Anda di halaman 1dari 4

Pengisahan Tokoh kemerdekaan Sarawak

Tun Abang Haji Openg Abang Sapi’ee

Yang dihormati

Barisan Panel Hakim, Penjaga masa , guru-guru dan rakan sekalian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SAJAK:

Adik-adikku

Mengertikah engkau maksud kemerdekaan

Disebalik bermain permainan perang

Apakah kau engkau tau erti pengorbanan

Setelah puas ketawa bersorak riang

Adik-adikku

Hayatilah erti kemerdekaan

Ingatilah para perwira Negara yang berjuang

untuk menuntut kemerdekaan

Kelak engkau akan faham

Mengapa merdeka perlu dipertahankan

Adik-adikku

Bergembiralah bersoraklah

Apabila engkau fahami

Apa itu kebebasan

Kelak engkau mengerti apa itu tanggungjawab

LAGU PEMBUKAAN:
Mari, mari, mari dengar ini cerita

Kisah seorang figura yang banyak berjasa

Di bumi kenyalang sungguh terkemuka

Yang Dipertua Negeri Sarawak yang pertama

KIsah ini penuh dengan suka dan duka

Inspirasi buat kita semua

Jangan kita lupa

Jangan kita alpa

Bersatu hati perpaduan kita jaga

Bersatu hati perpaduan kita jaga

Hadirin yang dikasihi,

PANTUN:

Pakai topeng di bulan purnama

Hendak melawak di hujung desa

Tun Abang Haji Openg diberi nama

Tokoh Sarawak insan berjasa

Hadirin yang saya hormati,

Tun Abang Haji Openg Abang Sapiee dilahirkan pada 7 Oktober 1905. Beliau mula
mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kerajaan di Kuching sebelum melanjutkan
pelajaran ke Sekolah St. Anthony Sarikei dan Sekolah Malam St. Thomas, Kuching.

Setelah tamat persekolahan, beliau memulakan kariernya sebagai seorang kerani di


Jabatan kerajaan pada bulan November 1942. Selepas itu,beliau telah memegang beberapa
jawatan penting . Antaranya termasuklah sebagai ahli Supreme Council, Ahli Badan
Peperiksaan Pegawai-pegawai kerajaan, superintenden penjara dan presiden Majlis ugama
islam Sarawak.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Pada bulan September tahun 1951, beliau telah bersara daripada perkhidmatan kerajaan dan
dilantik menjadi Presiden Majlis Islam Sarawak.
Pada 13 September 1963, beliau telah dilantik secara rasminya menjadi Yang di-Pertua
Negeri atau Gabenor Sarawak yang pertama dalam Malaysia. Beliau dilantik menjadi Yang
di-Pertua Negeri setelah Sarawak menyertai Sabah, Singapura dan Persekutuan Tanah
Melayu untuk membentuk Malaysia.

Sebelum itu, Jawatan tersebut bergelar “Tuan yang Terutama Gabenor Koloni Mahkota
Biritish Sarawak” yang mana mereka yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut dilantik
oleh King George VI dari 1946 hingga 1952 dan seterusnya oleh Ratu Elizabeth II dari 1952
hingga 1963.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Selalu kita dengar pepatah ini, “di mana tumpahnya kuah , kalau tidak ke nasi”. Sangat
bertepatan dengan tokoh ini apabila legasi kepimpinan teragung beliau telah diteruskan oleh
anakanda bongsunya yang telah memegang jawatan penting di bumi Kenyalang ini yang lain
yang tak bukan Ketua Menteri Sarawak kini iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi
(Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Pastinya darah
yang mengalir dalam tubuh figura ini membawa semangat perjuangan ayahanda tercinta.

LAGU:

Sayangnya
Harapan yang selama ini ku bawa

Hancur berkecai musnah jua akhirnya


Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua


Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat ku curahkan kasihku
Kau pergi tak kembali

Setiap yang bernyawa pasti akan pergi jua.

Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada 28 Mac 1969 ,pukul 10:30 malam di
Astana, Kuching setelah jatuh sakit beberapa lama. Beliau meninggalkan seorang balu
Dayang Masniah Abang Haji Abdul Rahman dan sepuluh orang anak

Jenazah allahyarham dibawa dari Astana, menyeberangi sungai dengan menaiki feri untuk
disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Negeri,

Hadirin yang dihormati,


Bernarlah kata orang dahulu kala, “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama’. Sebagai mengenang jasa-jasa allahyarham, terdapat nama sekolah,
jalan dan klinik yang telah mengabadiakan nama insan yang berjasa ini. Contohnya SMK
Tun Abang Haji Openg di Kuching dan Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak
dengan poskodnya 93000.

Mari semua anak bangsaku

Mari bangkit dari lenamu,

Marilah kita sama-sama mengingati dan menghayati segala pengorbanan insan yang bergelar
Tun Abang Haji Openg Abang Sapi’ee.

Beliaulah idola kita. Beliaulah pejuang bangsa kita. Beliaulah sebenarnya seorang perwira.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai