Anda di halaman 1dari 1

Karangan Contoh Gotong royong dapat didefinisikan sebagai membuat sesuatu aktiviti secara berkumpulan atau bersama-sama secara

sukarela atau tanpa menikmati bayaran ataupun upah. Amalan bergotong-royong perlu dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat kerana banyak mendatangkan faedah kepada semua pihak. Antara faedah bergotong-royong adalah dapat mengeratkan perpaduan antara kaum. Hal ini jelas dapat dilihat apabila pelbagai kaum menyertai aktiviti gotong-royong yang diadakan di sesuatu tempat seperti kawasan kediaman. Sambil membersihkan kawasan kediaman, mereka berpeluang untuk saling mengenali dan beramah mesra antara satu sama lain. Hal ini pastinya akan mengeratkan perpaduan antara kaum, seterusnya mengekalkan kesejahteraan hidup. Selain itu, aktiviti bergotong-royong turut memudahkan dan mempercepat sesuatu kerja yang dilaksanakan.Kerja yang sukar akan menjadi mudah dan kerja yang berat akan menjadi ringan bertepatan dengan peribahasa , berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Penduduk setempat pasti akan menikmati manfaat sekiranya aktiviti gotong-royong ini dijalankan. Persekitaran kawasan kediaman juga pasti akan menjadi lebih bersih sekiranya pendudk bersama-sama mengambil inisiatif untuk membersihkan kawasan mereka. Mereka bersama-sama menjaga kebersihan kawasan kediaman seperti membersihkan sampah sarap, membersihkan longkang yang tersumbat, menebas semak samun dan sebagainya. Persekitaraan yang bersih akan menghalang pembiakan haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk, lalat, tikus dan sebagainya. Persekitaran yang bersih juga akan menjadikan kehidupan penduduk setempat bertambah sihat dan sejahtera. Aktiviti bergotong-royong mampu menjalin dan memperkukuh semangat kejiranan. Jiran-jiran tanpa mengira pembezaan bangsa dan agama saling mengambil berat akan kebajikan masing-masing. Kerjasama yang dibentuk mampu meningkatkan imej penduduk yang tinggal di kawasan tersebut.Peribahasa ada mengatakan bahawa tak kenal, maka tak cinta. Keadaan ini tentu akan membentuk suasana yang harmoni dalam kehidupan masyarakat. Nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, toleransi, kerjasama, baik hati, hormatmenghormati dan sebagainya turut diserapkan dalam jiwa masyarakat melalui masyarakat yang berhemah dan berperibadi mulia.Secara tidak langsung, amalan nilai murni ini akan mengekalkan kesejahteraan hidup yang dikecapi walaupun masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kesimpulannya, amalan bergotong-royong merupakan teras kemajuan diri, masyarakat, dan negara.Amalan ini perlu diberikan nafas semula kerana banyak member faedah. Oleh itu, segenap lapisan masyarakat perlu menyuburkan semula amalan mulia ini, seterusnya mengikis sikap mementingkan diri sendiri agar tidak menjadi seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing.

Anda mungkin juga menyukai