Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 adalah pelabuhan yang terkemuka.

Duarte Barbosa (Portugis) misalnya menyifatkan Melaka sebagai ..the richest trading port dan possesses the most valuable merchandise, and the most numerous shipping and extensive traffic that is known in all the world.1 Begitu juga dengan Tom Pires yang mengatakan Melaka merupakan sebuah bandar yang sibuk dengan urusan perniagaan dan perdagangan yang melibatkan pelbagai negara. Namun begitu, kegiatan perdagangan bukanlah perkara baru bagi penduduk Melayu di Melaka. Kegiatan ini merupakan warisan dan penerusan tradisi kegiatan ekonomi orang peribumi yang telah bermula sejak dari zaman awal Kerajaan Melayu Langkasuka dan Sriwijaya, iaitu dari abad ke-7 hingga abad ke-13. Kerajaan-kerajaan kelautan ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan geografi dan perairan yang memudahkan kedatangan para pedagang asing dari Timur ke Barat ke Nusantara. Melaka menjadi pusat pertemuan antara Asia Barat dengan Asia Timur. Kemudahan-kemudahan dan keistimewaan ini termasuklah dengan kedudukan Selat Melaka sebagai kawasan lalu lintas di antara Timur dan Barat. Melaka seperti juga pelabuhan yang setaraf dengannya memainkan peranan sebagai pelabuhan transit bagi kapal-kapal yang berulangalik melalui Selat Melaka. Di samping itu, Melaka juga sebagai tempat pengumpulan, penyaluran dan pertukaran barang-barang dagangan menerusi sistem entrapot serta terdapat dua jenis angin monsun yang menentukan panduan dan arah pergerakan kapal dan kemudahan-kemudahan fizikal dan material yang disediakan di pelabuhan-pelabuhan tersebut.

Tradisi Sejarah
1

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: DBP,1989, m.s xv.

Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 di rantau ini harus dilihat daripada bentuk penghuni dan perspektif kegiatan perdagangan. Melaka sebenarnya menjadi waris kepada tradisi sejarah dan lanjutan Sriwijaya dipinggir Selat Melaka pada abad sebelum tahun 1400.2 Segala kemudahan untuk pedagang asing telah disediakan oleh pentadbir Melaka. Pengalaman sejarah dan ekonomi yang diperolehi dengan Palembang dan Jambi telah memberi contoh dan panduan kepada mereka. Pertemuan dan perhubungan antara dua masyarakat ini telah menyebabkan penduduk peribumi terdedah kepada perubahan dalam proses ekonomi secara besar-besaran. Lantaran daripada terdapat ramai pedagang asing yang terus menetap di Melaka, asas anggota masyarakatnya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama, penduduk peribumi, kedua, pedagang asing yang menetap di Melaka dan yang terakhir para pedagang dan santeri yang kerap datang ke Melaka. Akibatnya terjadilah kegiatan perdagangan antara penduduk peribumi dengan pedagang asing yang menetap di Melaka. Kegiatan yang dijalankan oleh para pedagang dan senteri di peringkat tempatan dan antarabangsa telah melahirkan masyarakat bercorak kosmopolitan. Raja-raja Melaka telah mewujudkan sistem dan struktur tertentu bagi mengawasi dan menentukan sistem perdagangan, sistem cukai, tatacara dan urusan jual beli serta etika ketika berada di darat dan laut melalui dua buah teks undang-undang tradisional iaitu Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Pengembara China, Ma Huan dan Fei Hsin menyanjung kebijaksanaan dan pemerintahan raja-raja Melaka yang awal dalam membina asas dan membawa Melaka ke mercu pusat perdagangan yang utama di rantau ini. Gibson-Hill mengakui laporan ini dan membuat andaian raja-raja Melaka yang awal itulah yang yang bertanggungjawab mewujudkan suasana perdagangan di Melaka sehingga menjadi sebuah emporium Melayu yang
2

Abdul Rahman Haji Abdullah, Asia Tenggara Tradisional (Politik dan Kebudayaan), Kuala Lumpur:Teks Publishing Sdn. Bhd. ,1985, m.s 84.

agung untuk tahap-tahap seterusnya bagi memenuhi ruang masa sepanjang abad ke-15 dan awal abad ke-16.3 Wang Gungwu telah merujuk hal ini kepada kepintaran Parameswara yang menyedari hakikat dan tuntutan tradisi bahawa Melaka adalah waris Sriwijaya yang merupakan sebuah kuasa kelautan yang kuat dan telah meraih segala keuntungan hasil daripada kegiatan perdagangan dan perkapalan di Selat Melaka sepanjang beberapa abad sebelum kemunculan Melaka. Gibson-Hill menyatakan perkembangan Melaka dari sebuah perkampungan nelayan yang kecil telah menjadi pusat perdagangan antarabangsa adalah dengan dirancang dan pengetahuan serta pengalamanpengalaman raja-raja awal Melaka tentang kegiatan sosioekonomi Sriwijaya dahulu dan bukan terjadi secara kebetulan. Seterusnya dalam memajukan Melaka sebagai pusat perdagangan, kerajaan peribumi telah menakluk kawasan asing yang stategik dan mempunyai potensi ekonomi yang baik di sekitar Selat Melaka. Tom Pires mendakwa dengan perkahwinan Sultan Iskandar Syah dengan puteri Pasai yang beragama Islam telah menyebabkan semakin ramai saudagar dari pelabuhan Pasai datang ke Melaka.

Pusat perdagangan Sebagai sebuah pelabuhan entrapot, kekuatan perdagangan Melaka bergantung kepada pedagang-pedagang asing. Sumber yang paling menarik ialah The Suma Oriental yang menjelaskan Melaka sebagai pusat tumpuan perdagangan asing dapat dilihat daripada tiga aliran lalu lintas laut.4 Di bahagian timur, hubungan perdagangan dengan negara China begitu rapat, Ini disebabkan dasar perdagangan yang menghapuskan dasar tutup pintu. Melaka menjadi tumpuan
3

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: DBP,1989, m.s 242 Joginder Singh Jessy, Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur : DBP, 1976, ms 7

para pedagang China untuk memasarkan barang-barang mereka ke Eropah. Antara barang dagangan yang dibawa oleh mereka ialah bahan wangian, permata, sutera, satin, belerang, besi alat memasak, tembikar mewah dan peluru. Barangan utama yang ditukar untuk dibawa balik ke negeri China seperti lada, gaharu, candu, rempah dan bahan-bahan dari Nusantara. Dalam pada itu, terdapat juga saudagar dari Kepulauan Liu Kiu (Jepun) yang membawa barang dagangan seperti kain, sutera, tembikar, pedang, kipas, kertas dan sedikit makanan. Barangan ini ditukar dengan rempah, arak dan kain yang didapati dari Benggala. Dari bahagian barat pula ialah saudagar dari Koromendel memerlukan gaharu, lada, permata, cengkih, kulit kayu manis dan buah pala. Para saudagar dari pelabuhan Benggala yang terdiri dari pedagang Arab, Parsi, Turki dan Absinia membentuk sebuah syarikat untuk datang ke Melaka.Mereka membawa barangan seperti makanan, beras, gula, berbagai jenis buah-buahan, kain India dan syuran kering. Bahan-bahan ini kemudian ditukar untuk membeli lada, jagung, cengkih, sutera China, tembikar Jepun, senjata Jawa dan bahan mentah lain dari Nusantara. Disamping itu, para pedagang Melaka juga turut menjalankan urusniaga hingga ke negeri India dan Ceylon untuk membeli gajah dan permata. Dalam hal ini Sejarah Melayu mencatatkan; Hatta maka Sultan Mahmud, raja Melaka hendak menyuruh ke benua Keling membeli kain serasah sempat puluh bagaimaka Hang Nadim dititahkan baginda ke benua Keling membeli kain itumaka Hang Nadim pergilah naik kapal Hang Isap..maka belayarlah ia ke Keling..Adapun Hang Isap itu ada berniaga dengan seorang Sayyid, hamba Allah5 Di samping itu, Melaka juga menjalinkan hubungan perdagangan dengan saudagar dari bahagian barat iaitu saudagar Gujerat. Seterusnya para saudagar dari pelabuhan Diu, Randir, Surat dan Daman menjadi perantara untuk memperdagangkan barang-barang dari pelabuhan Iskandariah, Mekah, Ormuz, Aden dan Jeddah. Sebaliknya pelabuhan ini pula menjadi perantara untuk
5

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: DBP,1989, m.s 247

memperdagangkan bahan-bahan Eropah ke Melaka seperti logam, senjata, cermin, manik, paku, kain berbulu dan arak. Mereka kemudian membeli berbagai-bagai jenis rempah, jagung, dan emas dari Nusantara yang terdapat di Melaka selain membawa balik barangan dari Timur Jauh seperti tembikar, wangi-wangian, sutera dan belerang untuk diperdagangkan ke India, pelabuhanpelabuhan Arab dan seterusnya ke Eropah. Dalam konteks ini, nadi perdagangan Eropah yang bermula dari pelabuhan Venice amat bergantung kepada kepentingan Melaka, seperti yang didakwa oleh Tom Pires; Whoever is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.6 Begitulah besarnya pengaruh dan kesan perdagangan Melaka ke atas pelabuhan Venice dan Eropah. Disamping itu, Melaka juga mengadakan hubungan perdagangan dengan Siam. Walaupun bermusuhan tetapi kerana faktor ekonomi, kegiatan ini diteruskan kerana masing-masing beroleh manfaat di atas hubungan perdagangan. Menurut Tom Pires dan Ruy de Brito,7 Siam membekalkan keperluan makanan kepada Melaka dan dianggarkan terdapat kira-kira 30 buah jong besar dari Siam yang datang ke pelabuhan Melaka dengan membawa beras, ikan kering, garam dan sayursayuran tiap-tiap tahun. Melaka juga menjalin hubungan perhubungan dengan Pulau Jawa melalui pelabuhan Sunda Kelapa.8 Pulau Jawa juga merupakan pembekal utama bahan makanan seperti beras, gula, berbagai-bagai jenis rempah dan kayu-kayan ke Melaka. Hubungan perdagangan antara Melaka dengan Pulau Jawa bertambah erat apabila munculnya pelabuhan-pelabuhan baru di utara Pulau Jawa seperti Demak, Japara, Ceribon, Grisik dan Tuban.

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: DBP,1989, m.s 247 Ibid, ms 248 Sheela Abraham, Sejarah Perkembangan Negara, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1994, ms 13

Kedudukan Georgafi dan Kebijaksanaan Raja Melaka Melaka muncul sebagai sebuah kuasa pusat perdagangan yangg utama di dunia kerana kedudukan geografi yang strategik.9 Selain itu faktor raja-raja Melaka yang bijak dan mahir dalam soal pentadbiran negara juga memainkan peranan penting. Ini dapat dibuktikan dengan dengan wujudnya Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.10 Undang-undang Melaka berkuatkuasa sebagai undang-undang di darat manakala Undang-undang Laut Melaka menerangkan peraturan di laut seperti tertib berniaga, tata cara berjual beli, larangan-larangan dan tanggungjawab Nahkoda serta Syahbandar. Kedudukan pelabuhan Melaka adalah bertaraf entrepot iaitu dari segi bahasa bermaksud meletakkan di antara manakala dari segi ekonomi pula ialah A warehouse or place for the storage of goods. (petikan ; Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka). Melaka adalah pelabuhan semulajadi yang sangat baik, kerana ianya cukup dalam dan kapal-kapal yang besar dapat sampai dan berlabuh dengan selamat.11 Faktor geografi amat membantu Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama dunia kerana para pedagang amat bergantung pada tiupan angin musim, iaitu Monsun Timur laut dan Monsun Barat Daya yang bertiup selama enam bulan dalam giliran tahunan. Di Melaka pedagang dari Timur dan Barat tidak pernah berjumpa akibat tiupan angin yang berlainan musim. Barang-barang dagangan yang dibawa ditinggal dan diniagakan di Melaka. Dalam konteks ini, pelabuhan Melaka berfungsi sebagai penerima, pembeli dan pengendali barang-barang dagangan untuk disimpan di dalam gudang sebelum barang-barang tersebut disebar untuk dijual. Disamping itu, ia juga menjadi perantara bagi pedagang dari Timur,

Joginder Singh Jessy, Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur : DBP, 1976, ms 5 Lutfi Ismail, Sejarah Malaysia (1400-1963), Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd, 1975, ms 34 Sheela Abraham, Sejarah Perkembangan Negara, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1994, ms 10

10

11

Barat dan Nusantara. Seterusnya pelabuhan Melaka juga menjadi pusat bagi menyebarkan barangbarang dagangan ini keseluruh pelosok kawasan perdagangan.12 Industri perkapalan Melaka adalah sempurna ditambah lagi dengan kehadiran dan pembelian kapal-kapal besar yang baik mutunya dari Pulau Jawa dan Pegu. Menurut Tom Pires, sepanjang abad ke-15, kegiatan pedagang peribumi yang menggunakan kapal bukan sahaja terdapat di sekitar Semenanjung Tanah Melayu tetapi meliputi sehingga ke pantai Koromandel termasuk Tenasserim, Teluk Benggala, Pegu, dan Ceylon. Kemudian para pedagang menyusul ke Timur sehingga ke negeri China. Mereka juga pergi ke persekitaran Gugusan Kepulauan Melayu di Nusantara dan juga ke Kepulauan Maluku. Malah terdapat juga raja-raja Melaka cuba belayar ke Mekah.13

Penduduk peribumi Sebagai masyarakat kelautan, tentunya penduduk peribumi mahir dengan selok-belok kegiatan di laut, terutama dalam usaha membina alat pengangkutan di laut. Terdapat banyak istilah yang sering digunakan mengenai pengangkutan di laut antaranya ialah perahu, sampan, ghurab, penjajab, sagur, payar, baluk, lancing, kapal, jong serta bahtera. Tom Pires menambah dengan istilah yang lain iaitu lancar dan nadih. Penggunaan istilah ini berpandukan pada ukuran alat-alat pengangkutan tersebut. Alat pengangkutan yang terbesar ialah jong dan bahtera. Sejarah Melayu menggambarkan bahawa sebuah kapal Melaka boleh memuatkan antara 40 hingga 100 penumpang dan anak kapalnya terdiri daripada Orang Laut. Manakala perahu yang paling kecil dicatatkan dalam Undang-undang Melaka adalah sepanjang lima depa.14
12

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: DBP,1989, m.s 252 Ibid, ms 266 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: DBP,1989, m.s 266

13

14

Kegiatan ekonomi dan perkapalan yang besar dan kompleks telah menyebabkan wujudnya sistem tertentu dalam organisasi perkapalan dari segi aturan atau undang-undang untuk menggunakan kapal, sehinggalah kepada pengurusan kakitangan yang terlibat. Hal ini amat jelas dinyatakan dalam Undang-undang Laut Melaka. Undang-undang Melaka hanya memperuntukkan lima fasal daripada 44 fasal tentang peraturan berperahu dan berkapal tetapi Undang-undang Laut Melaka telah menyediakan seluruh 25 fasal adalah mengenai tatacara dan etika serta peraturan dan undang-undang ketika berada di laut.

Undang-undang Laut Melaka Kegiatan perkapalan di Melaka telah mencapai satu etika dan standard yang tinggi apabila raja-raja atau pemerintah Melaka ketika itu telah menjalankan satu sistem undang-undang dan peraturan bagi kepentingan semua pihak. Contohnya Fasal 1 Undang-undang Laut Melaka menerangkan adalah menjadi satu kesalahan jika pegawai menentang atau menafikan arahan pihak atasan. Dalam pelayaran, beberapa peraturan dan undang-undang dikuatkuasakan dan kuasa penuh terletak di tangan Nahkoda dan kuasa membunuh hanya terletak di tangan Nahkoda sahaja. Namun begitu Fasal 9.1 menyatakan walaupun Nahkoda boleh membunuh tetapi apabila sampai semula ke Melaka, Nahkoda akan dibicara semula sama ada perbuatan membunuh itu sah atau tidak. Sekiranya tidak sah, Nahkoda sendiri akan dibunuh atau didenda sekati lima tahil. Walaupun Nahkoda berkuasa penuh dalam sesuatu kapal, namun ia juga harus berunding dengan anak-anak kapal jika ingin berlabuh di pelabuhan yang tidak termasuk dalam jadual pelayaran. Ini termaktub dalam Fasal 20. Seterusnya Fasal 2 menyebut mengenai larangan berzina sesama penumpang manakala dalam Fasal 3 dan 4 menerangkan peraturan dan tatacara berurusniaga serta pembahagian
8

