Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Secara kesuluruhannya , semangat nasionalisme di Tanah Melayu agak perlahan


berbanding dengan negara negara lain di Asia . Hal ini boleh dilihat dengan keadaan di Tanah
Melayu pada zaman penjajahan Jepun dan Inggeris sekitar tahun 1945-1957 . Sepatutnya ,
masyarakat yang berbilang kaum haruslah bersepakat menentang penjajah daripada terus
memonopoli hak negara kita sendiri . Namun , masyarakat melayu , cina serta india hanya
membutakan mata dan memekakkan telinga sesama sendiri apabila diperhambakan untuk
melakukan apa sahaja keinginan para penjajah .

Hal ini terjadi kerana keadaan penduduk di Tanah Melayu mempunyai pelbagai bangsa ,
agama dan adat resam . Faktor tersebut telah menyebabkan proses pembentukan dan
penyatuan kesedaran politik lambat berlaku . Seperti yang telah disebut sebelum ini , pihak
British telah menjalankan sistem Divide and Rule . Sistem ini telah memecahbelahkan kaum
yang ada pada ketika itu . Contohnya , orang melayu bekerja sebagai petani sahaja dan tidak
dibenarkan untuk bekerja di lombong bijih timah bersama orang cina atau di ladang-ladang
bersama kaum india .

Kesimpulannya , dinamika nasionalisme di negara kita bergerak kearah yang lebih


mantap dan tersusun berikutan dengan wujudnya badan politik seperti KMM yang mempunyai
jaringan yang agak kuat dengan pergerakan nasionalisme di luar negeri .

Anda mungkin juga menyukai