Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SELAMAT TEL.

SEK:05- 6922495
LORONG SELAMAT, 32000 SITIAWAN, FAX.NO : 05-6926143
KOD.SEK: ABA 1015
PERAK DARUL RIDZUAN.

“1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN KEJOHANAN CATUR (SEKOLAH RENDAH)


MSSD MANJUNG TAHUN 2019

Tarikh : 13 Mac 2019 (Rabu)


Masa : 2.30 petang
Tempat: Makmal Komputer Sk Seri Selamat

Kehadiran :

1. Abirami Markandan (SK Seri Selamat)


2. Kanierasu M ( SJKT Ayer Tawar)
3. Noor Liyana ( Sek Ren. Al-Hidayah)
4. Mohd Hariri ( SK Pengkalan Tldm Ii)
5. Krishnamoorthi ( SJKT Beruas)
6. Siti Salma ( SK Lekir)
7. Parvathi ( SJKT Pengkalan Baru)
8. Siti Mazlina ( SK Seri Bayu)
9. Fatahhayah Ismail ( SK Methodist Acs Lumut)
10. Hamnah Bt Sabie ( SK Kampung Baharu)
11. Maryam Ahmad ( SK Dato’ Ishak)
12. Zaiton Bt Ahmad ( SK Sungai Wangi )
13. Azrulnizam ( SK St Francis)
14. Yong Kui Lee ( SJKC Chen Hwa)
15. Yaw Sig Siew ( SJKC Khuen Hean)
16. Thilaravathi ( SJKT Ladang Ayer Tawar)
17. Kavitha ( SJKT Kampong Tun Sambanthan)
18. Mohd Aswat ( SK Sungai Tiram)
19. Ahmad Ruzaini ( SK Seri Selamat)
20. Ratha ( SJKT Mahaganesh Viddyanai)
21. Shara Devi ( SJKT Ladang Walbrook)
22. Ding Bing Yun ( SJKC Chung Cheng)
23. Asfaliza Salleh ( SK Seri Manjung)
24. Roslinda Bt Husain ( SK Ayer Tawar)
25. Lee Kah Wei ( SJKC Yen Min)
26. Zahari Ahmad ( SK Methodist Ayer Tawar)
27. Siew Yong Lee ( SJKC Simpang Lima)
28. Irdaa Binti Abu Hassan ( SK P TLDM)
29. Kalai Vaani A/P Balasubramaniam (SJKT Mukim Pundut)

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1. PK Kokurikulum, Pn Nor Izzah bt Abdul Karim memberikan kata-kata aluan dan
mengalu-alukan kehadiran semua wakil sekolah-sekolah rendah daerah Manjung ke
Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Catur (Sekolah Rendah) MSSD Manjung bagi tahun
2019.

2.0 Ucapan Pengerusi (Pegawai Teknik)


2.1 Pengerusi mengucapkan syabas dan terima kasih kepada guru yang sudi menggalas
tanggungjawab sebagai guru penasihat dan pengurus pasukan catur. Puan
Pengerusi berpesan kepada semua guru agar dapat mematuhi pekeliling dan garis
panduan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti kokurikulum. Puan
Pengerusi juga mencadangkan untuk mengadakan Bengkel Catur untuk para guru
untuk memudahkan guru-guru untuk membimbing para pelajar.

3.0 Penetapan tarikh, masa dan tempat pertandingan


Pn. Nazidatulsima memaklumkan tarikh bagi Kejohanan Catur MSSD Daerah Manjung
akan diadakan pada :
Tarikh : 18 April 2019 ( Khamis )
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: SMK Ahmad Boestamam / SK Seri Selamat, Sitiawan
Tindakan : Semua guru

4.0 Taklimat pertandingan oleh PTPS Daerah


Pn. Fadilah telah memberikan taklimat tentang
4.1 Undang-undang permainan catur
Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang Federation Internationale
Des Echecs (F.I.D.I) dan peraturan-peraturan Am MSSD Manjung yang sedang
berkuatkuasa.
4.2 Jenis Pertandingan
Individu
4.2.1. Lelaki umur 12 tahun dan ke bawah
4.2.2. Perempuan umur 12 tahun dan ke bawah
4.2.3. Kiraan umur pemain bagi setiap kategori adalah pada 1 Januari tahun
pertandingan.

4.3 Pendaftaran Pemain


4.3.1. Tiada had penyertaan
4.3.2. Tarikh akhir serahan nama pemain pada 9 April 2019 (Selasa) melalui
whatsapp group Kejohanan Catur 2019

4.4 Sistem pertandingan


4.4.1 Kejohanan ini dijalankan secara berasingan bagi setiap kategori.
4.4.2 Kejohanan ini dijalankan mengikut prinsip-prinsip Sistem Swiss.
4.4.3 Sekolah yang menjadi pengerusi Pengelola pertandingan diberi hak untuk
menggenapkan pemain sekiranya berlaku pemasangan yang ganjil.
4.4.4 Kemungkinan besar para pemain akan berjumpa sesama sendiri (sama
sekolah)
4.4.5 Seseorang pemain tidak boleh dipasangkan dengan pemain yang sama lebih
daripada sekali.
4.4.6 Jumlah pusingan bergantung kepada bilangan peserta
33 - 64 pemain 6 pusingan
65 – 128 pemain 7 pusingan
Tindakan : Semua guru

4.5 Tempoh bermain


4.5.1 25 minit bagi setiap pemain
4.5.2 Arbiter berhak memberhentikan permainan sekiranya masa permainan
salah seorang atau kedua-dua pemain telah tamat dengan sah sama ada
disedari atau tidak oleh pemain.
4.5.3 Pemain yang tamat tempoh permainannya terlebih dahulu akan
diisytiharkan kalah dan pihak lawannya akan diisytiharkan menang.