keuntungan yang diperolehi dalam sesuatu perniagaan. Fasal 5(b) pula menyebut mengenai syarat penumpang yang turun separuh jalan dan Fasal 7 mencatatkan pesalah yang disabitkan hukuman bunuh. Fasal 9 pula menyebutkan tanggungjawab dan syarat pengetahuan jurumudi (malim) ketika belayar dan selok belok lautan. Undang-undang Laut Melaka juga mengandungi peruntukan tentang kesalahan mencuri perahu. Fasal 11.3 menyatakan bahawa pencuri perahu yang sabit kesalahannya dikehendaki membayar harga perahu yang dicurinya, jika enggan pencuri tersebut dikehendaki membayar sepuluh emas kepada pemilik perahu tersebut. Manakala Fasal 23.3 menerangkan undang-undang apabila menyelamatkan orang yang karam dan Fasal 23.5 pula mengenai perahu yang hilang dan dijumpai oleh orang. Secara keseluruhannya Undang-undang Laut Melaka dengan jelas menerangkan bahawa segala hal-ehwal perdagangan, peraturan dan sistem serta organisasi berkapal, berjong dan berbaluk adalah terletak di bawah bidang kuasa Syahbandar dan ia bertanggungjawab mengenainya. Tujuan diadakan 25 fasal ini adalah untuk; .supaya sentosa kepada pekerjaan di dalam pelayaran, supaya jangan bersalahan dan jangan membinasakan adat dalam pelayaran, supaya selamat di laut. Jangan berbantah pada kata dan perbuatan dengan segala handai dan taulannya, dengan sahabatnya yang bersama-sama dengan dia supaya jangan menitiskan darah rakannya yang sama-sama belayar dengan dia.15

KESIMPULAN Pada dasarnya Melaka merupakan sebuah negara pelabuhan yang begitu dikenali dan paling sibuk di seluruh dunia pada abad ke-15 dan awal abad ke-16. Ramai pedagang yang menjalankan urusniaga di sini yang merupakan sebuah pusat pelabuhan entrapot yang termasyhur. Keadaan ini disebabkan dasar pemerintahan yang baik dan berkesan oleh raja-raja Melaka yang
15

Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: DBP,1989, m.s 270

awal. Disamping itu faktor pengislaman pemerintah juga memainkan peranan yang penting dalam menarik kedatangan para pedagang asing ke Melaka. Melaka menjadi pusat perdagangan dan perkapalan yang utama juga disebabkan faktor geografi di mana para pedagang amat bergantung pada tiupan angin yang bermusim iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya yang bertiup selama enam bulan dan juga merupakan pelabuhan transit (persinggahan) bagi kapal-kapal yang berulang-alik di Selat Melaka. Dalam pada itu peranan orang pribumi Melaka juga tidak ketinggalan kerana pengetahuan dan kemahiran mereka dalam membuat kapal serta pergi belayar sehingga ke Teluk Benggala, Ceylon malah sehingga ke negeri China. Lantaran itu kita dapat melihat sumbangan orang-orang peribumi dalam aspek perkapalan telah memajukan sektor perdagangan Melaka menjadi sebuah negara pelabuhan yang utama di dunia pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 seperti kata Tom Pires, whoever is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice. Begitulah kemasyhuran Melaka sebagai pusat perdagangan pada zaman tersebut.

BIBLIOGRAFI

Muhammad Yusoff Hashim Ph.D (1989). Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sheela Abraham (1994). Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdul Rahman Haji Abdullah (1985). Asia Tenggara Tradisional (Politik dan Kebudayaan). Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. Lutfi Ismail (1975). Sejarah Malaysia (1400 1963). Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd. Joginder Singh Jessy (1976). Tawarikh Tanah Melayu (1400 1959). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
10

11

Anda mungkin juga menyukai