Anda di halaman 1dari 6

Usaha untuk mempertahankan kemerdekaan lebih sukar daripada memperjuangkan

kemerdekaan. Jelaskan pernyataan ini.


Usaha untuk mempertahankan kemerdekaan lebih sukar daripada memperjuangkan
kemerdekaan kerana penjajahan pada hari ini bukan lagi berbentuk ketenteraan dan
peperangan yang boleh dilihat dan terus dipertahankan. Sebaliknya penjajahan yang
berlaku pada hari ini berlaku secara halus tanpa disedari seperti penjajahan minda.
Hakikatnya penjajahan ini merupakan penjajahan bentuk baharu yang lebih berbahaya
ibarat pembunuh senyap. Penjajahan ini disebarkan melalui alam siber untuk menjajah
pemikiran masyarakat sehingga menggugat kedaulatan negara. Hal ini kerana pengguna
internet terdedah dengan unsur-unsur negatif akibat tiada kawalan sehingga menyebabkan
berlakunya keruntuhan akhlak. Contohnya, budaya black metal dan punk. Natijah, generasi
muda yang diharapkan sebagai pemimpin masa depan akan menghancurkan negara
sekiranya anasir ini tidak dibendung dengan segera.

Seterusnya, sebelum mencapai kemerdekaan, negara diancam oleh penjajah asing,


sebaliknya pada hari ini negara menghadapi ancaman daripada rakyatnya sendiri. Justeru,
jelaslah bahawa mempertahankan kemerdekaan itu lebih sukar daripada memperjuangkan
kemerdekaan kerana kita berhadapan dengan ancaman dalam negara sendiri. Hal ini
kerana perkara paling penting dalam mengekalkan kemerdekaan ialah perpaduan. Malaysia
merupakan negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum,bangsa dan agama. Hal
demikian sudah pasti menjadi cabaran dalam mengekalkan perpaduan dan kemerdekaan
negara. Jurang ekonomi antara kaum, ketiadaan rasa hormat dan sikap toleransi
menyebabkan berlakunya permusuhan kaum. Hal ini sudah pasti akan mengucar- kacirkan
keamanan negara. Tegasnya, keadaan yang tidak aman akan membawa banyak kesan
buruk kepada negara seperti kegoyahan ekonomi akibat hilang kepercayaan pelabur asing.
Hal ini secara tidak langsung akan membantutkan pembangunan dan kemajuan negara.

Selain itu, pengaruh pemikiran sekularisme dan Liberalisme Barat juga menjadi
ancaman dalam mengekalkan kemerdekaan. Fahaman ini merupakan pemikiran yang
menganggap segala urusan dunia harus dipisahkan dengan urusan agama menyebabkan
rakyat bertindak sesuka hati. Pemikiran ini memberi kebebasan kepada individu untuk
melakukan apa sahaja tanpa dapat dihalang oleh pemerintah. Kesannya lahirlah warga
Malaysia yang bebas dari kongkongan agama, bersifat individualistik dan mementingkan
meterialistik semata-mata. Buktinya peningkatan jenayah rasuah. Malah rakyat terlalu
obses dengan prinsip kebebasan individu dan kebebasan bersuara sehingga melakukan
demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pemimpin dan
negara. Contohnya Perhimpunan Bersih. Konklusinya, rakyat akan hilang perasaan hormat
kepada pemimpin dan negara sehingga menggugat kestabilan politik dan menjejaskan imej
negara di mata dunia.
Sistem Birokrasi Barat merupakan tipu muslihat Barat untuk menguasai pentadbiran
di Asia Tenggara. Buktikan.
Sistem Birokrasi Barat merupakan tipu muslihat Barat dapat dibuktikan melalui slogan
yang digunakan oleh kuasa Barat. Tugas Menyebarkan Tamadun dan Beban Orang Putih
seolah-olah menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab sosial mereka terhadap
penduduk di Timur. Hakikatnya, slogan tersebut hanya satu cara untuk menghalalkan
penguasaan mereka

Selain itu, Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan telah mewujudkan kerajaan
pusat dengan menggabungkan semua wilayah di bawah satu pentadbiran. Pentadbiran ini
diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang berkuasa penuh dalam bidang pentadbiran.
Kesannya, walaupun institusi beraja masih dikekalkan seperti di Tanah Melayu, namun
hakikatnya,sultan telah kehilangan kuasa dalam pentadbiran kerana kuasa sultan hanya
terhad dalam adat Melayu dan agama Islam sahaja. Sultan harus mengikut nasihat
daripada residen atau penasihat British. Jelas di sini bahawa birokrasi Barat telah
menguasai sistem politik di Asia Tenggara.

Di samping itu, melalui Sistem Birokrasi Barat, biro telah ditubuhkan untuk melicinkan
pentadbiran. Ironinya, penubuhan biro tersebut sebenarnya telah menghapuskan kuasa dan
peranan pembesar tempatan dalam pentadbiran, sebaliknya mengukuhkan penguasaan
politik Barat itu sendiri. Hal ini kerana setiap biro akan diketuai oleh pegawai Barat. Ini
menyebabkan jawatan pembesar tempatan dihapuskan dan digantikan dengan pegawai
Barat. Contohnya, pegawai Barat mengambilalih tugas memungut cukai daripada pembesar
tempatan. Manakala jawatan penghulu di peringkat kampung pula diawasi oleh pegawai
Barat.

