Anda di halaman 1dari 2

Cincin Hikmat

Di hujung sebuah kampong, tinggal sepasang suami isteri yang miskin.


Mereka mempunyai seorang anak bernama Damak. Hidup mereka
sangat susah. Kadang kala mereka sekeluarga terpaksa berlapar
kerana tiada makanan.
Damak selalu bermain seorang diri. Tiada siapa yang mahu bermain
dengannya. Dia selalu diejek kerana pakaiannya yang comot dan
compang-camping.
Pada suatu hari, Damak duduk seorang diri di tepi sungai. Dia
menangis mengenangkan nasibnya. Tiba-tiba seorang tua muncul di
hadapannya. Orang tua itu memberinya sebentuk cincin dan meminta
Damak menjaganya. Kemudian tiba-tiba orang tua itu hilang. Damak
melihat di jarinya ada sebentuk cincin yang buruk. Dia segera berlari
pulang. Dia menceritakan kejadian itu kepada ayah dan ibunya. Ayah
dan ibu Damak tidak mempercayai ceritanya dan menyuruh Damak
membuang cincin iotu. Damak merasa sungguh sedih. Dia
menyorokkan cincin itu di dalam sebuah bakul buruk sebelum masuk
tidur.
Pada tengah malam itu, damak terjaga kerana bilik tidurnya terang
benderang dengan cahaya yang keluar dari bakul buruknya. Tiba-tiba
Damak mendengar satu suara yang menyuruhnya memakai cincin itu
dan meminta apa saja. Damak segera memakai cincin itu dan meminta
sebuah rumah yang besar dan harta yang banyak. Tiba-tiba pondok
buruk mereka menjadi sebuah rumah yang besar dan cantik. Ibu dan
ayah Damak terkejut dan gembira melihat apa yang berlaku.
Sejak hari itu, mereka menjadi orang yang kaya. Cincin hikmat
banyak memberi harta kepada mereka. Damak mula menjadi tamak.
Dia tidak berhenti-henti meminta berbagai-bagai benda,
Pada suatu hari, ibu Damak menasihatkannya agar tidak meminta
apa-apa lagi kerana bimbang Damak akan lupa diri. Damak tidak
menendahkan nasihat ibunya kerana dia akan meminta apa saja
selagi cincin hikmat itu ada padanya. Damak merasa seronok kerana
tiada siapa yang dapat menandingi kekayaannya.
Dengan angkuhnya dia meminta agar rumahnya di kelilingi oleh laut
supaya orang-orang kampong tidak dapat meminta bantuan
daripadanya lagi. Sekelip mata saja rumahnya di kelilingi air laut,
Kemudian dia meminta harta yang bertimbun-timbun tidak berhentihenti.

Cincin hikmat menurut semua permintaan Damak. Harta muncul


bertimbun-timbun tanpa henti sehingga tiada tempat untuk Damak
meletakkan hartanya.
Damak mula bimbang lalu meminta cincin hikmar berhenti
mengeluarkan harta . Tetapi cincin hikmat tidak menurut perintahnya.
Rumah Damak mula tenggelam kerana terlalu banyak harta. Damak
tidak dapat lari kerana rumahnya dikelilingi air laut. Damak menyesal
tidak mendengar nasihat ibunya. Akhirnya Damak tenggelam di dalam
laut bersama rumah dan hartanya.
Begitulah kisah yang boleh kita jadikan iktibar agar tidak bersikap
tamak seperti maksud pantun lama
Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang,
Orang tamak selalu rugi,
Bagai anjing dengan bayang-bayang.

Anda mungkin juga menyukai