Anda di halaman 1dari 2

Pahang

Bendera Negeri Pahang adalah mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di
bawah. Kedua-duanya sama lebar.

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu
pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna
bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan
Beraja.

Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan,
undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada
pada Raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

Mata tombak itu ialah contoh mata tombak besar, iaitu "cogan" salah satu dari Alat
Kebesaran Negeri yang utama, tanda kekuasaan seperti Cokmar.Jika diperhatikan, bentuk
cogan itu adalah ganjil. Sebagai mata tombak, lebar matanya tiada padan dengan panjangnya.

Ini ialah kerana hendak menyerupakan bentuknya dengan bentuk daun kopi. Menurut riwayat
tua, Almarhum Sultan Ahmad yang telah beberapa kali membuat percubaan untuk
mendapatkan takhtar Pahang, telah menganggap kejayaan akhir Baginda oleh suatu peristiwa
berhubung dengan 

cawan kopi yang dihidangkan kepada Baginda tatkala sedang menyusun perjuangan di
Terengganu untuk melanggar Pahang bagi kali yang akhir.
Gading gajah itu maknanya kekuasaan Raja. Dalam sejarah Melayu, gajah ada hubungan
rapat dengan raja-raja Melayu dan istiadat di raja iaitu digunakan sebagai kenderaan di raja.

Anda mungkin juga menyukai