Anda di halaman 1dari 5

13.

Pahang

A. Bendera negeri Pahang

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan


bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang
adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah
melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini
membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang
mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini
juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai
keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat,
adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang
ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan
berdaulat.

B. Jata negeri Pahang

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat


daripada emas termasuk penongkok dan taran. Tujuan dipilih
logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862
emas merupakan hasil masyhur yang utama di Negeri Pahang.
Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang
diperbuat dari emas. Gading yang bersilang di bawah daun kopi
itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat
dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi
satu perdagangan yang besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud
yang lemah lembut. Simboliknya pemerintah tidak
menggunakan kekerasan. "Ya La Tif" juga dijadikan azimat
yang berguna.

C. Lagu Kebangsaan negeri Pahang - Lagu Negeri Pahang

"ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI"

"Ya Allah Yang Masa Kuasa


Lanjutkan Usia Kebawah Duli
Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah Selamatkan Kebawah Duli Raja Kami".
D. Keistimewaan negeri Pahang

Pahang (Jawi: )adalah negeri yang terbesar di


Semenanjung Malaysia. Terletak di lembangan Sungai Pahang
yang amat luas, ia bersempadan dengan (lihat peta):

* Kelantan di utara;
* Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat;
* Johor di selatan; dan
* Terengganu dan Laut China Selatan di timur.

"Darul Makmur", nama gelaran bahasa Arabnya, bermaksud


"tempat perlindungan yang tenang".

Kebudayaan masyarakat Pahang amat berkait rapat dengan


kehidupan masyarakat melayu. Pada zaman sebelum
kemerdekaan, seni silat merupakan antara aktiviti seni yang
menarik minat anak-anak muda. Hinggalah negeri Pahang
terkenal kerana memiliki ramai pendekar dan pahlawan hebat
seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Mat Lela, Datuk Bahaman,
Panglima Muda Jempul,Pendekar Mat Arif dan ramai lagi yang
nama mereka telah dipadam oleh British dalam sejarah. Selain
itu, dalam aktiviti kesenian juga orang-orang Pahang telah
lama pandai bermain Dikir Pahang.

Suatu ketika dahulu, persembahan wayang kulit pernah


bertapak di negeri Pahang dimana ianya dikenali sebagai
Wayang Pahang. Walau bagaimanapun, teater tradisional ini
telah lama lenyap dari bumi Pahang.
Sultan Pahang merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Di
bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh
Dewan Undangan Negeri Pahang. Dewan ini melantikkan ahli
Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan
(EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa


eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan
negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah
daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak
di dalam Dewan Undangan.

Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di


peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem kerajaan di
Malaysia. Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad
seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh
menguatkuasakan undang-undang kecil (atau by-laws) kepada
penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka.
Antara Kerajaan Tempatan yang terdapat dalam negeri
Pahang ialah :

* Majlis Perbandaran Kuantan


* Majlis Perbandaran Temerloh
* Majlis Perbandaran Bentong
* Majlis Daerah Bera
* Majlis Daerah Cameron Highlands
* Majlis Daerah Jerantut
* Majlis Daerah Kuala Lipis
* Majlis Daerah Maran
* Majlis Daerah Pekan
* Majlis Daerah Raub
* Majlis Daerah Rompin

Peta ini menunjukkan kedudukan negeri Pahang di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai