Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH

Thursday, 20 November 2014

Sejarah Johor ( Perang Tiga Segi )

Persaingan yang berlaku antara Portugis, Johor dan Acheh dikenali sebagai perang tiga segi. Persaingan
ini kerana ingin menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka yang menyebabkan berlarutan selama 100
tahun. Acheh menyerang Johor kerana kemajuan Johor mengancam perdagangan Acheh. Johor pula
menyerang Portugis di Melaka kerana hendak merampas semula Melaka daripada Portugis dan Portugis
pula menyerang Johor kerana menganggap Johor telah berpakat dengan Acheh untuk menyerang
Melaka.

     Johor yang menyerang Portugis di Melaka mempunyai beberapa faktor antaranya ingin mengambil
semula pengasasan kerajaan bukit si guntang. Namun begitu acheh pula mempunyai factor lain untuk
menyerang portugis kerana pelbagai sekatan serta kadar cukai yang tinggi ke atas pedagang islam.
Ekoran daripada itu acheh merasakan tidak berpuas hati dengan tindakan portugis. Pada masa johor
melemparkan serangan ke atas Portugis, acheh juga menyerang portugis disebabkan oleh faktor tidak
berpuas hati. Kemudiannya johor mula mengatur strategi dengan mengepung Melaka selama tiga bulan
tetapi usaha menumpaskan portugis tidak Berjaya. Johor dan acheh tidak Berjaya mengalahkan portugis
kerana mereka gagal menembusi kubu pertahanan portugis iaitu kota A famosa. Faktor lain daripada
kegagalan ini ialah tentera portugis menggunakan senjata api moden menyebabkan ianya sukar
dikalahkan.

       Disebabkan serangan johor dan acheh dilakukan serentak maka timbulah keraguan portugis
terhadap dua kuasa ini. Portugis merasakan johor dan acheh berpakat menyerangnya untuk
mendapatkan Melaka. Hal ini menyebabkan portugis melancarkan serangan ke atas johor dan acheh.
Serangan ini berjaya dan menyebabkan rakyat acheh ramai yang terkorban dan johor juga mengalami
kesan yang sama.

       Oleh itu, Acheh mula mengambil langkah dengan membuat pendamaian dengan ketiga-tiga kuasa
ini. Portugis terpaksa bersetuju dengan pendamaian tersebut kerana portugis melihat ekonomi
perdagangan di melaka mula merosot disebabkan oleh pedagang luar beralih ke acheh. Manakala, johor
pula terpaksa  bersetuju kerana melihat perdagangan di acheh semakin berkembang. Pendamaian ini
berlaku dalam tempoh yang singkat kerana kerajaan acheh mulai lemah. Kelemahan ini disambut baik
oleh johor kerana johor hanya perlu bersaing dengan portugis untuk mendapatkan Melaka.

       Oleh itu, Johor mula mengorak langkah dengan menjalinkan persahabatan dengan belanda kerana
belanda merupakan satu kuasa besar yang digeruni ketika itu dan akhirnya berjaya mengalahkan
portugis di Melaka pada tahun 1641. Hasilnya, perdagangan johor maju kerana belanda memberi
keistimewaan perdagangan kepada johor. Seterusnya, campur tangan belanda ini juga menyebabkan
perang tiga segi ini berakhir.
Posted by nurhayati at 19:10 

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer PostOlder PostHome

Subscribe to: Post Comments (Atom)

tik tok

bintang bintang

About Me

nurhayati

Nama saya Nurhayati Binti Alimudin berasal dari Tawau, Sabah Saya berumur 20 tahun saya berpegang
pada prinsip " Dia Boleh, Pasti Saya Boleh"

View my complete profile

Blog Archive

 ▼  2014 (3)

o ►  December (1)

o ▼  November (2
)

 Sejarah
Johor
( Perang
Tiga
Segi )

 Sejarah
Melaka
welcome to my blog
assalamualaikum

My Blog List

Watermark theme. Powered by Blogger.

My Song

Anda mungkin juga menyukai