Anda di halaman 1dari 4

6.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN RASUAH

Bagi golongan pelajar atau generasi muda secara umumnya, kefahaman mendalam mengenai agama perlu diperkukuhkan. Dalam fasa ini, sebagai seorang individu, kita perlu seiringkan kefahaman Islam kita dengan keyakinan yang mendalam. Keyakinan dalam agama Islam boleh diperolehi dengan cara kita berilmu. Malah, keyakinan boleh timbul jika kita rajin bertanya dan meminta nasihat daripada ulama dan ilmuwan Islam. Bahkan, pengalaman peribadi yang diiringi dengan reda atas setiap peristiwa yang menimpa, sama ada nikmat atas ujian, boleh membantu mengukuhkan lagi keyakinan kita terhadap Islam, dan paling penting kepada Yang Maha Esa. Rasuah perlu dilihatkan sebagai Dwi- dosa, pertamanya kepada Allah, dan keduanya kepada diri sendiri; kerana makan sumber yang haram dan kepada orang lain yang terlibat rasuah. Semangat integriti perlu diterap di peringkat individu lagi.

Manakala di peringkat organisasi atau masyarakat, generasi tua perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada generasi muda supaya tidak mengamalkan rasuah. Kepimpinan seluruh peringkat, sama ada negara, masyarakat, organisasi terutamanya tidak boleh dilihatkan bergelumang dengan rasuah, menyebabkan terkesan kepada generasi muda. Pendekatan selamat yang melihatkan sekadar generasi muda yang memerangi rasuah, akan tetapi generasi tua masih menikmati rasuah tidak akan kemana-mana. Bahkan mungkin akan terus berlaku.

Mewujudkan budaya amanah dan jujur dalam peribadi individu, yang sudah pasti susulan daripada langkah pertama tadi. Budaya ini diwujudkan sebagai budaya asas setiap generasi muda dalam bermualamah. Sekolah- sekolah perlu menerap nilai budaya amanah dan jujur sebagai teras peribadi yang mulia.

Membina persepsi jijik rasuah adalah seperti persepsi jijiknya benda yang amat kotor seolah-olah seperti melihat benda yang yang berulat-ulat. Pelbagai risalah perlu diperbanyakkan dengan kerjasama dari semua pihak.

Keluarga sebagai asas perlu memainkan peranan penting mendidik tentang mewujudkan integriti dan membenci rasuah. Ibu bapa memainkan peranan di peringkat awal lagi bagi menerapkan nilai-nilai murni dan melatih anak-anak mengenai keburukan gejala rasuah ini.

Kempen berterusan dengan poster, ceramah, aktiviti kesedaran perlu digiatkan sehingga akar umbi, dengan melibatkan kelompok generasi muda sebagai penggerak utama. Melalui ini, dapatlah menutup ruang dan peluang kepada generasi muda daripada terdedah dengan gejala rasuah.

Kelompok profesional dan mahasiswa seharusnya diberi penekanan tentang dosa rasuah, kerana merekalah kelompok harapan yang akan memimpin masyarakat kelak .

SPRM perlu mewujudkan Kelab SPRM di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepertimana langkah Pemadam menubuhkan Kelab Pemadam di Universiti Sains Malaysia (USM) dan di IPT lain. Melalui cara ini, mahasiswa dan generasi masa hadapan lebih mahir mengendalikan masalah dadah serta rasuah yang berkembang secara berleluasa di dalam masyarakat kita. Sebuah akhbar mengesan isu pengaliran wang universiti dan cara-cara kenaikan pangkat pegawai dan pensyarah universiti telah melaporkan kirakira 128 kes penyelewengan di sebuah IPT. Namun, ada kemungkinan lebih daripada sebuah universiti yang terlibat dalam gejala ini. Oleh itu, penyelewengan di semua IPT perlu juga disiasat.

Mewujudkan rang undang-undang yang baru dapat membanteras gejala rasuah masa kini. Dua rang undang-undang yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen, mencerminkan sikap kerajaan yang serius dalam memerangi rasuah dan mengukuhkan lagi integriti badan kehakiman. Pembentangan itu membuktikan kerajaan telah menunaikan janji yang dinyatakan sebelum ini untuk melakukan pembaharuan terhadap integriti bidang kehakiman dan agensi membanteras rasuah di negara ini. Langkah ini diambil bertujuan memastikan SPRM Rasuah dan

badan kehakiman menjadi lebih mantap, berkesan, berwibawa dan diyakini oleh masyarakat untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka.

7. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG YANG HARUS DILAKSANAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN ORGANISASI

7.1 Peranan Kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan Rang UndangUndang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Rang UndangUndang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) di Dewan Rakyat. Asas serta matlamat kedua-dua rang undang-undang itu amat jelas - menjadikan proses memerangi rasuah di negara ini cekap dan berkesan manakala prosedur pelantikan hakim pula dapat dilaksanakan dengan ketelusan serta akauntabiliti menjadi asas utamanya.

Ini mencerminkan sikap kerajaan yang serius dalam memerangi rasuah dan mengukuhkan lagi integriti badan kehakiman. Pembentangan itu membuktikan kerajaan telah menunaikan janji yang dinyatakan sebelum ini untuk melakukan pembaharuan terhadap integriti bidang kehakiman dan agensi membanteras rasuah di negara ini. Langkah ini diambil bertujuan memastikan Badan Pencegah Rasuah dan badan kehakiman menjadi lebih mantap, berkesan, berwibawa dan diyakini oleh masyarakat untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka. Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 pada sidang Dewan Rakyat. Rang undang-undang tersebut yang dibacakan kali pertama antara lain akan menggantikan peranan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan memantapkan lagi usaha membanteras amalan rasuah, disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Perdana Menteri turut membentangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008, juga untuk bacaan kali pertama. Pembentangan rang undang-undang itu merupakan antara janji Perdana Menteri dalam membawa pembaharuan terhadap bidang kehakiman dan pembanterasan rasuah di negara ini. Peranan ini haruslah dimainkan oleh agensi kerajaan tertentu seperti Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pelancongan Malaysia dan lain-lain.

7.2 Peranan Organisasi Peranan organisasi dalam membantu membanteras rasuah ini amatlah penting. Setiap organisasi perlulah memainkan peranan penting dengan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Jika peranan ini diambil dengan baik, dapatlah gejala ini dibanteras dengan baik.

Pemantauan juga diperlukan dalam memantau pekerja dan memastikan setiap kerja yang dilakukan digunakan mengikut saluran yang betul. Jika mengikut saluran yang betul, segala kerja dan projek yang dijalankan tidaklah menghadapi masalah seperti sebelu ini.

Anda mungkin juga menyukai