Anda di halaman 1dari 1

KELAB USAHAWAN SAHABAT IKHTIAR KOTA SETAR (KUSIKS)

(No. Pendaftaran NSID – 032-13022018)


No. A 20, Tingkat 1, SUSURAN BANDAR BARU, MERGONG 05150
ALOR SETAR, KEDAH. TEL: 04-7324835
____________________________________________________________________________
No Fail : KUSIKS/A/002/2019 ( 004)
Tarikh : 18 Mei 2019

Assalamualaikum Wbt

KEPADA YANG BERKENAAN,

Tuan/Puan,

PER: JEMPUTAN KE MAJLIS PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA SAMBUTAN RAMADHAN 2019
ANJURAN SAHABAT BLOK HUTAN KAMPUNG AMANAH IKHTIAR MALAYSIA {AIM} DENGAN
KERJASAMA KELAB USAHAWAN SAHABAT IKHTIAR KOTA SETAR (KUSIKS).

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan semua sahabat AIM dijemput untuk meramaikan Majlis Program Bubur
Lambuk Sempena Sambutan Ramadhan 2019 yang akan diadakan pada :-

Tarikh : 25 Mei 2019 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar.

3. Untuk makluman tuan/puan, program ini melibatkan aktiviti memasak dan mengagihkan bubur
lambuk kepada orang awam dan juga sahabat-sahabat AIM. Sehubungan itu, sebarang pertanyaan dan
maklumbalas boleh menghubungi Ketua Blok Hutan Kampung, Puan Anum ditalian 012-4650924.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan mengeratkan lagi silatulrahim dan semangat
kerjasama di antara kita semua. Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

KELAB USAHAWAN SAHABAT IKHTIAR KOTA SETAR (KUSIKS)

………………………………………
(SABARIAH BINTI OMAR)
Setiausaha Blok Hutan Kampung.

Anda mungkin juga menyukai