Anda di halaman 1dari 2

Sejak kebelakangan ini, negara kita digemparkan dengan perilaku rasuah yang berlaku dalam

kalangan pemimpin negara sehingga menjadi berita di luar negara. Implikasi daripada gejala
rasuah ini akan memburukkan imej negara dan juga kita sebagai rakyat. Berikut dikongsikan
conoth karangan Cara-Cara Mengatasi Amalan Rasuah Di Malaysia untuk rujukan semua.

Gejala rasuah ini telah mencemarkan imej negara kerana masyarakat asing beranggapan
masyarakat kita memerlukan sogokan atau rasuah untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.
Oleh itu, setiap di antara kita bertanggungjawab membendung gejala rasuah daripada berlaku
supaya imej negara dan diri kita diperbaiki seterusnya mendapat peluang untuk bekerja atau
menjalankan urusan berdasarkan merit dan pencapaian kita.

Cara-Cara Mengatasi Amalan Rasuah Di Malaysia Isi isi penting Memberikan pendidikan tentang
amalan rasuah Mnguatkuasakan undang-undang Memastikan sektor awam beroperasi dengan
jujur, telus dan bertanggungjawab Memberikan gaji yang bertepatan dan bermaruah Menjalankan
kempen yang berkesan dan efektif Menjatuhkan hukuman yang berat kepada pemberi dan
penerima rasuah Contoh Karangan Cara-Cara Mengatasi Amalan Rasuah Di Malaysia

Pendahuluan

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kepada tanah air kita kerana mendapat
kemerdekaan dan bebas daripada penjajah. Sehingga hari ini, polemik yang sering dibincangkan
kerana menganggu-gugat kedaulatan negara adalah mengenai isu perkauman. Tetapi sebaliknya,
masyarakat kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk hidup bersama sesiapa sahaja
walaupun berlainan bangsa, agama dan budaya lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini.
Kebanyakan di antara kita cakna dan menerapkan nilai hormat serta toleransi antara satu sama
lain. Polemik sebenar yang mengancam kedaulatan negara ini adalah gejala salah laku rasuah.
Jelas di kaca televisyen dan media sosial kita dapat melihat gejala ini berlaku di setiap peringkat
dan yang menyedihkan adalah rasuah dalam kalangan kakitangan awam. Hal ini kerana mereka
menggunakan dana yang sepatutnya dinikmati atau memberi manfaat kepada orang awam.
Pepatah Melayu berkata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Mari kita
bincangkan cara-cara mengatasi amalan rasuah di Malaysia untuk membanteras gejala ini
serta-merta.

Anda mungkin juga menyukai