Seterusnya, undang-undang Barat juga diperkenalkan bukannya untuk memberi


keadilan kepada masyarakat tempatan. Sebaliknya untuk memantapkan lagi penguasaan
Barat dengan mewujudkan Badan Kehakiman dan mahkamah. Kesannya undang-undang
tradisional dihapuskan. Malahan, pelbagai peraturan dikeluarkan bagi mencengkam
penguasaan mereka. Contohnya Undang-undang Tanah dan pengenalan pelbagai jenis
cukai. Semua undang-undang Barat wajib dipatuhi oleh penduduk tempatan. Jelaslah
bahawa Sistem Birokrasi Barat merupakan tipu muslihat Barat untuk menguasai
pentadbiran di Asia Tenggara kerana semua sistem yang dilaksanakan adalah untuk
kepentingan Barat semata-mata, bukannya untuk memberi manfaat dan kemudahan
kepada masyarakat tempatan.

Langkah-Langkah Untuk Mengukuhkan Perpaduan Kaum


Antara langkah-langkah untuk mengukuhkan perpaduan kaum ialah Kempen 1
Malaysia. Hal ini kerana pelbagai program telah dijalankan bagi mencapai hasrat tersebut
seperti Sukan 1 Malaysia dan Kedai 1 Malaysia. Melalui program ini, rakyat pelbagai kaum
dapat berinteraksi dan bekerjasama dengan lebih baik. Jelasnya langkah ini bukan sahaja
dapat memupuk semangat muhibbah tetapi meningkatkan kesihatan rakyat Malaysia
melalui aktiviti sukan. Seterusnya membuka peluang perniagaan untuk meningkatkan taraf
hidup melalui Kedai 1 Malaysia.

Selain itu, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Hal demikian
kerana kedudukan bahasa kebangsaan telah termaktub dalam Perkara 152 perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dalam perlembagaan ini dijelaskan bukan sahaja tentang
memartabatkan bahasa Melayu tetapi juga untuk menjamin perpaduan rakyat Malaysia.
Contohnya pelancaran Minggu Bahasa dan slogan Bahasa Jiwa Bangsa. Jelasnya
bahasa Melayu menjadi alat komunikasi utama dalam kehidupan seharian masyarakat
pelbagai kaum di negara ini.

Di samping itu, usaha melalui Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini digubal
bukan sahaja untuk mengekalkan identiti negara Malaysia tetapi juga memperkukuh
perpaduan melalui kebudayaan. Hal ini membolehkan rakyat pelbagai kaum saling hormat-
menghormati dan dapat menerima adat dan budaya pelbagai kaum di negara ini. Sikap
seperti ini pastinya dapat mengekalkan perpaduan kaum kerana wujudnya sikap toleransi
yang dapat mengelakkan perselisihan atau rasis dalam masyarakat. Contohnya, perayaan
setiap kaum seperti Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Deepavali diraikan dengan penuh
meriah dan disambut bersama oleh seluruh rakyat Malaysia. Konklusinya, perayaan
tersebut telah dijadikan sebagai cuti umum bagi memberi peluang kepada masyarakat
untuk kunjung- mengunjungi sekaligus mengeratkan silaturrahim.

Faktor-Faktor Penentangan Pemimpin Tempatan Terhadap British Di Tanah Melayu,


Sabah dan Sarawak Pada Abad Ke-19.
Antara faktor-faktor penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah
Melayu ialah dasar penaklukan British. Penentangan terhadap British oleh masyarakat
tempatan adalah disebabkan oleh dasar penaklukan British di daerah mereka seperti di
Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British
terhadap Negeri-Negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya.
Melalui dasar ini, penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat
dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, Penentangan Dol Said terhadap British
kerana mengambil alih Melaka daripada Belanda. Ini kerana Naning dipaksa menjadi
jajahan takluk British dan membayar ufti.

Selain itu, eksploitasi terhadap ekonomi tempatan menjadi sebab penentangan


masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu. Penentangan terhadap British
berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya.
Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan
pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan
menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini menimbulkan
kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
Seterusnya, perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British
memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk
mendapatkan hasil yang maksimum. Peraturan British juga bertentangan dengan amalan
tradisi masyarakat tempatan. Contohnya, tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka
dan tidak perlu membayar cukai. British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada
penduduk tempatan. Contohnya di Terengganu, penentangan berlaku kerana British
menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti
mendapat kebenaran British dan tanah tersebut akan dikenakan cukai.

Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada
penentangan penduduk tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan menerima
budaya British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan. Misalnya di
Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu, iaitu
amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan
masyarakat tempatan.

