Anda di halaman 1dari 3

MAHSURI STORY

LAHIRNYA MAHSURI SI PUTERI LANGKAWI !! ( PART 1)

Siapa tidak kenal akan Mahsuri. Beliau antara cerita rakyat yang popular di Malaysia. Tetapi selepas
zaman berzaman adakah generasi sekarang masih mengenali akan Mahsuri? Jadi saya akan
bercerita sedikit sebanyak tentang Mahsuri.
Nama sebenar Mahsuri ialah Mahsuri binti Pandak Mayah merupakan seorang gadis kelahiran
Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung
kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri
dan dengan jolokan Puteri Langkawi. 
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang telah datang dari Kampung
Kemala,Phuket, Thailand. Mereka berhijrah ke Langkawi untuk mengubah keadaan hidup mereka
bagi menjadi lebih baik. Pada masa itu pasangan suami isteri ini berkerja sebagai petani.Lama
kelamaan rezeki mereka semakin murah hinggakan mereka telah mampu membeli tanah dari
masyarakat setempat. Diceritakan juga oleh orang lama-lama di Langkawi bahawa keluarga Pandak
Mayah ini telah menjalankan perniagaan kemenyan serta SARANG BURUNG. Ini telah melipat kali
gandakan lagi rezeki mereka sekeluarga sehingga mereka ini menjadi salah satu keluarga yang
berada di Langkawi.
Pandak Mayah boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah
sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan SARANG BURUNG LAYANG LAYANG. Apabila
rezeki mereka sudah melimpah ruah, maka atas kuasa Tuhan dikurniakan pula keluarga Pandak
Mayah ini seorang cahaya mata perempuan. Pandak Mayah telah menamakan bayi perempuan itu
dengan nama Mahsuri. 
 
Sesetengah sumber memberitahu bahawa Mahsuri juga turut dikenali dengan nama timangannya
iaitu Siti. Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tata susila oleh kedua
orang tuanya. Sejak zaman kanak-kanak lagi Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri luar biasa dimana
dia tidak seperti kanak-kanak yang lain. 
Mahsuri sering menonjol dikalangan rakan sepermainannya kerana dikatakan dia sering memakai
pakaian berwarna hitam, ini adalah warna kegemarannya, disamping itu,dari segi paras rupanya
yang tak jemu mata memandang, dari segi tutur katanya dan tingkah lakunya yang penuh sopan
santun cukup melambangkan betapa tingginya budi pekerti dan akhlak Mahsuri. Sehinggalah
meningkat dewasa, ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan,serta
hati budi yang yang sangat baik. 
Sehinggakan menjadi buah mulut seluruh penduduk Langkawi dan akhirnya sampailah ke telinga
Wan Yahya turut dikenali dengan nama Dato Pekermajaya. Dia adalah wakil sultan untuk
memerintah Langkawi pada masa tersebut.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, iaitu adik
kepada wakil Sultan di Langkawi, Datuk Pekerma Jaya dan Wan Mahora.
 
Jadi itu lah salasilah di awal kehidupan seorang PUTERI LAGENDA LANGKAWI. 

 
 
KERANA FITNAH TERJADINYA SUMPAH . (PART 2)
 
Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin
Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan
Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang
dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama
ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber
mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk
Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan
syair dan dendang.
 
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan
menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi.
Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri
bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
 
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato
Pekermajaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan
Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk
dijatuhkan hukuman. 
 
Pandak Mayah dan Endak Alang terperanjat dengan apa yang dikhabarkan orang mengenai
anaknya lantas bergegas menuju ke Padang Mat Sirat demi membela Mahsuri. Pandak Mayah
menawarkan segala emas, kerbau dan segala harta kekayaannya demi nyawa puteri tunggalnya
namun ditolak mentah oleh Datuk Pekerma Jaya, dengan alasan, dosa yang dilakukan Mahsuri-
bermukah dan melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain tidak dapat diampunkan. Mahsuri
dibawa ketempat hukuman dan diikat di sebatang pokok. Deramang cuba menentang namun
berjaya dia dibunuh oleh orang-orang Datuk Pekerma. Dan kini tiba masa giliran Mahsuri.
 
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana
persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan ,
" Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Melihat Segalanya, aku redha akan matiku jika benar aku bersalah
tapi jika benar aku dianiaya...ssesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku
sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur
selama tujuh keturunan!"
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh
tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya
kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh
kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan
dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada
tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.
 

 
SUMPAHAN 7 KETURUNAN MAHSURI ( Part 3)
 
Jadi Wan Darus pulang ke Langkawi setelah kekalahan tentera Kedah di Kuala Muda namun
kekecewaan yang sedang ditanggungnya bertimpa-timpa lagi apabila menerima berita kematian
isteri tercinta. Harapan untuk kembali bersama keluarga yang sekian lama dirindui punah dan
hancur. Dengan itu, bersama langkah yang berat, Wan Darus mengambil keputusan untuk
meninggalkan Langkawi yang sudah tidak lagi menjanjikan kebahagiaan padanya, bersama
anaknya Wan Hakim serta kedua ibu bapa mertuanya, Pandak Mayah dan Endak Alang. Tetapi,
keadaan masih belum berakhir di Langkawi...
 
Tentera Siam mara keseluruh pelusuk Kedah, termasuklah Pulau Langkawi, genap tujuh hari
selepas kematian Mahsuri. Segalanya punah, hancur dan kematian berlaku dimana-mana. Datuk
Pekerma Jaya dibunuh dan dilapah oleh tentera Siam dan mayatnya dicampakkan di Sungai
Langkanah. Manakala isterinya Wan Mahora, bersama wanita-wanita Langkawi yang lain, dirogol
dan dijadikan hamba abdi oleh tentera Siam. Angkara hasad dengki dan fitnah, Langkawi menerima
padah yang terlalu hebat. Penyesalan sudah tidak berguna lagi sebaliknya Langkawi hanya mampu
menerima bahana, dan sumpahan Mahsuri kekal menghukum Langkawi untuk tujuh keturunan
kemudiannya.
 
  Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam.
Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun,
Pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau
lebih banyak berbanding manusia di sana. Dengan terjadinya banyak malapetaka seperti Beras
Terbakar dan seumpamanya ianya dikaitkan dengan sumpahan Mahsuri.
 
Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi
tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari
sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali
sebagai Makam Mahsuri.
Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan
pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan
lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan
Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May
atau nama Melayunya, Wan Aishah Wan Nawawi menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand
ketika pertama kali dijejaki.

 
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik
lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir
turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya
pusat pertunjukan seperti LIMA.
Alhamdulilah Langkawi Masyur di mata dunia sehingga kini. Langkawi juga pernah tersenarai
sebagai tempat ke tujuh menarik di dunia. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Mahsuri
atau melihat sendiri suasana kampong Mahsuri. Boleh lah datang melawat ke Makam Mahsuri
bertempat di Kampung Mawar, Langkawi. Pelbagai info tentang Mahsuri dan Langkawi boleh
didapati disitu.
 

Anda mungkin juga menyukai