Anda di halaman 1dari 6

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

(JXEA 1104)

TAJUK:KUPASAN FALSAFAH DALAM

KONSEP PERJANJIAN

PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMMAD

TUTOR:SITI HADIJAH ABDOL RAHMAN

NAMA:MOHAMMAD FAHMI MISHAN

NO.MATRIK:JEA 080038

SEMESTAR 1,SESI 2008/2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU,

UNIVERSITI MALAYA
Maka titah Sri Tri Buana:”Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapak jangan

derhaka pada anak cucu hamba.Jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalipun.”

Maka sembah Demang Lebar Daun:”Baiklah tuanku.Tetapi jikalau anak cucu tuanku

dahulu mengubahkan dia,(maka) anak cucu patik pun mengubahkan dia”.Maka titah Seri

Tri Buana,”Baiklah,kabullah hamba akan waad itu.”Maka keduanya pun bersumpah-

sumpahlah,barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu di balik Allah subhanahu wa

taala bumbungan rumahnya kebawah,kaki tiangnya keatas.Itulah sebabnya maka

dianugerahkan Allah subhnahu wa taala kepada segala raja-raja Melayu,tiada pernah

memberi aib pada segala hamba Melayu;jikalau sebagaimana sekalipun besar

dosanya,tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata yang jahat.

Sejarah Melayu
DEFINISI
Secara umumnya,dari perspektif etemologi,perkataan falsafah berasal daripada bahasa

Yunani iaitu “philosophia” yang memberi maksud cinta kepada kebenaran.Dalam bahasa

Arab pula,iaitu falsafah berasal daripada perkataan “falasifah” yang membawa

maksud,hikmah.Manakala,dalam bahasa Melayu,falsafah dapat dijustifikasikan sebagai

“cinta akan hikmah atau cinta akan kebijaksanaan.”Pada asasnya,falsafah dapat diertikan

sebagai pengetahuan insan terhadap dirinya sebagai mikrokosmos dan pengetahuan

kepada hakikat sekadar yang termampu oleh insan tersebut.Tambahan pula,falsafah boleh

diintrepretasikan sebagai sesuatu penyelidikan ilmu yang berasaskan renungan(reflective)

dan pentaakulan(reasoning),bagi menyimpulkan sifat,kandungan serta hakikat alam

semesta sebagai satu pertalian.

Falsafah sebagaimana yang saya fahami,adalah sesuatu yang berada di pertengahan

antara teologi dan sains.Berdasarkan keratan Sejarah Melayu,saya memilih idea

“perjanjian” sebagai sampel falsafah.Berikut adalah contoh keratan sampel tersebut:

“Maka kedua-duanya pun bersumpah-sumpahlah,barang siapa mengubahkan

perjanjiannya itu dibalik Allah suhanahu wa taalabumbungan rumahnya ke bawah,kaki

tiangnya ke atas.”

Sejarah Melayu

Kata dasar perjanjian itu berasal daripada perkataan janji.Menurut Kamus Dewan,Edisi

Pertama,perjanjian ditakrifkan sebagai persetujuan atau permuafakatan yang dibuat


antara dua pihak atau lebih.Manakala,perkataan janji pula membawa maksud pernyataan

kesediaan dalam berbuat sesuatu perkara.

KONSEP FALSAFAH(PERJANJIAN)

ISLAM.

Semasa kedatangan Islam,penekanan diberikan kepada hubungan dengan Tuhan(hablum

minallah) dan hubungan sesama manusia,khususnya merujuk kepada pemimpin(hablum

minannas),selaras dengan kesepaduan yang digariskan dalam ajaran Islam itu

sendiri.Maka,perjanjian dalam ajaran Islam membicarakan pertalian manusia sesama

Allah dan pertalian sesama manusia.Hal ini kerana,hidup manusia sebelum lahir ke alam

yang fana ,telah pun membuat perjanjian dengan Allah supaya mentaatiNya sebagai

pencipta Yang Maha Esa selain menjadi khalifah di muka bumi.

Agama Islam meletakkan akal sebagai aqidah dan menjadi tanggungjawab manusia

dalam mengenal Yang Maha Kuasa sekalian alam.Saya mengambil contoh,al-

Farabi,seorang ahli falsafah Islam yang memperincikan hikmah sebagai

makrifatullah(mengenal Allah) dan beliau berpendapat ahli falsafah juga adalah mereka

yang mengorbankan daya usaha dan cita-cita hidupnya untuk menyelidiki hakikat

alam.Islam juga melarang keras umatnya memungkiri janji yang telah diucapkan kerana

perbuatan tersebut dilihat sebagai penganiayaan.


MASYARAKAT.

Dengan itu,kehidupan manusia sama ada daripada aspek instituisi sosial dan politik turut

dipengaruhi oleh idea kepada konsep falsafah perjanjian itu sendiri.Umpamanya,dalam

perihal undang-undang,falsafah tersebut bertindak memahamkan masyarakat mengenai

maksud undang-undang bagi rakyat biasa,peguam dan juga hakim.

Secara peribadi,pada pendapat saya,ia juga mengemukakan etika kehakiman dan

guaman supaya dapat dipatuhi oleh pengamal undang-undang sekaligus menjadi lambang

kepada konsep falsafah perjanjian itu sendiri.Sebagai contoh lain,pada zaman feudal

pemerintahan kerajaan Melaka,rakyat menumpahkan taat setia kepada sultan kerana

beranggapan sultan merupakan ‘bayangan Allah di muka bumi’(zulillah fil-ardh) dan

sebagai pemimpin orang mukmin(khalifatul mukminin).Peristiwa tersebut menunjukkan

wujudnya pertalian(legal) diantara golongan pemerintah dan yang diperintah yang dapat

dilihat dari perspektif lain menerusi falsafah perjanjian itu sendiri.

ILMU
RUJUKAN

Kamus Dewan,Edisi Pertama,cetakan kedua,1984.

Anda mungkin juga menyukai