Anda di halaman 1dari 6

PENGORBANAN SAMSURINA MOHAMAD SHAM - SMSL

Bila diusik memori semalam, curahan mandian tidak terasa, nasi di meja tidak
tidak terjamah manakala tilam yang empuk tidak menjanjikan mimpi yang indah.Satusatunya memori,satu-satunya kemesraan bersama satu-satunya keabadian di hati yang
terlalu sayang untuk disingkirkan,yang terlalu halus untuk ditafsirkan.

Teringat Azraf pada suatu ketika dahulu,zaman silam kanak-kanaknya yang


tidak seceria warna pelangi,tidak seindah sinaran mentari pagi.Meskipun dia bukanlah
dari golongan orang yang berada ,namun,tetap sama seperti si kecil yang lain,selagi
mentari belum lelap di ufuk barat,selagi itulah Azraf dan rakan-rakannya yang nakal lari
bercempera.Riang.ketawa

bertingkah-tingkah,adakalanya

disulami

pekikan

bergaduh.Selagi nama Azraf belum dilaung oleh emaknya yang berhemah atau ayahnya
yang hanya menunjuk-nunjuk jari telunjuknya,Azraf lebih rela bermalam di atas pepohon
rimbun bersama-sama rakan-rakannya yang setia.Namun saat itu sudah lama berlalu.Ia
hanya tinggal kenangan.Yang pasti ia tetap akan segar di ruangan memori di dalam
kamus hidupnya.

Kini Azraf telah melangkah ke satu lembaran yang baru dalam hidupnya.Dia
akan melanjutkan pelajarannya ke tingkatan empat.Dia telah mendapat kejayaan yang
cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah yang telah berjaya ditempuhinya.
Oh,ya!Salah satu impiannya telah tercapai.Kedua-dua orang tuanya pula terharu atas
pencapaian anak sulungnya itu.

Ditatapnya lagi surat bercetak kemas yang baru diterimanya pada pagi tadi.
Entah untuk kali yang keberepa.Surat tawaran ke sebuah Sekolah Berasrama Penuh itu
begitu mengejutkannya.Azraf bingung untuk membuat keputusan.Ibunya menyerahkan
keputusan di tangannya.Bapanya pula hanya diam membatukan diri.Berat hatinya untuk
meninggalkan keluarganya yang tersayang.Dia bimbang bagaimana keadaan keluarganya
setelah pemergiannya apatah lagi ayahnya yang sering sakit-sakit.Setelah berfikir
panjang,akhirnya Azraf membuat keputusan untuk bersekolah di sekolah tersebut.

Sudah beberapa bulan Azraf bersekolah di sekolah itu.Pada mulanya,rasa


mahu memberontak ada juga timbul di hatinya,tetapi apabila difikirkan masa depan,,dia
cuba menyasuaikan diri dengan suasana yang baru baginya.Alah bisa tegal biasa.Lama
kelamaan dia dapat menyesuaikan diri dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Akhirnya ia menjadi rutin dalam hidupnya.

Secara kebetulan, Imran, sahabat karibnya juga bersekolah di sekolah yang


sama.Bolehlah juga mengubati kerinduan yang semakin menebal dihati Azraf.Imran
adalah teman sepermainannya sejak kecil lagi.Dari hari ke sehari,persahabatan mereka
semakin

erat.Pergaulan

mereka

seperti

isi dengan kuku.Walaupun

begitu,jika

dibandingkan Imran dengan Azraf,terdapat banyak perbezaannya.Imran berasal dari


orang yang kaya dan setiap kemahuannya pasti akan dipenuhi.Namun, Imran tidak
sombong dengan kemewahannya.Mungkin disebabkan itulah persahabatan mereka tetap
utuh.Tetapi Azrafkeluarganya serba kemiskinan bagai kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang.

Selain Imran, ramai juga yang ingin berkawan dengan Azraf. Mungkin
disebabkan sifat semulajadinya yang periang dan mudah peramah dengan orang
lain.Antaranya ialah Fahri, Luqman dan Iqbal.Azraf berasa sangat seronok berkawan
dengan mereka.Namun, bukan setiap kegembiraan menjanjikan kebahagiaan.Akibat
keseronokan itulah Azraf menjadi lupa diri dan pelajarannya juga terabai.Azraf selalu
menghabiskan masa terluangnya bersama-sama dengan kawan barunya.Lantas,setiap
masa yang ada pasti terbuang sia-sia.Sudah beberapa kali sebatan hinggap di tangan dan
belakang Azraf sehingga dia sudah lali dengan sebatan itu.Imran pula sudah berbuih
mulutnya menasihati Azraf. Namun,perbuatannya itu seperti mencurahkan air ke daun
keladi.