Tindakan : Semua guru

4.6 Tuntutan seri


4.6.1 Pemain berhak menuntut seri daripada pihak lawan pada bila-bila masa
sahaja.
4.6.2 Pemain berhak mendapat seri jika berlaku 3 pergerakan yang berulang
secara berturut-turut dengan syarat pihak lawan hendaklah memaklumkan
kepada Arbiter untuk disahkan.
4.6.3 Pemain juga berhak menuntut seri jika tiada usaha untuk check pihak
lawan. Jika pihak lawannya tidak akur, Arbiter berhak memberikan 50
gerakan ( tanpa mengira masa dalam permainan) kepada pemain berkenaan
untuk membuktikan bahawa checkmate dapat dilakukan dalam permainan
tersebut. Jika gagal melakukan checkmate maka permainan tersebut akan
diputuskan sebagai seri.
Tindakan : Semua guru

4.7 Undang-undang sentuh


Setiap buah yang disentuh mestilah digerakkan kecuali gerakan yang tidak sah.
4.7.1 Jika pemain telah menyentuh buah lawan dengan tangan atau menggunakan
buah catur dalam keadaan yang membolehkannya makan buah lawan.
4.7.2 Jika hanya menyentuh buahnya sahaja maka pemain boleh menggerakkan
ke mana tempat yang difikirkannya sesuai.
4.7.3 Illegal move dan’touch move’
a. Kali pertama hingga ketiga akan diberi amaran.
b. Kali keempat, pemain tersebut diisytiharkan kalah.

4.8 Kaedah penentuan keputusan


4.8.1 Pemain yang menang akan diberi 1 mata, ½ mata untuk seri dan 0 mata jika
kalah dan 1 jika bye#.
4.8.2 Pemain yang mendapat jumlah mata yang terbanyak akan menjadi johan
dan seterusnya.
4.8.3 Jika terdapat kedudukan mata pemain yang sama, pemain seri ( Tie-break )
yang berikut akan digunakan untuk memisahkan kedudukan :
a. Mata Solkoff/Buchholz ( menjumlahkan semua mata yang diperolehi
oleh semua lawan peserta berkenaan. Peserta yang menjumlahkan mata
terbanyak.
b. Mata Sonnneborn-Berger ( menjumlahkan semua mata yang diperolehi
oleh lawannya yang dimenangi dan separuh bagi perlawanan seri )
c. Median-Solkof/ Median-Buchholz ( pengiran seperti system Solkoff/
Buchholz tetapi mata peserta lawan yang terendah dan tertinggi tidak
dikira ).
d. Mata progresif/ kumulatiff ( menjumlahkan mata perlawanan peserta
pada setiap pusingan )
e. Number of wins ( mata kemenangan saja yang dikira. Peserta yang
lebih banyak menang akan dikira menang. Mata seri tidak dikira.
f. Individual encounter ( peserta yang pernah mengalahkan lawannya
akan dikira menang.
Sekiranya sehinga peringkat ini SERI juga lagi, perlawanan imbal balas
5 minit PLAY OFF

Tindakan : Semua guru

4.9 Hadiah
4.9.1 Hadiah berbentuk Sijil dan Medal akan disediakan untuk tempat pertama
hingga ke lima belas bagi setiap kategori ( L dan P )
4.9.2 Hadiah bergantung kepada bilangan peserta yang mengambil bahagian.
4.9.3 Sijil akan diberi kepada:
a. Tempat pertama hingga 15 menerima Sijil Penghargaan/ Sijil Kepujian
b. Tempat 16 hingga baki menerima Sijil Penyertaan.

4.10 Pakaian
4.10.1 Peserta dikehendaki berpakaian sekolah atau pakaian sukan sekolah.
4.10.2 Seluar jeans, selipar dan topi tidak dibenarkan.
4.10.3 Telefon bimbit juga tidak dibenarkan.
Tindakan : Semua guru

4.11 Kewangan
4.11.1 Yuran penyertaan RM10.00 untuk setiap peserta. Resit pembayaran akan
disediakan.
4.11.2 Bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran.

4.12 Pendaftaran
4.12.1 Sertakan Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran semasa pendaftaran.
4.12.2 Tiada murid baru didaftarkan semasahari pertandingan.

4.13 Puan Nazidatulsima mengingatkan guru- guru :

4.1.1 Jangan ajar murid 3 langkah checkmate. Pengalaman lebih penting. Jika
ada masalah boleh menghubunginya (0175892098).
4.1.2 Ingatkan kepada murid-murid tentang peraturan-/ undang-undang
permainan catur.
4.1.3 Jika ada masalah sewaktu bermain, terus beritahu kepada arbiter.

Tindakan : Semua guru


5.0 Ucapan Penangguhan
Pn. Nor Izzah bt Abdul Karim mengucapkan tahniah kepada Pn Nazidatulsima kerana
berusaha menaikkan semula permainan catur.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………. ……………………….
(Tengku Anis Diana Shahira Bt Tengku Nasir) (Nor Izzah Bt Abdul Karim)
Setiausaha Kokurikulum Pk Kokurikulum
SK Seri Selamat, Sitiawan SK Seri Selamat, Sitiawan

Disahkan oleh,

…………………………..
(Pn Hjh Rahimah Banun Bt Mohd Saaid)
Guru Besar SK Seri Selamat, Sitiawan

Anda mungkin juga menyukai