Anda di halaman 1dari 3

Hikayat Langlang Buana Sinopsis Cerita Pada suatu malam, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewa duduk dilingkungi

oleh segala dayang inang pengasuhnya sambil bercerita tentang mimpi mereka.Tuan puteri telah memberitahu dayang inang pengasuhnya tentang mimpinya tidur berselimutkan bunga yang dikarang. Salah seorang inangnya berguraukepada tuan puteri bahawa baginda mungkin akan bersuami. Setelah hari siang, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewa bersama dengan dayang-dayang telah pergike taman. Penggu tasik meminta Raja Indera Bumaya bersembunyi setelah menyedari kehadiran tuan puteri bersama dengan dayang-dayangnya. Ketikamereka sedang mandi, Raja Indera Bumaya telah turun berjalan ke tepi kolam tanpa disedari sesiapa. Baginda telah menukarkan dirinya sebagai seekor burung bayang yang terlalu cantik dan bersuara merdu. Burung bayan itu hinggap pada tangan tuan puteri. Tuan puteri terlalu gembira dan dibawanya bayan pulang ke rumah peri. Apabila tiba di rumah peri, bayan itu pun terbang ke riba tuan puteri sambil berpantun. Burung bayan memberitahu tuan puteri tentang Raja Indera Bumaya, iaitu tuannya dalam perjalanan kenegeri tuan puteri. Tuan puteri kembali ke mahligainya dengan membawa burung bayan. Burung bayan itu telah dimasukkan ke dalam sangkar. Setelah hari malam, burung bayan itu dikeluarkan dari sangkar. Tuan Puteri meminta burung bayan memperlihatkan wajah Raja Indera Bumaya itu. Selepas itu, burung bayan menukarkan dirinya menjadi burung nuri, kemudian menjadi kalungan bunga dan menjelmakan dirinya semula, iaitu Raja Indera Bumaya. Tuan puteri meminta Dang Siti Mengerna memberikan hidangan untuk Raja Indera Bumaya. Mereka santap bersama-sama sambil bersenda gurau. Senda gurau dan gelak ketawa mereka didengari oleh empat orang menteri dan empat orang hulubalang yang berkawal di mahligai tuan puteri itu. Mereka mengkhabarkan kejadian itu kepada ayahanda tuan puteri, Raja Bahrum Dewa. Raja Bahrum Dewa amat marah lalu mengarahkan empat puluh hulubalangan dan rakyat mengepung mahligai tuan puteri untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Kedatangan hulubalang dan seluruh rakyat dikhabarkan kepada tuan Puteri. Sambil menangis akibat ketakutan, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi telah memberitahu hal tersebut kepada Raja Indera Bumaya. Raja Indera Bumaya menyeru geliga hikmat daripada Raja Johan Syahperi dengan mengeluarkan empat jin untuk menewaskan rakyat dan hulubalang Raja Bahrum Dewa itu. Raja Bahrum Dewa sekali lagi menghantar rakyat dan hulubalangnya mengepung mahligai tuan puterinya. Sekali lagi, Raja Indera Bumaya menyeru empat ribu jin untuk berlawan dengan segala raja, menteri, hulubalang dan rakyat Raja Bahrum Dewa. Sekali lagi berlaku peperangan antara kedua-dua belah pihak yangmenyebabkan beberapa banyak rakyat yang terbunuh. Persoalan Persoalan kesaktian anak raja Persoalan keberanian menghadapi cabaran Persoalan patuh pada arahan Raja Indera Bumaya boleh menjelmakan diri dalam pelbagai rupa kerana memiliki kesaktian Raja Indera Bumaya tidak gentar untuk menentang hulubalang Raja Bahrum Dewa Jin yang dicita daripada gemala sakti menurut arahan Raja Indera Bumaya menyerang Raja Bahrum Dewi

Latar tempat Di istana Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.Contohnya, Tuan puteri tinggal bersamadengan dayang dan inang pengasuh Di taman dan di tasik. Contohnya, Raja Indera Bumaya menukarkan dirinya sebagai burung bayan dan duduk di pohon kemunting sambil memerhatikan Tuan PuteriMandu Ratna Dewi mandi-manda Di negeri Lela Gambar.Contohnya tempat asal Raja Indera Bumaya. Di istana Raja Bahrum Dewa.Contohnya empat orang menteri bertemu dengan biduanda untuk mengkhabarkan kejadian yang berlaku di istana Tuan Puteri ManduRatna Dewi.

Latar masa Pada waktu pagi. Contohnya Tuan Puteri Mandu Ratna Dewimandi di tasik bersamadengan dayang dan inang pengasuh. Pada waktu malam.Contohnya bayan menceritakan kehebatan tuannya, iaitu RajaIndera Bumaya kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi Pada zaman pemerintahan Raja Bahrum Dewa.Contohnya, Raja Bahrum Dewamemerintahkan hulubalang dan rakyatnya mengepung istana tuan puteri danmenangkap Raja Indera Bumaya

Latar masyarakat Masyarakat yang memiliki kesaktian. Contohnya, Raja Indera Bumaya telahmenukarkan dirinya sebagai burung bayan, burung nuri dan kalungan bunga. Masyarakat yang sedang dilamun percintaan. Contohnya Raja Indera Bumaya danTuan Puteri Mandu Ratna saling mencintai antara satu dengan yang lain Masyarakat jin yang dicipta oleh raja. Contohnya, jin-jin ciptaan Raja Indera Bumayadiseru untuk berperang dengan bala tentera Raja Bahrum Dewa Gaya Bahasa 1) Simile Tidur dan bantal seperti ada orang tidur. (m/s 37) 2) Peribahasa Bulan dipagar bintang.(m/s 36) 3) Bahasa Istana Marilah santap tuanku.(m/s 42) *santap. Makan (kata yang digunakan untuk mempersilakan atau mengatakan raja makan atau minum) Pengajaran 1)Kita mestilah berani apabila melakukan sesuatu perkara. Contohnya, Raja InderaBumaya berani melakukan pelbagai taktik penyamaran untuk mendampingi TuanPuteri Mandu Ratna Dewi.

2) Kita hendaklah bijak menggunakan kelebihan diri demi kesejahteraanhidup.Contohnya, Rja Indera Bumaya telah menggunakan kelebihan dirinya yang boleh membuat penyamaran untuk memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. 3) Kita mestilah menghargainyawa orang lain. Contohnya, Raja Indera Bumayamengarahkan jinjin ciptaannya supaya hanya menyerang tentera Raja Bahrum Dewatanpa membunuh mereka.

Anda mungkin juga menyukai