Hari berganti hari,bulan berganti bulan, Azraf terus leka di dalam arus
keremajaan .Sehinggalah satu peristiwa hitam yang tidak di sangka berlaku dalam
hidupnya.Suatu penyesalan yang amat sangat timbul di hati.Namun,sesal dulu
pendapatan,sesal kemudian tak berguna.Tragedi itu menjadi pengajaran buat Azraf.Azraf
menyedari bahawa selama ini dia telah membuang masanya.Satu azam yang kukuh pula
muncul di hatinya.

Hati Azraf berdebar-debar pada malam itu.Esok dan beberapa hari seterusnya
merupakan hari penentuan.Hari yang menentukan sama ada cerah atau gelap masa
depannya.Dia akan menduduki peperiksaan SPM.Akhirnya,Azraf dapat menghadapinya
dengan jayanya.

Setelah hampir empat bulan menanti dengan penuh debaran,keputusan


SPMpun

diumumkan.Azraf

berjaya

mendapatkan

10A1

dalam

peperiksaan

tersebut.Kalimah syukur tidak putus-putus keluar dari mulutnya.Azraf tidak menyedari


air matanya berlinang kerana kejayaan apabila menatap keputusan SPMnya yang
cemerlang.Dia dapat membayangkan bagaimana mamanya akan memeluknya dengan
penuh kasih sayang.Bapanya pula tidak putus-putus menggosok-gosok kepalanya penuh
bangga.Betullah kata pepatah usaha itu tangga kejayaan.

Hingga ke hari ini, sudah hampir empat tahun Azraf berada di


perantauan.Tahun hadapan pengajiannya dalam jurusan pendidikan akan tamat.Azraf
tidak sabar hendak pulang ke kampung halaman.Tambahan pula Azraf amat merindui
keluarganya yang sudah sekian lama tidak bersua.Namun,ditabahkan hatinya juga demi
cita-citanya untuk menjadi pendidik.

Kedengaran lagi Azraf mengeluh.Satu keluhan berat dan panjang.Azraf


terpaku di meja belajarnya.Fikirannya diselubungi pelbagai persoalan.Mampukah dia
mengharungi segala rintangan ini?

Lantas,Azraf mengambil keputusan untuk tidur sahaja memandangkan


keadaan malam yang pekat dan tidak dihiasi sebutir bintang pun.Tiupan angin pula sudah
menyengat-nyengat tubuhnya yang hanya memakai singlet.Rakan-rakan sebiliknya yang

lain pastinya sudah dibuai mimpi-mimpi yang indah.Azraf pun merebahkan badannya ke
katil.
Azraf terkebil-kebil memandang siling biliknya.Walaupun jam sudah
menunjukkan pukul dua pagi,tetapi matanya masih belum terasa berat.Dengkuran rakanrakannya semakin jelas kedengaran.Sesekali ditatapnya potret kenangan sekeluarganya
yang menjadi perangsang baginya.Di bahunya,dia memikul tanggungjawab sebagai ketua
keluarganya apatah lagi setelah kematian ibunya.

Kebahagiaan hidup Azraf sekeluarga tiba-tiba menjadi mimpi ngeri apabila


ayahnya yang menjadi tempat bergantung telah kembali menemui Illahi lantaran di
serang sakit jantung.Mereka meratapi pemergian ayahnya dengan tangisan.Hanya restu
dan iringan doa mengiringi jenazah ayahnya ke pusara.Mengenangkan itu, hatinya
menjadi sayu.

Hanya air mata yang setia menemani Azraf ketika duka melanda jiwa.Ketika
kesedihan berbaur dan lantas mencengkam perasaan yang meronta-ronta ingin merasa
kebebasan dari segala kesedihan dan kepayahan ini.

Masa pun terus beredar dan beredar.Akhirnya,Azraf pun tamat pengajiannya


dengan jayanya.Segulung sijil Diploma Pendidikan digenggam erat.

Kini Azraf telah menjadi pendidik.Ya! Cita-cita yang telah lama


diidamkannya telah tercapai.Azraf kini berkhidmat di salah sebuah sekolah di kampung

halamannya.Kini bermulalah episod baru dalam hidup Azraf.Tangggungjawab sebagai


pendidik harus dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan jujur demi melahirkan generasi
yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

( 991 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai