Anda di halaman 1dari 19

Fakulti Perniagaan, Perakaunan dan Pengurusan (FOBAM)

Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan (BAF)

Subjek: Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS)

Kod Subjek: MPU 3142/3143

Butiran Subjek:
Nama Pensyarah: Ustaz Zahari bin Isman
Semester: Tahun 3, Sem 3

Butiran Penyerahan:
Tajuk Tugasan: Kerajaan Melayu Melaka & hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan lain:
Iaitu India, China dan Arab dan kesannya sehingga kini
Tarikh Penyerahan: 25 Julai 2019

Butiran Pelajar:
Nama: Bernice A/P Chanthira Sekaran
ID: SUKD1701789
Isi Kandungan

Perkara

Abstrak

1.0 Pengenalan

2.0 Asas Kesultanan Melayu Melaka

3.0 Kegemilangan Kerajaan Melayu

4.0 Hubungan diplomatik dengan Arab, China dan India

5.0 Kemerosotan Kerajaan Melaka

Appendiks

Rujukan

Tamadun Islam & Tamadun Asia


1
Abstrak
Tamadun melayu merupakan antara tamadun yang bertemu beberapa Tamadun Asia seperti
Arab, China dan India. Tamadun Melayu dilahirkan melalui orang melayu, yang dipercayai
berketurunan bugis, jawa, minangkabau atau suku Indonesia dan berbahas serta mengikut cara
hidup dikategorikan sebagai melayu (Kamus Dewan, Edisi Ketiga). Selain pertuturan pengkaji
juga mengetahui golongan melayu merupakan penduduk peribumi yang beragama islam dan
yang menjalani tradisi dan adat istiadat orang melayu. Amalan tradisional menjadi pedoman
kerana ia meliputi cerita rakyat, mitos dan lagenda sebagai contoh pengasas Kerajaan Melaka,
Parameswara menjadikan pemerintahannya gemilang. Kerajaan Melaka mengalami
perkembangan semasa Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perhubungan luas (Ligua franca)
dan pengaruhan agama Islam yang disumbang oleh pelabur India, China dan Arab yang menjadi
pelengkap kepada pembentukan Tamadun Melayu. Perkembangan di aspek mengagungkan
tamadun melayu. Oleh itu, penemuan mereka dapat digunakan dan dikaji serta dilengkapi dengan
lebih dalam oleh para ilmuan era ini.Setiap sumbangan yang diberikan oleh tamadun ini seperti
astronomi, perubatan, fizik dan kimia serta matematik, mempunyai tokoh- tokohnya tersendiri
yang mengkaji serta mengulas tentang ilmu sains.Hasil daripada kajian tokoh-tokoh ini, telah
dikembangkan dan dipelajari oleh masyarakat pada masa kini.Contohnya , bidang-bidang seperti
astronomi, matematik, fizik dan kimia, serta perubatan telah dipelajari secara mendalam disetiap
universiti di Malaysia. Sumbangan tamadun India hendaklah tetap dikembangkan, bukannya
dihapuskan.Hal ini kerana, tanpa hasil kajian daripada tamadun ini, maka sukar la para ahli sains
zaman ini untuk mendalami ilmu sains dalam kehidupan era ini. Justeru itu, kerja kursus ini akan
memfokuskan kepada sumbangan tamadun India dalam bidang sains dengan lebih terperinci.

Objektif Pelajaran
1. Kerajaan Melayu Melaka
2. Zaman Kegemilangan
3. Hubungan diplomatik dengan

Tamadun Islam & Tamadun Asia


2
4. Kemerosotan dan kesan kepada Kerajaan Melayu Melaka

1.0 Pengenalan
Di dalam kajian sejarah terdahulu, Melaka dikenal dengan Kesultanan Melayu di kepulauan
melayu pada pertengahan 1400. Sebuah kerajaan yang berkuasa dan berpengaruh yang mampu
menyebarkan islam pada zaman kegemilangan Melaka. Kerajaan ini terletak di tempat yang
strategik dan sesuai untuk perdagangan iaitu berhampiran Selat Melaka. Selat Melaka dikenal
unik kerana tempat perdagangan yang semulajadi sehingga laluan pedagang sehingga para
pedagang singgah di Melaka dan menjadikan Melaka tempat penyebaran agama islam.

Parameswara putera raja Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta
kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14 dan ini menyebabkan pencarian tempat baru bermula.
Majapahit menempuskan Parameswara dan beliau melarikan diri untuk mencari perlindungan ke
Temasik dengan nama moden Singapura yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Pada tahun
1396 beliau telah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, lalu beliau dan
pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum
singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka. Pada waktu itu, Temasik telah
pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya dari Siam.
Sementara itu penguasa tempatannya bernama Sang Aji merupakan menantu kepada Raja Siam,
ditewas oleh Parameswara dan bertakhta di Temasik selama 48 tahun. Kemudian, Parameswara
diusir jadi beliau dan para pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tamah Melayu.
Sementara mengundur di Bertam peristiwa anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk
putih. Beliau tertarik dengan keberanian pelanduk tersebut dan membuat keputusan untuk
membuka negeri di situ (JKMM, 2019). Beliau bertanyakan nama pohon tempat bersandar
sempena peristiwa berlaku dan didapati nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka beliau
menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.

Tamadun Islam & Tamadun Asia


3
Mengikut (sejarawan) ketika Parameswara sampai di Melaka, di situ telah pun wujud
sebuah perkampungan nelayan. Parasmewara menamakan kawasan tersebut Melaka, iaitu
bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama ‘Malaka’. Namun begitu dari segi
pandangan bahasa Arab melaka istilah ​Malaqat ​yang bermaksud ‘tempat perlindungan’ sebagai
simbolik kepada tapak perlindungan Parameswara dan para pengikutnya. Di samping
berdasarkan pandangan pelayar dari India menamakan pokok ‘amalaka’ iaitu pokok tertua di
alam semesta dalam sanskrit, dipercayai kediaman Tuhan Hinduism dan merujuk Amalaka untuk
perkembangan perkembangan pesat Melaka. Bermula daripada baginda hingga kepada
waris-warisnya, Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang
termasyhur di dunia terutama pada abad ke-15.

2.0 Asas Kesultanan Melayu Melaka


Asas Kesultanan Melayu Melaka dibentuk dengan beberapa aspek penting yang mendorong
pertubuhan Kesultanan Melayu Melaka. Antara aspek yang perlu ada adalah pembukaan negeri
Melaka, faktor mendorong Melaka dibuka, penglibatan Raja China di kerajaan Melaka.

2.1 Pembukaan Negeri Melaka


Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah
Malaysia. Kerajaan ini muncul antara abad ke-7 hingga ke-13 Masihi. Srivijaya merupakan
sebuah kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China
serta kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri. Dari segi agama, kerajaan ini merupakan
pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Buddha serta pengajian bahasa Sanskrit. Bahasa
Melayu yang dikenali sebagai ‘Bahasa Melayu Kuno’ juga berkembang dan dipraktikkan dengan
meluas pada zaman ini. Perkembangan politik Melaka pada Tahap Awal bermula apabila
membuka petempatan di Melaka, Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan
pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.
Namun, Negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat. Justeru, sesebuah
kerajaan dianggap beruntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.

Tamadun Islam & Tamadun Asia


4
Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403, seorang duta telah tiba dari Negara China, iaitu
Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara. Situasi ini membuktikan pengiktirafan
negara China terhadap Melaka. Maharaja Yung Lo, iaitu maharaja negara China dari Dinasti
Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan
saudagar-saudagar yang datang dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi. Pada tahun 1405,
utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China, Kedaulatan Melaka diiktiraf
secara rasmi dan pemerintahnya (Parameswara) ditabalkan sebagai raja. Seterusnya, pada tahun
1409, Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di
samping sebuah prasasti kepada Parameswara. Melaka merupakan kerajaan pertama di Asia yang
menerima penghormantan ini.
Hubungan baik dengan negara China dan pengiktirafan yang diberikan tersebut memberikan
peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan prestijnya. Selain pengiktirafan,
Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China. Oleh itu,
Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit yang menjadi seteru pada ketika itu
ekoran perlindungan daripada kerajaan China. Pada abad ke-15 pendatang Arab serta
pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan
entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Melalui kehadiran para
pedagang penyebaran agama Islam kepada semua rakyat jelata dan kepada penguasa melaka
seperti Parameswara, memeluk Islam pada tahun 1414 dan menjadikan negeri Melaka sebagai
pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.
Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang
dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat
serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timur, buah pala dan bunga
cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.
Selain itu, faktor alam semulajadi menganugerahkan Kerajaan Melayu Melaka. Perairan Selat
Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal
dagang dengan mudah. Parameswara mendapati pokok bakau dan pokok api di persisiran pantai
yang menjadi benteng pertahanan dan pelindung semulajadi yang sukar ditembusi musuh.

Tamadun Islam & Tamadun Asia


5
Seterusnya bentuk muka bumi yang berbukit yang boleh dijadi strategik panduan untuk kapal
dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat
memerhati musuh.
Faktor seterusnya ialah Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun
Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera.
Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk
pulang dan datang ke Melaka. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November
hingga Mac membawa pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa
pedagang Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka. Angin Monsun Barat Daya yang
bertiup dalam bulan Mei hingga September membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka
dan pada masa yang sama membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka.

3.0 Kegemilangan Kerajaan Melayu


Dengan penubuhan melaka Parameswara mengenalkan kerajaan baharu iaitu Kerajaan Melayu
Melaka dan zaman ini diambil kira di tamadun melayu disebabkan kegemilangan. Hasil
sumbangan kerajaan ini mendorong pemerintah kerajaan melaka menjalankan tugasan secara
cemerlang, gemilang dan terbilang. Antara penyumbang kepada zaman kegemilangan melayu
melaka ialah sistem pentadbiran, pusat perdagangan, penyebaran agama islam dan pusat
intelektual.

3.1 Sistem pentadbiran


Tujuan sistem pentadbiran diperkenalkan di melaka untuk mengamalkan pentadbiran yang
tersusun dan bersistematik dan sistem pembesar empat-lipatan ialah nama sistem dipanggil
secara luas. Sistem ini dibahagikan kepada empat dan sultan merupakan orang kuasa mutlak
dalam pemerintahan, peperangan serta mempunyai tanggungajawab melantik pembesar empat
dan mengetuai di hal-ehwal Islam dan juga hubungan diplomatik antara hubungan luar seperti
China, Pasai, Kampar, Siak, Siam, Ryukyu, Gujerat dan Arab.

Tamadun Islam & Tamadun Asia


6
3.1.1 Peranan Pembesar Empat Lipatan

Pembesar empat membantu sultan dalam melicinkan pentadbiran dan pembesar utama ialah
Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Pembesar-pembesar
bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan dan melaksanakan tugasan
dengan jujur dan bijaksana untuk memajukan Melaka. Tugasan dibahagikan berdasarkan jawatan
seperti (Auni, 2005):

a) Bendahara merupakan menteri dan penasihat utama kepada sultan kerana mengetuai dan
memberi nasihat dalam urusan mentadbir negara, ketua hakim untuk menyelesaikan kes
rumus, mengetuai adat-istiadat dan ketua turus angkatan perang serta pewakil sultan
ketika sultan gering atau ke luar negara.
b) Penghulu bendahari merupakan seorang menyimpan daftar bilangan hamba selain
mengurus kelengkapan dalam istana, misalnya menyuruh penghulu balai menghiasi balai,
menggantung tabir dan langit-iangit justeru menjadi ketua urusan istana, ketua bagi
syahbandar di aspek tugasnya memungut hasil negeri, dan menjadi ketua bendahari
kerana memegang usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat secara berusungan
pada hari raya serta memegang gelaran untuk Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja.
c) Temenggung seorang penjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri, mengawasi kota
Melaka dan di atas gerak-geri pedagang asing terutama dalam memastikan sukatan dan
urusan timbangan pedagang adalah betul, merupakan ketua protokol istana dan menjadi
ketua polis dan hakim dalam menyelesaikan kes jenayah di darat.
d) Laksamana mempunyai tugasan mengawal keselamatan sultan secara peribadi, mengetuai
tentera laut dan menjaga ketenteraman laut, serta mengetuai utusan diraja ke seberang
laut dan juga menjadi wakil angkatan tentera ketua duta jika ketiadaan Bendahara
(jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah).

3.1.2 Peranan Pembesar Lain

Tamadun Islam & Tamadun Asia


7
Berdasarkan aliran sistem pentadbiran pembesar empat akan mendapat bantuan daripada
Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua. mereka terdiri
daripada hulubalang besar sebagai panglima perang, ulama, mandulika, tentera, mantra, Seri
Bijak Diraja, bentara chetria, orang kaya dan bangsawan yang lain. Pentadbiran ini mencorakan
‘Sistem Kebangsawanan’ di Melaka justeru ia melahirkan dua golongan masyarakat, iaitu
golongan pemerintah dan golongan diperintah. Secara keseluruhannya, sistem pentadbiran
kerajaan Melaka adalah berdasarkan wilayah. Wilayah pemerintahan empayar Melaka terbahagi
kepada empat kategori utama, iaitu:

a) Kota Melaka
b) Wilayah-wilayah pegangan atau pun dikenali, pemakanan
c) Wilayah-wilayah taklukan
d) Jajahan-jajahan takluk

Kota Melaka ditadbir di bawah pusat pentadbiran utama. Wilayah-wilayah pegangan pula
merujuk kepada kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada para pembesar tertentu untuk
mentadbirnya sekali gus memperoleh nafkah dari wilayah-wilayah tersebut. Pentadbiran di
wilayah-wilayah kecil pula dipertanggungjawankan kepada penghulu-penghulu yang dilantik.
Mereka ini digelar ‘Mandulika’. Wilayah-wilayah yang dimaksudkan ialah Klang, Jeram,
Selangor dan lain-lain. Sementara itu, jajahan-jajahan takluk Melaka pula meliputi
kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sendiri seperti Selangor, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan
dan lain-lain. Selain itu, jajahan meliputi juga Inderagiri, Bengkalis, Rokan, Rupat, Bentan,
Lingga dan lain-lain di Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga. Wilayah-wilayah ini diberi
autonami untuk mengekalkan pentadbiran tempatan tetapi dengan pengawasan daripada kerajaan
Melaka. Wilayah-wilayah jajahan ini juga perlu membayar sejumlah cukai yang ditentukan
(Auni, 2005).

3.2 Pusat perdagangan

Tamadun Islam & Tamadun Asia


8
Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas
setelah empayarnya kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan
undang-undang. Empayar Melaka dikatakan meliputi hamper keseluruhan Semenanjung Tanah
Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga. Melaka pernah menjadi pusat
perdagangan dunia. Hal ini kerana, kedudukannya yang strategik dan menjadi pusat
pertembungan semua saudagar dari timur dan Barat, misalnya dari negara China, India, Timur
Tengah,Asia Timur dan Kepulauan Melayu.

3.2.1 Peranan Syahbandar

Sejarah Melaka telah menunjukkan bahawa walaupun Syahbandar tidak termasuk dalam
pembesar empat lipatan, namun peranan Syahbandar sangat penting terutamanya dalam urusan
pelabuhan. Tome Pires mengatakan bahawa institusi Syahbandar berkait dengan organisasi
Perbandaran Melaka. Syahbandar boleh digelar sebagai ‘raja pelabuhan’ kerana mengendalikan
organisasi dan sistem perkapalan,pengendalian cukai, pengawal bagi urusniaga dan urusan
dagang, pentadbir anak-anak yatim, menjadi ketua para nakhoda dan sebagai pegawai kebajikan
di bandar Melaka (Yusoff, 1989).

Meilink-Roelofsz yang merujuk kepada sumber Portugis yang bukan daripada Tome Pires
menambah bahawa tugas awam Syahbandar termasuklah mengawas perjalanan dan organisasi
pasar dan gudang-gudang simpanan barangan dagang serta keselamatannya. Selain daripada itu,
antara tugas Syahbandar juga ialah mengawal sistem timbang-tara dalam berat dan ukuran bagi
semua transaksi perniagaan, serta juga menjaga nilai mata wang. Oleh yang demikian,
Syahbandar bertanggungjawab dalam mengawal turun naik nilai mata wang dan mengawal
daripada berlakunya inflasi (Yusoff, 1989).

Merujuk Halim (1994) susunan tadbiran pelabuhan Melaka juga semakin berubah dengan adanya
empat orang syahbandar bagi setiap kumpulan negeri:
a) Seorang untuk Gujerat kerana saudagarnya yang paling ramai.

Tamadun Islam & Tamadun Asia


9
b) Seorang untuk orang India dari India Selatan serta Benggala bersama-sama dengan
saudagar-saudagar Pegu (Burma) dan Pasai.
c) Seorang khas untuk Jawa, Maluku, Bandar, Palembang, Kalimantan dan Filipina.
d) Seorang bagi saudagar-saudagar dari negeri China, Campa, Siam dan Pulau-pulau
Ryukyu (mungkin termasuk Jepun).
3.2.2 Undang-undang Laut Melaka
Secara ringkasnya, terdapat dua kanun yang terdapat di Melaka iaitu yang pertama ialah Hukum
Kanun Melaka dan yang kedua ialah Undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka
mengandungi 44 fasal yang merangkumi segala aspek dan bidang kuasa yang melibatkan pusat
negeri Melaka termasuklah hal-hal yang melibatkan tanggungjawab pemerintah dan
pembesar-pembesar, undang-undang keluarga, dan hukuman-hukuman bagi kesalahan jenayah
dan awam. Manakala Undang-undang Laut Melaka mengandungi 24 fasal yang mana
kesemuanya melibatkan peraturan mengenai laut seperti tanggungjawab pegawai kapal, aturcara
pelayaran, perniagaan atau jual beli di pelabuhan, bidang kuasa nakhoda kapal, hukuman
kesalahan jenayah dan hanya satu fasal sahaja yang berlandaskan Islam (Aziah, 2004).
Pada abad ke-15 undang-undang ini diperkenalkan dan ia merupakan salah satu
undang-undang bertulis yang penting dalam memastikan perjalanan perdagangan di Melaka
dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul. Oleh sebab itu, dalam undang-undang
ini telah menggariskan tentang tanggungjawab atau jobskop pegawai-pegawai atau orang-orang
yang terlibat dengan aktiviti di pelabuhan seperti Syahbandar, nakhoda, kiwi, jurumudi, sida-sida
di dalam kapal dan lain-lain.
Kesimpulannya, Undang-undang Laut Melaka sangat berperanan dalam mengatur,
mengawal, memberi dan melindungi hak saudagar-saudagar serta pihak-pihak yang terlibat
dalam perdagangan sebagaimana fungsi dan objektif undang-undang itu sendiri

3.3 Penyebaran Islam


Kedatangan Islam ke Asia terutama ke Pulau Nusantara antara punca agama dan budaya Islam ke
Indonesia dipengaruhi oleh adanya hubungan perdagangan Asia kuno, yang dilakukan oleh

Tamadun Islam & Tamadun Asia


10
bangsa Cina dan India, yang mendorong pedagang lainnya seperti pedagang dari Arab, Persia,
Gujarat untuk ikikut serta dalam hubungan perdagangan tersebut.
.
3.3.1 Kedatangan agama Islam ke Melaka
Pada kurun ke-13 kota-kota pelabuhan yang berfungsi sebagai tempat transit seperti Indonesia,
ramai dikunjungi orang, sehingga dapat berkembang menjadi pusat-pusat perdagangan
dunia. Melalui aktiviti pedagang Sumatera, penduduk Melaka menerima Islam seawal dan
mereka berdagang di Melaka sempat menyebarkan ajaran.
Hubungan perdagangan dapat saling mengenal budaya yang dibawa oleh masing-masing
pedagang. Demikian, pedagang Arab, Persia, dan Gujarat yang menetap dan menikah dengan
penduduk setempat, sehingga budaya Islam dan agama Islam dapat dengan mudah disebarkan di
berbagai wilayah Indonesia melalui pendekatan budaya.
Dari segi politik, rakyat jelata menghormati keputusan raja dan ikut pemerintahnya.
Sebagai contoh seorang raja memeluk agama Islam, maka secara tidak langsung biasanya rakyat
mengikuti jejak rajanya. Ketika seorang raja memeluk agama Islam, maka secara tidak langsung
biasanya rakyat mengikuti jejak rajanya. Dengan demikian, setelah agama Islam mulai tumbuh di
masyarakat, kepentingan politik dilaksanakan melalui perluasan wilayah kerajaan yang diikuti
dengan penyebaran agama.
Dengan demikian, setelah agama Islam mulai tumbuh di masyarakat, kepentingan politik
dilaksanakan melalui perluasan wilayah kerajaan yang diikuti dengan penyebaran agama.

3.3.2 Cara kedatangan agama Islam ke Melaka.


Para pedagang mulai membentuk keluarga dengan cara menikahi para penduduk lokal, misalnya
antara Raden Rahmat (Sunan Ampel) dengan Nyai Manila. Adanya proses ini menyebabkan
penyebaran agama islam berjalan lancar kerana keluarga hasil perkahwinan akan membentuk
keluarga muslim. Setelah pemerintahan anak Parameswara mengahwini puteri raja Pasai yang

Tamadun Islam & Tamadun Asia


11
telah memeluk agama Islam. Pedagang Islam dari Arab dan India berniaga dan berdakwah di
Melaka.
Secara asas konsep daulat tersebut telah dikaitkan pula dengan konsep derhaka. Derhaka
ialah kalimah yang digunakan terhadap orang yang engkar kepada titah perintah raja. Dalam
Sejarah Melayu perkataan "derhaka" sering diucapkan apabila timbul kecenderungan untuk
menentang raja. Dari pandangan pengaji sejarah kesultanan Melaka, Yusoff dalam pihak yang
gigih mempertahankan tradisi ini dan menentang penderhakaan selalunya ialah
pembesar-pembesar Melaka sendiri, khasnya Bendahara.

Penyebab kedua ialah selain sifat agama Islam toleransi, adil dan rasional Pedagang
Arab dan India menyebarkan semasa berdagang, menurut Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus
Salatin, Islam disebarkan ke Melaka melalui mubaligh Arab (Syeikh Abdul Aziz dari Makkah)
yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.

3.3.3 Faktor-faktor Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajaran agama Islam

Antara merupakan pertemuan ulama dari Arab dan Pasai. Ulama menjadi guru yang mengajar
ilmu agama kepada sultan, pembesar dan rakyat. Pendakwah tempatan keluar dari Melaka untuk
menyebarkan Islam ke tempat lain. ​Pendakwah disediakan tempat tinggal. Sultan Melaka
menerima baik agama Islam diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata.

Punca Melaka menjadi pusat mendidik Islam ialah Sultan Mansor Shah hantar Tun Bija
Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal agama. Sultan Muzaffar Shah wujudkan masjid,
madrasah dan surau. Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyimpan kitab agama dan
perpustakaamn. Di samping, kitab terjemahan iaitu Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat
Muhammad Ali Hanapiah terdapat di pusatnya.

3.3.4 Cara penyebaran ilmu Islam

Pengajaran agama Islam melalui beberapa kaedah dan asal kepercayaan ini wujud daripada para

Tamadun Islam & Tamadun Asia


12
pedagang. Antara merupakan cara sebarannya:

a) Pedagang asing di Melaka memeluk agama Islam. Apabila pulang, sebarkan Islam di
tempat asal mereka.
b) Tentera upahan dari Jawa memeluk agama Islam dan sebarkan Islam di tempat asal
c) Menyebarkan Islam ke wilayah jajahannya.
d) Raja negeri jajahan memeluk agama Islam jamin keselamatan tanda taat setia kepada
sultan Melaka.
e) Mubaligh, ulama & ahli sufi sebarkan Islam ke Jawa, Kalimantan dan selatan Filipina.
Berdakwah secara berhemah
f) Perkahwinan politik - Perkahwinan puteri Sultan Mansor Shah dengan putera Raja Siak –
agama Islam ke Siak.
g) Sultan Alauddin Riayat Shah hantar ahli agama mengajar ilmu agama kepada raja dari
Pahang, Kampar dan Inderagiri

3.4 Pusat kegiatan intelektual

Kedatangan agama islam memberi sumbangan kepada kerajaan melayu Melaka untuk mendidik
dan mengajar ilmu dikuatkuasakan. Pendidikan mengarang surat rasmi raja menggubal
perjanjian menjadi guru kepada anak-anak raja. Tugas pengarang mengarang sejarah
menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan menyusun salasilah raja mencatat diari istana. Impak
tugas ulama menulis kitab menterjemah kitab agama Islam. Selain itu, golongan cerdik pandai
kuasai bahasa asing kerana penglibatan pedagang warga asing. Aktiviti kegiatan penterjemahaan
dan menyadur karya sastera Arab dan Parsi dilakukan di istana. Sebagai contoh Karya sastera
terjemahan Hikayat Amir Hamzah Hikayat Muhammad Ali Hanapiah Hikayat Iskandar
Zulkarnain Hikayat Hang Tuah Hikayat Bayan Budiman.

Tamadun Islam & Tamadun Asia


13
4.0 Kesan Kedatangan Agama Islam

Pengajaran agama islam memberi ilmu yang termaktub kepada penduduk serta kerajaan Melaka.
Ini disebabkan beberapa perubahan telah pun berlaku dari segi sistem pemerintahan, penjajahan,
pengawasan di pelabuhan serta memberi hasilan baik seperti perkembangan kepadakehidupan
rakyat jelata.

Di pentadbiran kerajaan Melaka institusi kesultanan gantikan dengan sistem beraja


kerana sistem pemerintahan beraja diberikan dengan pengenalan identiti baru iaitu Raja dan
Kerajaan, menghapuskan konsepsi lama yang menganggap Raja sebagai ‘penjelmaan tuhan di
bumi’, status yang meletakkan Raja sama taraf dengan tuhan. Di samping itu, konsep devaraja
dimansuhkan. Kesan penggantian Sultan Muhammad Shah merupakan raja Melaka pertama
menggunakan gelaran sultan. Tambahan kedatangan ulama islam yang berkebolehan menasihati
sultan dalam hal pemeritahan agar memerintah dengan adil. Maka undang-undang fikah
digunaka untuk mempengaruhi hukum kanun Melaka dan undang-undang laut. Kedatangan
islam juga memberi sumbangan kepada ilmu seperti penubuhan masjid dan madrasah menjadi
tujuan utama pengajian agama Islam. Di pusat pengajaran juga pengajian al-Quran diajar asas
sistem pendidikan. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu digunakan sistem pentadbiran dan di
urusan pelabuhan sebagai bahasa lingua franca iaitu bahasa pengantaraan. Ia mendorong rakyat
jelata dan pedagang asing untuk banyakkan kegunaan bahasa ini di Tanah Melayu. Pengaruhan
islam memberi sumbangan untuk mengenali tulisan jawi yang merupakan tulisan baharu untuk
dipelajari. Jadi agama Islam pengaruhi budaya masyarakat bukan sekadar di Melaka malah
menjadi pedoman kepada negeri naungan seperti Brunei, Sulu, Patani, Pasai dan lain-lain.

Melalui saudagar India perkembangan pada bidang seni pengaruhi corak kehidupan orang
Melaka. Bidang kesenian umpama ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrab, menara azan, dan
batu nisan. Pengaruhan islam juga memberi akhlak di atas tulisan khat dan ukiran berbentuk
bunga, geometri dan ayat al- Quran atau hadis. Selain sebaran ilmu ini juga menyumbang untuk
amalankan upacara khatam al- Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah yang memberi

Tamadun Islam & Tamadun Asia


14
kepentingan kepada masyarakat seluas-luasnya.

