Anda di halaman 1dari 3

Selamat pagi dan Salam Sejahtera.

Yang berbahagia Tuan Timbalan Pegawai PPD, Encik


Fred anak Entau, Guru Besar SK Ulu Segan yang
diraikan, Encik Ding Wan@ Franklyn, NYDP PIBG Encik
Assan Levoh, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru
serta rakan-rakan yang dihormati sekelian.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada pihak majlis kerana memberi kesempatan
kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi
mewakili murid-murid SK Ulu Segan.
Untuk itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa
rangkap pantun :
Terbang serindit ke pohon meranti,
Hinggap sebentar membuat sarang,
Majlis indah lagi diberkati,
Bagi meraikan Cikgu Ding Wan tersayang.
Tiada kata seindah bicara,
Dapat dilafazkan seiring jasa,
Tiba ketika Cikgu Ding Wan bersara,
Bakti dicurah di ingatan sentiasa.

Bibir merah tergigit lada,


Lada dicampur bersama laksa,
Walau di mana Cikgu Ding Wan berada,
Ingatlah kami anak didik tercinta.
Berkilau-kilau cincin permata,
Begitu indah cantiknya rupa,
Biarpun kelak jauh di mata,
Namun di hati tidak kan lupa,
Petang hari menuju ke pekan,
Ingin membeli popia dan samosa,
Doa ikhlas kami hulurkan,
Semoga Cikgu Ding Wan sihat sentiasa.
Salam kemaafan kami hulurkan,
Semoga kemesraan terus berpanjangan,
Ilmu diberi harap dihalalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.
Bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin
merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik
Ding Wan@Franklyn kerana telah banyak menabur
bakti dan mencurahkan ilmu yang berguna untuk kami
semua di SK Ulu Segan. Segala jasa baik dan tunjuk

ajar Cikgu Ding Wan tidak dapat kami balas hanya


Tuhan sahaja yang mampu membalas segala-gala-Nya.
Terima kasih juga kepada Cikgu Ding Wan kerana tidak
pernah jemu mendidik kami ke arah pembentukan
sahsiah yang baik serta kecemerlangan akademik yang
berterusan.
Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang
lain ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada
tingkah laku dan perbuatan kami yang menyinggung
hati dan perasaan Cikgu Ding Wan sama ada disedari
mahupun tidak disedari. Halalkan segala ilmu yang
telah Cikgu Ding Wan berikan kepada kami selama ini.
Terima kasih di atas segala-galanya. Kami saying cikgu.
Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai