Anda di halaman 1dari 29

MODUL KILIAH DIBERKAITAN

PERDAGANGAN NUSANTARA

PELAYARAN NIAGA PELAUT


NUSANTARA
RUJUKAN
Kuliah ini akan
membincangkan sejarah Hall, K.R. 1985. Maritime Trade
and State Development in Early
dan pola pelayaran niaga Southeast Asia. Honolulu:
oleh para pedagang di University of Hawaii Press.
kepulauan Nusantara dan Handy, A. 1996. The Golden Age of
hubungan dagang dengan Sail. New York: Todtri.
dunia luar seperti India,
Eropah dan China, Adrian Lapian. 2008. Pelayaran
dan Perniagaan Nusantara Abad
komoditi, perkapalan, ke- 16 dan 17.
pelabuhan dan Jakarta:Komunitas Bambu.
sebagainya. Warren, J.F. 1981. The Sulu Zone
1786- 1898: The Dynamics of
External Trade, Slavery and
Ethnicity in the Transformation of
Southeast Asian Maritime
State. Singapore: National
University of Singapore Press.
Menurut Leong Sau Heng (1990) sebelum
bermulanya abad masihi, Nusantara belum
lagi berperanan sebagai pusat perdagangan
dan pelabuhan melainkan sebagai pusat
pengumpulan barang-barang sahaja kerana
belum lagi mempunyai sebuah kerajaan
yang kuat.
Namun selepas bermulanya abad masihi telah
memperlihatkan permintaan tinggi terhadap
komoditi Nusantara dan membawa kepada
kemunculan kerajaan-kerajaan awal di Nusantara
… mewujudkan aktiviti perdagangan awal antara
penduduk di pesisir pantai dan daratan..
Perdagangan ini akhirnya berkembang ke
peringkat serantau dan global terutama dengan
pedagang Arab, India dan China pada awal abad
masihi dan Nusantara bertindak sebagai
pengeksport, pengimport dan pelabuhan transit.
Kerancakan aktiviti perdagangan antar-
region ini banyak dibantu dengan
kewujudan jalan-jalan laut antara timur
dan barat yang telah diteroka oleh pelaut-
pelaut Melayu terdahulu… bermua dari
Teluk Parsi hingga Funan melewati
Nusantara.
Pada awal abad masihi lagi pedagang dan
pelaut Melayu selain berdagang juga bertindaka
sebagai perantara yang menghubungkan
pedagang dari India dan barat dengan
pedagang dari sebelah timur terutamanya
China… Pelaut Melayu mahir selok belok laut
dan lautan ini berbanding pelaut dan pedagang
asing…
Sejak awal abad masehi lagi memperlihatkan
kehadiran kapal-kapal Melayu yang disebut
sebagai Kun Lun Po/Bo (Bahasa Yunai sebagai
Kolandio Phonya) di laut, lautan dan
pelabuhan-pelabuhan Nusantara termasuk
India dan China mencecah 1000 tan dan
sepanjang 50 meter seperti yang dicatatkan
dalam Periplus of The Erythrean Sea
Abad pertama hingga lima masihi
memperlihatkan penguasaan
kerajaan Funan sebagai perantara
dan pelabuhan entreport kepada
China, Arab dan India di pelabuhan
Oc-Eo, Funan.
Kehidupan masyarakat Melayu amat
sinonim dengan laut dan mendasari
pemikiran mereka yang terpancar
melalui kegiatan ekonomi, politik,
sosial dan kebudayaan (peribahasa,
pantun, seloka dll.)
Laut datang memunggah mutiara;
Benih yang baik jatuh ke laut akan
menjadi pulau;
Dalam laut boleh diduga dalam hati
siapa yang tahu
Belayar kapal ke Inderagiri;
Selisih perahu dekat pangkalan;
Kalau tak kenal siapa diri
Payah nak tahu siapa Tuhan
Kapal belayar ke Melaka;
Dituntun masuk pelabuhan;
Orang ingin masuk neraka;
Ada banyak pilihan
Pada orang Melayu, pelayaran dan perdagangan
telah menyatukan dunia Melayu yang terpisah
secara geografisnya kepada gugusan kepulauan
dan tanah daratan… Lautan juga menyatukan
orang Melayu dengan dunia luar dan
mewujudkan masyarakat maritim yang berstatus
kosmopolitan di pelabuhan dan bandar dipesisir
pantai.
Lebih 2000 tahun lalu, laut-laut di
Nusantara adalah jalan utama yang telah
dilayari oleh pelaut Melayu untuk
berdagang dan seterusnya mengembangkan
peradaban mereka.
Terdapat sembilan laut yang menjadi jalur
perdagangan yang digunakan oleh para
pedagang Nusantara dan asing iaitu laut
Melayu (Selat Melaka), Laut Jawa, Laut
China Selatan, laut Sulu, Laut Banda, Laut
Flores, Laut Sulawesi, Laut Maluku dan
Laut Seram yang membentuk satu jaringan
kepada para pedagang
Di tempat lain, laut juga dilihat sebagai
pembina rangkaian perdagangan dan
peradaban seperti Braudel (1975)
mewujudkan konsep dunia Mideterranean
yang menjadi jaringan penting kepada
Eropah; Chaudhuri dengan Lautan Hindi;
Reid dan Hall dengan Laut Nusantara;
Heather Sutherland dengan Laut Jawa;
Nordin Hussin dengan Laut Malayu, Warren
dengan Laut Sulu dll.
PERKEMBANGAN
PERDAGANGAN
DI NUSANTARA
SEBELUM ABAD
KE 15
Perkembangan perdagangan melalui jalan laut di Nusantara
abad awal masihi hingga abad ke-13 banyak dipengaruhi
oleh perkembangan perdagangan dari luar seperti India dan
China (memerlukan pelbagai komoditi); perkembangan
teknologi pelayaran (layar, kompas dan astrolobe);
perkembangan agama (Hindu-Buddha); masalah rompakan
di jalan sutera; polisi pemerintah seperti Dinasti Han dan
Wu yang menggunakan jalan laut (Laut China Selatan dan
Lautan Hindi) untuk berdagang dan membebaskan diri dari
monopoli Funan; penghapusan lanun oleh pemerintah;
PERKEMBANGAN
PERDAGANGAN
DI NUSANTARA
SEBELUM
ABAD KE-15
HINGGA
ABAD KE-17
Perkembangan perdagangan pada abad ke-15 di
Nusantara melalui jalan laut di Nusantara
semakin berkembang seiring dengan
perkembagna agama Islam oleh para pedagang
Arab dan Parsi selain pedagang India dan China….
Menurut Muhammad Said (1961) perkembangan
ini banyak dipengaruhi oleh kesan Perang Salib.
Kapal-kapal dagang orang Melayu yang
lebih kecil mula mengambil peranan aktif
dalam perkembangan perdagangan
tempatan atau antarwilayah ke seluruh
pelusuk Nusantara dengan mengedarkan
pelbagai komoditi yang di bawa oleh kapal-
kapal dagang asing.
Anthony Reid dalam bukunya yang berjudul
Southeast Asia in the Age of Commerce 1450-
1680 telah menggelarkan abad ke-15 hingga
17 sebagai Zaman Perdagangan (The Age of
Commerce) terutama Kerajaan Maritim
Melayu Melaka yang terletak di Selat Melaka
yang dianggap sebagai being at the right time
to take advantage of the historical trends iaitu
setelah runtuhnya kerajaan Srivijaya dan
Majapahit
Menjelang akhir abad ke-15 dan awal abad ke-
16 dan 17, perdagangan, perkapalan dan
pelayaran di Nusantara bukan lagi dikuasai
oleh kapal-kapal dagang China, India, Parsi,
Arab dan Melayu tetapi pedagang barat.
Melaka tidak lagi bertindak sebagai pusat
entreport dan pusat perdagangan, perkapalan
dan pelayaran di Nusantara tetapi beralih ke
kerajaan-kerajaan maritim lain di seluruh
Nusantara seperti ke Sumatera, Jawa, Borneo,
Kepulauan Maluku, Filipina dan dikuasai oleh
kapal-kapal dagang Eropah seperti Portugis,
Sepanyol, Belanda, Perancis dan Inggeris
melalui penjajahan dan monopoli
perdagangan berasaskan ekonomi kapitalis
dan anti-Islam.
Peranan pemerintah, pelaut Melayu,
pedagang dan kapal-kapal dagang Melayu
mula terpinggir dan tidak lagi menguasai
rangkaian atau jalur perdagangan dan
pelabuhan… Penjajah juga menentukan
apakah komoditi-komoditi yang diperlukan
dan mengenakan pelbagai peraturan
perkapalan, perdagangan dan pelabuhan
termasuk cukai.
Perubahan dasar, hala tuju dan sistem
ekonomi ala- barat ini telah menyebabkan
keunggulan dan peranan Nusantara dalam
perdagangan, perkapalan dan pelayaran di
Nusantara dan global telah menamatkan era
The Age of Commerce dan perdagangan
secara terbuka dan bertukar menjadi pusat
pengeluar komoditi sahaja untuk pasaran
Eropah sahaja.
APAKAH
JENS-JENIS
KOMODITI
DARI
NUSANTARA
Hasil-hasil hutan dan logam selain rempah ratus, pertanian seperti
beras, tembakau, gula dan kopi dan hasil-hasil laut.

Menurut Tome Pires:

“Padagang-pedagang Melayu mengatakan bahawa Tuhan telah


menjadikan Timor untuk kayu cendana, Banda untuk buah pala dan
Maluku untuk cengkih. Dan barangan dagangan ini tidak diperolehi di
tempat lain di dunia kecuali tempat-tempat tadi”

Menurut Anthony Reid beras merupakan komoditi terpenting yang


diperdagangkan di Asia Tenggara padasekitar abad ke-15 hingga
abad ke-17.
SEKIAN DAN TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai