Anda di halaman 1dari 27

Sajak :

Nama : Andrew Chan Yung Chi Kelas : 4 Cerdik Guru Bahasa Malaysia :Puan Nora'Azian binti Haji Nahar

Mahsuri

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi legenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan legenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

Kubu Mahsuri

Telaga Mahsuri

Rangkap Pertama
Maksudnya
Selendangmu mengibar di pantai menyambut tetamu pulau Apa-apa sahaja ciri yang setiamu menjadi lagu ada pada Mahsuri seperti nyanyian menjadi jalur hitam selendang, kesetiaan, rambutnya menjadi jalur hitam rambut, air mata, darah suci terapung di laut malam dan sumpahnya, air matamu dingin embun jatuh di tujuh telaga menghidupkan Langkawi. dendam tujuh tanjung Tanpa Mahsuri, Langkawi putihlah pulau ini tidak wujud sebegini disimbah darah suci sekarang. Mahsuri sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi kerana tanpamu Langkawi tidak sebegini.

Rangkap Kedua
Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup dia hanya bermula dengan khayalan seorang seniman pun kata orang Mahsuri pernah hidup tetapi bahasa seorang pencerita membuatnya lebih hidup dari kehidupannya sastera yang mewarnai tanah air kerana tanpa Mahsuri Langkawi tidak sebegini bererti. Mahsuri membesarkan Langkawi sastera membesarkan tanah air.

Maksudnya
Mahsuri dikatakan tidak pernah wujud kerana Mahsuri cuma sebuah khayalan seorang seniman. Ada pula yang mengatakan Mahsuri pernah wujud dan kehebatan bahasa cerita sastera, menyebabkan Mahsuri dikenali dan menjadi legenda hebat. Tanpa Mahsuri, Langkawi mungkin tidak sehebat ini pembangunannya kerana pembangunan Langkawi disebabkan adanya sejarah dan cerita Mahsuri. Cerita Mahsuri ialah sebuah cerita sastera legenda tanah air yang hebat.

Pembangunan yang dialami oleh sesebuah tempat


Huraian :
Pembangunan yang berlaku mesti disebabkan oleh sesuatu faktor. Bagi Langkawi, faktor pembangunannya adalah disebabkan oleh leganda Mahsuri.

y Sejarah
Mahsuri ialah sebuah kisah sejarah yang benar kerana ada bukti yang menunjukkan Mahsuri hidup pada zamannya. Sejarah ini menjadikan Langkawi terkenal dari aspek pelancongan.

y Kepentingan sastera kepada tanah air

Kisah Mahsuri ialah cerita legenda yang menjadi warisan unggul sastera tanah air.

y Kesan legenda Mahsuri


Kisah Mahsuri, kejelitaan, kesucian dan sumpahannya, membawa kesan baik kepada pembangunan Pulau Langkawi. Langkawi membangun kerana sektor pelancongan.

y Faktor pembangunan negara


Antara faktornya ialah sektor pelancongan. Sektor ini dibangunkan oleh tempat sejarah, legenda yang tercipta, keindahan alam dan tempatnya begitu strategik. Langkawi contohnya, setelah tamat sumpahan Mahsuri, membangun kerana aspek ini.

1. Jumlah rangkap : 2 rangkap, rangkap dibahagikan kepada bahagian 1 dan 2 2. Jumlah baris : Rangkap 1 = 16 baris Rangkap 2 = 11 baris 3. Jumlah patah perkataan : Antara 1 hingga 6 patah perkataan - Mahsuri (Rangkap 1, Baris 3)- 1 patah perkataan - Kata orang Mahsuri tidak pernah hidup (Rangkap 2, Baris 1)- 6 patah perkataan

4. Jumlah suku kata : Antara 3 hingga 15 suku kata - Mah/su/ri (Rangkap 1, Baris 13)- 3 suku kata - Sum/pah i/tu/lah yang te/lah meng/hi/dup/kan Lang/ka/wi (Rangkap 1, Baris 14)- 15 suku kata 5. Rima akhir : Rangkap 1 = abbaccdefgaaaaba Rangkap 2 = abbaccdeeed 6. Bentuk keseluruhan : Tidak terikat atau bebas

1. Personifikasi - Selendangmu mengibar di pantai menyambut tetamu pulau (Rangkap 1, Baris 1 dan 2) - Sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi (Rangkap 1, Baris 14) - Sastera membesarkan tanah air. (Rangkap 2, Baris 11) 2. Metafora - Nyanyian ombak pagi, laut malam

3. Ironi - Membuatnya lebih hidup dari kehidupannya (Rangkap 2, Baris 6) 4. Hiperbola - Air matamu dingin embun jatuh di tujuh telaga (Rangkap 1, Baris 7 dan 8) 5. Imej alam - pantai, pulau, ombak pagi, laut, embun, telaga, tanjung

6. Responsie - Jatuh di tujuh telaga dendam tujuh keturunan melengkung tujuh tanjung (Rangkap 1, Baris 8-10) - Mahsuri membesarkan Langkawi sastera membesarkan tanah air. (Rangkap 2, Baris 10-11) 7. Alusi - Watak Mahsuri dalam keseluruhan sajak.

8. Alegori (kiasan berbentuk cerita) - Kisah Mahsuri di Langkawi

1. Asonansi - Vokal i- Langkawi tidak sebegini bererti (Rangkap 2, Baris 9) - Vokal u- dendam tujuh keturunan (Rangkap 1, Baris 9) 2. Aliterasi - Konsonan m rambutmu menjadi jalur hitam (Rangkap 1, Baris 5) - Konsonan t jatuh di tujuh telaga (Rangkap 1, Baris 8)

1. Patriotisme - Sayang akan tanah air yang banyak menyimpan khazanah bernilai 2. Menghargai sejarah dan sastera - Menghargai sejarah sesuatu tempat dengan mengetahui hakikat sejarah dan cerita di sebalik sesuatu peristiwa

3. Kesetiaan/kejujuran - Mahsuri lambang kesetiaan seorang wanita 4. Kebersihan fizikal dan mental - Mahsuri wanita yang anggun dan bersih jiwa dan hati

1. Kita hendaklah sentiasa menghargai nilai sejarah dan nilai sastera yang terdapat dalam sesuatu kejadian yang berlaku. 2. Kita wajarlah menjadikan sesuatu kejadian atau sejarah lalu sebagai iktibar agar kita tidak mengulangi kesilapan lalu. 3. Janganlah kita lupa sejarah dan peristiwa yang mewarnai sesuatu tempat kerana banyak manfaatnya apabila kita mengetahui sejarah.

4.

Kita mestilah percaya sejarah Mahsuri telah menjadi asas kepada pembangunan pesat Langkawi pada masa sekarang Kita hendaklah menghargai seniman yang berperanan dalam mengumpulkan cerita dan bahan bukti yang boleh menjadikan sejarah dan sastera tanah air subur dan dikenang sehingga kini.

5.

Anda mungkin juga menyukai