5.0 Kemerosotan Kerajaan Melaka

Kelemahan pemerintahan Melaka –Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah , beliau
didapati mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya , Sultan Mansur Syah.
Ayahandanya seorang yang gagah,berani dan tegas,namun baginda bersikap menolak kekerasan.
Oleh itu ,tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman pemerintahan baginda. Hal ini
menyebabkan banyak wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan membentuk autonomi
masing-masing. Keadaan bertambah buruk semasa ketakhtaan Sultan Mahmud. Baginda
digambarkan sebagai seorang pemerintah yang sering mengabaikan doktrin keadilan dalam
pemerintahannya. Ketika pemerintahan baginda, berlaku juga kelemahan-kelemahan dalam
kalangan pembesar .Pengganti-Pengganti Bendahara Tun Perak didapati tidak secergas dan
sebijaksana beliau .Misalnya , Tun Perak diganti oleh adiknya Tun Perpatih Putih yang sangat
tua dan telah tepok kakinya .Adik kepada Tun Perpatih Putih yang menggantikan abangnya pula
dikatakan seorang yang boros. Justeru, kelemahan ini juga menunjuk pentadbir tidak berapa
cekap dan adil.

Selain itu ​perebutan kuasa b​erlaku dalam kalangan pembesar seperti Bendahara Tun
Mutahir melantik saudara-saudaranya memegang jawatan penting dalam pentadbiran. Keadaan
ini menyebabkan pembesar diketuai oleh Laksamana Khoja Hassan tidak berpuas hati.
Akibatnya kemunculan fitnah terhadap Bendahara Tun Mutahir kerana beliau menjatuhkan
hukuman bunuh oleh Sultan Melaka.

Kesan seterusnya pula ​kelemahan askar Melaka. Ini kerana semasa menghadapi serangan
Portugis, askar menggunakan tombak, keris, panah, dan sumpit beracun, manakala Portugis
menggunakan meriam dan senapang yang lebih canggih. Tentera portugis menapat bantuan dari
pangkalan tenteranya di Goa, India. Keadaan ini telah melemahkan semangat juang dalam
kalangan Askar Melaka. ​Selain kesan penglibatan warga asing di peperangan ​kerana askar

Tamadun Islam & Tamadun Asia


15
upahan iaitu Jawa melarikan diri dari medan perang.

Seterusnya kesan negatif didapati iaitu k​etidaksetiaan rakyat berlaku disebabkan


kematian ​Bendahara Tun Mutahir berlaku, akibat fitnah telah menyebabkan rakyat
berpecah-pecah. Mereka tidak bersatu-padu menentang musuh. Portugis menawan Melaka
setelah berjaya memusnahkan jambatan sungai Melaka. Kejayaan ini disebabkan oleh Si Katol
yang membocorkan rahsia penting maklumat pertahanan Melaka kepada Portugis.

Appendiks

Tamadun Islam & Tamadun Asia


16
Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 5 Gambaran menunjukkan angin tiupan monsun barat
dan timur

Gambaran Pokok Amalaka Gambaran sistem pentadbiran kerajaan melayu


melaka

Pokok bakau pokok api-api

Gambar menunjukkan sekeping undang-undang kanun Melaka

Tamadun Islam & Tamadun Asia


17
Rujukan
1. Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994.
2. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
3. Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP).
4. Mohammad Yusoff Hashim, Daulat Dalam Tradisi Budaya dan Politik Kesultanan
Melayu Abad ke 15 dan Awal Abad ke 16: Antara Mitos dan Realiti. Dalam Jurnal
Jabatan Sejarah Universiti Malaya, No. 3/1994-1995, Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan
Universiti Malaya, 1995, h. 215.
5. Auni Haji Abdullah (2005), Tradisi Pemerintahan Islam & Kolonialisme Dalam Sejarah
Alam Melayu, Kuala Lumpur: Darulfikir, h. 1
6. Noor Aziah Mohd Awal. 2004.
7. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia. Cet.2. Selangor:International Law
book Services (ILBS). Hal.18-19.

Tamadun Islam & Tamadun Asia


18

Anda mungkin juga menyukai