungan nelayan menjadi sebuah pelabuhan yang maju.
Kebijaksanaan Parameswara memilih lokasi tersebut telah mendorong Melaka
kemudiannya muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Pengasasan Melaka
menunjukkan bahawa banyak manfaatyang diperoleh sekiranya kita kita menghargai
alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan.

Pengasasan Melaka untuk membangunkan


Melaka

Raja merupakan ketua pemerintah dan ketua kerajaan yang mempunyai kuasa
tertinggi. Hak kuasa ini berpunca daripada beberapa sumber iaitu keturunan Raja
Palembang. Berdasarkan teks Salatulus Salatin,pemerintahMelaka berasal daripada
zuriat keturunan anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada
Iskandar Zulkarnain. Sasur galur ini memberi taraf kedudukan yang tinggi kepada
Sultan Melaka dalam kalangan kerajaan laian di alam Melayu. Raja mempunyai
peranan yang unggul dalamsistem pemeritahan antaranya ialah menjadi simbol
perpaduan dan kemakmuran, Merupakan ketua angkatan tentera, mengetuai
hubungan diplomatik, menyelaraskan kegiatan ekonomi, menjadi ketua Agama Islam
dan menegakkan keadilan. Kepimpinan raja juga dikaitkan dengan konsepdaulat dan
derhaka serta pelbagai institusi kerajaan seperti adat istiadat istana dan alat
kebesaran diraja. Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin.
Rakyat mengakui kedaulatan raja dengan memberi taat setia sepenuhnya dan tidak
boleh menderhaka kepada raja. Antara alat kebesaran diraja termasuklah cop
mohor, nobat, keris, lembing dan mahkota. Alat kebesaran dugunakan semasa
upacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan kemagkatan raja. Konsep daulat, adat
istiadat dan alat kebesaran menjadikan raja mempunyai kedudukan yang tinggi dan
keistimewaan. Hal ini mengukuhkan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan
kerajaan Melaka. Raja memiliki ciri kepimpinan seperti adil, berwibwa dan
mengambil berat terhadap kebajukan rakyat. Raja memerintah berdasarkan bidang
kuasa yang ditetapkan mengikut Hukum Kanun Melaka. Sultan Muzaffar Shah dan
Sultan Mansur Shah merupakan pemerintah yang mengutamakan meamanan
dankebajikan rakyat. Sultan Mansur Shah menasihatkan puteranya, Sultan Alauddin
Riayat Shah supaya bersikap adil terhadap rakyat, menasihat segala tuduhan dengan
teliti dan bekerjasama dengan pegawai-pegawainya.

Kepimpinan pemerintah Kesultanan Melayu Melaka yang berdaulat dan berwibawa


menyebabkan pemerintahan diterima oleh rakyat dan diiktiraf oleh kuasa luar.
Sebagai rakyat Malaysiayang seti kepada raja, kita perlu mempertahankan institusi
raja yang merypakan lambang perpaduan dan kemakmuaran negara kita.

Alat kebesaran diraja


1- Cop mohor 3- Nobat diraja

2- Keris diraja 4- Lembing diraja

5- Mahkota diraja

Kesultanan Melayu Melaka dalam bidang


perdagangan

PERDAGANGAN telah menjadi nadi yang mewujudkan kemakmuran ekonomi kepada


kerajaan Melaka. Dengan kedudukan Melaka yang menguasai seluruh kawasan
laluan perdagangan di Selat Melaka, selain menjadi kuasa politik, ia telah menjadi
kuasa ekonomi terbesar di Nusantara. Para pedagang dari seluruh dunia, termasuk
Arab, Parsi, India, China dan Alam Melayu telah mengunjungi Melaka, dan
menjadikannya sebagai pusat pertukaran barang-barang dagangan. Kewujudan
pelabuhan enterport ini telah membolehkan Melaka mengatasi Samudera-Pasai dari
segi penguasaan ke atas Selat Melaka, dan mengatasi Majapahit dari segi pengaruh
politik, khususnya pada abad ke-15M. Dengan kekuatan politik itu pula, Melaka
dapat menguasai Selat Melaka sepenuhnya apabila Jambi menjadi wilayah
taklukannya, sedangkan penguasaan ke atas kepulauan Riau-Lingga yang lebih awal
menjadikan semua laluan pedagangan ke barat dari timur dan sebaliknya dikuasai
oleh Melaka.

Kekukuhan Melaka dalam penguasaan ke atas laluan-laluan perdagangan utama ini


telah menjadikan Melaka sebagai perhatian kuasa-kuasa politik dunia. Seperti mana
Daulah Abbasiyah Kaherah dan Daulah Othmaniyah yang membina hubungan rapat
dengan Melaka untuk pengukuhan politik Islam dan dakwah, Dinasti Ming juga
berbuat demikian untuk kepentingan mereka di Nusantara. Selepas kejatuhan
Granada pada 1492M, negara-negara Kristian Khatolik di Eropah turut menjadikan
Melaka sebagai sasaran mereka dalam rangka menghancurkan Islam. Gerakan untuk
menguasai pusat perdagangan di Melaka yang dibuat oleh Portugis telah membawa
kepada penjajahan pada 1511M. Sedangkan, di pihak Islam, kemajuan perdagangan
ini dimanfaatkan untuk mengembangkan dakwah Islam di seluruh Kepulauan Melayu
sehingga rantau ini bertukar menjadi wilayah Islam.

Pengajaran kgemilangan kesultanan Melayu


Melaka
Pengajaran yang saya perolehi ialah kita haruslah bekerjasama dalam
mempertahankan negara dalam apa jua keadaan supaya kita hidup dalam keadaan
aman dan harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur kerana Malaysia
mempunyai banyak sumber alam. Kita tidak seharusnya terpedaya dengan hadutan
dari orang asing agar kisah silam tidak berulang kembali. Sebagai seorang pemimpin,
seharusnya bijak dalam merancang strategi agar musuh tidak mudah untuk masuk ke
negara kita secara suka hati.

Gambaran muzium kesultanan Melayu di Melaka

Rumusan
Sumber- sumber awal mengenai kesultanan Melayu Melaka seperti sumber
tempatan, sumber dari China, sumber dari Arab, sumber dari Barat dan sumber dari
arkeologi dan lain-lain lagi memainkan peranan yang amat penting dalam
penerokaan pensejararahan zaman lalu khususnya kesultanan Melayu Melaka.
Tanpa sumper-sumber ini sukurulah alhi sejarah mengenalpasti situasi yang sebenar
pada masa silam. Bukit-bukit yang diperolehi sentiasa mempengaruhi penulisan
fakta sejarah dari masa ke semasa megenai keadaan masa lalu.

Sumber rujukan
1. Buku teks Sejarah tingkatan 2
2. Slideshare.net
3. Modul sejarah tingkatan 2
4. Sejarahdankami.wordpress.com

Anda mungkin juga menyukai