Anda di halaman 1dari 1

Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika 

Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin
Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Mayah baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang berasal dari Kampung Kemala, Phuket, Thailand ataupun dahulunya dikenali dengan nama Siam. Mereka
berhijrah ke Langkawi untuk mengubah keadaan hidup mereka bagi menjadi lebih baik. Pada masa itu pasangan suami isteri ini bekerja sebagai petani dan pencari
rotan. Lama kelamaan rezeki mereka semakin murah hinggakan mereka telah mampu membeli tanah daripada masyarakat setempat. Diceritakan juga oleh orang lama-
lama di Langkawi bahawa keluarga Pandak Mayah ini telah menjalankan perniagaan kemenyan serta sarang burung. Ini telah melipat kali gandakan lagi rezeki mereka
sekeluarga sehingga mereka ini menjadi salah satu keluarga yang berada di Langkawi.

Pandak Mayah boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung
Layang-layang Padi. [1]

Apabila rezeki mereka sudah melimpah ruah, maka atas kuasa Tuhan dikurniakan pula keluarga Pandak Mayah ini seorang cahaya mata perempuan. Pandak Mayah
telah menamakan bayi perempuan itu dengan nama Mahsuri. Sesetengah sumber memberitahu bahawa Mahsuri juga turut dikenali dengan nama timangannya iaitu Siti.
Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tata susila oleh kedua orang tuanya. Sejak zaman kanak-kanak lagi Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri
luar biasa dimana dia tidak seperti kanak-kanak yang lain. Mahsuri sering menonjol dikalangan rakan sepermainannya kerana dikatakan dia sering memakai pakaian
berwarna hitam, ini adalah warna kegemarannya, disamping itu, dari segi paras rupanya yang tak jemu mata memandang, dari segi tutur katanya dan tingkah lakunya
yang penuh sopan santun cukup melambangkan betapa tingginya budi pekerti dan akhlak Mahsuri. Sehinggalah meningkat dewasa, ciri-ciri kewanitaannya lebih
terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan, serta hati budi yang yang sangat baik. Sehinggakan menjadi buah mulut seluruh penduduk Langkawi dan akhirnya
sampailah ke telinga Wan Yahya turut dikenali dengan nama Dato Pekermajaya. Dia adalah wakil sultan untuk memerintah Langkawi pada masa tersebut.

Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, iaitu adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Datuk Pekerma Jaya dan Wan
Mahora.

Anda mungkin juga menyukai