Anda di halaman 1dari 5

IMPLIKASI GEJALA RASUAH DIKALANGAN KAKITANGAN KERAJAAN

BAGAIMANA CARA MENGATASINYA

kegiatan rasuah semakin berleluasa di Negara kita dan menjadi ancaman


Kepada imej negara. gejala rasuah merujuk kepada perbuatan menyogok dengan wang
atau barangan agar orang yang disogok dapat menggunakan kuasa atau
kemampuannya untuk menyelesaikan sesuatu tugas secara tidak amanah.namun
demikian,gejala rasuah di Negara kita masih tidak dapat diatasi.

Dalam meniti kehidupan pada marcapada, kekayaan harta benda semakin


menjadi kegilaan manusia sehinggakan sanggup menerima rasuah sebagai permudah
cara dalam mencapai impian mereka. Sifat cemburu dalam manusia adalah fitrah yang
tidak dapat kita elakan tapi kita dianugerahkan dengan fikiran yang waras untuk
membezakan sesuatu perkara itu memberikan kebaikan atau keburukan. Gejala
rasuah ialah tindakan satu pihak memberikan hadiah atau wang sebagai jaminan
kepada apa yang mereka ingin daripada pihak yang lain tanpa melalui prosuder
ataucara yang mengikut peraturan. Duit kopi, simpulan bahasa yang membawa
maksud wang sogok atau memberikan wang secara tidak rasmi kepada seseorang
sebagai imbuhan oleh itu,duit kopi memberi kesan-kesan negatif kepada Negara
antaranya.

Rasuah mampu melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi kerana


timbul unsur penipuan dalam urusan. Sebagai contoh, Pegawai kastam yang bertugas
di persempadanan Negara menerima wang sogokan untuk melepaskan seludupan
rokok murah. Situasi ini berlaku kerana mereka ingin kan imbuhan yang lebih dek
kerana gaji yang rendah serta mereka juga membeli rokok murah. Maka kita boleh
bahawa organisasi yang sepatutnya menghalang seludupan rokok ini telah merugikan
Negara sebenarnya kerana ia terlepas dari terkena cukai yang menjadi sumber
pendapatan Negara bab kata perpatah peribahasa melayu,harapkan pagar,pagar yang
memakan padi di mana seseorang diberi amanah telah mengkhianati tangungjawab
dalam melaksanakan amanah tersebut. Selain itu, sekiranya gejala rasuah semakin
berleluasa, pentadbiran secara keseluruhannya akan terjejas.Segala dasar atau
penguatkuasaan menjadi lemah. Perlaksanaan undang-undang tidak dapatdijalankan
secara adil dan boleh menumbangkan ekonomi Negara secaraamnya. Misalnya industri
pembekalan elektrik hanya dimonopoli oleh satu entiti separa kerajaan dimana tiada
rasuah terlibat tetapi berlaku kepentingan yang kurang baik.setiap industri hendaklah
dibuka kepada semua permain industri agar berlaku daya saing kompetitif sekali gus
melahirkan peluang perkerjaan dan merancak ekonomi negara.Olehitu,pembuat polisi
Negara seharusnya melihat perlaksanaan bebas rasuah bukan sahaja di peringkat
bawahan malahan di peringkat pemain industrisyarikat-syarikat multinasional agar
pentadbiran Negara agar dapat diuruskan dengan adil dan saksama.
di mata dunia.kemajuan dalam media masa dalam mendapatkan maklumat
mengenai segala perkara atau isu yang berlaku dalam sesebuah Negara mampu
menjadi punca kejatuhan ekonomi Negara tersebut.maka kita hendaklah memastikan
tiada kes-kes rasuah agar tidak menjadi kepaada media internasional dalam
melaporkan berita kepada penonton mereka di seluruh dunia.Sekiranya kita terpalit
dengan rasuah.negara akan kehilangan minat kepada pelabur-pelabur asing kerana
mereka tidak percaya akan system pentadbiran kita.Apabila kehilangan pelabur maka
ekonomi Negara akan merosot dan lembap dengan itu,pihak kerajaan bersama
menjalankan tugas dengan penuh amanah dan terhindar daripada terlibat dalam gejala
rasuah.

Disamping itu, amalan rasuah yang mengaburi mata hati seseorang ini akan
membawa kepada kurang satu infrastruktur atau program
terjejas.Contohnya,dalamprojekpembinaan jalanraya di mana berlaku rasuah yang
melibatkan kontraktor.Mereka hanya mengejar keutungan dengan menerima projek
daripada kerajaan pada nilai perlaksanaan tertinggi tetapi hakikatnya mereka membina
jalan raya pada kos yang paling minima demi mengaut keutungan.perkara seperti ni
yang menyebabkan jalanraya rosak hanya setahun atau kurang dari tarikh yang dibina
dan menjejaskan pengguna dan berlaku pembaziran diperingkat pihak berkuasa
tempatan kerana terpaksa membaik pulih jalan raya hal seperti ini hendaklah dielakkan
oleh semua pihak kerana ketulusan dalam perkerjaan kita akan memberi keuntungan
bukan pada kita tetapi pada orang lain yang memanfaatkan.

Langkah pertama untuk menghalang salah laku rasuah berlaku di Negara ini
adalah dengan memberikan pendidikan kepada masyarakat umun tentang amalan
rasuah.seseorang akan memberi rasuah kepada individu yang berkuasa atau
bertangungjawab dengan harapan untuk mendapat balasan dalam bentuk kerja atau
projek.pemberian hadiah tersebut juga dianggap sebagai merasuah.Budaya ini perlu di
jelaskan dan diingatkan kepada setiap anggota masyarakat khususnya golongan
muda.walaupun mereka baru berumur setahun jagung,darah setampuk pinang tetapi
mereka merupakan generasi yang akan mewarisi kempipinan Negara ini.sekiranya
setiap rakyat mampu menilai sama ada sesuatu tindakan itu dianggap sebagai rasuah
atau tidak,barulah budaya atau amalan rasuah di Negara ini dibanteras hingga ke akar
umbi

Selaras dengan langkah di yang diusahakan diatas,amalan rasuah dapat


dibanteras dengan perlaksanaan undang-undang dan hukuman yang tegas.umum
mengetahui kita mempunyai Suruhan jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
sebagai penguatkuasa yang memantaudan bertindak ke atas salah laku yang
melibatkan rasuah.namun,keterbasan jumlah pegawai dan sumber untuk mereka
menguatkuasakan undang-undang adalah terhad maka kita sebagai orang awam juga
bertangungjawab menjadi mata-mata kepada pihak berkuasa.Selain itu,Badan
Kehakiman Negara juga perlu memastikan perbicaraan yang melibatkan rasuah
dilaksanakan dengan pantas dan adil supaya perlaku tidak bebas untuk memutarkan
belitkan keyataan dan mengubah salah laku mereka.jika perlaku rasuah dibicarakan
dengan pantas dan dihukum untuk menjalani hukuman penjara tanpa sebarang
prejudis,nescaya ramai yang akan menjauhi amalan buruk ini.persis kata
peribahasa ,menyeluk perkasam,biar sampai ke pangkal lengan.jelas dengan
melaksanakan undang-undang dan hukuman yang tegas,amalan rasuah dapat
dibanteras secara menyeluruh.

Kaedah lain untuk membendung gejala rasuah di Negara kita adalah dengan
memastikan sector awam beroperasi dengan jujur,telus dan bertangungjawab. Dalam
sesbuah organisasi,pengurus merupakan jawatan yang paling penting untuk
menguruskan tugas organisasi tersebut dan menjadi kepada perkerja yang lain.begitu
dengan sektor awam di Negara kita di mana jika pentadbiran Negara dilaksanakan
dengan baik dan menyinkirkan mereka yang parasit seperti mengamalkan gejala
rasuah, pasti sektor lain akan turut serta.Tamsilnya,kes yang berlaku dalam kalangan
kakitangan kerajaan,menyerahkan projek kepada mereka yang melobiharga yang
paling tinggi dan bukan berdasarkan kemampuan sebuah syarakat
tersebut.Hasilnya,projek disiapkan pada kos yang minima kerana berlaku banyak
serahan kerja danorang awam hanya mendapat infrastruktur yang ala kadar.situasi ini
sepatutnya boleh dielakkan jika kaitangan awam terutamanya pemimpin Negara
melantik syarikat yang mempunyai merit serta rekad yang baik.bak kata perpatah,hanya
jauhari yang mengenal manikam.

