Anda di halaman 1dari 5

Teks pengacara majlis Hari Guru

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia


diiringi
.
..

Bismillah.
Yang Berusaha, En. Ding Wan @ Franklyn
Guru Besar SK Ulu Segan
Yang Berbahagia En. Mohd Saufi bin Abdullah
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Ulu Segan
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan
SK Ulu Segan
Guru-guru dan kakitangan yang diraikan,
Wakil-wakil PIBG
serta anak murid yang dikasihi sekalian.
Assalammualaikumdan salam sejahtera, salam menjulang
pendidikan Sarawak.....di pagi yang mulia.
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru 2015 Peringkat
Sekolah .........
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia dan keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di Pentas
Permata yang dihias indah ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru

Tahun 2015 dengan menjulang Tema- Guru: Membina Ilmu


Menyempurnakan Akhlak
Selasih mekar pandang tak jelak
Mencelah sama kembang melati
Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan akhlak
Menabur ilmu berkhidmat bakti
Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang
bergelar cikgu..Semoga dengan pengiktirafan ini dapat
menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita
menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai
profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian
tiga buah lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sarawak dan Lagu
Sekolahku. Lagu Sekolahku akan diketuai oleh Kumpulan Koir Asrama
yang dipimpin oleh Cikgu Kamalrul Asyraf. Sidang hadirin
dipersilakan berdiri.
(rakaman nyanyian)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang dewan dipersilakan duduk.
Awal Bismillah pembuka bicara
Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.
Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang
akan dilafazkan oleh Saudara Zulhazriel Ziqrie Mohd
Saharizan. Dijemput dengan hormatnya.

(bacaan doa)
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu
tadi. Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi,
Insya-Allah.
______________________________________________________________

Hadirian yang dihormati sekalian,


Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersila En. Ding
Wan@Franklyn, Guru Besar SKUS untuk menyampaikan kata alu-aluan
sebagai pembuka kata. Majlis mempersila.....
Seterusnya Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan
Dipersilakan Pn. Halina Ngo @ Helena Laing, PK Pentadbiran untuk
membacakan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia..Dipersilakan...
(ucapan perutusan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
.Seterusnya dipersilakan En. Unsa@Charles Unsa ak Jali, PK Hal
Ehwal Murid untuk membacakan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(ucapan perutusan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Sidang hadirin sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Lafaz Ikrar Guru Malaysia,
untuk itu dipersilakan En. Ubaidillah bin Abdul Hamid, PK Kokurikulum
SK Ulu Segan untuk mengetuai lafazan ikrar. Dipersilakan...
(ucapan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Majlis akan diteruskan lagi dengan alunan suara persembahan koir


oleh guru-guru Sk Ulu Segan yang akan menyampaikan empat buah
lagu iaitu Lagu Kami Guru Malaysia, Pendidik Bumi Kenyalang, Fly
Kenyalang Fly dan Biarku Menjadi Lilin. Majlis menjemput semua guru
dan kakitangan ke pentas. Saksikanlah....
Majlis mengucapkan terima atas nyanyian yang begitu bersemangat
sebentar tadi.
Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan ikhlas daripada murid-murid SK Ulu Segan
sebagai luahan rasa dan menghargai jasa-jasa buat insan yang
bergelar guru
Saksikanlah persembahan daripada
Saudara ........................................................ yang akan mendeklamasikan
sebuah sajak yang bertajuk: .......................................................
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan itu tadi.
Persembahan pada hari ini akan diteruskan lagi dengan menjemput
Murid-Murid Tahun 5 Dedikasi yang akan mempersembahkan sebuah
Nyanyian yang bertajuk Guruku Tersayang. Dipersilakan
Berikan tepukan yang gemuruh buat anak-anak murid yang telah
mempersembahkan persembahan mereka itu tadi.
Sidang hadirin sekalian,
Seterusnya adalah simbolik pemotongan kek Hari Guru
Majlis menjemput dan memperilakan semua guru dan kakitangan yang
diraikan untuk berada di pentas.

Sidang dewan yang dimuliakan,


Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
sebagai penutup bicara,
Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.
Dagang singgah membeli kajang,
Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.
Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya
daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan
segala kekurangan dan kepincangan majlis
ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua yang kami
pinta.
Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah
hiwabarakatuh dan terima kasih.SELAMAT HARI GURU

Anda mungkin juga menyukai