Anda di halaman 1dari 36

BAB 1 KERAJAAN ALAM MELAYU

PENGENALAN
• Maksud Alam Melayu:
Gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia

Pentas Sunda, iaitu tanah luas terbentang menghubungkan kawasan


daratan dengan kepulauan mempuyai ciri-ciri fizikal dan hidupan yang
hampir sama.
Mereka berkongsi tamadun yang sama seperti kepercayaan, asal usul
keturunan, bahasa dan budaya.
GEOGRAFI
• Pendapat tokoh mengenai Alam Melayu:
1. Professor Emeritus Dato Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman
Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu,
Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan
sampai ke Taiwan.

2. Abdul Hadi Haji Hassan


Alam Melayu suatu lingkungan geografi yang luas meliputi kepulauan
Melayu hingga selatan Thailand
3. Profesor Emeritus Tan Sri Dato Pendeta (Dr) Ismail Hussein
Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, Selatan
Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina.

4. Alfred Russel
Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan
Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua
New Guinea

5. Profesor Dr. Ding Choo Ming


Dunia Melayu sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia,
Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand dan Filipina.
BAHASA
• Konsep Alam Melayu
Penggunaan bahasa serumpun dikaitkan dengan bahasa
Melayu yang tergolong dalam bahasa Austronesia yang
merupakan antara 200 bahasa yang pertuturkan di Alam
Melayu.
Professor Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji
Omar
Bahasa serumpun di Alam Melayu mempunyai perkaitan dengan
bahasa etnik peribumi.
Dikenal pasti melalui kata tertentu.
Apabila buat perbandingan terdapat pertalian kekeluargaan bahasa
dengan bahasa Melayu
BAHASA MELAYU BAHASA JAWA BAHASA MELAYU TAGALOG MELANAU (SIBU, KADAZANDUSUN
(MALAYSIA) (INDONESIA) (BRUNEI) (FILIPINA) SARAWAK) (SABAH)

EMPAT PAPAT AMPAT APAT PAT APAT

LIMA LIMO LIMA LIMA LIMAH LIMO


Sutan Takdir Alisjahbana
• Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak masihi
lagi.
• Sifat orang Melayu yang gemar belayar mengembangkan bahasa
Melayu ke Alam Melayu.
• Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari
membolehkan bahasa diterima di Alam Melayu
BUDAYA
• mempunyai budaya serumpun yang merangkumi bahasa dan tulisan
persuratan, sturktur sosial, kesenian, kepercayaan dan adat
Dato’Aziz Deraman
Alam Melayu maju tertentu dalam bidang kesenian
Pembuatan gangsa dan seni mempertahankan diri.
Nilai serumpun wujud terutama gotong-royong.
Seni persembahan muncul wayang kulit di Kelantan dan Pulau Jawa

Persamaan budaya membuktikan Alam Melayu memiliki


kebudayaan serumpun.
kesimpulan
• Alam Melayu suatu lingkungan geografi luas dan persamaan bahasa
dan budaya.
• Kini dibahagikan kepada beberapa buah negara tetapi ikatan
kerumpunan bahasa dan budaya masih kuat dalam kalangan
penduduk di Alam Melayu.
KEWUJUDAN ALAM MELAYU
Pengenalan: Kerajaan Melayu bermula daripada petempatan kecil
berkembang menjadi pelabuhan
1. KERAJAAN FUNAN
Lokasi: Lembah Sungai Mekong
Masa: Abad pertama
Pusat kerajaan: Vyadhapura

2. KERAJAAN CHAMPA
Lokasi: Selatan dan tengah Vietnam
Masa: Abad kedua
Pusat kerajaan: Indrapura
3. KERAJAAN SRIVIJAYA
Lokasi: Lembah sungai Musi, Sumatera
Masa: Abad ketujuh
Pusat kerajaan: Palembang

4. KERAJAAN ANGKOR
Lokasi: Lembah Sungai Mekong
Masa: Abad Kesembilan
Pusat kerajaan: Hariharalaya
5. KERAJAAN MAJAPAHIT
Lokasi: Lembah sungai Brantas, Jawa Timur
Masa: Abad ke-13
Pusat kerajaan: Kota Trowulan

6. KERAJAAN KEDAH TUA


Lokasi: Sungai Mas dan Sungai Bujang
Masa: Abad Kelima
Pusat kerajaan: Sungai Mas dan Pangkalan Bujang

7. KERAJAAN GANGA NAGARA


Lokasi: Pantai Barat Bahagian Tengah Tanah Melayu
Masa: Abad keenam
Pusat kerajaan: Pangkalan
KERAJAAN ALAM MELAYU YANG MASYHUR
1. KERAJAAN FUNAN:
Berpusat di Vyadhapura
Diasaskan: Brahmin bernama Kaundinya berkahwin dengan Soma,
pemerintah wanita di Sungai Mekong
Kemasyhuran: Semasa Fan Shih-Man
1. meluaskan empayar Funan ke Sungai Mekong hingga Teluk Camranh
2. Menguasai selatan Myanmar dan Segenting Kra membolehkan
Funan menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan
barat. Kesan: Menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu.
3. Raja Funan terakhir = Rudravarman. Serangan kerajaan Chenla
menyebabkan kemerosotan kerajaan Funan.
2. KERAJAAN CHAMPA
Diasaskan: Chu-Lien 192 Masihi
Pusat di Indrapura dan sering diserang Dai Viet tetapi Chu-Lien
berjaya membebaskan Champa daripada pengaruh China.
Kemasyhuran:
1. Bermula dengan Che Bong Nga berjaya mengatasi ancaman Dai Viet
2. Meluaskan empayar Champa ke wilayah Dai Viet hingga Lembah
Sungai Merah.
3. Serangan ke Dai Viet berjaya membunuh Raja Tran Due Tong dan
menerima pengiktirafan daripada Dinasi Ming tahun 1369
4. Kemerosotan: Indravarman meninggal dunia pada 1441 dan Dai
Viet menggunakan peluang serang Champa serta 1471 di tawan Dai
Viet
3. KERAJAAN SRIVIJAYA
Diasaskan: Dapunta Hyang Sri Jayanasa tahun 683 Masihi di
Palembang. Berjaya menakluk Bangka dan Taruma
Kemasyhuran:
1. Pemerintahan Sangramadhananjaya pada abad kelapan berjaya
menakluk Sumatera, selatan Myanmar, Tanah melayu dan
Segenting Kra
2. Penaklukan membolehkan Srivijaya menguasai jalan laut
antarabangsa, Selat Melaka dan Selat Sunda serta menjadi kuasa
perdagangan utama di Alam Melayu dan menjadi pusat pengajian
agama Buddha
3. Serangan tentera Chola tahun 1025 menyebabkan Srivijaya menjadi
lemah.
KERAJAAN ANGKOR
Berpusat di Hariharalaya diasaskan oleh Jayarvarman II dari Chenla
yang menyatukan wilayah di Lembah Sungai Mekong.
Kemasyhuran:
1. Suryavarman II meluaskan empayar Angkor ke sekita Lembah Sungai
Mekong hingga ke selatan Myanmar.
2. Menghalang ancaman daripada Champa dan Dai Viet
3. Mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan
dengan perdagangan luar.
4. Diteruskan Jayavarman VII meluaskan empayar Angkor hingga
sempadan Annam dan bina Angkor Thom serta 102 buah hospital.
5. Serangan Siam pada tahun 1594 melemahkan kerajaan Angkor.
KERAJAAN MAJAPAHIT
Diasaskan Raden Vijaya dengan bantuan tentera Mongol dalam perebutan
kuasa di Jawa pada 1294.
Berpusat di Kota Trowulan.
Kemasyhuran:
1. Bermula dengan perlantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana Menteri
oleh Tribuana Tunggadewi.
2. Berjaya mengembalikan keamanan dan keselamatan kerajaan Majapahit.
3. Meluaskan tanah jajahannya ke timur Pulau Jawa, pesisir pantai timur
sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau Borneo bahagian selatan dan
timur Sulawesi dan Kepulauan Maluku. Majapahit menjadi pusat
perdagangan pada abad ke-14.
4. Kematian Patih Gajah Mada dan serangan kerajaan Demak 1478
menyebabkan kerajaan Majapahit menjadi lemah.
KERAJAAN KEDAH TUA
Muncul dengan penglibatan masyarakat di Guar Kepah yang
menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang dari luar di
Sungai Mas.
Peringkat awal = Sungai Mas dan Pangkalan Bujang.
Bukti= diperkukuhkan dengan catatan golongan agama dan pedagang
dari China, India dan Arab-Parsi.
Sumber China menamakan kerajaan Kedah Tua = Chieh Ch’a
Sumber India dan Arab = Kataha dan Kalah-bar
KEMASYHURAN
• Dikaitkan dengan kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang.
• Kedah Tua nenjadi pusat keagamaan agama Buddha.
• Kemasyhuran menyebabkan Srivijaya menguasai Kedah Tua dan
tentera Chola dari India melemahkaan kegiatan perdagangan di Kedah
Tua.
• Pengasasan Kesultanan Kedah memulakan kerajaan baharu di Kedah
Tua.
KERAJAAN GANGGA NAGARA
Muncul pada abad keenam.
Berfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad kelima.
Pengasas: Raja Ganji Sarjuna.
Pendapat lain: Raja Khmer dari Kemboja
Pusat di Pangkalan
Kemasyhuran:
1. Sejak abad kelima Gangga Nagara sering dikunjungi pedagang luar
kerana kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah.
2. Berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan kerajaan
Srivijaya
3. Lemah kerana serangan tentera Chola dari India telah memusnahkan
pelabuhan Gangga Nagara.
KERAJAAN ALAM MELAYU DAN KERAJAAN LUAR YANG
SEZAMAN
• KERAJAAN LUAR YANG SEZAMAN:
Abad pertama:
Kerajaan Funan sezaman dengan empayar Rom, empayar Parsi,
empayar Kushan dan Dinasti Han

Abad Kesembilan:
Kerajaan Champa, Srivijaya dan Angkor sezaman dengan Kerajaan
Abbasiyah, empayar Byzantine, Dinasti Tang dan Kerajaan Chola

Abad ke-14
Kerajaan Champa, Angkor dan Majapahit sezaman dengan empayar
mongol, kerajaan Turki Uthamniyah dan Kesultanan Delhi
HUBUNGAN PERDAGANGAN
Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan perdagangan dengan
kerajaan luar
SEBAB:
1. kedudukan strategik di laluan perdagangan timur dan barat
2. Kekayaan hasil bumi

Menunjukkan amalan sikap keterbukaan para pemerintah


HUBUNGAN KEAGAMAAN
• HINDU:
• Cara penyebaran ke Alam Melayu:
1. Peranan pedagang, tentera dan golongan Brahmin

• BUDDHA:
• Cara:
1. Asoka menghanta sami-sami Buddha ke Alam Melayu untuk
sebarkan agama Buddha
• ISLAM:
• CARA:
1. Melalui peranan pedagang, pemerintah dan pendakwah
HUBUNGAN DIPLOMATIK
• Merupakan hubungan politik antara dua kerajaan
• Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan diplomatic dengan kerajaan
di China dan India

HUBUNGAN ALAM MELAYU DENGAN CHINA:


1. Funan:
 Utusan dihantar pada abad ketiga
Tujuan: Memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Viet
2. Champa:
Utusan dihantar pada abad ketiga
Tujuan: Memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China,
iaitu Dai Viet
3. Majapahit:
Utusan dihantar pada abad ke-14
Tujuan: Menjalinkan hubungan persahabatan

4. Srivijaya:
Utusan dihantar pada abad ketujuh
Tujuan: Mendapatkan pengiktirafan dan memperkukuh hubungan
persahabatan dan perdagangan

5. Angkor:
Utusan dihantar pada abad ke-12
Tujuan: Memperkukuh persahabatan dan perdagangan
6. Kedah Tua:
Utusan dihantar pada abad ketujuh
Tujuan: Memperkukuh hubungan perdagangan
HUBUNGAN KERAJAAN ALAM MELAYU DENGAN INDIA
1. Funan:
Utusan dihantar pada abad ketiga
Tujuan: Memperkukuh hubungan perdagangan dan keagamaan
dengan India

2. Majapahit:
Utusan dihantar pada abad ke-14
Tujuan: Mengeratkan hubungan persahabatan
3. Srivijaya:
Utusan dihantar pada abad kesembilan
Tujuan: Mengeratkan hubungan persahabatan dan hubungan
keagamaan

4. Angkor:
Utusan dihantar pada abad ke-12
Tujuan Mengeratkan hubungan persahabatan
LATIHAN
1. Nyatakan nama tokoh yang memberikan pendapat di bawah:
a) Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar sampai ke Taiwan

b) Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim

c) Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak awal


masihi lagi
2. Berikan nama lokasi dan pusat kerajaan bagi kesemua kerajaan di
Alam Melayu.
3. Siapakah yang mengasaskan kerajaan Funan, Champa dan
Majapahit.
4. Apakah yang dilakukan oleh Che Bong Nga menyebabkan
kemasyhuran kerajaan Champa.
5. Berikan bukti yang menunjukkan Patih Gajah Mada seorang
Perdana Menteri yang hebat.
6. Berikan cara kedatangan agama Hindu dan Buddha ke Alam Melayu.
7. Berikan sebab mengapakah Funan, Champa dan Kedah Tua
menghantar utusan kepada China.
8. Berikan sebab mengapakah Funan dan Angkor menghantar utusan
ke India.

Anda mungkin juga menyukai