Anda di halaman 1dari 5

KAJIAN KES

SEJARAH

NAMA : NOR AYUNI BT MOHD RIZAL


NO IC : 070524060260
KELAS : 3 ARIF
1.Kedatangan

kuasa Barat ke negara kita mendatangkan
kesan negatif terhadap masyarakat.Berikan pendapat
anda.

Kedatangan kuasa Barat ke negara kita mendatangkan kesan negatif terhadap


masyarakat. Antaranya,dari segi politik negara kita telah terlibat dengan sistem
pemerintahan demokrasi.Hal ini menyebabkan pemilihan pemimpin dilakukan
dalam pilihan raya yang diadakan 4 tahun sekali.Misalnya,demokrasi mempunyai
pelbagai jenis antaranya yang kita sediamaklum adalah Demokrasi Berparlimen,
Demokrasi Terpimpin, Demokrasi Proletar, Demokrasi Liberal dan macam-macam
lagi.Kesannya,Malaysia telah mengamalkan konsep demokrasi berparlimen bermula
dari awal kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang.

Selain itu,dari segi undang-undang negara kita telah mewujudkan dualism


dalam sistem perundangan di Malaysia iaitu Sivil dan Syariah.Hal ini demikian
kerana mahkamah Syariah dikeluarkan daripada hirarki Mahkamah
Persekutuan.Yang dimaksudkan ialah ianya diletakkan di bawah kuasa negeri.Oleh
itu,undang-undang British telah mempengaruhi Sistem Kehakiman. Kesannya,
undang-undang British digunakan sepenuhnya dalam mahkamah Sivil.

Akhir sekali, kedatangan British juga menjejaskan kedudukan agama Islam. Hal
ini demikian kerana pihak barat membawa masuk budaya dan agama yang lain.
Sebagai contohnya, agama kristian. Hal ini menyebabkan budaya dan agama di
negara kita berkurang dan dilupakan oleh sesetengah masyarakat. Oleh itu, adat
tradisional di negara tidak akan dimanfaatkan oleh masyarakat tempatan dan
budaya yang dibawa oleh kuasa barat berleluasa.
2.Apakah kemungkinan yang akan berlaku pada hari ini
jika Alam Melayu tidak dikuasai oleh barat ?

Pada era globalisasi ini,kemungkinan yang akan berlaku pada hari ini jika Alam
Melayu tidak dikuasai oleh barat ialah pentadbiran tradisional dikekalkan.Hal ini
menyebabkan sistem demokrasi tidak dikekalkan.Sebagai contohnya, sistem
pemerintahan beraja akan digunakan untuk memerintah.Kesannya,Institusi diraja
kekal dipelihara.

Di samping itu, sistem pemerintahan moden tidak dilaksanakan.Hal ini


menyebabkan generasi akan datang kurang pengetahuan tentang dunia luar.
Misalnya, bahasa inggeris ,sains dan kemahiran lain-lain.Oleh itu, negara kita tidak
akan maju seiring dengan proses globalisasi.

Akhir sekali,undang-undang adat dapat dikekalkan.Hal ini kerana kuasa barat tidak
mencampur tangan dalam sistem undang-undang negara.Misalnya,undang-undang
tubuh negeri-negeri Alam Melayu.Kesannya,Alam Melayu dapat mengetatkan undang-
undang negara supaya kuasa asing tidak mencampur tangan dalam sistem
pemerintahan.
3.Sekiranya anda dilantik sebagai seorang pemimpin
negara, apakah usaha anda supaya generasi pada hari ini
menghargai pengorbanan pahlawan tempatan negara
kita ?

Sebagai seorang pemimpin negara,usaha saya supaya generasi pada hari ini
menghargai pengorbanan pahlawan tempatan negara kita ialah kita mestilah
mengajar generasi muda bersama-sama berganding bahu membangunkan
negara dan tabah menghadapi yang bakal mendatang agar negara kita menjadi
sebuah negara yang contoh di mata dunia.Hal ini dapat memberikan semangat
patriotisme dalam diri generasi akan datang.Kesannya,negara kita akan lebih
aman dan harmoni di mata dunia.

Selain itu,sebagai seorang pemimpin cara lain yang boleh dilakukan adalah melawat
Muzium Negara.Dengan ini ,generasi muda berpeluang untuk mendalami sejarah
negara tentang perjuangan tokoh.Sebagai contoh,ibu bapa boleh membawa anak
melawati Muzium Negara pada hujung minggu atau pihak sekolah mengadakan
rombongan ke Muzium Negara pada cuti sekolah.Secara langsungnya,mereka akan
menimbulkan perasaan ingin tahu untuk mengetahui latar belakang tokoh
kemerdekaan dan bibliografi tokoh.

Akhir sekali,sebagai seorang pemimpin generasi muda haruslah melibatkan diri


dalam program berkaitan sejarah,kita juga boleh mengajak ibu bapa dan kawan untuk
menyertai program sebagai sokongan.Kita tidak boleh bersikap enau dalam
belukar,melepaskan pucuk masing-masing dengan beranggap bukan tanggungjawab
kita.Dengan cara itu,kita dapat memeriahkan majlis sambutan bersama-sama orang
berhampiran serta menjayakan program tersebut dengan kerjasama
kita.Contohnya,kita boleh menyertai sambutan Hari Kebangsaan,pertandingan
deklamasi puisi dan sebagainya.Hal ini supaya dapat menunjukkan kecintaan dan
kesyukuran kita terhadap sumbangan tokoh.Kesimpulannya,terdapat pelbagai cara
untuk kita menghargai tokoh perjuangan kemerdekaan.Tindakan tersebut seakan-akan
kecil,tetapi dapat menunjukkan kehargaan dan kebanggaan kita terhadap perjuangan
tokoh dalam mendapatkan kemerdekaan.
4.Sekiranya anda dilantik sebagai pembesar tempatan,
apakah cadangan anda untuk memajukan negeri anda.

Sebagai pembesar tempatan,cadangan saya untuk memajukan negeri ialah menjadi


pembesar yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi mengurangkan pergantungan
terhadap pekerja asing.Hal ini dapat mengelakkan campur tangan kuasa asing.Sebagai
contohnya,menyeru agar penduduk tempatan untuk saling bekerjasama untuk memajukan
negeri.Oleh itu,ekonomi negeri dapat dimajukan dan terpelihara dari kuasa luar.

Selain itu juga, memajukan sektor pelancongan negeri-negeri .Hal ini kerana negeri-
negeri di Alam Melayu kaya dengan keindahan flora dan fauna,pantai-pantai dan
gunung-ganang.Misalnya,di Terengganu kaya dengan panatai dan panorama yang
menarik.Oleh itu,pelancong dari seluruh pelusuk dunia berminat untuk datang ke
negeri-negeri di Alam Melayu dan dapat meningkatkan sumber ekonomi negara kita.

Akhir sekali,memajukan sumber pertanian negeri agar kadar iflansi berkurangan.Hal


ini kerana negeri kita cukup dengan sumber makanan.Misalnya,sebagai seorang
pembesar saya akan menyeru petani-petani menggunakan kaedah terkini untuk
bercucuk tanam.Oleh itu, negeri kita lebih maju dan berkembang dengan era semasa.

Anda mungkin juga menyukai