Amalan rasuah juga boleh diatasi dengan menawarkan gaji yang bertepatandan
bermaruah untuk semua ahli masyarakat,hai ini demikian karana jika kita mempunyai
sumber kewangan yang cukup untuk menampung keperluan dan kehendak diri serta
keluarga.keingginan untuk menerima rasuah pasti dapat dielakan.sebagai individu dan
keluarga,kita akan berasa gembira kerana keperluan dan kemahuan kita dipenuhi tanpa
perlu melakukan perkara yang terlarang.sebagai contoh, anggota polis yang ditugaskan
menjaga keselamatan masyarakat awam hanya dibayar gaji yang cukup untuk diri dan
keluarga kecil serta menetap di kuarters yang kecil dan uzur.mereka mudah untuk
disogok oleh pihak lain yang tidak bertangungjawab demi mendapatkan wang yang
lebihan.kesannya,jenayah boleh disembuyikan dan aktiviti terlarang boleh
berleluasa.contoh ini bukan menyapu rata semua anggota polis tapi sekadar contoh
bahawa wang boleh membeli intergriti seseorang.Tegasnya,dengan membayar gaji
yang bertepatan dan bermaruah,gejala rasuah pasti dapat diatasi.
Selain itu,pencegahan rasuah juga boleh diatasi dengan memantapkan imam dan
mengukuhkan jati diri diri seseorang.Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah
benteng yang paling ampuh untuk membeteras gejala rasuah.Apabila setiap individu
bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin, peniaga,atau jentera kerajaan
maka amalan rasuah dapat diatasi.Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan
rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu peluang terbuka dihadapan mata.

Disamping itu,penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan


terutamanya di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan
universiti.Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat
awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya.Semua konsep yang
baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk
membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini.Ringkasnya,pendidikan
kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu
memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.pihak sekolah juga boleh
memasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan.Benci kepada rasuah akan
dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan didik sejak zaman persekolahan
lagi.Contohnya,bab kata peribahasa meletur buluh,biar dari rebungnya.

Budaya penolakan rasuah dalam kehidupan dapat diterapkan dengan


mewujudkan suasana ataupersekitaran yang kondusif.Seseorang individu itu boleh
berfikir dan bertindak secara rasional kerana setiap perbuatan didahului dengan
niat.Setiap individu perlulah bijak memilih rakan dengan melihat gerak-geri dan
kelakuan kerana mereka akan mempengaruhi kehidupan kita.Jika rakan atau suasana
kerja yang kondusif dalam mencari rezeki yang halal.sudah pasti individutidak akan
terjerumus ke dalam sumber-sumber rezeki yang haram dan akan menolak perbuatan
jahat yang dimurkai oleh Allah.dengan memilih rakan yang memiliki cara hidup yang
positif dan mencari rezeki yang halal mampu mengelakkan dari terjebak dalam amalan
rasuah dan korupsi yang kian tradisi masyarakat kini. Konsep “Katakan Tidak Kepada
Rasuah’dapat melahirkan individu yang berintegriti dimana ianya berteraskan prinsip
kejujuran dan amalan bermoral tinggi.Budaya ini akan menolak sekeras-kerasnya
rasuah yang juga jenayah kolar putih.natijahnya,setiap individu perlu tegas menolak
budaya rasuah supaya tidak terpedaya dengan segala atau rayuan rasuah.
Secara keseluruhannya,banyak yang boleh diadaptasi di negara kita untuk
membendung gejala rasuah yang semakin membarah. Masyarakat umum perlu
sentiasa diingatkan supaya tidak terjebak dengan gejala ini kerana sepandai-pandai
tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.Pemberi dan rasuah wajar dihukum
dengan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada orang ramai.semoga
setiap diantara kita menjalankan obligasi masing-masing khususnya penguatkuasa agar
polemik ini diselesaikan dengan cepat. Semua lapisan masyarakat perlu berganding
bahu bagi membanteras gejala rasuah ini agar imej Negara bersih dari gejala
rasuah.Hal ini juga akan menjadikan ekonomi Negara kita bertambah tanpa rasuah.

Tarikh:

Tandatangan:

Nama : RAHAIZAL HASANI BIN ABDUL HADI

Pangkat :KOPERAL

Jawatan :PENUNTUT KURSUS PENYELIA INVENTORI PI SIRI 28/23

Anda mungkin juga menyukai