Anda di halaman 1dari 2

Sumbangan Kesultanan Melayu Melaka Kepada Negara

1. Warisan Sosiobudaya

Warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam aspek sosiobudaya dapat dilihar dari segi
pengamalan istiadat di negeri-negeri Melayu yang lain seperti Perak dan Johor. Antaranya
pengunaan bahasa istana atau bahasa dalam yang mana bahasa tersebut hanya boleh
digunakan oleh golongan diraja dan kerabatnya sahaja dan rakyat tidak dibenarkan sama
sekali menggunakannya. Rakyat juga dilarang daripada mengunakan warana tertentu
seperti warna kuning. Alat kebesaran diraja seperti nobat masih digunakan di negeri-negeri
Melayu seperti Johor, Perak dan Selangor. Rakyat juga dilarang mendirikan rumah
berpemanjungan, berperahu dengan tingkap berpenghadapan, memakai penduk serta
memakai segala jenis perhiasan seperti emas dan khasa(h) di balai penghadapan. Tujuan
adat dan peralatan tersebut digunakan adalah untuk menghormati raja atau sultan
memerintah.

Hal ini, zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, pendidikan tidak formal
telah wujud dalam kalangan masyarakat Melayu. Pendidikan tidak formal kebiasaannya
tidak mempunyai sistem dan institusi yang khusus. Kanak-kanak diajar melalui
pendengaran, pemerhatian dan penglibatan mereka dengan alam sekeliling. Tenaga
pengajar juga tidak mempunyai tauliah dan kebiasaannya terdiri daripada ibu bapa sendiri.
Selain itu, pengajaran juga diselitkan melalui cerita-cerita dongeng, pantun, dan peribahasa
yang mengandungi banyak unsur-unsur nilai murni.

2. Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perantaran atau Lingua Franca

Bahasa Melayu telah mencipta kegemilangan yang luar biasa sekitar abad ke-13
iaitu pada zaman Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka apabila bahasa Melayu berfungsi
sebagai lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara penduduk tempatan dengan para
pedagang asing bagi urusan perdagangan. Ini bermakna, setiap pedagang dari seluruh
pelosok dunia yang berhajat untuk singgah di pelabuhan Melaka atau menjalankan kegiatan
perdagangan mestilah pandai bertutur dalam bahasa Melayu.

Di samping itu, bahasa Melayu juga berkemampuan menjadi bahasa antarabangsa


apabila bahasa tersebut digunakan dalam hubungan diplomatik antara Melaka dengan
negara-negara asing seperti negara China. Dalam konteks ini, keperluan mengetahui dan
memahami bahasa-bahasa asing telah mendapat ‘perhatian diraja’ pada zaman Dinasti
Ming apabila jawatankuasa jurubahasa (Da Tong Shi) telah ditubuhkan untuk memenuhi
kepentingan dan keperluan dalam hubungan luar negara.

3. Kewujudan Pelbagai Bangsa

Kewujudan pelbagai kaum sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi dimana faktor
perdagangan, diplomatik, perkahwinan, dan sebagainya. Dapat dilihat Jalinan hubungan di
zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan China sejak abad ke-13 lagi. Sejarah panjang
memperlihatkan hubungan dua hala yang cukup mantap dan memberikan kesan langsung
kepada kedua-dua buah negara. Bermula dengan hubungan diplomatik iaitu sebagai kuasa
perlindung kepada Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya pertalian kekeluargaan diraja.
Hubungan ini memperlihatkan pusingan proses migran masyarakat Cina ke Tanah Melayu.
Kemudiann pusingan kedua proses migran berlaku secara lebih besar ke abad ke-19 dan
ke-20. Mereka ini berintegrasi dan berasimilasi dengan peribumi. Hal ini, terus bercambah
dengan subur dan melahirakan masyarakat Baba dan Nyonya dimana perkahwianan orang
Melayu dan Cina yang mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian.

4. Warisan Tapak Bersejarah

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka telah banyak memberi impak yang besar
sejarah Malaysia. Oleh itu, peninggalan-peninggalan seperti Istana Kesultanan Melaka yang
dapat dilihat ke hari ini. Contohnya, Istana Kesultanan Melaka merupakan sebuah replika
istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka sekitar 1456 hingga 1477. Muzium ini
dibuka secara rasminya pada Julai 1986. Kini muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350
item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan mewakili sejarah dan budaya
Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh
tersebut.

Di antara barang pameran di Istana Kesultanan Melayu Melaka termasuk cetakan


dan gambar Kesultanan Melayu Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata
pakaiaan perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang. Oleh itu,
terdapat peninggalan tapak-tapak sejarah seperti Kota A Famosa, Bukit Cina, dan
sebagainya. Tapak-tapak peninggalan amat penting dalam pendapatan negara melalui
aktiviti pelancongan serta dijadikan pusat kajian pensejarahan mengenai sejarah Melaka.

Anda mungkin juga menyukai