Di samping itu, pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh. Ini kerana
British telah mengambil kawasan pentadbiran mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan
pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir kawasan tersebut.
Perlantikan ini telah memberi kuasa kepada mereka untuk menjaga hal ehwal daerahnya
seperti soal pentadbiran, ekonomi dan sosial.. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan
tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan sehingga mendorong mereka
menentang British.

Akhir sekali, kesulitan penduduk tempatan. Penduduk tempatan tertekan dengan


perlaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka. Ini
menyebabkan mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan.
Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua turut mendorong penduduk tempatan
memberikan kerjasama dalam menentang British.

Faktor-Faktor Pemangkin Semangat Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua


Faktor-faktor pemangkin kebangkitan semangat nasionalisme ialah tindakan Sir
Andrew Clarke memperkenalkan sistem politik barat. Ini telah memusnahkan sistem politik
tradisional tempatan. British telah meletakkan seorang residen yang mengambil alih
pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar diberikan pencen dan
tempat mereka digantikan oleh pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini
mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini
membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British.

Faktor pemangkin seterusnya ialah sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu
yang diperkenalkan pada akhir abad ke-19, telah melahirkan golongan intelek melayu yang
mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menyedari perlunya sumbangan
tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah menggunakan
idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.

Selain itu, dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa
sahaja yang datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah
Melayu. Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan
orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan
persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam
bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu mula
kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British.

Seterusnya, British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya
sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan.
Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan prasarana contohnya elektrik,
perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di
bandar. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar
bandar dengan imigran dan penduduk di bandar. Ternyata, dasar British telah
memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu. Hal ini disedari oleh golongan intelek melayu
dan mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu.

Faktor pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di


Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep kawasan Kesemakmuran Asia telah
menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing.
Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang tempatan berkerjasama dengannya dan
berjanji akan memerdekakan mereka. Bagaimanapun kesengsaraan hidup akibat
kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan
sebilangan besar penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa
Barat atau Timur. Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang
tempatan.

Seterusnya, penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun
1945 juga telah membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan
penyebaran ideologi komunis. Dalam tempoh itu, PKM telah menguasai balai-balai polis
dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang
dianggap sebagai penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman.
Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM. Serangan
mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, dan Pahang.

Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu


pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Perkara ini berlaku kerana
melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain idea menentang penjajah itu dapat
disebarkan.
Faktor pemangkin seterusnya ialah Gerakan Pan Islamisme yang telah
membangkitkan kesedaran semangat kebangsaan. Gerakan ini merupakan gerakan
intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif
terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas Negara-negara Islam. Gerakan
ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis islam yang dimulakan
oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti Al-Azhar Mesir telah tersebar luas.
Dalam tulisannya, beliau telah memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang
menekankan kepentingan dunia dan akhirat untuk mendorong umatnya menuju kejayaan.

Faktor yang terakhir ialah kesedaran politik serantau yang berlaku di sekitar Asia
Tenggara, terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah
Melayu. Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya
telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran ini telah
melahirkan ramai golongan intelektual. Contohnya, Zaba yang banyak mengkritik dasar
British.

Jelaskan isu yang sering menggugat keharmonian hubungan baik dalam kalangan
negara-negara Asia Tenggara
Antara isu yang sering menggugat keharmonian hubungan baik dalam kalangan
negara-negara Asia Tenggara adalah seperti persengketaan Malaysia dengan Indonesia
berkaitan konflik Wilayah Pulau Sipadan dan Ligitan. Isu ini telah mengambil tempoh agak
lama untuk diselesaikan, iaitu sejak tahu 1967 lagi. Malahan, Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (International Court of Justice) telah membuat keputusan tentang isu ini
dengan mengambil masa sekitar 41 tahun untuk menyelesaikannya.

Seterusnya, isu konflik di antara Malaysia dengan Filipina berkaitan tuntutan ke atas
negeri Sabah. Ekoran daripada ini telah menyebabkan ancaman penyusupan masuk
melalui Laut Sulu oleh kumpulan Militan Abu Sayaf. Akhirnya, Isu ini juga telah dibawa ke
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) untuk diselesaikan.

Selain itu, negara turut berhadapan dengan konflik dengan negara Singapura iaitu
berkaitan isu bertindih Pulau Batu Putih. Malahan Malaysia turut menghadapi isu
kedaulatan negara berkaitan pencerobohan ruang udara Malaysia. Contohnya pesawat
tentera udara Singapura dikesan menceroboh ruang udara negara di Gelang Patah, Johor.

Di samping itu, setiap tahun negara akan berhadapan dengan isu kesan jerebu
daripada pembakaran terbuka di Kalimantan dan Sumatera untuk aktiviti pertanian. Dalam
mengatasi hal ini, rundingan demi rundingan telah dibuat oleh pemimpin di kedua-dua buah
negara untuk mengatasi masalah pembakaran yang membawa kesan negatif kepada rakyat
di negara ini terutamanya terhadap kesihatan seperti demam, batuk dan ketarak mata.
Kesimpulannya rundingan merupakan langkah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan
pertumbuhan darah, sebaliknya mengukuhkan semangat setiakawan dalam kalangan
negara Asean.

Anda mungkin juga menyukai