Anda di halaman 1dari 10

Laporan Melawat Ke

Muzium Sultan Alam Shah, Selangor

Pada 23 Jun 2017, saya telah melawat ke Muzium Sultan Alam Shah, Selangor sebagai
lokasi lawatan saya. Muzium Sultan Alam Shah atau juga dikenali sebagai Muzium Shah Alam
terletak di bandar Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Bangunan muzium ini dibina mengikut
seni bina moden, bersebelahan Perpustakaan Shah Alam. Penubuhan Muzium Negeri
Selangor pada bertarikh 27 Disember 1975. Muzium ini beroperasi pada 2 September 1989
dan pembukaannya dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor.

Muzium ini terdapat lima buah balai pameran iaitu balai sejarah, balai kebudayaan, balai
alam semulajadi ,balai sukan , balai islam serta pameran luar. Muzium ini juga dilengkapi
dengan kemudahan seperti pusat sumber, auditorium, dewan, bilik mesyuarat, makmal dan
gudang. Ia diwujudkan bagi menyimpan khazanah dan artifak Negeri Selangor terutamanya
sejarah, salasilah Kesultanan Selangor, budaya, adat dan istiadat masyarakat di Selangor.
Gedung sejarah ini juga bertanggungjawab memelihara pelbagai barangan berharga yang
mencipta sejarah. Pelbagai artifak dan bahan bersejarah dipamerkan mengikut zaman
prasejarah, selepas kemerdekaan dan zaman darurat. Muzium ini dibuka kepada orang ramai
setiap hari kecuali hari Isnin. Saya melawat ke Muzium Sultan Alam Shah, Selangor ini dapat
memberi manfaat serta cetusan idea dalam meningkatkan lagi pengetahuan dan jati diri dari
aspek sejarah dan ketamadunan.

Pada dasarnya, saya memilih muzium ini sebagai lawatan adalah kerana muzium ini
memenuhi dengan pameran-pameran bertamadunan yang sesuai untuk dipelajari dan lebih
ingin kenal dengan lebih dekat sejarah dan bertamadun. Dalam lawatan ini, saya terdapat
pelbagai nilai-nilai dalam lawatan ini. Selain itu, muzium ini menyimpan seribu rahsia khazanah
dan artifak. Kepelbagaian artifak dan pameran menarik yang terdapat di muzium ini
membolehkan saya untuk menerokai lebih mendalam mengenai sejarah dan pembangunan
negeri Selangor.

Dalam muzium ini telah mempamerkan pelbagai artifak prasejarah yang dijumpai di tapak
penempatan awal manusia di Selangor. Seterusnya, sejarah pentadbiran Selangor dipamerkan
melalui ruangan zaman Melaka-Johor, zaman Portugis-Belanda, kedatangan orang Bugis,
pembukaan ibu kota, zaman penjajahan dan pra-kemerdekaan, sehinggalah Selangor
mencapai status negeri maju pada tahun 2005.
Gambar1 : Serpihan Gendang Dongson

Antara koleksi menarik di balai ini adalah serpihan gendang dongson yang dipercayai
hasil peninggalan dari zaman gangsa-besi.Pada tahun 300 s.m Zaman logam melalui tiga tahap
iaitu zaman Temaga , zaman Gangsa dan Zaman Besi Dalam zaman logam , digambarkan
kecermelangan ketamadunan masyarakat melalui penemuan Serpihan Gendang Dongson.
Terdapat simbol-simbol dan lukisan-lukisan pada Serpihan Gendang Dongson memperlihatkan
corak kehidupan masyarakat pada masa itu . Oleh itu ,Serpihan Gendang Dongson ini
merupakan salah satu elemen yang penting pada Zaman Logam di Asia Tenggara terhadap
sosial , ekonomi , kesenian dan Agama.

Serpihan Gendang Dongson diperbuat daripada campuran Gangsa , Temaga timah ,


plumbum tanah liat dan lilin. Ia mempunyai permukaan yang rata , rangka yang lebar , dinding
yang lurus dan kaki yang lebar Menurut Heger , gendang ini mempunyai 5 bahagian iaitu ,
pukul , bahu , pinggang , kaki dan pemegang Terdapat 3 corak iaitu , Naturalistic , Zoomorfik
dan Geometri yang membawa maksud tersendiri . Naturalistic = pola hiasan yang berbentuk
manusia dan haiwan, Zoomorfik = gambar 1 bulatan dikelilingi tagen , pola duri dan mata
gergaji, Geometri = elemen motif , corak seperti bulat , lurus dan lain-lain. Serpihan Gendang
Dongson sebagai alat muzik ketika upacara hiburan dilakukan.

Selain itu,digunkan sebagai hantaran perkahwinan iaitu mas kahwin. Selagipun,ia


sebagai alat pengembumian iaitu ditanam bersama-sama mayat dalam kubur. Ia juga
digunakan sebagai memuja semangat dan roh nenek moyang dan telah dibuktikan dengan
masyarakat Dong Son di kawasan Bac Bo yang memuja semangat dan roh nenek moyang
melalui penemuan Serpihan Gendang Gangsa di Ngo Lut Huang Ho yang mempunyai ilustrasi
kapal dan terdapat tentera yang mengambarkan perjalanan ke akhirat. Serpihan Gendang
Dongson merupakan elemen yang sangat penting dan menggambarkan kemajuan masyarakat
zaman logam. Zaman logam merupakan titik awal kehidupan manusia yang lebih moden dan
maju.

Gambar 2: Replika Kubur Batu Megalith

Dalam papan penerangan telah menjelaskan Replika Kubur Batu Megalith dijumpai di
Lembah Bernam dakat Pekan Sabak Bernam yang tidak jauh dari terbing sungai Bernam.
Replika Kubur Batu Megalith juga dinamakan “Batu Tegak”.dan mengalith jenis “Menhir”
Sebelum dijumpai ini, batu-batu “Menhir” tidak pernah dikesan di luar bahagian Tenggara
Semenanjung dan hanya terdapat di Melaka dan Negeri Sembilan. Batu-batu “Menhir” ini
biasanya digelarkan “ batu hidup” oleh penduduk-penduduk tempatan.Jenis “ Menhir” yang
dijumpai di tebing sungai Bernma ini adalah jenis yang agak sama dengan yang dijumpai di
Alor Gajah, Melaka terutamanya jenis yang dijumpai berpasang-pasang.

Ia adalah diperbuat daripada Batu Granit. Bentuknya ( Batu Tegak A yang lebih tinngi )
merupakan batu tegak yang bengkok sedikit dan lebih besar di bahagian kaki dan muncungnya
naik ke puncak. Ukuran batu “Menhir” besar ( yang lebih tinggi) di tapak bumi ialah 96sm tinggi.
Sisi terpanjangnya ialah 117sm dan saiz bahagian kakinya ialah 33sm X 5sm.Jarak antara Batu
Tagak A dan Bialah 198sm. Sebenarnya, tapak megalith ini telah mengalami sedikit perubahan
dan penduduk tempatan menganggap batu-batu “Menhir” ini adalah batu nisan sebuah kubur
kuno orang Muslim. Ianya dipercayai bermula dalam peringkat zaman awal.Gambar di bawah
sebagai rujukan Replika Kubur Batu Megalith.

Gambar 3 & 4: Tampang Berbentuk Haiwan dan Piramid

Pada tahun 1889, mata wang tampang telah diisytiharkan oleh Pentadbiran Inggeris
sebagai sah diperlakukan di negeri Pahang. Tampang ialah istilah yang digunakan bagi mata
wang yang diperbuat daripada timah yang digunakan pada zaman dahulu. matawang diperbuat
dari timah. Ia adalah dalam bentuk blok-blok kecil timah yang beratnya antara 900 gm atau 750
gm atau 10 blok kecil itu diikat dengan rotan dan dijadikan satu bundal kecil. Manakala 40 blok
dijadikan bundal besar. Penggunaan blok-blok timah ini sebagai mata wang.

Pada zaman itu, manusia tidak memerlukan wang kerana penggunaan sistem barter
dalam penawaran jual dan beli. Dengan peredaran masa, manusia menyedari bahawa
penggunaan mata wang adalah lebih sistematik berbanding dengan sistem barter. Maka,
evolusi mata wang telah wujud sejak dari zaman dahulu lagi sehingga ke hari ini kerana ia
merupakan satu sistem yang cukup baik. Gambar di bawah menunjuk tampang berbentuk
haiwan dan pyramid.

Gambar 5: Keris

Keris ialah sejenis senjata pendek yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu.
Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu
seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan
Brunei.

Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di
Mindanao, kedutan di Bali dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal daripada
bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada
patung orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.
Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai
alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris
yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang
pahlawan Melayu yang terkenal.

Keris berasal dari kerajaan Srivijaya Kepulauan Jawa dan gambaran keris terdapat di
Candi Borobudur. Keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan
kuasa kesaktian oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan
bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.

Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada
masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris
sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.

Gambar 6: Lembing
Lembing ialah sejenis senjata, yang digunakan untuk memburu dan berperang semenjak
zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu atau pemegang, biasanya diperbuat daripada kayu
dan mempunyai hujung yang tajam dipanggil kepala. Hujung yang tajam itu mungkin juga
adalah dari hujung kayu itu sendiri (contohnya lembing buluh) atau diikatkan bersama bahan
yang lain kepada hulu tersebut. Lembing yang paling biasa dibuat ialah lembing yang
mempunyai kepala yang diperbuat daripada besi, berbentuk seperti pisau pendek dan
digunakan untuk tikaman.

Pelbagai jenis lembing digunakan untuk pertarungan jarak dekat atau digunakan untuk
lontaran. Salah satu lembing lontar yang paling popular ialah Pilum, iaitu sejenis lembing lontar
yang digunakan oleh masyarakat Rom.

Lembing, merupakan salah satu senjata awal yang dihasilkan oleh manusia dan
leluhurnya, dan masih digunakan bagi memburu dan menangkap ikan. Lembing kekal sebagai
senjata tentera dalam bentuk bayonet, dan sebagai tombak ia digunakan dalam pertempuran
selewat hingga 1939 (Polish Lancers menyerang unit Berperisai Wehrmacht).

Ia boleh dikatakan bahawa lembing merupakan senjata persendirian paling biasa dimiliki
semenjak akhir zaman gangsa sehingga senjata api menjadi biasa. Lembing merupakan
senjata yang banyak kegunaannya, yang boleh digunakan dalam pertempuran dan memburu,
dan dalam pergelutan dan sebagai senjata dibaling. Di kawasan yang mempunyai sumber
terhad, ini merupakan punca kenapa lembing cenderung digunakan: alat yang boleh digunakan
bagi memburu, juga untuk membunuh haiwan yang mengancam ternakan dan tanaman, dan
turut juga merupakan senjata yang berkesan dalam perperangan. Ia mempunyai jarak berkesan
melebihi senjata tangan yang dipegang lain seperti keris, pedang dan juga boleh dilontar bagi
meningkatkan jarak keberkesanannya lagi.

Sebilah lembing adalah senjata atau peralatan yang lebih murah berbanding dengan
senjata lain yang terdapat dalam tempoh ketika lembing digunakan secara meluas. Dalam
masyarakat pre-industri di mana logam dan keupayaan menempanya adalah terhad dan mahal,
lembing dianggap sebagai senjata yang berkesan dan murah ("kos efektif"). Logam yang
diperlukan bagi menghasilkan sebilah pedang, contohnya, sebaliknya boleh digunakan bagi
menghasilkan dua, tiga atau lebih mata lembing. Sebilah lembing bukan sahaja memerlukan
logam yang kurang, turut juga tidak memerlukan bahan berkualiti tinggi seperti senjata lain,
masa atau kemahiran yang lebih rendah bagi menghasilkannya dan senjata yang dihasilkan
masih merupakan satu senjata yang berkesan dan mampu membawa maut.

Sebilah lembing agak mudah digunakan. Jika dibandingkan dengan senjata lain yang
semasa dengannya ketika kemuncak penggunaan lembing, sebilah lembing hanya memerlukan
sedikit latihan dan penggunaan bagi digunakan dengan berkesan. (Sila ambil perhatian bahawa
"dengan berkesan" tidak sama "dengan mahir".) Ujian masa kini oleh lakunan semula di United
Kingdom telah membuktikan sekumpulan lelaki boleh dilatih cara menggunakan lembing dalam
formasi dinding perisai yang berkesan sebagai orang bersenjata dengan latihan secara
sambilan dalam tempoh beberapa minggu sahaja.

Lembing berkesan dalam pelbagai cara, sesetengah daripadanya telah disebutkan.


Keberkesanan dalam sudut berkesan dan murah, agak mudah untuk menggunakan senjata
yang boleh digunakan oleh orang-orang bersenjata di lapangan dalam jumlah yang agak besar.
Berkesan dalam erti kata musuh atau mangsa boleh dikekalkan pada jarak jauh. Dan, akhirnya,
berkesan, dalam erti kata yang paling utama bagi semua senjata: di tangan pengguna yang
berpengalaman ia tangkas digunakan dan mampu membawa maut.

19
Refleksi
Berdasarkan lawatan ini, saya dapati bahawa lawatan ini banyak berkait dengan
pembelajaran di dalam kelas. Pertama, sebagai seorang manusia, kita seharusnya berpaling
semula ke belakang dengan melihat semula sejarah-sejarah yang lampau, bagaimana ia
terjadi, apa kesannya terhadap pembangunan diri insaniah, masyarakat dan globalisasi supaya
kita sedar betapa pentingnya untuk belajar dari sejarah yang terdahulu kerana nilai-nilai yang
bagus dapat kita pelajari agar tidak mengulangi segala kesilapan yang lepas.

Di Muzium Shah Alam ini banyak memberi pendedahan tentang ciri-ciri yang lebih halus
dalam tamadun Melayu seperti apa yang dipelajari sewaktu di dalam kelas. Tamadun Melayu
yang mempunyai kesantunan serta ciri ciri halus yang sangat tinggi memberi satu inspirasi yang
cukup hebat dalam membina satu sistem sosial dan kemasyarakatan yang lebih baik dari masa
ke masa. Pendedahan tentang adat perkahwinan, perayaan Aidilfitri dan Aidiladha, ibadah
berpuasa, kehalusan senibina dan seni pertahankan diri (silat) di muzium ini menjadi bukti
bahawa orang melayu di negara ini mempunyai kehalusan dalam apa jua perkara sejak dari
dahulu lagi. Banyak yang kita dapat pelajari jika kita amati dan mengambil pengajaran dari
setiap perspektif orang melayu supaya kita boleh meningkatkan jati diri dan mempunyai
pengetahuan tentang asal usul kita.

Seiring dengan itu, pengajaran dengan lebih dekat tentang ketamaduan di muzium ini
memberi pendedahan kepada kita untuk tidak meletakkan nilai dalam setiap benda itu secara
materialistik semata mata. Jangan kita katakan bahawa sejarah ini tidak penting dan tidak
mengapa jika kita tidak mempelajari sejarah kerana ia merupakan kisah pada masa lampau
sahaja. Hakikatnya, itu yang terjadi di dunia ini terutamanya di dunia barat yang terlampau akur
dengan sifat liberalisma serta materialistik akibat menolak untuk mengambil iktibar dari sejarah
yang terdahulu. Secara asasnya, sejarah ini sangat penting untuk setiap insan mempelajari dan
mengambil iktibar daripada tamadun tamadun yang lepas supaya kita sentiasa mempunyai
ruang untuk memperbaiki diri sendiri dalam menghadapi situasi situasi yang tidak dapat kita
jangkakan pada abad melinia ini.

Sebagai kesimpulannya, lawatan ke Muzium Sultan Alam Shah ini memberi banyak
pendedahan serta informasi yang boleh kita pelajari bersama-sama terutamanya tentang
pembinaan dan perkembangan sesebuah tamadun itu sendiri. Kita seharusnya mempunyai
satu sifat ingin tahu dalam mempelajari sejarah kerana ia merupakan pencetus kepada idea
dan penambahbaikkan nilai-nilai murni dalam diri setiap insan. Bagi menghadapi ancaman
dunia luar terutamanya nilai-nilai kebaratan yang semakin menular, wajarlah kita untuk
memandang kebelakan semula bagaimana wajah kebaratan yang penuh dengan sifat
konspirasi, hedonistik, materialistik dan liberisma ini mampu menghancurkan sesebuah
tamadun yang besar. Oleh itu, sangat wajarlah kita untuk mempelajari sejarah bagi
meningkatkan lagi jati diri dan sifat patriotisma dalam diri kita sebagai persediaan untuk
menghadapi mana-mana ancaman sama ada dalam peringkat domestik mahupun
antarabangsa.

Yang Disediakan Oleh: 24 JUN 2017.


KUON_________

( TAN LAY KUON )

21

Anda mungkin juga menyukai