Anda di halaman 1dari 1

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting


kehidupan rakyat di negara kita. Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan
yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah yang menjadikan bangsa
dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama


rasmi Persekutuan. Kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas,
aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-
bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dapat menerapkan kepercayaan beragama secara
positif yang boleh membangun pemikiran luhur dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat
membina jati diri yang padu.

Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing sebagai asas


membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat
mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak
sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan
yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran
agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun
Negara.

Anda mungkin juga menyukai